Perghhh rasanya ni 1st time menaip entry pagi2 buta, mau tak buta, baru pukui 5! Ayam pun tak bangun lagi ni(eh ya ka? Pepandai ja, macam laa kat sini ada ayam). Talking about ayam, rindu mau balik Malaysia, pagi2 boleh dengar bunyi ayam berkokok, bunyi burung berdecip, huhu...
Awat bangun awal sangat? Nak menyiapkan order nasi lemak sebenarnya. Pukul 3 dah pungpang2 kat dapur, dah settle dah goreng ayam, masak sambal, potong telur dan timun, ni tengah tunggu nasi lemak 1 batch lagi masak, lepas tu nak pack dah laa. Pukul 6.30 baru kohai2 nak datang ambil...
Hari ni ada hari jualan kat Moji, rajin betul laa depa ni join. Nasi lemak tu depa tempah untuk lunch depa, bukan nak menjual kat sana. Dengar kata depa akan menjual roti jala, karipap dan cekodok pisang, wah2 gigih kan? Hari tu ingat nak join jugak laa tapi memandangkan hari ni ada souji(=gotong-royong) apato ni, so terpaksa cancel! Moji ni jauh jugak laa dari Ube, lebih kurang sejam perjalanan dengan kereta. Kalau dekat2 boleh laa pi singgah tengok2 kan.
Weekends kali ni rezeki datang mencurah2, alhamdulillah... Semalam siapkan order untuk 7set chicken chops, hari ni pulak siapkan 18set nasi lemak. Seronok aih meniaga kalau tiap2 minggu lagu ni. Bila makin kerap memasak, skill tu rasa improve banyak, especially part nak budget masa dan pengurusan kerja, and hopefully dari segi kualiti foods jugaklah! So far pembeli2 ni berpuas hati dengan apa yang I sediakan, syukur amat sangat...
Minggu depan kena tambah menu baru, still dok fikir2 apa laa yang menarik+gerenti 'jadi' dan akan dapat sambutan. Ada yang cadangkan suruh jual lamb chop, mak aih, ceq makan pun tak pernah, mana laa reti nak masak, hahaha, sabar je laa depa ni tau...
Oklah, nasi pun dah siap masak. Nak pi packing dah, daa~~~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
bagus ni fith ni. nnt blk mesia dh boleh la bukak restoran sbb dh mahir. bila laa nk merasa mkn kt restoran fith yer? hihi. btw semoga dimurahkan rezeki slalu ;)
Ina,
restoran pun tak buka lg,camner nk merasa.insyaAllah sapa tau blk nanti buka kedai mkn ker kan,hihi.tq2!
wah2 sakan k.fith berniaga..mesti syok kan..dyana pn teringin nk berniaga tp dok angan2 saja la hehe..gambattene!!!
dyana,
awat plak dok angan2,try laa.syok gak laa kan.ada income sndr,hihi...
(sambil angkat tangan)
saya ada cadangan,apa kata kakfith jual nasi daging ka nasi tomato ka nasi hujan panas ka nasi minyak ka nasi beriyani ka..he he he
baru ja mkn tghhari td,terus lapar lps baca blog kakfith ni.aiseh
Amir,
wah3,bermutu betul cadangan tu.sdg dlm pertimbangan,tp rasa2 mcm minggu dpn nak try jual nasi daging laa,tp kena laa buat dulu nak amik gambar utk promotion kan.nanti dah buat,kfith bg amir 'test',jd juri sat ek,hehe
Post a Comment