Semalam Rafiqh dah berusia 2tahun 5bulan...
Alhamdulillah vocab dia dari hari ke hari nampak makin banyak improvement, sekarang hobi dia suka jejek(ajuk) orang bercakap, paling suka jejek apa mak dia cakap, kalau tengah marah2 tu mak dia boleh tersembur gelak, hadoiii sabar je laa, rasa macam nak sekeh kepala dia la la tu jugak... Oh tapi bagus sebenarnya perbuatan jejek2 ni, I tak marah pun dia jejek, cuma tak tahan nak tergelak ja laa. Memang dah lumrah Allah ciptakan budak2 ni belajar sesuatu dengan cara meniru bulat2. Seronoknya sekarang ni disebabkan dia suka ajuk2, kami dah mula enjoy aktiviti homeschooling, I rasa happy sangat bila dia dah mula nak 'ikut' apa yang I ajar, kalau sebelum2 ni I macam syok sendiri dok potpet2 sorang2 dia hagham tak layan, tapi sekarang pantang suruh ambil buku, menonong laju nak belajar, so we both really have fun!
Pada usia baru 2tahun 5bulan, sikap Rafiqh dah betul2 macam a big boy, mungkin sebab I ni agak tegas dan garang dalam mendidik dia, so pergi mana2 pun ramai kata dia nampak matured. Mungkin jugak sebab dia 'abang' kot. Kat rumah dia memang nakal, tak reti duk diam, kadang2 takmau dengar cakap, banyak auta dan macam2 lagi laa tapi bila kat luar dia boleh 'ubah' personaliti sekelip mata, it's surely a good point of course. Kat rumah mak depa boleh laa nak jerit macam tarzan ka hapa ka, tapi takkan kat luar nak 'menyinga'(menjadi singa) jugak kan, kena laa kontrol ayu kan, hehe.
Dah hampir 2minggu dia dah berjaya di-train untuk jalan sendiri, time to say bye2 to stroller/trolley. Mungkin ada yang tertanya2 apa bagusnya bagi budak2 usia ni berjalan sendiri? Uish bagus laa, they'll naturally develop lots of sense, mereka akan lebih peka dengan persekitaran(contohnya pada perkara2 yang merbahaya macam masa nak lintas jalan kena tengok kereta), mereka belajar melihat dunia dari skop tumbesaran mereka, mencambahkan rasa yakin pada diri sendiri dan sifat berdikari, membentuk disiplin, let them feed their curiosity on their own pace(contohnya kalau dalam supermarket depa stop sana sini untuk tengok apa2 yang menarik minat), ish banyaklah lagi. So far alhamdulillah takdak lagi aksi cubaan melarikan diri, kejar-mengejar or whatnot, cuma mak dia kena alert dan jalan slow ikut rentak dia, tu ja laa...
I selalu letak target untuk apa2 achivements dia yang mana melibatkan I secara langsung, contoh macam wean feeding bottle, no more milk in the middle of the night, able to do this and that, bla3, kiranya apa2 yang memerlukan usaha I jugaklah, so far semuanya tercapai dengan mudah, so I target dia akan diaper-less sebelum dia berusia 2tahun 6bulan, ada few weeks ja lagi, yosh gambare!!!
Takat ni ja laa dulu cerita pasal Rafiqh, sambungannya dalam entry akan datang insyaAllah...
Thursday, May 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment