Friday, December 31, 2010

Selamat datang 2011 !!!

Ish lamanya tak update blog, maaflah ye buat yang rajin bertandang tapi tengok blog terabai seminggu ni. Sekarang ni dalam mood malas nak hadap laptop sebenarnya, bukan takdak apa nak merapu, adaaaa cuma malas nak menyejukkan diri di dapur, asyik dok terperap dalam bilik ruang tamu saja sebab kat situ pasang heater. Boleh sangat nak angkut laptop masuk bilik tapi malas jugak, hahaha pendek kata memang malas lah penyebab utamanya!

Yamaguchi sekarang ni tengah snowing, tak laa lebat tara mana pun, turun gitu2 ja tapi uihhh sejuknya tak tahan. Angin pun punyalah kuat, menderu2, mati terus mood nak merayap keluar. Dah sejuk2 ni macam biasalah, serba-serbi jadi malas, tu yang tak suka sangat sejuk2 ni, langsung tak produktif, mandom. Apapun, layankan je laa mood ni sat, sementara myLove pun tengah cuti, nanti dia kerja balik, no more malaih2 naa!

InsyaAllah esok dah melangkah ke tahun 2011, alhamdulillah. Moga2 tahun baru nanti memberi sinar yang baru buat kita. Azam?! Ada, nanti2 kita cerita yer, hihi. Target pun berjela, moga2 Allah permudahkannya. Di kesempatan ni kami sekeluarga nak ucapkan selamat menyambut tahun baru buat semua viewers ourLoveStory...

Happy new year!!!

Monday, December 27, 2010

Birthday party Rafiqh Tsuyoshi

19hb disember yang lepas berlangsungnya birthday party Rafiqh Tsuyoshi. Tahun lepas buat di 'dewan', majlis yang agak rasmi siap ada AJK, ucapan dan games bagai, tapi tahun ni buat kat rumah saja, just a simple celebration, jemput Malaysian only. Kali ni buat party minum petang, sebab malas nak berenyah buat makanan berat, makanya menu2 yang dipilih adalah yang senang2 saja. Majlis mula pukul 2petang, alhamdulillah ramai yang datang memeriahkan suasana...

Ada mee goreng basah, kek chocolate moist with coffee mousse, chocolate mousse brownies, muffin coklat, muffin pandan, karipap, donat mini, cokodok, air teh karamel dan air teh epal, tu je. Fizah bawa blueberry cheesecake dan Fa&Has bawa mikang(=limau)...

Mee goreng basah...

Buat 2 periuk besar, guna 25bungkus mee. Ada yang tanya macammana I goreng banyak2 ni, and they thought I bangun awal giler to prepare those foods, sebenarnya pukul 10 baru start menggoreng. I buat 'perencah' mee tu awal pagi around 8am, masak kuahnya letak ayam, karot, garam gula semua secukup rasa siap2. Nanti nak goreng cuma ceduk kuahnya letak dalam kuali dan taruk mee, tak laa ambil masa pun, tak payah tunggu ayam nak masak, karot nak empuk bla3 dah kan, gaul2 aje, in less than an hour dah siap goreng semuanya...

Donat, karipap dan cokodok...

Donat dan karipap dah dibuat beberapa hari sebelumnya dan di-frozen, cekodok pisang tu Mas dan Fizah yang tolong buatkan...


Blueberry cheesecake yang sedap! Lama dah tak makan cheesecake, tak puas pulak makan hari tu, huhu...

Pandan muffins ni baru je baking pagi tu, tengah gebu2 lagi. Buat 25biji...

Muffin coklat...

Chocolate moist cake with coffee mousse on top...

Ni 1st time buat coffee mousse, risau jugak tak menjadi sebab I tukar sukatannya lintang-pukang dah, haha, kes nak cepat dan salah sukat, luckily menjadi dan mendapat pujian ramai, hiks, alhamdulillah. Kek ni buat 2 tupperware besar tu, licin! Gambar birthday cake mama tak sempat nak snap, Raziqh mengamuk suruh dukung, dia dah mengantuk amat sebab seharian tak tidur tapi mama dok kalut nak potong kek, makanya tak dan nak capai camera, nanti I upload dari camera orang lain yer...

Sebahagian dari hadiah yang Rafiqh dapat, sibuk laa nak buka tengok...

Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi hadir, dengan hadiah2 dan buah tangan yang dibawa, thank you so much! Terima kasih jugak buat Nas, Dena, Fizah dan Mas yang datang awal untuk tolong prepare birthday party, arigatou minna!!!

Friday, December 24, 2010

Illumination di Tokiwa Park

Semalam adalah public holiday kat sini, so myLove cuti. Kami tak ke mana pun, paginya lepas siapkan breakfast, terus settle-kan kerja2 rumah dan prepare lunch. Hasratnya nak pi baito(=parttime) right after Raziqh took his morning nap, senang sikit nak menyelinap keluar since lately dia sangat marah kalau ditinggalkan, even mama nak pi buang sampah pun dia melalak tak hingat. Macam mak2 lain jugak, I sangat benci tinggalkan anak dalam keadaan meraung, rasa tak tenteram dan tak happy nak pi buat kerja. Kalau dulu dia ok ja bila I pi deliver orders tapi sekarang jangan harap. Kalau dia sedar I nak keluar memang dia buat perangai sungguh2. The best way to leave him ialah tunggu dia tidur lah. Pukul 11 lebih dia tertidur, letak dalam buaian dan bersiap cepat2 terus keluar. Rafiqh pun dah tertidur, dia ni kalau ayahnya ada dia mudah tertidur, mungkin syok diriba atau tidur celah2 ayahnya sambil orang tepuk2 usap2 kot, lali2 terlelap terus. Kalau dengan mamanya saja, memang seharian laa dia takkan tidur, melompat tak habis2...

Biasanya kalau pi baito memang hangkut depa sama tapi dah kebetulan ayah depa cuti kan, apa salahnya tinggalkan depa kat ayah depa, hihi, mama suke! Senang sikit mama nak buat kerja, jadinya semalam tak lama pun keluar, tak sampai 2jam dah settle kerja, terus balik, sempat singgah supermarket lagi belikan choco ball untuk 2R, ingatkan depa dah bangun dan akan 'sambut' mama laa, tapi cet, masuk2 rumah sunyi sepi, terbongkang lagi rupanya. Petangnya untuk minum petang buat nugget, requested by encik suami. Tinggal sikit je lagi chicken mince ni, lupa pulak nak order untuk stok this month, ni yang rasa macam nak beli ja food processor, mesti berbaloi2 kan, tertengok kat blog Norlin hari tu sebenarnya, macam best ja. Kalau beli mince pun mahai dah, kalau boleh buat sendiri uish untung tu, boleh meniaga nugget pulak lepas ni, haha, tau nak meniaga ja hang noo, hehe...


Tengahari semalam dapat email dari kohai(=junior) girl ajak pi tengok lampu2 merelip-merelap kat Tokiwa Koen sempena Xmas ni, tak jauh pun dari rumah kami ni. Memang dah ada plan nak pi petang esok sebab ada maskot2 kartun Doraemon dll tapi myLove kata esok mungkin yuki(=snow) turun, dah alang2 orang ajak pi semalam, I tanya myLove boleh tak kalau kami nak pi and he said okey, horay! Pukul 6 dah siapkan dinner, bersiap2, pukul 7 kami dah ready tunggu yang lain2. MyLove tak pi pun, just the 3 of us, join Nas, Fizah dan Dena. Ingatkan sejuk sangatlah semalam, hentam bagi budak2 ni pakai baju sampai 4lapis, last2 tak sejuk tara mana pun. Tapi ok laa kan, kalau sejuk2 sangat nanti selsema batuk pulak depa. Ni antara gambar yang sempat di-snap, as usual tak banyak pun gambar...


Tsuyoshi-kun...

Takeshi-kun...

at last, managed to snap picture only 2 of them...


my little heroes...


Pagi tadi tengok forecast kata esok tak yuki laa pulak, hare(=cerah) lagi, makanya petang esok boleh laa pi lagi kot. Rafiqh semalam dok tunjuk2 kereta kabel bentuk zou(=elephant), nak naik laa kot, tapi seriau takut dia gayat pulak, haha. Tengoklah esok kalau ok, kita naik yer. Sapa nak ikut?! Jom3!!!

Thursday, December 23, 2010

Lagi gambar sekitar AGM PAMY

Credit kepada Haziq, gambar2 ni dicilok dari fb beliau...

Banyak jugaklah dia snap gambar 2R, ni yang dah ditapis2 dan dipilih2, kalau buh semua huishhh penuh laa, banyak...


Raziqh Takeshi, budak tak reti duk diam...
La ni dia tak bagi dah orang tangkap dukung dia, "I'm already a big boy hokey, I want to walk on my own, huh!", wahhh kerek. So ramai yang kata dia takmau kat orang dah, padahal dia mau ja tapi kena pandai umpan laa...

mama and 2R...

si gedik yang suka buat aksi bila orang tala camera kat arah dia, heeee ingat comel dah la tu?!

time orang meeting, depa dua pun menyibuk duk depan sama...

baca apa tu? suka2 hati je belek2 buku orang eh...

Wednesday, December 22, 2010

Nabe & Annual Grand Meeting PAMY

Hari sabtu malam ahad diadakan jamuan makan nabe dan mesyuarat agung tahunan bagi perlantikan AJK baru Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi(PAMY). Majlis ni diadakan di meeting room international house bermula pukul 7.30malam. Kami pi pukul 7 lebih, masa sampai tu tengok kohaitachi(=juniors) masih dalam proses penyediaan makanan, dok potong2 sayur dan bahan2 lainnya. Bawa kek batik ni saja, seperti yang diduga plan nak buat puding roti tak jadi sebab memang tak sempat pun, bawa je lah apa yang ada...


Nabe dalam bahasa jepun maksudnya periuk tapi idak ler kami2 ni makan periuk tapi makan masakan direct dari periuk, gitu laa kot simbolik maknanya. Orang2 jepun ni bila musim sejuk depa banyak masakan berupa sup ala2 steamboat, memang best sebab time sejuk2 makan benda yang tengah panas2 menggelegak ni boleh panaskan badan. Syok je rasa bila duduk ramai2 keliling meja yang tengah2 tu diletak periuk, lepas tu campak2 bahan mentah, ceduk dan ngap. Dulu time belum ada anak kerap laa kami buat kat rumah, siap beli periuk nabe elektrik yang besaq gedabak tu lagi, tapi sejak ada anak ni dah jarang2 dah, susah nak 'berkawal' hehe. So sekali-sekala dapat merasa makan ramai2 kat public macam ni memang heaven sangatlah!

Macam biasa kohaitachi yang incharge masakan ni depa buat style melayu lah. Seingat I kalau zaman I student dulu selalu buat nabe ni betul2 macam jepun punya, means dari cara potong bahan2, cara dan giliran nak masukkan bahan2 hinggalah ke cara makan(letak shoyu atau kimuchi) haa serba-serbi japanese style, tapi lately dah tukar trend dah, memang makan style melayu, base sup hari tu pun depa guna tomyam campur kimuchi dan miso, makanya jadi laa nabe tomyam, keh3. Hentam sajalah labu, bukan ada markah pun kan. Mungkin atas sebab tak 'jepun' tu lah, myLove tiba2 suarakan yang dia nak makan nabe lagi, suruh buat kat rumah. Okey darl, nanti kita pi beli bahan2 dan periuk nabe saiz kecik ok, tiap2 hari pun boleh buat nabe, hiks...

basically nabe ni diletak ayam, seafoods, sayur2, cendawan2 dan last sekali letak udon, tapi malam tu depa ganti mee kuning...


inilah periuk nabe tu, diperbuat dari tembikar, periuk yang memerap haba...


sedang direneh...


2R...
Susah betul nak snap picture both of them dalam rupa yang elok, haihhh...

Pukul 8 start makan pukul 9 selesai, terus masuk acara meeting. Kami tak tunggu hingga meeting selesai pun sebab kena balik awal budak2 dah mengantuk, plus mak budak belum settle lagi baking. Ingatkan balik tu nak sambung buat muffins tapi dah penat sangat dah, terus masuk tidur. Happy sangat boleh join aktiviti PAMY, the kids pun happy amat sangat, they both duk depan menyibuk dengan pengerusi majlis time orang meeting, hihi, suka laa ramai tukang layan kan, mama pun suka sebab boleh 'rest'...

Beef-steak-tak-jadi

Jumaat lepas, dalam dok kalut2 buat kerja itu ini sempat lagi memerap ayam dan daging. Ayam tu nak buat chicken chop untuk makan malam, daging tu pulak nak buat steak untuk minum petang, tuh dia, western sungguh! Tiba2 ja rasa teringin nak makan, tu yang buat jugak tu. Perap dari pagi tapi lepas masak daging tu still tak berapa lembut, nak rebus terasa sayanglah pulak nanti keluar air manis daging tu kan, ermmm takpa laa, next time cuba lagi, ni pun dah kali keberapa buat pun tak ingat dah, asyik fail ja, hahaha. Nasib baik buat sikit saja, kalau dak jenuh nak menelan. Untuk 2R gorengkan fries saja, depa tak berapa reti makan daging2 ni...

Untuk dinner buat nasi goreng masala dan grilled chicken chop bbq sauce, gambar tak ada, lupa nak ambil. Hasil untuk ayam memang best, lembut dan juicy bahagian dalam dan garing bahagian luarnya. Rafiqh dan Raziqh langsung tak makan nasi tapi pulun makan ayam saja...



Sabtu pagi menjual macam biasa, menu jualan ialah nasi goreng cina dan kung pao chicken. Sebab lauk-nya 1 saja tapi harga sama macam selalu2 so bagi extra dadih untuk setiap set nasi. Sengaja pilih menu yang simple sebab banyak lagi kerja nak buat. Siap masak pun awal, pukul 11 lebih dah pergi hantar order dah...



Petangnya siapkan kek2 birthday, nasib baik jugaklah dah siap2 buat 2biji chocolate moist kek hari jumaat tu so petang sabtu cuma buat coffee mousse saja. Kalau semua nak buat hari sabtu tu memang tertonggeng laa mama 2R, tak sempat! Dah laa petang tu baru nak pi beli barang2 nak masak untuk party, perghhh memang terkocoh2. 2biji kek tu dibahagi dalam 4 acuan, potong separuh setiap biji kek dan susun dalam tupperware untuk dibuat base, kemudiannya curah coffee mousse atasnya. Siap buat kek ni beralih kepada chocolate muffins pulak, kali ni buat 2 adunan untuk dapatkan 24biji. Settle je bakar muffins semuanya, buat chocolate brownies pulak. Elok siap bakar brownies tu myLove pun balik dari main bola. 2R tertidur petang tu, boring agaknya tengok mama sibuk tak habis2. Sempat mama mandi dan bersiap2 sementara tunggu depa bangun. Bila depa dah bangun baru siap2kan depa pulak untuk ke majlis malamnya pulak. Cerita majlis dalam next entry yer...

Tuesday, December 21, 2010

Mencari kaftan dress

Seharian penat 'belek' online shop, belum ketemui barang yang dicari. Sebenarnya dok cari kaftan dress dan maxi cotton yang cantik2(memang laa nak cantik, ada ka orang nak beli yang huduh). Jumpa yang berkenan stok pulak semua takdak, aiseh! So nak tanya sapa2 yang berbaik hati nak share info, kot2 tau any blog/fb/web yang ada jual baju2 tu, tolong habaq mai sat buleh dak?!

Kaftan dress nak yang fully lining, maxi cotton pulak nak yang berlengan panjang. Sebolehnya takmau yang ketat2 especially tang pinggang tu, hahaha, biar longgar dan selesa. Cet mengada2 la pulak kan. Okey2, kalau ada yang nak tolong bagi cadangan, sila2 yer. Thanks in advance!

Mau update tapi mood tarak!

Banyak benda menarik berlaku sepanjang weekends baru2 ni, hujung minggu yang padat dan penat tapi sangat best, tapi mood nak update belum mai lagi. Semalam kepenatan masih berbaki makanya dok golek2 tengok tv saja, lepas tengahari baru on komputer tapi masih malas nak duduk hadap laptop ni. Cadangnya nak update hari ni laa lepas Rafiqh pi hoikuen(=nursery) tapi sebab dia tak pi, so tak jadi update lagi, hihi, alasannn, padahai yang betoinya dok ralit tengok baju2 kat online shop...

Hari ni myLove pi shucchou(=outstation), pagi ni bangun awal dari biasa sebab myLove nak keluar rumah pukul 6pagi. Pagi tadi cuma perlu prepare breakfast saja, tak payah buat bento(=lunch pack) pun. Raziqh macam biasa dia pun sibuk bangun sama, bising2 sampai si Rafiqh pun terjaga. Lepas ayah depa dah keluar I paksa 2R tidur balik, sebab masih gelap so depa senang tertidur semula, dengan mak depa sekali lelap. Sedar2 ja tengok jam dah pukul 8 lebih, humak aih, kelam-kabut laa pi mandi. Bila settle semuanya tengok kat luar alamak hujan la pulak, decided untuk cutikan Rafiqh lah, malas nak redah hujan pagi2 ni. Biarkan ja depa tidur sampai pukul 8.30 baru depa bangun. Cakap kat Rafiqh hari ni tak pi sekolah tapi petang nanti mama bawa jalan2 ok. Dia kata ok, alah kalau kata tak ok pun ada mama kesah?! muahahaha...

Nanti mood dah datang baru I update lagi yer...

Friday, December 17, 2010

Fehnat lah!

Dah jumaat dah pun, pejam celik pejam celik, phewww seminggu yang memenatkan, sangat2 penat hinggakan hampir setiap malam sebelum pukul 9 I dah terlelap dah. Badan ni habis sakit2 especially tang bahu, rasa macam nak pi spa mengurut, awat laa servis mengurut kat nihong ni mahai nak mampuih, hadoiii. Nasib baik ada tukang urut free, walaupun picit2 tak sampai 10minit tapi ok laa dari takdak langsung kan?! Nak minta urut lebih2 pun tak sampai hati, dia pun penat jugak balik kerja. Lega laa sikit sakit2 bahu ni, kadang2 tu nak tidur pun rasa tak selesa, dek menahan rasa sakit tu. Minggu depan nak kena pi farmasi beli vitamin arinamin EX tu lah, dah habis dah stok dalam rumah ni, vitamin tu bagus untuk rawat sakit2 bahu dan kepenatan melampau ni, ewwah iklan pulak aih...

Minggu ni memang extra penat sikit bukan sebab apa, sibuk dok prepare birthday party si Rafiqh, walaupun cadang nak buat simple saja tapi menu mesti banyak jugakkan, pi mai pi mai dengan kerja2 lainnya terpeleot jugaklah mak depa ni. Sebab buat kerja dengan kelam-kelibut ni lah, semalam buat pau orang tempah pun tak jadi, buat dadih pun tak jadi jugak, adehhh geram sungguh, time nak cepat dan banyak kerja ni laa benda2 ni nak spoil. Si pau tu dok tak dok tiba2 jadi keras, ni mesti kes terlebih tepung, salah sukat lah tu. Si dadih tu taktau pasaipa tiba2 berketul2 susunya. Akibatnya hari ni pun terpaksa buat pau dan dadih lagi, hish, loqlaq! Saja2 ja tambah 2kerja dari banyak2 kerja yang dah sedia ada...

Mujur esok myLove cuti, boleh minta dia tolong vacuum rumah, kemas2 rumah dan lap apa yang patut before lusa. Esok pagi nak kena masak untuk jualan, petangnya nak buat kek birthday 3biji dan 2jenis muffins, takut tak sempat pulak nak kemas2 rumah. Malamnya nak pi makan2 ada jamuan nabe pulak, haa yang ni syok, suka! Tak sabaq nak pi, hahaha. Dah prepare kek batik dah nak bawa pi, kalau sempat esok nak buat puding roti jugak, kalau sempatlah!

Dah lama blog ni tak menulis benda yang bermanfaat, asyik merapu ja kan. Maaflah ya, insyaAllah nextweek ada banyakkk entry lagi, hihi. Selamat berhari minggu!

Thursday, December 16, 2010

Eh2, yuki?!

Yuki = snow

Cepatlah pulak tahun ni yuki turun. Biasanya hujung2 tahun 30 atau 31 dec baru yuki nak mula turun dan biasanya new year adalah hari memutih, memang snowing yang agak lebat. Tapi tahun ni agak memeranjatkan, cepatnya sejuk, brrrrrr...

Tengahari semalam masa yuki turun I tengah menggodek karipap so minta Rafiqh buka sliding door dapur dan bagi both 2R 'menikmati' kesejukan luar. Raziqh sangatlah jakun, melompat2 sambil tunjuk yuki yang makin lama makin lebat. Mula2 tu I confused jugaklah, eh biar betul ni yuki, musykil dan rasa macam tak percaya, tapi bila dah makin lebat dan nampak jelas barulah yakin yang tu yuki. Ni gara2 pagi tu pi buang sampah so tak sempat nak tengok tenki yohou(=forecast) kat tv. Tapi pagi tu memang rasa sejuk semacam, menusuk ke tulang. Tak sempat nak snap gambar pun due to tangan2 ni tak boleh stop dari buat karipap, kang kalau stop bila pulak nak habiskan kerja kan. So layankan je laa 2R yang happy tengok benda putih melayang2 turun dari langit, haha. Maybe next time boleh ambil video dan gambar depa yang kegembiraan tu. Dah agak2 lama dah buka sliding door tu I suruh tutup lah, mak aih sejuk menggigil2 dah ni...

Lepas lunch bagi 2R pakai baju banyak2 lapis, Raziqh lepas keluar toilet menggigil2 kesejukan, menangis dia taknak duduk langsung, sampai dah naik purple bibirnya, sejuk sangat lah tu, kesian. Masa dia tidur pun halakan heater ke arah dia, kami kat dapur ni memang sejuk laa sebab takdak heater. Tapi sebab dok buat kerja dan Rafiqh dok main, bergerak sana sini so masih boleh tahan lagi...

Hari ni pun myLove kata maybe yuki turun lagi, perghhh macammana nak keluar ni. Malas betul nak keluar time sejuk2 ni, kesian 2R pun yer jugak. Sejuk!

Tuesday, December 14, 2010

Kuih-muih

Dalam 'jadual kerja' minggu ni hampir setiap hari kena godek donat dan karipap, kena buat banyak2 untuk jualan dan jamuan makan2 ahad nanti. Kalau untuk jualan biasanya cukup dengan sekali buat karipap dan sekali buat donat saja. Tapi minggu ni meriah sungguh menguih(istilah baru, hek). Perghhh sampai naik penat dah jari-jemariku mengelim karipap, sampaikan kadang2 tu rasa macam tak boleh nak picit rapat2 masa mengelim tu, mungkin sendi2 jari ni dah lenguh agaknya...

Semalam buat karipap 40ketul, nak buat donat jugak tapi tepung high protein tak cukup, so cancel donat, beralih kepada pau pulak. Buat pau kaya untuk 'sample' jualan, buat kecik2 comel lote, 1 adunan dapat 16biji, 10biji selamat masuk perut masa minum petang, bakinya 6 saja di-frozen...

Hari ni lepas hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery) tadi, terus singgah supermarket beli bahan2 nak menguih lagi. Balik tu tidurkan Raziqh dulu kemudiannya adun donat, siap terap2 semua baru buat karipap pulak. Ambil Rafiqh dari hoikuen, sambung buat karipap balik, sambil2 tu sempat buat dadih lagi. 2R suka sangat dadih, asyik minta nak makan. Seminggu dua ni depa buat hal takmau minum susu, selalunya seminggu dekat 10kotak habis tapi beberapa minggu kebelakangan ni 4kotak pun bercinta nak habiskan. Bila tengok depa pulun makan dadih, okey fine, mama transfer susu depa jadi bentuk dadih la jawabnya, hari ni buat 2liter, esok habis la kot, ni pun takdan beku lagi depa dah angkut makan dah, lusa kalau rajin boleh buat lagi...

Mesti viewers dah meluat tengok gambar karipap dan donat kat blog ni, haha macam tak reti nak buat benda lain, kuang3. Kadang2 bosan jugak dok ulang buat benda yang sama, tak berpeluang nak test kuih2 lain tapi nak buat macammana kan, the kids suka sangat. Kalau tengok mama goreng donat, melompat2 happy, tak jemu2 setiap hari belasah donat, ish3...

buat 2 perisa saja, yang asli untuk budak2, yang jagung untuk mak budak...


with flash, wahhh berkilat2 pau ku...

ni pulak without flash, sengaja warnakan hijau supaya senang nak beza. Nanti nak buat inti coklat bolehlah warnakan koko pulak...

Resepi nasi minyak dan lauk-pauknya...

Meh nak salin balik resepi2nya, senang nanti nak rujuk bila2 nak masak lagi...

Nasi minyak

Bahan2:
beras
bawang besar - dihiris
bawang putih - dihiris
halia - dihiris
perkakas 4 beradik (bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga,kulit kayu manis)
susu cair
minyak sapi / butter
garam
daun pandan
pewarna kuning
kismis dan gajus untuk hiasan

Cara2:
- panaskan minyak/butter, tumis bahan yang dihiris dan perkakas 4beradik hingga naik bau
- masukkan susu, garam dan daun pandan, tutup api
- masukkan semua ni ke dalam periuk berisi beras yang dah dibasuh, tambah air dan tabur kismis dan gajus, masak nasi macam biasa
- setelah nasi masak, buat 1 lubang kat tengah2 nasi menggunakan chopstik, letak beberapa titik pewarna kuning dan biar seketika, sebelum dihidang, bolehlah gaulkan nasi separa rata.


Ayam masak madu

Bahan2:
ayam
bawang besar
bawang putih *
halia *
rempah kari
serbuk kunyit
garam
cili boh
madu
gula merah
sos tomato/tomato puree
air

Cara2:
- kisar/tumbuk bahan bertanda *
- perap ayam bersama garam, serbuk kunyit, bahan kisar dan rempah kari selama 1 jam
- ketuk2 ayam dari rempah perapan, simpan rempah, goreng ayam, angkat dan ketepikan
- panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu dan masukkan bahan perapan tadi bersama cili boh, tumis hingga pecah minyak
- masukkan tomato puree, gula, madu dan air
- akhir sekali masukkan ayam


Telur masak kurma

Bahan2:
telur yang telah direbus
bawang merah *
bawang putih *
halia *
lengkuas *
bawang merah - dihiris
bawang putih - dihiris
perkakas 4 beradik
rempah kurma - dibancuh dengan sedikit air
santan
ubi kentang
cili hijau
garam

Cara2:
- kisar bahan bertanda *
- panaskan minyak dan goreng telur rebus tadi hingga kulitnya garing, angkat dan ketepikan
- guna minyak tadi untuk tumis bawang yang dihiris bersama perkakas 4beradik hingga wangi
- masukkan bahan kisar dan kacau hingga naik bau
- masukkan rempah kurma, masak hingga pecah minyak
- masukkan kentang dan santan, masak hingga ubi empuk
- masukkan cili hijau, telur dan garam. Siap!


Acar timun @ jelatah

Bahan2:
timun
carrot
nenas - pakai yang dalam tin
bawang besar
cili padi/cili merah
garam
gula

Cara2:
- potong semua sayur2 tu halus2
- gaul semua bahan bersama garam dan gula, kalau guna nenas dalam tin bolehlah tuang air nenas tu sekali

Monday, December 13, 2010

Cerita hujung minggu

Hari sabtu macam biasalah, dari celik2 mata sebelum pukul 6pagi hingga 1petang adalah masa mama 'bekerja'. Selesai menghantar order perut ni memang tahap kebuloq dah, terus gagau cari makanan, suap 2R makan sekali, uishhh depa ni suka sangatlah menu nasi warna2 ber'perisa' ni, tak payah buh kuah hapa dah, letak lauk-pauk dan acar timun tu saja, bertambah2 laa depa makan. Tu yang syok tu, selain meniaga, hari sabtu adalah hari masakan special untuk hidangan seisi sekeluarga. Masak tu mesti budget elok2 untuk dinner sekali, so tak payah ler masak dah, hahaha dasar pemalas! Petangnya tak keluar pun, myLove pi main bola dan kami duk rumah saja. Mak depa dah kepenatan, taktau kenapa rasa penat sangat padahal tiap2 minggu pun aktiviti yang sama, so pujuk the kids untuk main dalam rumah sajalah sambil layan drama...

Hari ahad paginya keluar ke nishimatsuya(lagi), baru beberapa hari lepas mama dah bawa 2R pi beli baju2 tapi kali ni pi lagi sebab ayah nak belikan jacket baru untuk anak2nya, yatta ne, suka laa si Rafiqh bila dapat jacket baru yang cantik, Raziqh belum tau apa lagi, dia tau nak berlari ja laa. Habis beli2 dan pusing2 kedai tu kami ke 100yen shop pulak, beli buku2 Rafiqh dan barang2 sikit, kemudiannya pi makan sushi, ayah nak belanja sempena dapat bonus, arigatou! Moga makin murah rezeki ayah, boleh belanja kami selalu, hikhiks...

2R memang hantu sushi, especially Rafiqh lah, hamboi2 suka sangatlah kalau dapat makan japanese foods ni. Pulak tu semalam ada disediakan santapan khas buat kanak2, depa buat sushi ni saiz mini, kecik2 alahai comel giler! Rafiqh makan tamago(=telur) sushi ni 2pinggan dan unagi(=belut) sushi 2pinggan, wah2 not bad haa, mama pun makan 6pinggan je hokey, Raziqh makan dekat 2pinggan...

chou kawaiii(=comel sangat). Sedang elok je saiznya dengan mulut budak2, sekali ngap je!

the very anak ayah...


Balik rumah rehat2 kejap, lepas tu adun donat dan masak kari ayam. Petang lepas habis tengok drama adun roti puri pulak. Ni kali ke-3 buat, dan kali pertama buat guna yis baru tu so agak confident kali ni mesti jadi. Alhamdulillah, hasilnya tak mengecewakan, memang best lah! Ni baru betul2 rupa puri, kembong lembut gebu dan enak! Petang tu makan roti puri ni, kenyang sampai ke malam. Amacam kaklong, lulus tak?! hehe...