Friday, May 14, 2010

Tidur siang punya cerita...

Baru 2hari tak update blog, hidup dah rasa pelik semacam, rindu! Memanglah blog picisan ni takdak sapa ambil tau pun, tapi sebab dah terbiasa tiap2 hari menulis, sekali bila agak lama tak menaip kat papan kekunci ni (ecceh ayat macam cerpen pulak), rutin harian rasa macam kurang lengkap gitu(sungguh poyo)...

Seminggu dua ni jadual harian I dah sedikit berterabur, due to jadual tidur Rafiqh yang berubah diolah oleh dia sendiri. Being me yang agak 'berdisiplin' dengan soal masa ni (I jenis yang buat kerja ikut jam/pukul), bila tiba2 budak2 ni berubah angin memang take time jugaklah nak adjust tugas2 harian selari dengan tuntutan depa. Peliknya diri I ni yang I sendiri pun kadang2 tak faham, bila nak adapt dengan perubahan baru ni I akan rasa sedikit stress, so mungkinlah sebab STRESS yang melanda, blog ni malas nak di-update. Alhamdulillah hari ni dah rasa sangat selesa, dah boleh serasi dengan jadual hidup yang baru...

Kalau ada yang hairan kenapa I boleh sampai stress pada benda kecik tu ja, haa mai nak habaq. Bila Rafiqh refused untuk tidur pada masa yang selalunya dia tidur, adiknya punya masa tidur pun turut terjejas. Kemudiannya I pulak duk pulun tidurkan depa yang tak tidur2, padahal sepatutnya I buat kerja2 rumah yang lain pada ketika tu, somehow kerja2 tu terbengkalai. Bila bertimbun2 benda tak buat, sekali nak siapkan tu terasa sedikit tertekan lah. Haa tu ja pun... Setelah lebih seminggu dok terhuyung-hayang nak dapatkan rentak baru Rafiqh ni, sekarang dah boleh tarik nafas lega, dah tau dah tang mana nak kena kawtim tu...

So now, no more morning nap for Rafiqh, dia dah cukup besar untuk tak tidur waktu pagi mahupun tengahari tapi selalu terbabas tertidur around pukul 3petang, aduhhh sungguh tak best! Bila tidur pukul 3 dan bangun pukul 5, maknanya malam2 dia akan stay up sampai pukul 9lebih...

Tapi tak kesah laa, dia dah makin membesar, sedikit sebanyak itu ini dah lain laa kan, takkan nak samaaaa ja...

4 comments:

ojasamid said...

hehehe..patutlah blog sunyi sepi. akak pong rindu gak dgn entry terbaru fith tau :p
tp mmg gitulah kan, bila jadual nap budak2 ni berubah kita lah yg paling kalut nk adjust. la ni affan sudah refuse utk nap siang, lagi lah haru. kepenatan melanda nk melayan mata bulat dia dri pagi smpi malam. owhhhh...capek nya..

Fith said...

Kak oja,
oh kandou sekejap bila tau ada org rindu nak baca fith merepek,hehe.
haa betul tu kak,bila diorg ni tidur siang,at least kita ada sikit masa nak rehat atau menarik nafas yang damai kan...affan dah taknak tidur siang ye,byk sgt benda dia main laa tu,hehe...

Heartilyina said...

sama la kiter fith. kiter pn rutin harian xleh main taram je sesuka hati mesti ikut jadual. bila ada benda ganggu tu jadual pn lari mula la stress. ihsan skrg pn morning nap je. ptg susah dh nk tdo. kalau dlu 3 kali tdo siang tp skrg 2 kali pn jarang. so terpaksala dukung dia smbil masak sbb dia skrg dh xnk sgt dok dlm walker. sakit bahu sbb dia makin berat!

Fith said...

Ina,
mak aih,ihsan tido pagi je,mcm budak besar sungguh,hehe.tp mmg penat kan klau diorg ni tak tido,nak buat keje pun tak senang,apatah lg nak rehat...raziqh pun dah taknak duk dlm walker,fith 'umpan' dia dgn senduk periuk time nak masak,bg dia masak sama,hahaha.