Tuesday, May 11, 2010

Rafiqh dan Raziqh

Belum ada idea lagi nak meraban apa hari ni. Oleh itu, meh nak buh gambar 2R yang diambil minggu lepas, nanti petang2 kalau ada cerita, akan di-update lagi hokey...
Raziqh makin galak 'meniti', kalau dulu kena berpaut pada meja atau kerusi dulu sebelum boleh berdiri dan meniti, sekarang dah boleh terus bangun berdiri dengan hanya pegang dinding. Nampak gaya macam dah nak berjalan sangat kan tapi rasanya tidak laa dalam masa terdekat ni. Baru 9bulan, releks laa dulu dik. Rafiqh dulu beberapa hari before 1st birthday dia baru boleh jalan, rasa2 Raziqh pun lebih kurang saja kot. Tak jalan cepat pun takpa aih, baru merangkak ni pun mak dia dah tak menang tangan kaki nak ligan, kalau dah boleh menapak, huish makin ligat laa budak kecik ni...

Main kat genkang(=pintu keluar masuk rumah)...
Suka sangat nak tolong mama kemas susun atur kasut2 kat situ...
Percubaan nak ambil barang2 atas sinki...


Awat laa susah sangat nak ambil gambar budak 2orang ni elok2, mesti slack memanjang...
"Adik, dok laa diam2 sat, mama nak ambil gambar tu..."


Ni nak pi mana pulak ni???
Laaa awat pi pejam mata dik oii...

Yang ni blur pulak...


Raziqh dan botol susu... Gambar2 ni lakonan semata2, bukan reti sangat pun dia hisap botol tu, main ja lebih, habis2 bosan gigit dia tunggang buang air tu basahkan baju atau badan dia... Ni sebenarnya percubaan nak bagi dia minum banyak air masak, tapi macam Rafiqh dulu jugak, memang agak susah laa. Belikan sippy cup tapi tak berapa reti jugak nak menyedut. Selalunya bagi air masak guna sudu saja laa...



Kat bawah ni pulak gambar 2R main panjat kerusi, Raziqh tok guru, Rafiqh anak murid, baguih betul! Adik lagi panjang akal dari abangnya bab nak menakal, hehe...


6 comments:

Heartilyina said...

dgn ihsan kt rmh ni pn kdg2 dh rasa xcukup kaki tgn. ini kan lg tgk gmbr2 ni lagi la kena ganda dua hihi. tp alah bisa tegal biasa kan fith ;) raziqh ni nmpk gaya sket hari lg dh bleh jln laa ni :D

si ihsan plak selama ni minum air masak guna sippy cup. tp leceh sbb pantang tonggeng mesti tumpah. yg jns ni ada kunci dia tp kiter mmg xguna sbb malas nk buka n psg semula setiap kali minum. ni baru bli sippy cup yg ada straw nuby tu. tumpah pn tak. cuma ihsan xpndai nk sedut. hbs digigit2 nyer straw tu. ni dh pndai sedut tp tersemput2 menyedut n xnak lepas plak. minum air smpi kembung :P

Fith said...

Ina,
haha sikit hari lagi ihsan dah cekap memanjat/meniti rata2 lagi laa kan,tp takpa,lawak ja tgk gelagat diorg ni,terkedek2...

tuh dia,minum sampai kembung,haha lawak laa.fith beli mcm2 gak jenis botol nak bg diorg ni biasa minum air tp byk yg tak releven.skrg ikut sempat ja kdg2 buh dlm botol susu,kdg2 buh dlm sippy cup,kdg2 suap guna cwn,kdg2 pakai sudu,mcm2,asalkn dia minum dah lega dah kan,hehe...

afu-chan said...

geramnya tgk hero2 fith ni!! semua kecik2 dh hensem2 dh!

Fith said...

afzan,
haha hensem ka?berlemuih ada laa,hehe...

aisha said...

salam fith - wahh tak lama lagi berjalan la raziqh tu..hihi..alahai sgt suka tgk depa pakai baju sama.kembar tak seusia..hihi..cumelll ;)

Fith said...

Aisha,
hehe taktau laa bila nak berjln,gaya tu mcm dah tak sabar nak jln...
nanti adik aina lahir,klau gegurl bleh laa pakaikan baju sama,kalau boboy pun boleh jugak,sorg pakai skirt sorg pakai seluar,kan kan.