Entry kali ni nak buh gambar2 terbaru 2R yang diambil weekends lepas. Saya sangatlah tak pandai ambil gambar, so memang ala kadar saja laa gambar yang ada, teringin jugak nak belajar seni ambil gambar ni tapi belum ada peluang, hehe. Sebetulnya seni2 ni selain boleh dipelajari, ada jugak insan yang bertuah 'diberi' sebagai bakat semulajadi, kan kan?! Bak kata orang, kalau takdak bakat+tak pandai pakai camera dslr yang canggih-manggih-mahai-nak-mampuih pun tetap gambar tak lawa, tapi kalau dah berbakat+pandai, pakai digicam cikai pun tetap hasilnya berkualiti, yer dak?!
Lunch sabtu lepas, Rafiqh kalau makan nasi mesti dia nak lengkap dengan sayur2. Kalau takdak sayur yang dimasak, kobis mentah yang disagat pun kira ok dah. Biasanya kalau makan nasi dia request letak mayonis(bukan minta kicap, wahhh jepun eh kamu!), kalau makan spagetti mesti minta letak cheese powder, ecceh mana entah dia belajar. Alhamdulillah setakat hari ni belum nampak lagi dia memilih bab makanan ni, antara suka-banyak dengan suka-sikit ja laa, kalau suka banyak, makan banyakkkk, kalau suka sikit, makan sikitlah!
Peace!!!
Dah lamaaa pandai buat sign peace ni tapi cukup liat nak buat bila disuruh. Sebenarnya yang dia buat tu bukan 'peace' tapi choki janken(osom orang jepun), hehehe...
Peace!!!
Dah lamaaa pandai buat sign peace ni tapi cukup liat nak buat bila disuruh. Sebenarnya yang dia buat tu bukan 'peace' tapi choki janken(osom orang jepun), hehehe...
Okey, gambar2 adik pulak...
Muka serabai baru bangun tidur, sukeee kat pipi yang panas dan merah itu, rasa nak cium lama2 sampai lebam, hihi...
Suka sangat buat muka gaya entah hapa2, comel tapi susah pulak nak snap sebab duk tak diam, gambar selalu blur. Gambar 2nd last tu nampak gigi2 Raziqh, haa besar kan, renggang pulak tu, hohoho... Maktok kalau tengok ni mesti suka, hahaha, pelik kan? Orang selalunya risau tengok gigi renggang2 ni, sebenarnya ada sebab kenapa maktok budak2 ni suka. Kenal kan 'hero remaja'(taktau tahun bila) yang berlakon drama bionik jadi hero tu, perasan dak gigi atas dia pun renggang? Dulu masa Rafiqh gigi renggang maktok selalu dok sebut "nanti Rafiqh besar gigi macam dia ni laa, hensem jugak gigi renggang pun!"(dia ni tu refer to pelakon tu), hahaha, maktok nak habaq kata takpa aih renggang pun, hensem jugak hapa, muehehehe... Tapi sekarang dah tak renggang dah, elok ja tersusun cantik, ewah!
2 comments:
kawaaiiiiiiiiii :D!!!! time pregnant kne g duk jepun gak aa gini bia kua ank cam jepun!haha!
(bile ntah nye nk p -.-")
Faeeza,
haha meh dtg meh.klau dpt baby mcm arab pun cumel gak kan,hehe...
Post a Comment