Sunday, May 30, 2010

Menu minum petang for daddy, mommy, toddler and baby!

Mak aih, tajuk entry punya laa panjang berjela, nasib baik ada 4kategori orang saja dalam rumah ni, kalau ada 10, tajuk tu boleh jadi entry dah, hahaha...

Macam biasa meh nak cerita pasal makanan. Buat benda2 ni semua untuk minum petang sepanjang minggu lepas...

Bergedel...
Ubi kentang bersepah2(tak bersepah pun sebenarnya, tersusun elok dalam bakul, hehe), apalagi kan, buat bergedel laa best. Pernah dah buh resepi bergedel dulu2, malas aih nak ulang taip...


Ala2 roti john!
Hmmm taktau laa nama apa roti ni, kengkonon nak buat roti john tapi bantai ikut cara sendiri, not bad laa, sedap jugak!

Roti sosej dibelah dua, bahagian bawah tu diletak salad/lettuce. Ayam boneless yang diperap lada sulah dan sedikit serbuk kari digoreng dalam minyak yang sedikit(ala2 bakar) hingga garing, potong nipis2 dah susun atas salad tadi. Letakkan mayonis dan sos. Untuk bahagian atas roti pula, pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit garam, bawang dimayang dan mix vege, pukul sebati dan letak atas kuali secara memanjang, letak roti tadi di atas telur dan biar hingga masak.

Ini hasilnya, sedia untuk dibalun...


Cokodok pisang...
Gambar tu sample ja tau, kot laa sat lagi ada yang sangka I buat 8ketul tu saja pulak. Dak aih, nak tunjuk hat dicucuk chopstik ja, yang tak cucuk ada sepinggan lagi, hohoho. Cucuk2 lagu tu bagi feel sikit nak makan, lidi2 sate bahaya untuk kanak2 so pakai laa chopstik tu...


Orange muffins...

Berlambak2 oren ni orang bagi, dah tak lalu dah nak telan. Rafiqh pun takmau dah makan, tak manis sangat buah jenis ni, kulitnya tebal. Buat air pun tak laku dah, buah oren/limau ni selalunya banyak berbuah time auturm, kiranya sejak 8bulan lepas dok kerja belasah oren ja, sampai naik jemu dah. Sayang punya pasal, I buat muffins dan kek. Hari tu dah buat banyak dah untuk agih2 kat jiran2, kali ni buat bawa pi usrah semalam. Ada 1 biji ja lagi oren ni, nak buat yogurt pulak kot. Resepi muffins ni pun pernah dah buh dalam blog.


Plain yogurt with banana...
Sejak Raziqh dah mula makan oyatsu(=snack), makin banyaklah stok foods bertambah dalam fridge. Salah satu benda wajib beli setiap minggu ialah plain yogurt. Setiap kali nak makan, potong ja apa2 jenis buah yang ada, campak masuk, siap! Selalunya 1 mangkuk ni untuk mama, onichan dan adik. Juara makan sah2 laa onichan!


Tau fu fa...
Nyum2, berebut2 2R ni kalau tengok tofu. Mama pun suka tapi kena laa beralah dengan anak2. Sekarang dah makin panas, elok sangat laa makan benda2 sejuk macam ni kan?!

6 comments:

Heartilyina said...

kiter pn terpk2 nk bg ihsan mkn yogurt la apa la. tp xrajin nk p check or carik kt supa. nway plain yogurt tu fith bli yg khas utk bb ke or yg biasa2 adult pn boleh mkn tu? lg satu kan fith... tofu kan ada ke yg xhalal yg dicampur dgn bhn drpd buta mcm rennet ke? sbb penah baca kt mana ntah (xsure la reliable ke tak info tu sbnrnya) so kami ni dh lamaa xmkn tofu sbb waswas. ada 1 bhn slalu ada dlm ingredient tofu tu xsure apa benda sbnrnya. encik hubby plak malas nk check lebih2. dia sng je ckp xyah mkn. kiter la smpi dh naik tingin sbb dh lama xmkn hihi.

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

sedappnyeeeee :D!! soryyyy br ade kesempatan bukak blog! sgt binziii cuz lil adam not feeling well past few days :'( high fever kak fith.mcbr btl jage baby demam pns ni.demam biase cpt je trun tp dmm pns mmg lmbt trun suhu nye.ank2 akak xpnh high fever ye?nway,thanks 4 da award :D!!

Fith said...

Ina,
yogurt tu fith beli yg kita adult boleh makan.beli bekas besar terus,dlm 100yen je biasanya,hehe.selalunya ada 2jenis,yg ada gula atau takde,fith pilih yg takde sbb raziqh nak mkn,tp yg ada gula taste-nya lg sedap,hoho...
psl tofu tu,tak pernah dgr lg,ni 1st time fith dgr ada bhn tak halal dlm tu.thanks 4 the info.fith check blk nanti k.fith mmg hantu tofu,so mmg kerap beli.klau takleh mkn,alahaiiii kena bljr buat sndr laa,hehe...

Fith said...

Faeeza,
alaaa ciannya baby adam.mmg mencabar kan jaga anak sakit ni,esp yg baby2 ni,takut kena sawan dll,diorg kecik n fragile sgt kan,so kena betul2 alert.take care mama adam!
anak2 akak tak pernah high fever lg so far,demam sikit2 tu pun sokmo gelabah,hehe.takpe faeeza,anak yg dihantar ke nursery tak sama dgn jaga sndr,environment dia luas lg,mmg normal laa utk mudah sakit.yg pntg kita try the best mcm bg susu ibu dll utk protect dia kan.moga adam cepat sembuh!

Heartilyina said...

oyeke xtau plak ada gula n xde gula hihi. ok nnt leh la bli bg ihsan mkn. tq fith. btw yg psl tofu xtau la betul ke tak. sbnrnya xingat sgt dr mana or siapa yg membuatkan kami terwas2 dgn tofu ni. sudahnya encik hubby kata xyah mkn terus. biasala org laki sng keje dia xyah check2 kuikui. tp kalau ada pn yg xhalal byk jer yg halal. tuler kalau fith ada check n dpt raliable info share la ek. tringin ni nk mkn taufufa mcm fith buat tu tp encik hubby xbg bli tofu haha.

Fith said...

Ina,
aah ada 2jenis yogurt selalunya,hehe.cuba bg ihsan makan,suka ker tak,hihi...
pasal tofu tu nanti fith check betul2 blk k.haa org lelaki mmg gitu,nak senang je kan,haha.