Wednesday, May 26, 2010

Cucur eko

Eko = ekologi

Kalau ada lebihan sayur2 atau buah2 yang dah kecut atau yang dah lesu dalam fridge, apa korang buat dengan benda2 tu semua? Buang? Paksa diri untuk makan? Haa kalau I, I buat cucur, yes, you read me right, buat cucur, so I named it cucur eko!

Kat rumah ni stok buah dan sayur memang selalu banyak, bukan I beli pun, mostly orang yang bagi. Kalau datang time orang nak memberi, penuh fridge tu. Bila dah banyak sangat sayur atau buah, even dok masak setiap hari pun but still tak termakan kesemuanya, so lama2 biar dalam fridge tu sayur2/buah2 tu mengecut, especially kalau sayur/buah tu dah dipotong. Nak buang rasa sayang, elok ja lagi cuma dah tak sedap nak makan, so apalagi, potong kecik2 dan masukkan dalam bancuhan cucur yang sama macam kita dok buat cucur udang atau cucur ikan bilis tu, goreng, taraaa boleh ngap, sedap!!!

Semalam, obachan(=nenek) jiran sini datang bawakan untuk Rafiqh dan Raziqh buah2, yogurt dan jus. Lepas dia balik, I pun keluarkan semua stok buah yang ada dalam fridge untuk susun balik. Tengok2 ada 1/2 biji apple yang dah kecut, terus terfikir nak buat cucur. Check pulak sayur2, nampak ubi kentang berlambak2(ada dekat 2kilo lagi), kupas ubi pulak, tengok jugak kot2 ada karot tapi karot elok lagi, jadinya pakai ubi dan apple buat cucur kat bawah ni...

tepung+sebiji telur+apple+ubi+bawang besar+gula+garam+serbuk kunyit dibancuh agak cair, pekat sikit dari bancuhan tenpura...

Tak lama lagi bila dah masuk natsu(=summer), lagi laa macam2 jenis buah orang bagi especially apple laa sebab memang tengah musim. Bila dah sampai tahap jemu nak makan tu I buat cucur jugak tapi goreng ala2 goreng pisang atau tenpura, potong buah tu nipis2 dan salut dengan tepung yang dibancuh air, kemudiannya goreng, sedap jugak... Eh tapi tak semua buah/sayur tu boleh buat cucur/tenpura, pepandai laa pilih2 kan, hehe. Kalau tak boleh buat cucur, kita buat kek laa, yummeh!

stok buah yang ada sekarang, limau tu tak lalu dah nak makan, jemu dah, nampak gaya nanti buat kek atau yogurt laa tu...


contoh buah yang dah kecut atau lesu...

2 comments:

Heartilyina said...

tetiba nmpk betik dlm gmbr. tu pn org bg gak ke? sedapnya! dh lama xmkn betik hihi. bagus gak idea fith ni xdela bazir mknan kan. syg! kiter kt rmh ni kalau kentang byk2 jwbnya buat mashed potato la mkn dgn burger ke steak ke apa ke. cnfirm cpt habis hihi. aah fith apple goreng mmg sedap. kami 1st time mkn sbb dlu bdk trainees india bg. dia ptg mcm wedges je pastu goreng. tepung tu ada gak cmpur sket serbuk cili kot xsure. nnt musim apple leh la try wat sndiri plak.

Fith said...

Ina,
aah betik tu pun org bg,kat sini susah gak nak jumpa.ni philipine punya tp ntah tak sedap sgt,kat bhgn kulit tu mcm pahit,diorg buh 'ubat' byk sgt kot,belah dlm manis laa,hehe.
nak elak bazir buang2 tu yg buat cucur tu.ooo org tu goreng buh rempah mcm buat wedges kot ek,fith selalu buat ala2 tenpura ja,nanti nak try gak laa,mesti sedap kan?
ubi buat mashed potato menarik gak tu,fith mmg jarang buat mashed potato,hehe,esok bleh try,tq bg idea!