Tuesday, May 18, 2010

Hari yang produktif!

Wah2 hari ni sampai 4 entries di-publish, ala2 macam nak cover balik hari2 yang tak sempat meng-update tu kan, hihi... Bukannya hapa, saikin(=lately) terasa kurang sikit peluang mengadap laptop, ni pun dah berhari2 tak buka tv3/tv9/online blogs lainnya untuk tengok drama and etc., tak sibuk mana pun cuma sekarang ni agak malas nak melangut depan laptop ni, tu saja. Time2 rajin ni haa mai nak pulun update...

Hari ni 1st day Rafiqh pi 'sekolah', okeh 'sekolah' di sini tak bermaksud pi untuk belajar yer, it's actually more to playschool, kat sini panggil hoikuen(=nursery). Nanti2 laa cerita detail pasal ni. So pagi tadi hantar dia pukul 8lebih dan ambil dia dekat2 pukul 1, around 4hours saja laa dia kat situ, ok laa tu sebagai permulaan kan. Sejak seminggu lepas lagi kami dok ulang2 cakap "nanti onichan nak pi sekolah, mama dan adik balik ye, onichan kawan dengan tomodachi to senseitachi(kawan2 dan cikgu2), ippai2 asobou ne(main banyak2 ok)!". Tadi masuk ja nursery dia nampak happy, ya laa kan, mainan punya la banyak, bila mula cakap dengan sensei dia, dia punya ekspresi muka tu dah agak sayu dah, macam tau2 ja nak kena tinggal, tapi maintain tak menangis. Sembang2 dengan sensei, tanya itu ini then terus cabut balik.

Naik ja kereta Raziqh terus tidur, sampai rumah angkat dia masuk bilik pun dia tak terjaga, 2jam lebih jugaklah dia tidur, sampai pukul 11lebih baru bangun, fuhhh lega, sempat mama update entries berlambak2 tadi. Kerja2 lain semua dah settle, dia bangun ja terus sukat bahan nak buat kulit karipap, prepare lunch dia, suap makan, salin diaper, then kami keluar ke pos ofis pulak. Agak2 dekat pukul 1 pi ambil Rafiqh.

Rafiqh nampak mama dan adik datang pun dia buat derk saja. Takmau balik laa pulak, aiseh! Yang adik ni nampak onichan kaki terus gedik2 happy kemain lagi, onichan bolayan saja ek, hish! Pujuk2 cakap nextweek pulak datang baru dia nak pakai kasut dan jalan pi kat kereta. Balik rumah buatkan susu untuk dia dan bagi depa main kejap, sambil tu mama godek karipap, siap 1 adunan tapi inti masih berbaki lagi, so tambah adun lagi 1 adunan, perghhh banyak sungguh. Padahal semalam baru ja buat 1 adunan dapat 35biji, ni semua buat stok frozen kuih laa jawabnya. Pukul 2 budak2 ni tidur, ni dah 4lebih pun tak bangun2 lagi. Mama pun dah siap buat karipap dah, hari ni dapat 60biji, tu yang bosan2 update laa blog lagi, hihi...

Petang ni takmau makan karipap untuk buka puasa, teringin nak makan cucur ikan bilis letak tofu, 1st time nak cuba ni, taktau laa sedap ka tak. Habis update blog ni sat lagi boleh masuk dapur dah. Sekarang maghrib dah lambat, pukul 7lebih baru masuk, so releks laa lagi kan, muehehe...

9 comments:

mysara said...

mmg produktif la sampai sekali 4entries satu hari..mai nih nk produce satu pon payah..huhu.. karipap sampai 60biji fith?? buat jual eh... mmg sasuga produktif..heheheh

My Botang said...

masyaallah mmg productive sungguh la.. bagus..bagus.. rasanya when we have a lot to do we are better organised as compared to when we have lots of free time.. rasa cam kejap lagi laaaa.. tu yg last-2 tak siap jugak keje nyer.. bestnyer buat karipap.. lama x makan karipap.. yumm!!

Fith said...

My,
haha my lain laa,ada baby mesti makin bz.citer arr psl rayyan dgn rifqi nanti,hehe.
karipap buat utk makan sndr,saja frozen byk2,lamaaa dah tak buat ni...

Fith said...

Kak sue,
betul2,lg rasa best bila bz compare to takde benda nak buat,boring!
fith pun lama dah tak buat karipap,tu yg bila buat terus buat byk2,senang!buat sket2 rasa malas,hihi...

Heartilyina said...

bukan tiap2 hari ke fith produktif? hihihi :D wahhh byk nyer karipap. mmg pakar karipap betul la fith ni. kiter kelepet pakai acuan pn berthn nk siap. btw rasa seronok n puas hati kan dpt setelkan byk benda drpd xde apa nk buat tau2 je masa dh berlalu rasa rugi kan :D

aisha said...

wahh byk ye fith buat karipap..sy buat terus goreng makn..hihi..ni kes tkde tmpat nak simpan..;p
best ye 2R lama tido..klu aina asyik senang terjg je, lebih2 klu sya takde sbelah, dan dgr bunyi2..hihi..

Fith said...

Ina,
haha takde laa produktif mana pun.uish pakai acuan ker?fith tak reti guna benda tu,ada je acuan kat rumah ni tp guna 2kali ja,org kata lg senang pakai acuan tu tp fith pulak kekok,terkebil2 nak buat.
betul tu ina,lg best bila buat byk keja dr taktau nak buat apa kan...

Aisha,
fith ni jenis malas buat sikit2,sekali buat terus utk simpan.tp betul2,selalu takde tempat nak simpan kan,prob tul!
wah2 aina nak suh ibu dia rest tu.budak2 ni ada masa,time ok,lamaaa tido,time tak ok,kejap gak laa.

p|nKy MaMa said...

ish2 k.fith rajinnya..mcm mn k.fith bleh wat karipap sampai byk tu skali..dyana skali buat pn adoii la berejam2 sampai naik jemu la nk kelim..tu yg mls sgt nk wat wpon ters nk mkn huhu

Fith said...

Dyana,
sapa kata tak berjam?35biji tu dekat sejam gak laa dok mengelim.klau budak2 ni baik,sempat laa siap sekaligus,kalau tak,buat-stop-buat-stop ler jwbnya...