Hari ni pulak birthday achik yang ke-16. Beza sehari saja dengan abah.
Happy birthday achik!
Moga terus menjadi anak yang soleh, selalu mendamaikan hati abah mak dan jadi kebanggaan abah mak. Semoga menjadi muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.
Terima kasih buat kawan2 yang masih ingat untuk bertanya khabar tentang update operation achik dulu. Alhamdulillah dia makin sihat, dah tak pakai bengkung besi lagi sekarang ni. Walaupun masih bercuti dari bersukan tapi so far aktiviti hariannya dah kembali normal. Syukur alhamdulillah, moga Allah peliharanya dari sebarang kecelakaan lainnya...
Hari ni tak ada mood nak update banyak2, kurang sihat dek hadirnya PMS. Esok lusa boleh kembali aktif ber-blogging insyaAllah... Have a nice day to all of you!
No comments:
Post a Comment