Alhamdulillah finally hasrat nak hantar Rafiqh join playschool tercapai. Beberapa minggu yang lalu, I ke shiyakusho(=pejabat daerah) untuk dapatkan info lanjut berkenaan hoikuen(=nursery/day-care center) ni, boleh dikatakan I ni langsung taktau pasal sistem hoikuen kat sini, selalu dengar orang bercerita saja, so lebih baik laa pi tanya direct kat bahagian kanak2 tu kan. Lepas dapat briefing dari pegawainya, balik rumah terus buka buku untuk cari hoikuen dekat2 area rumah ni. Buku tu dah dapat since pregnant lagi, tapi dok simpan buat pekasam, baru sekarang terhegeh2 nak guna, hahaha, haparaaa...
Hoikuen kat sini boleh nak hantar fulltime(8jam sehari-5hari seminggu) atau nak hantar sekejap2 saja(dipanggil ichiji hoikuen). Yang fulltime tu kena buat reservation dulu, as for hoikuen kat sini selalunya penuh, tak boleh main terjah ikut suka ja bila2 rasa nak hantar. Bayaran yuran pun agak mahal laa jugak, depa kira ikut pendapatan si bapa(not sure kalau si ibu pun kerja depa kira macammana). Selalunya cecah 30 000 yen(+- RM1000) jugaklah sebulan.
Disebabkan Rafiqh baru 2tahun++ so kami decided untuk hantar dia ke ichiji hoikuen saja dulu. Kalau nanti2 rasa nak hantar fulltime, kami pilih untuk dia terus masuk youchien(=kindergarden). Ichiji hoikuen ni pun bukan boleh suka2 nak hantar, mesti ada reason but most probably senang laa, ada 3sebab utama yang melayakkan budak2 ni diletak di situ iaitu:-
1. bagi ibu2 yang ada baito(=parttime job) ka, join persatuan/kelas/etc. ka atau menjaga orang yang sakit ka, banyaklah lagi...
2. atas sebab2 kecemasan, contohnya bagi ibu2 yang tiba2 cedera ka, kena masuk ward ka...
3. bagi ibu2 yang perlukan rest atau masa senggang untuk sedikit berjauhan dengan anak. Lately ramai ibu yang mengalami stress disebabkan mengasuh anak, so peluang berjauhan ni boleh buat dia release tension...
Untuk alasan no. 1 dan 2, boleh hantar anak maksimum 3kali seminggu tapi bagi alasan no. 3, seminggu sekali saja.
Kalau nak hantar sehari suntuk 8jam bayarannya 1800yen(+- RM60), kalau hantar separuh hari 4jam ke bawah bayarannya 900yen(+- RM30), mahal? Kalau convert RM memang rasa mahal tapi kalau ikut rate nilai currency sini rasa murah ja laa(perasan kaya, haha). Oh ya, yuran ni termasuk dengan makan, kira ok laa kan?!
Sekarang ni kami hantar Rafiqh sekali saja seminggu, sehari lagi join english class dan sehari lagi join other sakuru katsudou(=circle activity), sakuru ni masih dalam pencarian. Untuk join 3benda ni pun dah buat I rasa agak kalut dan mengah, terkejar2 ke sana ke sini. Haa jangan ingat kami surirumah ni duk rumah goyang2 kaki saja tau! Banyak woo kerja nak buat... Tapi tak kesah laa kan, dari dok melagha tak tentu hala, lagi baik laa sibukkan diri, dengan harapan bila setiap hari sibuk takdan laa nak masak best2, banyaklah bergerak naik-turun-tangga-5tingkat-takdak-lift ni, harap2nya bolehlah cepat2 kurus, kih3(boleh blah!)...
Lepas dah habis belek2 buku tu, kenalpasti hoikuen yang ada khidmat ichiji hoiku tu then call hoikuen2 tu untuk buat appointment nak pi kengaku(=lawatan). Kat kawasan perumahan kami ni ada 5 hoikuen tapi 4 darinya takdak service ichiji hoiku tu, yang 1 lagi tu dia open untuk kengaku hanya pada hari khamis, cadangnya nak pi tengok tapi kebetulan hari isnin tu kami dah pi kat hoikuen yang Rafiqh masuk sekarang, dah suka, terus ja decided masuk situ. Sebelum tu dekat 2jam jugaklah duk kat situ bertanya itu ini, tengok kawasan, dapur dan bilik budak2, then bila rasa puas hati register terus.
Dari segi makanan, sebenarnya I prefer untuk masak sendiri dan bagi dia bawa bento(=bekal) tapi sensei(=cikgu) dia pulak kata tak payah, sebab yuran tu dah termasuk dengan foods, selepas dah explain panjang lebar pada sensei dan pihak pengurusan, nampak macam tak susah pun bagi depa nak cooperate, harap2nya depa betul2 jaga laa bab ni kan. Sekarang ni apa yang mampu I buat ialah setiap kali hantar dia I akan tanya dulu apa menu untuk hari tu.
Jangan pulak ada yang tanya dia belajar apa kat sekolah, hahaha, memang tak belajar hapa pun. Dah nama pun playschool/nursery kan, pi main ja laa. Tapi disebalik main tu budak2 ni belajar untuk berkomunikasi, belajar bertolak-ansur, belajar berdikari, belajar berkawan dan banyaklah lagi. Pelajaran tak sepatutnya diukur pada ABC semata, sebaliknya pada 'mengenali kehidupan', betul tak?!
Haa tu ja nak cerita...
Friday, May 21, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
wahh baguskan dpt hantar rafiqh. ade gak survey hoikuen utk aina yg sekejap2 tu, tp dekat rumah ni takde servis tu, ade hoikuen tu jauh la pulak dr rumah, jenuh la pulak nak gi menghantar naik bas turun bas..
mesti seronok si rafiqh berkawan2 ngan..kdg2 sian aina takde kawan, klu gi koen pun pun takde saper nak main sama, nih kes nihongo wakaranai ..kihkih..ibu aina la tak pandai ;p
Aisha,
klau sampai kena naik turun bas,mmg mencabar gak laa nak ngantar tu kan.fith pun fikir 20kali,hehe.takpe laa,nanti adik aina lahir,ada laa kawan aina.
rafiqh mmg suka berkwn,suka kemain jumpa budak2 umur baya dia.sampai nak blk pun jenuh nak pujuk.haa klau pi koen,takdak member nak main mmg tak syok kan.takpe,suh je aina pi sendel2,nanti berkwn laa diorg,hehe
wah best nya fith..., kat m'sia nie susah laa nak cari kelas yang camtue..! ade tak de kelas muzik.., kelas art je laa..
mmg menarik kan kalau dapat hanta dorang kelas camtu.., banyak yg dorang belajar sebenarnya..!!
zura,
klau kat area kl/slgr tu fith dgr byk dah playschool,basicly mcm nursery tp ada lg byk aktiviti dan tenaga pengajarnya semua terlatih.tp bayarannya walla!hahaha
aah mmg menarik klau dpt hntr anak2 ke kelas2 ni,mmg bykkk diorg bljr...kita sndr pun boleh bljr,hehe
Post a Comment