Thursday, May 20, 2010

Servis online shop Malaysia vs Jepun

Salah satu perbezaan paling ketara antara Malaysia dan Jepun ialah pada servisnya. Tak kira laa servis kat pejabat kerajaan ka, kat hospital ka, kat kedai makan ka, kat supermarket ka, kat dalam pengangkutan awam ka, even servis online shop pun sangat besar jurang bezanya.

Setiap kali balik Malaysia, pijak ja airport KLIA tu dah rasa 'makan hati' hadap perangai dan kerenah imegresen, kastam and even pekerja2 situ, aduhhhh sungguh menyakitkan hati. Bukan nak kutuk negara sendiri cuma terkilan dengan sikap orang kita yang kononnya diwar2kan sebagai bangsa yang berbudi bahasa tapi hakikatnya indah khabar dari rupa!?

Kalau takat kedekut senyum dan tak reti cakap baik2 tu I dah naik lali sangat dah, tapi kalau sampai kita bagi salam pun depa takmau jawab hmmm taktau nak kata hapa dah laa, and the best part is kadang2 depa ni bertudung labuh, berjanggut bersongkok, alahaiii tak ikhlas ka bekerja pakcik makcik oii??? Kita kan umat islam, yang diajar tentang adab tatasusila kehidupan, manusia paling mulia Muhammad SAW tu diutus kepada kita, al-Quran dianugerahkan pada kita tapi kenapa susah sangat nak praktikkan? Orang Jepun ni takdak agama, takdak pegangan tapi manner depa jauhhhhhhhhhhhh sejuta kali baik dari kita, kenapa? kenapa???!

Eh melencong pulak, nak cerita pasal online shop sebenarnya...
Kat Malaysia sekarang banyak sangat dah orang buat bisnes kat internet, berlambak2 sampai dengar cerita saling bergaduh2 maki-memaki, hish dasar melayu betul! Kita orang islam, percaya laa pada konsep 'rezeki', usaha+doa kemudiannya tawakkal, insyaAllah rezeki Allah tu ada sentiasa. Dan yang paling sadis tu part servis pelanggan, aduhhh hang tu berniaga, at least hormat laa customer. Bila balas email, paling tidak cuba guna bahasa yang elok atau rasmi sikit, tak kesah laa walaupun hang takat meniaga coklat ja pun. Kalau takmau guna cik/puan, guna laa saudari, ni main awak2 saja! Tu tak masuk bab shortform yang macam tutttttttttt, haram haku tak faham, bila tanya, boleh pulak dia marah2, eiii nasib laa haku dah bayaq, kalau dak, jangan mimpi haku nak beli hokey! Lepas tu pada ucapan TERIMA KASIH, hellooooo customers tu punca rezeki hang tau, susah sangat ka nak cakap terima kasih pada dia???

Taktau dah nak kata apa, pelik tengok perangai orang islam dan melayu kita sekarang. So ibu2 bapa2 semua, jom kita baiki diri kita dan asuh anak2 kita jadi 'manusia beradab'!
Sekian, penat membebel!

8 comments:

zura said...

laa ye ke fith.., nie mesti blog jual coklat yang fith nak tu ari eh..? mmg kan.., kdg2 dasar tau dorang nie..!! maslahnya kdg2 yang berperangai buruk cam tu yang dah tua2.., patutnya tunjukkan la contoh yang baik utk kita2 nie.., nie tak dia lagi biadap..!! tu tak cerita lagi servis kat public mcm hospital, pejabat pos, bank..!! tak faham2 kdg2 tengok ragam mereka2 ini..!! aiee..

same2 lah kita membentuk akhlak anak2 kita supaya tidak lebih teruk akan datang..

Fith said...

zura,
haha lately fith byk beli brg sbb nak minta mak poskn bln dpn,tu yg berdpn byk kerenah tu.
tp mmg betul zura,klau kat tmpt public lain tu mak aih,mmg geram sungguh,biadap betul kan.mmg tak semua gitu tp ramai sgt,haha,sabo je laa...

Heartilyina said...

sigh... ini la salah satu benda yg bila teringat rasa mcm risau n xnak blk for good. hrus sakit jiwa n sakit hati. rasanya kalau org mesia pn mcm org jepun kadar sakit jantung n darah tinggi kt mesia pn boleh krg kot kan? kdg2 bila duduk di luar mesia ni byk benda baik jugak yg kiter blaja. alhamdulillah. tula jom la kiter didik anak2 n family (ni susah gak ni sbb masing dh bsr pjg n tua susah nk terima nasihat dh) kiter kalau boleh supaya mempunyai adab sopan yg tinggi! at least biar la anak2 cucu2 n keturunan kiter kekal beradab sopan, insyaAllah.

Anonymous said...

btul tu fith..yanti pun sama
everytime balik bercuti pn pijak je klia ada je kdg2 sakit ati n sedih tgk sikap org kita..ngan servis yg x tara mana..kdg2 terpikir gak kenapa byk sgt beza dgn sikap org2 jepun..salah dr segi pendidikan ke..ajaran kat sekolah ke..kat umah ke..padahal org jepun mostly xdak agama..tp lebih byk roh islam dlm diri depa ni drpd kt yg islam ni..rinduuuu sgt dgn life kat sama..sumiyasui..servis tip top..lebih selamat n sgt senang hati berurusan dgn depa yg sgt respect org lain..kat mesia nak dgr ucap tima kasih dgn senyuman pun susah..buang sampah sesuka hati..tambah plak ada dlm masyarakat kita yg susah nak respek org n suka sgt nak dengki bila tgk org len lebih skit..bila la mesia nak capai tahap negara maju kalo sikap negatif dlm diri x dpt diubah..huhu..nihon ni ikitainaaaa -_-

Fith said...

Ina,
yes exactly!mmg rasa malas nk blk bila fikir psl ni.tensyen memanjang bila kena hadap org2 yg takde adab ni.betul tu ina,mmg boleh turun kadar sakit jantung klau org mesia ni beradab kan,hahaha...

Fith said...

Yanti,
selagi org msia tak ubah sikap,mmg kita takkan capai tahap negara maju tu sampai bila2 pun kan?
tuh laa yanti,fith yg blk kdg2 ni pun sakit jiwa dgn perangai org msia,klau laa blk terus huish kena buang semua ingatan psl nihong ni agaknya.kena buat2 lupa pernah duk negara yg servis depa tip top ni,waduh2,lagumana tu???

Anonymous said...

org jepun even kat ada kat mana2 negara pun akan terapkan budaya or prinsip depa dlm tmpt kerja..contoh cam kat klg jepun mana2 pun akan ada 5S, Kaizen,Toyota Production System etc and negara2 maju len pun dah bawa budaya Jepun ni terapkan dlm sistem depa..tp mesia tukar pimpinan je asyik wat slogan baru je tp penerapannya kurang and kdg2 tu x terasa lgsg pun kelainan..x leh cakap lebih2 stgi kena saman plak..hehe
fith..maji rasa nak pi nihon lg..nak dok sana lg..tp apakan daya cam susah je..hoho
awat la currency nihon tinggi..kalo tak..bleh pi holiday kat sana slalu..haha berangan ^_^

Fith said...

betul2,org kita ni mcm tin kosong,bunyi ja kuat tp isi tarak!ckp ja pandai tp isi zero,haha,tuh dia,kutuk rapat.
tp tu laa kan,baik buruk pun kita kena duk negara kita sndr,huhu.takpa laa,kita ubah sikit2,mana tau generasi akan dtg lbh baik dr apa yg ada skrg,amin...