Thursday, May 6, 2010

Random piccas

Disebabkan sekarang I dok guna laptop kecik ni, banyaklah pulak terjumpa gambar2 masa balik Malaysia lastyear. Sepanjang dok kat Malaysia, blog ni agak terabai laa jugak, banyak event yang berlangsung tak dapat di-update, so di kesempatan ni rasanya nak upload laa mana2 gambar yang rasanya belum masuk blog lagi, sambil2 tu boleh imbas balik kenangan2 manis percutian 3bulan tu, hihi...

Malaysia kan terkenal dengan cuaca panas sepanjang tahun, jadinya aktiviti main air adalah sangat lazim dan menyeronokkan. Dulu masa abah mak duk Taman Meru, jangankan nak main air kat luar rumah, nak keluar pijak tanah pun malas, sikit punya laa banyak nyamuk, eeeiii memang budak2 ni jangan harap laa dapat main lari2 kat laman rumah tu, asyik terkurung ja. Tapi alhamdulillah sejak dah pindah naik Puncak Meru ni, nyamuk dah tak jadi masalah lagi. So kami belikan kolam renang yang sehabis besar kami mampu cari ni untuk Rafiqh dan sepupu2 plus paksunya main. Syok habis laa budak2 ni, siap buat terjun tiruk dan kuak lentang terlentang bagai lagi dalam kolam cinonet ni. Masa beli kolam ni rasa macam 'kecik' ja tapi bila mai tang nak isi air tu mak aih, jenuh jugak, sejam pun terasa macam nyet2 punya laa lambat nak penuh. Apapun, memang puas hati belikan kolam ni untuk budak2, tengok muka depa yang happy, it's soo priceless!
Lepas mandi petang, pakaikan depa dengan baju2 tidur yang maktok belikan, boria! Sebenarnya ada sorang lagi yang tak masuk dalam gambar iaitu Sidqiy, masa ni dia malu2 lagi nak join main dengan Rafqh, ka sebab dia takut lagi ek, tak ingat la pulak. Rafiqh masa baru2 jumpa sepupu2 dia ni, dia terlebih excited geram kat depa, ada ka patut dia pi cubit2 depa ni, maunya depa tak takut kat dia kan, haihhh, tapi lama2 makin baik laa, in fact pandai pulak tu tunjukkan rasa sayang kat each other, so sweet of them!
Baju biru tu my youngest bro-adik, baju hijau-ultraman Syafiy, hehe...


Seminggu sebelum kenduri kahwin my sis-alang, sebab semua adik-beradik I ada, so kami adakan sambutan birthday party untuk Syafiy, sambil tu selitkan jugak sambutan father's and mother's day untuk abah mak. Birthday Syafiy hujung julai sepatutnya, tapi saja buat awal. For lunch I belikan kfc, oh bukan I yang pi beli pun, my sis and bro laa, I tukang bayar ja, hiks. Dengan ramai2 yang dok ada ni, takdak aih nak pi makan kat kedai, kami tapau lagi senang. Petangnya baru keluarkan segala mak nenek foods untuk celebration - ada kek(abanglong&kaklong sponsor), ada fruit tarts, ada ice cream, yummy...
the birthday boy, Ahmad Syafiy Daniel @ 4years old...
Muka dia sebijik macam papa dia kecik2 dulu, tengok matanya, bulat!
birthday orang tapi dia yang paling happy!
kek coklat, cantik! Terharu tengok ada nama 'angah' kat situ, hihi...

2 comments:

Heartilyina said...

masa ni nmpk mcm baby lg muka rafiqh. skrg dh makin ensem dh ek onichan hihi. kiter tgk gmbr2 tu tertumpu kt paksu. seb baik la ramai anak buah ye paksu. ada la kwn2 sepermainan :D

Fith said...

Ina,
haa masa tu raziqh tak lahir lg,masih macam baby lagi,skrg dah big boy dah,hhe.
tuh laa,paksu tu se-geng dgn anak2 buah,mcm budak2 je perangai pun,haha...