Saturday, October 15, 2011

Rindu...

Raisha dah pun berusia sebulan, insyaAllah dalam 2minggu saja lagi mama akan habis tempoh berpantang. Kalau ikutkan pengalaman2 sebelum ni, lebih kurang 2minggu lepas berpantang kami akan berangkat balik ke Nihong dah, tapi nampak gayanya kali ni kepulangan kami terpaksa ditangguh lagi. What to say?! Speechless...

Dah lama sangat tinggalkan nihong, almost a year hokey! Kami balik Malaysia awal bulan 2 then dijangka pulang ke sana around end of next month, phewww satu tempoh yang paling lama direkod setakat ni. Rindu sangat dah, rindu kat rumah atas langit tu, rindu kat Ube dan penduduknya, rindu kat japanese foods, rindukan musim2 kat sana, rindu suasana dan life family kecil kami ni, pendek kata rindu segala2nya...

Sungguh, kita merancang dan Allah merancang, tetapi perancangan Allah adalah sebaik2 rancangan...
Plan asalnya nak tinggalkan nihong hanya 4 bulan, then balik semula, a month before due date baru nak balik Malaysia semula. Namun, dek kerana perubahan jadual kerja myLove yang tak menentu, kami langsung tak balik nihong. Moga Allah permudahkan urusan kerja myLove, so that dia boleh settle projek di Vietnam awal dan kami boleh balik nihong next month aminnn...

Oh itu rindu yang pertama, ada lagi yang dirindui, ehehe, rindu apalagi kalau bukan rindu buat si kekasih hati, yer dak?! Kalau masa preggy hari tu I merungut dengan keadaan emosi yang agak tak stabil tu, alhamdulillah lepas bersalin semua mood swings tu lenyap dah. But still untuk satu hal ni masih emo tak tentu arah, bila terfikir soal rindu ni memang tak boleh nak kontrol sedih, mula laa ayaq mata nak meleleh, aisehhh. Takpa laa, takmau fikir lebih2 sangat, kalau ikut hati memang nak luahkan segala yang dirasa, nak share dengan si dia, nak dia
tahu yang kami pun menahan rindu padanya, tapi takut kata2 tu nanti terkesan kat myLove pulak, cause I know situasi dia lebih mencabar. Makanya, selalu laa menahan mulut ni dari tercakap benda2 yang tak gembira, selalu laa menahan tangan ni dari tertaip perkara2 yang tak
sepatutnya. Hopefully I tak jadi beban yang menambah kesedihannya tapi biarlah jadi penawar yang selalu buat dia tersenyum dan rasa
bahagia...

Cucu2 tok abah

1. Ahmad Syafiy Danial - 26/7/2005

2. Ahmad Sidqiy Danial - 8/9/2007

3. Rafiqh Tsuyoshi - 5/12/2007

4. Raziqh Takeshi - 30/7/2009


5. Siti Syadza Damia - 7/4/2011


6. Raisha Misaki - 16/9/2011


My blue rangers...


4 ultramen...

Raya di Ipoh

Sambung balik cerita raya biarpun raya dah lama habis, takpa2, gambar2 ni sangat amat bernilai untuk kenang-kenangan masa hadapan, so wajib laa kena buh dalam blog kan...

Abah, mak, ateh, achik dan adik seperti biasa akan balik beraya di Kedah sehari sebelum raya. Tahun ni anak2 yang dah kahwin semua balik beraya di rumah mertua. Abah mak dan adik2 balik Ipoh pada hari raya ke-2, alang&Shahril pun balik hari yang sama. My family dan abanglong's family balik raya ke-3. Meriah tak hingat bila semua dah berkumpul. Malamnya pulun laa budak2 ni bersama pak2 dan mak2 budak main bunga api...

Raya ke-4 awal2 lagi dah plan for birthday celebration, so yang ni cerita dalam entry lain. Raya ke-5 paginya buat sesi bergambar, petangnya buat makan2 untuk kawan2 yang nak datang. Untuk entry ni, jom tengok sebahagian gambar yang diambil hari tu...


our lovely dad and mom...


abah mak bergambar bersama anak dan menantu...


tok abah dan tokma disamping 5 cucu, sekarang sudah 6, insyaAllah soon jadi 7!
Phewww, tambah2 kecoh ler nanti...


Abanglong, angah(me), alang, ateh, achik dan adik...


My family...



Saturday, October 8, 2011

Puteri si jantung hati...

Dah nak masuk sebulan dah usia si kecik ni, tapi mak dia baru terhegeh2 nak publish gambar2 awalnya...

Ini rupa Raisha selepas beberapa jam dilahirkan, petang 16 september. Kelahirannya disambut meriah dengan kehadiran tok abah, tokma, paklong & family dan paksu...



Day 2 - Pagi tu tok abah datang bawa breakfast, tengahari datang bawa bubur dan petang lepas asar semua datang tengok mama dan baby. Mai sat saja tapi tu pun mama dah pening dah, haru sungguh anakku si Raziqh tu, tak duk diam sesaat pun, haisehhh baik laa hang pi balik cepat2, hahaha.

Kalau ikutkan, mama dan baby dah boleh keluar dah hari ni tapi sengaja pilih nak duk 3hari 2malam, sebabnya masa duk kat hospital ni je laa masa untuk mama rest sepenuhnya, once dah jejak kaki balik rumah, takdak laa chance nak baring2 berehat dah. So sepanjang hari mama just habiskan masa berehat sendirian, ulit2 si kecik, baca majalah dan tengok tv, syok woo!!!



Day 3 - Ayah sampai dari Nihong malam sebelumnya, awal2 pagi dah datang hospital, tengok baby gegirl-nya, sambil tu teman mama kat hospital, 2R ikut tok abah balik, takmau aih nak duk hospital dengan ayah dan mama. Depa lagi syok balik rumah sebab sepupu-sepapat depa Syafiy, Sidqiy dan Syadza ada kat rumah. Hari ke-3 tu mama dan baby dah discharged, yeay, dah boleh balik rumah dah...



Day 4 - Rafiqh onichan dan Raziqh onichan sayang sangat kat adik Raisha...

Thursday, October 6, 2011

3 weeks


Hari ni Raisha dah berusia 3minggu. Alhamdulillah masih dalam mood baik, tidur je siang dan malam, tak banyak kerenah, tak reti lagi nak meghap, cumanya lately dia sangat suka diriba, kalau sapa2 riba dia, sure dia lentok tertidur, tapi bila letak je dalam cot atau atas katil mata terus terbuka luas. Tapi mama as usual memang tak layan, dalam pantang ni memang laa banyak sikit masa nak mengulit dia, tapi nanti dah habis pantang mama kena tunggang-terbalik semula dengan tugasan harian, so better jangan biasakan dia, nanti tak terlayan pulak kot kan, hehe...


Wajahnya pun dah berubah sikit, but still tak tau dia nak iras siapa, nanti dah habis pantang baru tau kot. Memang lazimnya budak2 ni berubah2 wajahnya. Awal2 lahir hari tu memang sebijik macam Raziqh, sekarang ni rasa macam dah lain. Cuma bila orang datang melawat tu kebanyakannya kata muka macam Raziqh, tak kesah lah macam sapa pun, Raisha tetap comel di mata mama...


Rambut Raisha masih tak bercukur lagi, dok tunggu paklongnya balik Ipoh untuk cukurkan. 2R dulu pun paklong depa yang botakkan, tapi kali ni paklong busy kerja, tak sempat2 nak balik. Tengoklah isnin ni,kalau paklong tak dapat, paklang pun ok jugak, kebetulannya paklang dan maklang nak balik Ipoh isnin ni, boleh kot nak request paklang cukurkan si Raisha ni...


2hari lepas nurse datang rumah check baby, berat Raisha masa tu baru 3.4kg, alahaiiii nak oi, dah 3minggu tapi baru naik 400g, rasa macam sikit la pulak, tapi normal kot untuk anak perempuan kan. Kalau si abang2nya dulu, umur sebulan dah cecah 5kg. Nextweek nak bawa Raisha ke klinik untuk cucuk 1bulan, rasanya masa tu nanti beratnya tak sampai 4kg pun, ish kecik sungguh. Nampak montel tang pipinya saja, tapi takpa laa, asalkan membesar sihat, dari segi penyusuan memang kuat jugak menyusu, kalah si Raziqh masa kecik2 dulu...