Selalu kan kita dok tengok dalam drama/filem melayu, orang melayu+islam kita ni bila ditimpa apa2 musibah, sikit2 cari bomoh, sikit2 cari dukun, sikit2 cari 'perantara wali', ish3 apa nak jadi?! Jangan taktau, dalam zaman serba canggih-manggih ni pun, masih ramai antara kita yang percaya pada benda khurafat, tahyul dan yang seangkatan dengannya, yang pastinya samada kita sedar atau tak, perkara2 yang melibatkan kepercayaan ni membawa kepada syirik, menyekutukan Allah itu dosa besar woo! Nauzubillah...
Ada pulak yang kata "eh takpa, bomoh ni jampi pakai ayat qur'an, dia bomoh islam!", *sila tepuk dahi beramai2*, see betapa jahilnya umat islam kita sekarang! Kalau dah sampai berkemenyan, berjampi-serapah, ber'perantara', ber'menurun', berpulut kuning-ayam panggang-bunga 7warna-bla3 bagai, tang mana yang ISLAM nya? Semua tu dah masuk ilmu hitam dah weiii, dah bersahabat dengan jin dan syaitan!
Kalaupun kita bermasalah(contohnya diganggu makhluk halus ka, sakit 'misteri' ka, anak kecik kuat teriak ka hapa ka), kita pun pi laa jumpa ustaz/imam/tok guru or whatever lah untuk berubat atau dapatkan 'ubat', masih perlu kita percaya dan yakin sepenuh hati bahawa kita hanya berikhtiar, bukannya bergantung harap pada kuasa manusia tersebut semata2, sebaliknya kita wajib kena berserah sungguh2 pada kekuasaan Allah Taala, wajib kena percaya sungguh2 apapun yang terjadi adalah berlaku kerana kehendak Allah Taala, dan HANYA Allah yang boleh merubah segala-galanya...
Berbalik pada tajuk entry, as usual intro selalu melencong-meraban dulu, hehe, selalu sangat dok tengok dalam tv tu, asai ada problem rumahtangga ja, pakat2 semua orang suruh si isteri tu pi cari dukun, hadoiii laa, drama2 ni pun satu hal jugak, mengajar ajaran songsang! Ni lagi satu yang dah jadi penyakit keturunan orang melayu kita ni, asai suami buat hal ja, isteri pi jumpa bomoh, asai laki ada 'betina' lain ja, bini pi cari bomoh, konon nak berubat laa, ni bukan cari ubat ni, ni cari penyakit!!! Maunya tak cari penyakit, elok2 sahsiah dan ibadah kita selama ni terjaga, hanya sebab nak menangi cinta suami kita pi bodohkan diri bercampur dengan benda2 nasi kangkang-jampi serapah-minyak pengasih-bla3 konon nak bagi laki dengar cakap, dahhhhh kita pun terheret masuk dalam golongan yang dilaknat. Alangkah ruginya kita kan?!
Adik2 kakak2, hati manusia ni kan dipegang oleh Allah, termasuklah hati suami2 kita tu, Allah yang membolak-balikkannya, kalau hari ni Allah nak bagi dia sayang gila kat kita, esok-lusa Allah boleh ja buat dia benci-meluat-piang kat kita, tu semua kerja Allah, jadinya mohonlah ketetapan hati tu dari Dia, bukan susah pun, berdoa, berusaha perbaiki rumahtangga, bersabar dan bertawakkal, insyaAllah sejahtera. Apalah sangat nilainya cinta suami kita tu kalau nak dibandingkan dengan cinta Allah!!!
Sebelum I berumahtangga, seorang ustazah pernah nasihatkan supaya setiap kali nak buat kerja rumah(memasak terutamanya), even bancuh air untuk suami sekalipun, basuh tangan dan bacalah basmallah pada setiap gerak kerja, insyaAllah penuh berkat. Benda simple ni kita semua pun tau kan, tapi kita amalkan ka?! Selain tu, antara doa yang boleh kita amalkan ialah...
4 comments:
yanti pun amalkn doa tu fith expecially everytime lepas solat..wpun blom kawen lg..hehe ^^
Yanti,
wah bagusnya!nanti dah kawen,senanglah nak terus beramal kan...
Akan ku copy balik n tampal ditempat2 yg selalu dipandang supaya senang nk hafal.Moga lebih bertambah kasih syg...tq fith!
my,
aminnn.moga2 begitu laa kan...
Post a Comment