Monday, May 31, 2010

Happy birthday Achik !!!

Hari ni pulak birthday achik yang ke-16. Beza sehari saja dengan abah.
Happy birthday achik!
Moga terus menjadi anak yang soleh, selalu mendamaikan hati abah mak dan jadi kebanggaan abah mak. Semoga menjadi muslim yang berjaya di dunia dan akhirat.

Terima kasih buat kawan2 yang masih ingat untuk bertanya khabar tentang update operation achik dulu. Alhamdulillah dia makin sihat, dah tak pakai bengkung besi lagi sekarang ni. Walaupun masih bercuti dari bersukan tapi so far aktiviti hariannya dah kembali normal. Syukur alhamdulillah, moga Allah peliharanya dari sebarang kecelakaan lainnya...

Hari ni tak ada mood nak update banyak2, kurang sihat dek hadirnya PMS. Esok lusa boleh kembali aktif ber-blogging insyaAllah... Have a nice day to all of you!

Sunday, May 30, 2010

Menu minum petang for daddy, mommy, toddler and baby!

Mak aih, tajuk entry punya laa panjang berjela, nasib baik ada 4kategori orang saja dalam rumah ni, kalau ada 10, tajuk tu boleh jadi entry dah, hahaha...

Macam biasa meh nak cerita pasal makanan. Buat benda2 ni semua untuk minum petang sepanjang minggu lepas...

Bergedel...
Ubi kentang bersepah2(tak bersepah pun sebenarnya, tersusun elok dalam bakul, hehe), apalagi kan, buat bergedel laa best. Pernah dah buh resepi bergedel dulu2, malas aih nak ulang taip...


Ala2 roti john!
Hmmm taktau laa nama apa roti ni, kengkonon nak buat roti john tapi bantai ikut cara sendiri, not bad laa, sedap jugak!

Roti sosej dibelah dua, bahagian bawah tu diletak salad/lettuce. Ayam boneless yang diperap lada sulah dan sedikit serbuk kari digoreng dalam minyak yang sedikit(ala2 bakar) hingga garing, potong nipis2 dah susun atas salad tadi. Letakkan mayonis dan sos. Untuk bahagian atas roti pula, pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk, masukkan sedikit garam, bawang dimayang dan mix vege, pukul sebati dan letak atas kuali secara memanjang, letak roti tadi di atas telur dan biar hingga masak.

Ini hasilnya, sedia untuk dibalun...


Cokodok pisang...
Gambar tu sample ja tau, kot laa sat lagi ada yang sangka I buat 8ketul tu saja pulak. Dak aih, nak tunjuk hat dicucuk chopstik ja, yang tak cucuk ada sepinggan lagi, hohoho. Cucuk2 lagu tu bagi feel sikit nak makan, lidi2 sate bahaya untuk kanak2 so pakai laa chopstik tu...


Orange muffins...

Berlambak2 oren ni orang bagi, dah tak lalu dah nak telan. Rafiqh pun takmau dah makan, tak manis sangat buah jenis ni, kulitnya tebal. Buat air pun tak laku dah, buah oren/limau ni selalunya banyak berbuah time auturm, kiranya sejak 8bulan lepas dok kerja belasah oren ja, sampai naik jemu dah. Sayang punya pasal, I buat muffins dan kek. Hari tu dah buat banyak dah untuk agih2 kat jiran2, kali ni buat bawa pi usrah semalam. Ada 1 biji ja lagi oren ni, nak buat yogurt pulak kot. Resepi muffins ni pun pernah dah buh dalam blog.


Plain yogurt with banana...
Sejak Raziqh dah mula makan oyatsu(=snack), makin banyaklah stok foods bertambah dalam fridge. Salah satu benda wajib beli setiap minggu ialah plain yogurt. Setiap kali nak makan, potong ja apa2 jenis buah yang ada, campak masuk, siap! Selalunya 1 mangkuk ni untuk mama, onichan dan adik. Juara makan sah2 laa onichan!


Tau fu fa...
Nyum2, berebut2 2R ni kalau tengok tofu. Mama pun suka tapi kena laa beralah dengan anak2. Sekarang dah makin panas, elok sangat laa makan benda2 sejuk macam ni kan?!

30 mei yang istimewa

Hari ni 30 mei, genaplah usia Raziqh 10bulan, in just 2months time he'll turn 1! Not sure dah berapa berat dan tinggi dia sekarang, I'm trying not to care much about that cause it'll just make me realize how big my baby is now, hoho, nanti dah tak ada baby lagi, sabishiiii...


Update terbaru tentang Raziqh Takeshi @ 10months young:

1. sudah ada sikit symptom takutkan strangers. Nak kata stranger anxiety pun tak jugak, sebab mula2 saja dia akan cuba avoid strangers, dah lama2 sikit dan lepas dah 'scanning' around the new environments and so, dia ok je.

2. saikin(=lately) bawa pi mana2 pun makin ramai pulak kata dia macam girl.

3. he calls Rafiqh as "ata~~~", this is really funny! Bila tengok Rafiqh, dia terus sebut2 that word, and everytime mama jerit panggil Rafiqh, dia pun tumpang sekaki jerit ataaaaaaaaaaaaaaa...

4. he seems to hate body contact, walla very the japanese style eh! Boleh selamba ja tepis tangan orang bila orang cuba nak sentuh dia, especially with Rafiqh, he really hates Rafiqh gomol2 dia. Rafiqh tu pun satu, makin adik tak suka, kuat pulak dia menyakat. Penat mama nak leraikan...

Tu saja kot, lain2 rasa macam pernah cerita dah, ni laa padahnya selalu sangat update pasal dia, bila nak tulis milestone terus takdak idea, hiks...


Hari ni 30 mei adalah hari ulangtahun kelahiran abah yang ke-53.
Happy birthday Abah! We really love you so much! Doa kami selalu mengiringi setiap langkah abah sebagaimana ingatan kami yang tak pernah lekang saban waktu merindui abah...
Moga abah sihat2 selalu, moga abah gembira dan bahagia, moga abah senantiasa dalam lindungan Allah dan di bawah payungan rahmah penuh barakah Allah Taala...

Saturday, May 29, 2010

Tatacara berniaga dalam internet

I'm not the 1 who supposed to write about this, yes I know, tak layak langsung! Ramai lagi otai2 peniaga internet kat luar sana but I just want to share my 2 cent regarding this title. Nak baca, baca! Takmau baca, boleh skip! Hokey?!

Bila berniaga dalam internet, medium komunikasi utama kita dengan pelanggan ialah melalui ym/comment di message box/sms/email/shoutbox and etc., semuanya medium tak bersuara, so macammana kita nak buat customers kita happy setiap kali berurusan dengan kita? Macammana nak buat customers rasa best dan dihargai, macammana nak bagi tip top service for them? Semuanya bergantung pada susunan ayat dan hemah budi-bicara yang kita sampaikan melalui tulisan tu, in fact sebenarnya kita jugak berupaya untuk sampaikan 'senyuman' kita hanya dalam penulisan! Inilah yang dinamakan communication skills!!!

1. greet customers - setiap kali kita didatangi pelanggan, tak kesahlah walaupun dia bukannya nak membeli cuma nak bertanya saja, greet them with 'selamat datang' dan 'thank you for browsing our website'. Bagi salam 'assalammualaikum' pun bagus, dapat pahala! Bila depa dah order, cakap terima kasih sebab order. Bila depa dah buat payment, cakap terima kasih lagi. Lastly cakap terima kasih kerana membeli dari kita. 'Semoga berpuas hati dan sila datang lagi' pun kena cakap jugak!!! Haa, cuba kira berapa banyak terima kasih kena cakap?!

2. panggilan - pilih panggilan yang sesuai untuk customers kita, contoh cik/encik/tuan/puan/saudara/saudari/dato'/datin(ok, yang ni dah over!) bla3, kalau kawan/saudara-mara/regular customers yang dah kenal tu boleh tukar panggil kak ka makcik ka toknek ka hapa ka, suka hati hangpa laa kan, tapi bagi yang 1st timer tu agak2 laa nak panggil apa, takkan nak ber-awak2-kamu2-hang2 pulak kan?! Untuk diri sendiri sebutlah saya, takpun sebut nama kedai kita tu... Setiap kali reply email etc. depa, kalau tercatit terang nama depa, please lah tulis nama depa tu dulu, contoh macam 'Assalammualaikum Puan Siti, bla3'. Tau tak apa hebatnya kesan tang part nama tu? Haa, ni laa cara jepun berniaga, mengambil berat identiti pelanggan akan buat pelanggan rasa dekattttttt di hati(macam trademark tv9 pulak, haha)...

3. produk - make sure kita detail-kan info produk kita dalam web(price, quantity, size bla3), letak gambar yang jelas menunjukkan rupa yang sebenar, pastikan tak ada kekeliruan apalagi penipuan. Bila kita dah perincikan maklumat barang, ia memudahkan customers memilih dengan cepat dan mudah, somehow akan kuranglah proses soal-jawab dengan kita jugak...

3. layanan - 'pembeli sentiasa betul', ni semua peniaga pun tau kan tapi tak prektis pun! Kita kena anggap pelanggan ni macam boss kita, habaq mai hangpa berani ka nak lawan boss?! Apa saja kerenah depa kita kena hadap. Kalau depa tanya soalan bodoh sekalipun jawab ja laa. Kalau depa suruh check barang 4-50kali pun kita kena berlapang hati untuk penuhinya. Kalau depa request nak macam ni macam tu, kena take note dan cuba buat yang terbaik. Kalau rasa melampau dan tak boleh buat, cakap baik2, terangkan elok2...

4. service - cepat dan tepat. Semak email atau apa saja medium komunikasi kita at least 3kali sehari. Kena sentiasa alert dengan kehadiran pelanggan, reply their email and etc. as soon as possible. Sebelum pos barang, check dulu condition barang tu, kot2 ada rosak ka hapa, balut elok2 dan hantar. Mention our customers yang barang depa dah di pos, kalau pakai shipping service yang boleh track parcel tu let them know the parcel number.

5. minta maaf - kalau ada sebarang ketidakpuasan hati di pihak pelanggan even kita tak salah pun, ringankan tangan/mulut dan berlapang hati lah to say sorry. Tak guna nak berkeras pun, after all they're our customers, we don't even know berapa besar impak depa untuk bisnes kita. Lets say depa ni blogger yang ada 4juta followers, kalau depa bagi great testimonials pasal kita kat blog depa, bermakna ada 4juta pelanggan menanti woo. So think about it!

6. komen - apa jua komen, membina atau melingkup, take it! Cakap terima kasih untuk keprihatinan depa. Kalau perlu dibaiki, kita baiki mutu perkhidmatan kita, perubahan yang positif dari masa ke masa adalah tanda bisnes kita sedang berkembang dan maju!

7. feedback - selama I berniaga dulu(masa ada butik), setiap kali customers terima barang depa, depa akan bagi feedback, at least to let me know depa dah terima parcel, depa jugak akan mentioned that they like the hijab/shawl yada2 tu, cantik, matching dengan depa, potpet2, haa layan ja laa, paling koman pun cakaplah "alhamdulillah syukur saudari suka", susah sangat ka?! Bila customers happy dengan servis dan barang kita, kita akan rasa 'berkat'nya...

8. organize - bila kita berniaga dalam internet, income memang 100% depends on usaha kita. So we have to organize bisnes kita sebaiknya. Komunikasi dengan pelanggan surely a time consuming process, so how to cut short that stage?! Macam email dll tu sebenarnya kita boleh buat draft siap2, nanti copy-paste ja, so tak payah setiap kali ada customers kita nak sakit kepala pening pikiaq ayat.

Ok tu saja kot. Even though I stay far away from Malaysia, I still deal with lots of online-shop owners kat Malaysia tu, macam2 I beli, ada yang service bagus, ada yang hampeh. Sadly to say that kedai bangsa asing punya servis selalu mendapat tempat di hati I, I don't know why, they always managed to make our deals soo close to my heart. Mak selalu pesan, kalau nak membeli, cari kedai melayu-islam dulu, niatkan nak bantu depa berniaga tapi bila selalu makan hati hadap kerenah depa ni, macammana kita nak tolong bangsa sendiri untuk berjaya, acu hangpa habaq mai sat...

1 ja kena ingat, walau sekecil mana pun bisnes kita, kalau nak berniaga, buatlah cara nak berniaga!!! Takdak istilah berniaga main2, kalau nak main2 pi main jual-beli dengan anak2 ka, budak2 jiran tetangga ka, faham?!

Friday, May 28, 2010

Hari yang sedih...

Entry ni telah diedit semula...

Hari ni rasa sedih, spoil habis mood, huhu...

Hari ni buat sample nasi daging untuk menu baru jualan Sakura Apron, tapi nasi tu tak jadi, huwaaaa. Ni 2nd time buat, 1st time dulu elok ja, tapi 2nd ni taktau kenapa boleh mentah nasi tu, bila re-cooked 2kali sah2 laa jadi lembik, sedih gila! Rasa terkilan yang amat sangat. Tu baru sample tu, kalau kena tak jadi time hari jualan, memang rasa nyutnyut sakit kepala 2-3hari tak lega2. Lepas ni mesti kena extra gambaru(ish, apa punya ayat daa)...

Tu sedih nombor 1, sedih nombor 2 ni lebih kepada sakit hati. Lusa birthday abah, so kami adik-beradik pakat2 laa nak buat surprise belikan coklat dan pos ke ofis abah. I yang uruskan hal ni, haa jenuhlah nak search dan memilih 'kedai'. Fikir punya fikir, at last I pilih company melayu-islam yang tengah berkembang produk coklat depa. 1st time tengok price coklat, mak datok mahainya, standard chocolate oversea! Gila hapa?! Ok fine tu takpa lagi. As for me, kalau kualitinya bagus tak kesahlah mahal pun. But to think about it again, kenapa mesti jual mahal sangat sedangkan coklat2 tu takdak kena cukai or whatsoever pun kan?! Hangpa pun baru nak 'menapak', agak2 laa nak letak price tu. Tapi atas dasar nak 'tolong' orang melayu islam yang selalu sangat claim depa tertindas dengan sikap mentaliti orang melayu kita yang lebih suka produk luar, I pun order laa dari depa. Depa ni ada COMPANY hokey, web lawa tapi adab layan customer HAMPEH! Tu point pertama...

2nd, depa charge postage coklat sekotak RM17! Sebab kononnnya takmau coklat cair, depa akan letak dalam 'sesuatu'. Ok takpa, I put high expectation that the performance should be great lah kan, I don't mind about the price, alang2 nak memberi so wth nak berkira pun kan. Tapi serius sakit hati bila I dapat tau they delivered it guna train saja, then they put the choc box in kotak polisterin yang orang selalu isi ikan tu, kotak tu gila punya besaq, padahal coklat tak seberapa pun. To make it worst, kotak ikan tu tak balut pun, main soletip ja! Oh tuhan, ianya amat memalukan buat my dad. What would you guys feel bila terima 'hadiah' yang buruk macam tu? Ianya sangat menjatuhkan maruah abah, he is somebody in his office, but yet dapat bungkusan bodoh tu. Nanti apa pulak staff2 dia sangka, silap2 haribulan depa ingat bungkusan ugutan pulak...

Tak cukup tu, depa langsung tak penuhi permintaan customer, mungkin pandang remeh ja kot, which lepas settle urusan pembelian, I did requested them to put 'sender name' on it, tapi haghammm hapa pun tarak! Damn stupid!!!

I sent complain email to that company just now. I know they won't do anything with it, takpa laa, tengok laa lama mana sangat pun hangpa nak meniaga. Jangan mimpi laa haku nak beli lagi!

Atas saranan my dear friend Ina, meh nak letak nama dan link company tersebut. This is the company -> Tasneem Malaysia Halal Chocolate. It's not my intention to do harm to them but seriously rasa tak berbaloi langsung niat nak bantu orang melayu islam kita ni berniaga. So next for my mom's surprise birthday present beli ja dari company cina yang jual coklat import tu, harga seratus pun takpa, sebab tau depa serve cantik dan delivery pun bagus!

Ni laa cara orang melayu islam kita berniaga, sebab tu susah nak maju dan kaya. Dengan kuat berdengki dan berburuk sangka, tak mahu belajar dari bangsa asing, servis hampeh, barang mahal-nak-cepat-kaya, menipu, you name it what else, semua ada! In next entry, rasa macam nak tulis 'tatacara berniaga' especially for those yang berniaga dalam internet ni, I tak kata I bagus sangat, tapi benda2 simple macam ni laa kita kena titik-beratkan kalau betul2 serius nak berjaya. Enough said, oh tuhan, I really hate this, benci betul bila membebel kat blog!

Thursday, May 27, 2010

Award Pro Memasak

Tuh dia, tang mana yang pro pun taktau laa sampaikan my sil-kaklong tergerak hati nak bagi award ni kat adik ipar dia ni, haha. Apapun, thank you so much kaklong!

Kalau nak banding dengan kawan2 yang lain especially kaklong lah, I ni jauh lagi nak sampai tahap pro tu. Masak pun macam hampeh ja, kadang2 menjadi kadang2 lingkup, hahaha, memasak ni lebih kepada minat dan tanggungjawab, but I do enjoy cooking, ada kepuasan di situ! Dah dapat award kena laa penuhi syaratnya pulak...

A. 3 jenis lauk pauk yang suka dimasak
- sambal tumis(sama pulak macam kaklong, hehe). Sambal tumis ni memang menu wajib setiap minggu, macam2 jenis sambal tumis ada, ayam pun ok, ikan pun beres, udang pun bedal, telur pun sodap!
- ayam masak madu atau ayam masak merah
- masak kicap. Yang ni pun letak ayam pun best, letak daging pun balun, letak telur pun habis, hihi...

B. 3 jenis pencuci mulut yang paling best pernah buat
- segala jenis kek dan muffins
- dadih
- puding cocktail berkuah

C. 3 jenis biskut kegemaran time raya
- samperit
- almond london
- chocolate chips
(nak 3 ja ka? Kalau suruh senarai 40 pun boleh ni, hakhakhak)

D.Bagi Award ni pada 3 orang rakan anda yg juga rajin memasak

Sunshine award!

Thank you so much to Kak Nora for this cute Sunshine Award! Arigatou ne!


"The Sunshine Award is awarded to bloggers whose positivity and creativity inspire others in the blogging world."


Friends, when you write about this award, you may follow these rules:
i. Nominate 12 more bloggers.
ii. Put the logo onto your sidebar or within a post.
iii. Link the nominees within your post.
iv. Let the nominees know they have received this award by commenting on their respective blogs.
v. Share the love and link to the person from whom you have received the award.


I would like to give this award to all my dear blogger friends:
1. Ina - mamaIhsan
2. My - mommyRayyan&Rifqi
3. Murni - umiMaira&Zayyan
4. Faeeza - mamaAdam
5. Aisha - ibuAina
6. Ida - mamaAiman
7. Anje - ummiYaya
8. Dyana - mamaIzz
9. Zura - mamaAmsyar&Aisy
10. Kak Hanny - ummiHaziq&Hazim
11. Tinie - mamaFahmi&Damia
12. Shu - mamaElyas

Wednesday, May 26, 2010

Khasiat kelapa muda

Tadi terbaca blog Kak Hanny, katanya terjumpa buah manggis dan buah kelapa muda dijual kat supermarket di tempatnya(di Moji, sekitar 1jam perjalanan dengan kereta dari sini). Buah manggis selalu jugaklah nampak dijual kat sini, tapi buah kelapa muda, nalla, tak pernah!

Manggis selalunya dijual dengan harga 100yen sebiji(RM3++), tak pernah teringin pun nak beli, mula2 nampak dulu teruja jugaklah, "eh2, manggis la!" *sambil buat muka terkejut, bangga benornya sebab dulu ingat ia diimport dari Malaysia tapi sekali tengok kat label from Thai maa, terus sentot, huh!*. La ni kalau nampak pun takat jeling2 ja laa, tak pi belek pun. I sejak dulu lagi tak suka manggis, adik-beradik yang lain semua hantu manggis, sebab leceh laa nak kupas, nanti bergetah2 tangan, tapi kalau abah/mak yang kupaskan dan hidang dalam pinggan, ceq telan ja, ehek *cet, mengada!*. Dan lagi, kalau buat sambal belacan buh manggis walla terangkat 14tingkat!

Kelapa muda pulak memang my favourite, love it to the max! Kalau balik rumah abah mak, almost every weekends mesti dapat minum air kelapa muda. Abah akan pi kedai mamak beli berbiji2 dan balik rumah abah kupaskan, salah seorang dari kami wajib kena tolong, pi kikis isi buah kelapa, ambil air tu tapis dan isi gula. Sedap!!! Abah mak selalu kata air kelapa muda ni banyak khasiatnya especially dalam merawat racun dalam badan dan menjadi penawar pelbagai jenis penyakit...

Memanglah kita tak makan racun(bodoh hapa nak makan racun) tapi sumber pemakanan kita hari ni mendedahkan kita pada racun. Sayur2 dan buah2 yang kita makan tu kebanyakan pokok2nya diracun, kadang2 kita cuai tak basuh elok2, kita termakan jugak kan? Tu pun kalau kita tukang masak laa, orang zaman sekarang ni lagi suka 'masak' kat kedai ja, lagi ler tak boleh percaya! Haa di sini laa air kelapa muda berfungsi.

Selain sebagai penawar racun, air kelapa muda jugak boleh:-
- merawat alergi dan gatal2
- membunuh virus(influenza, hepatitis C, SARS, AIDS), bakteria(yang menyebabkan ulcers, throat infections, urinary tract infections, gum disease and cavities, pneumonia, gonorrhea), fungus dan yis
- memberi tenaga dan menyegarkan badan
- memperbaiki sistem penghadaman dan membantu penyerapan nutrisi lainnya
- merawat luka dengan mempercepatkan proses membaiki tisu
- supports and aids immune system function
- merawat masalah cacing pada anak2 kecil
- menghilangkan jerawat
- mencegah uban
- menghindari kedutan

Banyaklah lagi, tak tersenarai!

Bila baca entry pasal kelapa muda ada dijual kat nihong, terus teringin nak makan, hish nak kena cari ni, kot2 laa ada jugak juai kat sini kan. Boleh buat jelly, boleh buat ice-blended, perghhh masyukkk sungguh time panas2 ni pekena ayaq nyoq!

2 budak hijau!

Ni gambar pagi semalam, budak2 ni baru mandi, rambut pun tak sikat lagi, depa dok tengah layan kartun NHK sebelum nak hantar onichan pi sekolah. Bila onichan tengok mama dok siap2kan barang nak ke sekolah, wah2 excited kemain lagi, dah tak sabar2 nak ajak keluar.

peluk adik...

peace!

Elok masuk dalam kereta dia ternampak 'beg' mainan dia yang dia bawa ke rumah my junior sabtu lepas yang kami terlupa nak keluarkan, hah sudah, masa tu I dah dapat rasa dah nanti sure dia nak bawa masuk sekolah, padahal sensei(=cikgu) dah pesan tak boleh bawa omocha(=toys) atau oyatsu(=snack) dari rumah. Pujuk2 cakap nak letak depan, dia bagi. Bila sampai sekolah, I thought dia dah terlupa laa pasal beg tu tapi takkk, turun ja dari kereta terus minta, hadoiii, my mistake was I berkeras tak bagi, tetap ajak dia masuk sekolah. Antara nak masuk dengan tak tu sama banyak, dia dah start menangis dan refused buka gate, time ni angkat dukung terus sampai kat depan kelas dia sensei datang ambil untuk pujuk. Jadi laa drama seolah2 dia takmau pi sekolah di situ, hahaha, buat malu ja tau. I told his sensei that actually he wanted to bring his toys' beg but I said no, that's why he cried, ohohoho sensei dia pun tergelak. Lepas letak barang2 dia, salam and kisses him, cakap2 pesan sikit then mama dan adik terus balik. Bila tengok onichan menangis, Raziqh buat muka sedih ja, tengok ja onichan(selalunya kalau onichan nangis dia tukang gelak), mama pun sedih jugak, kesian tengok onichan lambai2 tangan, sedih sebab mama dah spoiled his day...

Masa pi ambil dia, nampak ja mama dan adik datang Rafiqh terus lari datang peluk, hahaha, mama sukeee... Bila letak Raziqh kat bawah, Rafiqh terus hugs and kisses adik, adik pun pegang2 onichan, walla, so sweet of them... I really love both of u so much!
Macam biasa, tanya sensei dia apa dia buat hari ni, apa dia makan and bla3, sensei cakap dia menangis sekejap saja, lepas tu terus main sakka(=soccer) dengan kawan2. As usual, he enjoyed himself every moment there, alhamdulillah...

Bawah ni gambar Raziqh ketika Rafiqh pi sekolah... Dah takdak geng nak main, dia kacau mama laa...
sekarang dia suka betul tunjuk2, especially bila nampak icon gedik2 dalam kom ni, hehe cute!


budak kuat jerit!


smile!

Cucur eko

Eko = ekologi

Kalau ada lebihan sayur2 atau buah2 yang dah kecut atau yang dah lesu dalam fridge, apa korang buat dengan benda2 tu semua? Buang? Paksa diri untuk makan? Haa kalau I, I buat cucur, yes, you read me right, buat cucur, so I named it cucur eko!

Kat rumah ni stok buah dan sayur memang selalu banyak, bukan I beli pun, mostly orang yang bagi. Kalau datang time orang nak memberi, penuh fridge tu. Bila dah banyak sangat sayur atau buah, even dok masak setiap hari pun but still tak termakan kesemuanya, so lama2 biar dalam fridge tu sayur2/buah2 tu mengecut, especially kalau sayur/buah tu dah dipotong. Nak buang rasa sayang, elok ja lagi cuma dah tak sedap nak makan, so apalagi, potong kecik2 dan masukkan dalam bancuhan cucur yang sama macam kita dok buat cucur udang atau cucur ikan bilis tu, goreng, taraaa boleh ngap, sedap!!!

Semalam, obachan(=nenek) jiran sini datang bawakan untuk Rafiqh dan Raziqh buah2, yogurt dan jus. Lepas dia balik, I pun keluarkan semua stok buah yang ada dalam fridge untuk susun balik. Tengok2 ada 1/2 biji apple yang dah kecut, terus terfikir nak buat cucur. Check pulak sayur2, nampak ubi kentang berlambak2(ada dekat 2kilo lagi), kupas ubi pulak, tengok jugak kot2 ada karot tapi karot elok lagi, jadinya pakai ubi dan apple buat cucur kat bawah ni...

tepung+sebiji telur+apple+ubi+bawang besar+gula+garam+serbuk kunyit dibancuh agak cair, pekat sikit dari bancuhan tenpura...

Tak lama lagi bila dah masuk natsu(=summer), lagi laa macam2 jenis buah orang bagi especially apple laa sebab memang tengah musim. Bila dah sampai tahap jemu nak makan tu I buat cucur jugak tapi goreng ala2 goreng pisang atau tenpura, potong buah tu nipis2 dan salut dengan tepung yang dibancuh air, kemudiannya goreng, sedap jugak... Eh tapi tak semua buah/sayur tu boleh buat cucur/tenpura, pepandai laa pilih2 kan, hehe. Kalau tak boleh buat cucur, kita buat kek laa, yummeh!

stok buah yang ada sekarang, limau tu tak lalu dah nak makan, jemu dah, nampak gaya nanti buat kek atau yogurt laa tu...


contoh buah yang dah kecut atau lesu...

Tuesday, May 25, 2010

Doa pengasih...

Selalu kan kita dok tengok dalam drama/filem melayu, orang melayu+islam kita ni bila ditimpa apa2 musibah, sikit2 cari bomoh, sikit2 cari dukun, sikit2 cari 'perantara wali', ish3 apa nak jadi?! Jangan taktau, dalam zaman serba canggih-manggih ni pun, masih ramai antara kita yang percaya pada benda khurafat, tahyul dan yang seangkatan dengannya, yang pastinya samada kita sedar atau tak, perkara2 yang melibatkan kepercayaan ni membawa kepada syirik, menyekutukan Allah itu dosa besar woo! Nauzubillah...

Ada pulak yang kata "eh takpa, bomoh ni jampi pakai ayat qur'an, dia bomoh islam!", *sila tepuk dahi beramai2*, see betapa jahilnya umat islam kita sekarang! Kalau dah sampai berkemenyan, berjampi-serapah, ber'perantara', ber'menurun', berpulut kuning-ayam panggang-bunga 7warna-bla3 bagai, tang mana yang ISLAM nya? Semua tu dah masuk ilmu hitam dah weiii, dah bersahabat dengan jin dan syaitan!

Kalaupun kita bermasalah(contohnya diganggu makhluk halus ka, sakit 'misteri' ka, anak kecik kuat teriak ka hapa ka), kita pun pi laa jumpa ustaz/imam/tok guru or whatever lah untuk berubat atau dapatkan 'ubat', masih perlu kita percaya dan yakin sepenuh hati bahawa kita hanya berikhtiar, bukannya bergantung harap pada kuasa manusia tersebut semata2, sebaliknya kita wajib kena berserah sungguh2 pada kekuasaan Allah Taala, wajib kena percaya sungguh2 apapun yang terjadi adalah berlaku kerana kehendak Allah Taala, dan HANYA Allah yang boleh merubah segala-galanya...

Berbalik pada tajuk entry, as usual intro selalu melencong-meraban dulu, hehe, selalu sangat dok tengok dalam tv tu, asai ada problem rumahtangga ja, pakat2 semua orang suruh si isteri tu pi cari dukun, hadoiii laa, drama2 ni pun satu hal jugak, mengajar ajaran songsang! Ni lagi satu yang dah jadi penyakit keturunan orang melayu kita ni, asai suami buat hal ja, isteri pi jumpa bomoh, asai laki ada 'betina' lain ja, bini pi cari bomoh, konon nak berubat laa, ni bukan cari ubat ni, ni cari penyakit!!! Maunya tak cari penyakit, elok2 sahsiah dan ibadah kita selama ni terjaga, hanya sebab nak menangi cinta suami kita pi bodohkan diri bercampur dengan benda2 nasi kangkang-jampi serapah-minyak pengasih-bla3 konon nak bagi laki dengar cakap, dahhhhh kita pun terheret masuk dalam golongan yang dilaknat. Alangkah ruginya kita kan?!

Adik2 kakak2, hati manusia ni kan dipegang oleh Allah, termasuklah hati suami2 kita tu, Allah yang membolak-balikkannya, kalau hari ni Allah nak bagi dia sayang gila kat kita, esok-lusa Allah boleh ja buat dia benci-meluat-piang kat kita, tu semua kerja Allah, jadinya mohonlah ketetapan hati tu dari Dia, bukan susah pun, berdoa, berusaha perbaiki rumahtangga, bersabar dan bertawakkal, insyaAllah sejahtera. Apalah sangat nilainya cinta suami kita tu kalau nak dibandingkan dengan cinta Allah!!!

Sebelum I berumahtangga, seorang ustazah pernah nasihatkan supaya setiap kali nak buat kerja rumah(memasak terutamanya), even bancuh air untuk suami sekalipun, basuh tangan dan bacalah basmallah pada setiap gerak kerja, insyaAllah penuh berkat. Benda simple ni kita semua pun tau kan, tapi kita amalkan ka?! Selain tu, antara doa yang boleh kita amalkan ialah...


Mereka mencintainya sebagimana mereka mencintai Allah,adapun orang-orang yang beriman sangat mencintai Allah.

Soal hati ni jangan buat main2, besar natijahnya pada pegangan kita, so kawan2 adik abang kakak sekalian, sekuat mana pun kita diuji, jangan berpaling pada bomoh yer, muehehehe...

Monday, May 24, 2010

Baking muffins

Agak lama takdak entry pasal muffins kan, bukan tak buat, dok buat keraplah jugak tapi the outcome-tak-berapa-lawa, malaih laa nak tunjuk, satgi ada yang kutuk pulak, kena tunjuk hat yang comel-lote saja supaya orang puji, hahaha sungguh hampeh!

Petang sabtu lepas buat chocolate muffins untuk kohaitachi yang order nasi lemak hari ahad. Lebih kurang macam sebagai tanda terima kasih laa, I dah niatkan sejak dulu lagi kalau dapat order lebih dari 15set foods, nak buat sedekah sikit. Setakat ni kalau depa order ramai2 memang dapatlah dessert sebab memang banyak depa order, tapi insyaAllah kalau order persendirian pun, kalau jumlah jualan untuk hari tersebut melebihi 15, I akan bagi jugak...

Rafiqh bila nampak mama tengah baking muffins, kelam-kabut minta nak makan, malangnya muffins cup besar tu cukup2 je untuk nak bagi kat orang, yang saiz kecik tu belum masak lagi, kesian kat dia tak boleh makan. Elok siap baby muffins tu masak, kami pulak dah tergesa2 nak keluar pi beli barang nak masak nasi lemak, lagipun lepas tu nak singgah rumah Fa-tachi untuk ambil bekas sambil2 tu nak tengok depa buat karipap. Semalam baru dia dapat makan muffins tu, ada 4biji ja pun, sekali hadap dah habis. Nampak macam tak puas makan, so tadi buat lagi...

Saiz besar ni untuk kohaitachi...


Baby muffins...


Sempat lagi nak buat peace tu...


Tadi masa tengah prepare lunch I baked vanila-choco-raisin muffins ni pulak. Pakai resepi dulu jugak tapi tambah raisins ja. Masa buat chocolate muffins hari tu I pukul adunan guna mixer supaya hasilnya nanti jadi cake-like-muffins, ie. struktur yang gebu. Yang vanila ni pulak I cuma kacau pakai sudip saja, but luckily turned out dapat gebu jugak, alhamdulillah. 2 ketul dah selamat Rafiqh telan...

Salah satu tips untuk dapatkan muffins yang naik tinggi, adunan tu kena buh lebih 3/4 cup...


Lepas dibakar...


Rupa bahagian dalamnya...

Resepi vanila-choco-raisin muffins, ambil dari myR, rujuk sini untuk bahan2 dan cara2 buat yang ori, yang bawah ni I ubah dah...
60 gm butter
45 gm gula
1 biji telur
110 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
70 ml susu segar
40 gm choc chips
30 gm raisins
Cara2:
- panaskan oven 180darjah
- cairkan butter atas api perlahan, tutp api dan sejukkan
- masukkan tepung dan baking powder ke dalam beg plastik dan goncang2kan
- masukkan susu dan gula dalam bekas dan kacau sebati
- masukkan telur, kacau lagi
- masukkan tepung, butter cair, choco chips dan raisins, kacau sebati
- letak dalam cups, bakar 180darjah selama 10minit

Sunday, May 23, 2010

Bersiaran pagi2 buta...

Perghhh rasanya ni 1st time menaip entry pagi2 buta, mau tak buta, baru pukui 5! Ayam pun tak bangun lagi ni(eh ya ka? Pepandai ja, macam laa kat sini ada ayam). Talking about ayam, rindu mau balik Malaysia, pagi2 boleh dengar bunyi ayam berkokok, bunyi burung berdecip, huhu...

Awat bangun awal sangat? Nak menyiapkan order nasi lemak sebenarnya. Pukul 3 dah pungpang2 kat dapur, dah settle dah goreng ayam, masak sambal, potong telur dan timun, ni tengah tunggu nasi lemak 1 batch lagi masak, lepas tu nak pack dah laa. Pukul 6.30 baru kohai2 nak datang ambil...

Hari ni ada hari jualan kat Moji, rajin betul laa depa ni join. Nasi lemak tu depa tempah untuk lunch depa, bukan nak menjual kat sana. Dengar kata depa akan menjual roti jala, karipap dan cekodok pisang, wah2 gigih kan? Hari tu ingat nak join jugak laa tapi memandangkan hari ni ada souji(=gotong-royong) apato ni, so terpaksa cancel! Moji ni jauh jugak laa dari Ube, lebih kurang sejam perjalanan dengan kereta. Kalau dekat2 boleh laa pi singgah tengok2 kan.

Weekends kali ni rezeki datang mencurah2, alhamdulillah... Semalam siapkan order untuk 7set chicken chops, hari ni pulak siapkan 18set nasi lemak. Seronok aih meniaga kalau tiap2 minggu lagu ni. Bila makin kerap memasak, skill tu rasa improve banyak, especially part nak budget masa dan pengurusan kerja, and hopefully dari segi kualiti foods jugaklah! So far pembeli2 ni berpuas hati dengan apa yang I sediakan, syukur amat sangat...

Minggu depan kena tambah menu baru, still dok fikir2 apa laa yang menarik+gerenti 'jadi' dan akan dapat sambutan. Ada yang cadangkan suruh jual lamb chop, mak aih, ceq makan pun tak pernah, mana laa reti nak masak, hahaha, sabar je laa depa ni tau...

Oklah, nasi pun dah siap masak. Nak pi packing dah, daa~~~

Friday, May 21, 2010

It's time for playschool !!!

Alhamdulillah finally hasrat nak hantar Rafiqh join playschool tercapai. Beberapa minggu yang lalu, I ke shiyakusho(=pejabat daerah) untuk dapatkan info lanjut berkenaan hoikuen(=nursery/day-care center) ni, boleh dikatakan I ni langsung taktau pasal sistem hoikuen kat sini, selalu dengar orang bercerita saja, so lebih baik laa pi tanya direct kat bahagian kanak2 tu kan. Lepas dapat briefing dari pegawainya, balik rumah terus buka buku untuk cari hoikuen dekat2 area rumah ni. Buku tu dah dapat since pregnant lagi, tapi dok simpan buat pekasam, baru sekarang terhegeh2 nak guna, hahaha, haparaaa...

Hoikuen kat sini boleh nak hantar fulltime(8jam sehari-5hari seminggu) atau nak hantar sekejap2 saja(dipanggil ichiji hoikuen). Yang fulltime tu kena buat reservation dulu, as for hoikuen kat sini selalunya penuh, tak boleh main terjah ikut suka ja bila2 rasa nak hantar. Bayaran yuran pun agak mahal laa jugak, depa kira ikut pendapatan si bapa(not sure kalau si ibu pun kerja depa kira macammana). Selalunya cecah 30 000 yen(+- RM1000) jugaklah sebulan.

Disebabkan Rafiqh baru 2tahun++ so kami decided untuk hantar dia ke ichiji hoikuen saja dulu. Kalau nanti2 rasa nak hantar fulltime, kami pilih untuk dia terus masuk youchien(=kindergarden). Ichiji hoikuen ni pun bukan boleh suka2 nak hantar, mesti ada reason but most probably senang laa, ada 3sebab utama yang melayakkan budak2 ni diletak di situ iaitu:-

1. bagi ibu2 yang ada baito(=parttime job) ka, join persatuan/kelas/etc. ka atau menjaga orang yang sakit ka, banyaklah lagi...
2. atas sebab2 kecemasan, contohnya bagi ibu2 yang tiba2 cedera ka, kena masuk ward ka...
3. bagi ibu2 yang perlukan rest atau masa senggang untuk sedikit berjauhan dengan anak. Lately ramai ibu yang mengalami stress disebabkan mengasuh anak, so peluang berjauhan ni boleh buat dia release tension...

Untuk alasan no. 1 dan 2, boleh hantar anak maksimum 3kali seminggu tapi bagi alasan no. 3, seminggu sekali saja.

Kalau nak hantar sehari suntuk 8jam bayarannya 1800yen(+- RM60), kalau hantar separuh hari 4jam ke bawah bayarannya 900yen(+- RM30), mahal? Kalau convert RM memang rasa mahal tapi kalau ikut rate nilai currency sini rasa murah ja laa(perasan kaya, haha). Oh ya, yuran ni termasuk dengan makan, kira ok laa kan?!

Sekarang ni kami hantar Rafiqh sekali saja seminggu, sehari lagi join english class dan sehari lagi join other sakuru katsudou(=circle activity), sakuru ni masih dalam pencarian. Untuk join 3benda ni pun dah buat I rasa agak kalut dan mengah, terkejar2 ke sana ke sini. Haa jangan ingat kami surirumah ni duk rumah goyang2 kaki saja tau! Banyak woo kerja nak buat... Tapi tak kesah laa kan, dari dok melagha tak tentu hala, lagi baik laa sibukkan diri, dengan harapan bila setiap hari sibuk takdan laa nak masak best2, banyaklah bergerak naik-turun-tangga-5tingkat-takdak-lift ni, harap2nya bolehlah cepat2 kurus, kih3(boleh blah!)...

Lepas dah habis belek2 buku tu, kenalpasti hoikuen yang ada khidmat ichiji hoiku tu then call hoikuen2 tu untuk buat appointment nak pi kengaku(=lawatan). Kat kawasan perumahan kami ni ada 5 hoikuen tapi 4 darinya takdak service ichiji hoiku tu, yang 1 lagi tu dia open untuk kengaku hanya pada hari khamis, cadangnya nak pi tengok tapi kebetulan hari isnin tu kami dah pi kat hoikuen yang Rafiqh masuk sekarang, dah suka, terus ja decided masuk situ. Sebelum tu dekat 2jam jugaklah duk kat situ bertanya itu ini, tengok kawasan, dapur dan bilik budak2, then bila rasa puas hati register terus.

Dari segi makanan, sebenarnya I prefer untuk masak sendiri dan bagi dia bawa bento(=bekal) tapi sensei(=cikgu) dia pulak kata tak payah, sebab yuran tu dah termasuk dengan foods, selepas dah explain panjang lebar pada sensei dan pihak pengurusan, nampak macam tak susah pun bagi depa nak cooperate, harap2nya depa betul2 jaga laa bab ni kan. Sekarang ni apa yang mampu I buat ialah setiap kali hantar dia I akan tanya dulu apa menu untuk hari tu.

Jangan pulak ada yang tanya dia belajar apa kat sekolah, hahaha, memang tak belajar hapa pun. Dah nama pun playschool/nursery kan, pi main ja laa. Tapi disebalik main tu budak2 ni belajar untuk berkomunikasi, belajar bertolak-ansur, belajar berdikari, belajar berkawan dan banyaklah lagi. Pelajaran tak sepatutnya diukur pada ABC semata, sebaliknya pada 'mengenali kehidupan', betul tak?!

Haa tu ja nak cerita...

Thursday, May 20, 2010

Servis online shop Malaysia vs Jepun

Salah satu perbezaan paling ketara antara Malaysia dan Jepun ialah pada servisnya. Tak kira laa servis kat pejabat kerajaan ka, kat hospital ka, kat kedai makan ka, kat supermarket ka, kat dalam pengangkutan awam ka, even servis online shop pun sangat besar jurang bezanya.

Setiap kali balik Malaysia, pijak ja airport KLIA tu dah rasa 'makan hati' hadap perangai dan kerenah imegresen, kastam and even pekerja2 situ, aduhhhh sungguh menyakitkan hati. Bukan nak kutuk negara sendiri cuma terkilan dengan sikap orang kita yang kononnya diwar2kan sebagai bangsa yang berbudi bahasa tapi hakikatnya indah khabar dari rupa!?

Kalau takat kedekut senyum dan tak reti cakap baik2 tu I dah naik lali sangat dah, tapi kalau sampai kita bagi salam pun depa takmau jawab hmmm taktau nak kata hapa dah laa, and the best part is kadang2 depa ni bertudung labuh, berjanggut bersongkok, alahaiii tak ikhlas ka bekerja pakcik makcik oii??? Kita kan umat islam, yang diajar tentang adab tatasusila kehidupan, manusia paling mulia Muhammad SAW tu diutus kepada kita, al-Quran dianugerahkan pada kita tapi kenapa susah sangat nak praktikkan? Orang Jepun ni takdak agama, takdak pegangan tapi manner depa jauhhhhhhhhhhhh sejuta kali baik dari kita, kenapa? kenapa???!

Eh melencong pulak, nak cerita pasal online shop sebenarnya...
Kat Malaysia sekarang banyak sangat dah orang buat bisnes kat internet, berlambak2 sampai dengar cerita saling bergaduh2 maki-memaki, hish dasar melayu betul! Kita orang islam, percaya laa pada konsep 'rezeki', usaha+doa kemudiannya tawakkal, insyaAllah rezeki Allah tu ada sentiasa. Dan yang paling sadis tu part servis pelanggan, aduhhh hang tu berniaga, at least hormat laa customer. Bila balas email, paling tidak cuba guna bahasa yang elok atau rasmi sikit, tak kesah laa walaupun hang takat meniaga coklat ja pun. Kalau takmau guna cik/puan, guna laa saudari, ni main awak2 saja! Tu tak masuk bab shortform yang macam tutttttttttt, haram haku tak faham, bila tanya, boleh pulak dia marah2, eiii nasib laa haku dah bayaq, kalau dak, jangan mimpi haku nak beli hokey! Lepas tu pada ucapan TERIMA KASIH, hellooooo customers tu punca rezeki hang tau, susah sangat ka nak cakap terima kasih pada dia???

Taktau dah nak kata apa, pelik tengok perangai orang islam dan melayu kita sekarang. So ibu2 bapa2 semua, jom kita baiki diri kita dan asuh anak2 kita jadi 'manusia beradab'!
Sekian, penat membebel!

Wednesday, May 19, 2010

Masak dan makan

Takdak idea nak buh tajuk entry apa, bantai ja laa, dah penat2 masak mesti laa kena makan kan...

3 gambar pertama tu sebenarnya nak update dalam entry lain, buat minggu lepas tapi sebab myR masih tak boleh nak diakses, masukkan sekali laa kat sini. Nanti2 bila dah boleh refer resepinya, tulis sekali lagi. Lepas2 ni resepi2 yang dicuba semua nak disalin semula ke blog ni, copy and paste terus, takmau main link-kan saja, so that next time bila nak masak dan myR buat hal pun tak laa geram sangat kan?!

roti sosej versi ala pizza...


roti sosej versi gulung...


chocolate cake banana mousse(benornya tak ingat dah hapa namanya, haha taram ja laa). Sedap kek ni, walaupun ganache yang I buat tu tak cukup pekat tapi sedap jugaklah.


Gambar2 kat bawah ni masakan semalam...

dalam dulang ni 1 adunan karipap, campur dengan yang buat pada hari isnin maknanya ada 3dulang, tuh dia aih, boleh tahan 2 minggu laa kot...


ni tofu beli semalam sebelum pi ambil Rafiqh dari nursery. 1st time nak try 'jenama' ni, selalunya I ada jenama tertentu kalau nak beli tofu untuk buat tau fu fa ni, kalau beli sembarangan selalu tak sedap. Yang ni pun best jugak, 4pack tu 100yen saja, murah lagi dari yang biasa dok beli tu, lain kali bolehlah nak angkut banyak2, hehe.


ni cucur ikan bilis buh tofu, ermmm rasa biasa ja, takdak kelainan pun, cuma jadi padat dan lembut sikit ja kot. Sama ja macam buat donat pakai tofu, bukan ada beza sangat pun rasanya dari donat biasa kan... Saja ja nak try sebab selalu dok tengok orang jepun ni dalam masakan depa buh tofu, contoh macam burger ka meat ball ka, haa sekarang dah try dah tau laa rasanya macammana...


ni pulak untuk dinner, masak simple saja. Buat chicken katsu dengan sos cili madu, gabung dengan coleslow, yummy!

MyResepi oh my!

Ada sapa2 tau kenapa web myR tak boleh nak view lately, it has been quite a while since the last time I was able to browse it, oh gosh, tak suke tak suke!!! Takkanlah I sorang ja yang tak boleh masuk ek, ermmm...

Merayau dalam myR adalah 'acara' wajib hampir setiap hari, best betul tengok macam2 makanan ditayang kat situ. Boleh jugak nak dapatkan idea untuk memasak bila2 kesuntukan ilham. Boleh belajar buat macam2 dari situ. Tapi sekarang ni rasa tak best betul sebab bila buka je terus tak boleh, eiiii menyampah betul laa! Kenapa? Kenapa?!

Tuesday, May 18, 2010

Hari yang produktif!

Wah2 hari ni sampai 4 entries di-publish, ala2 macam nak cover balik hari2 yang tak sempat meng-update tu kan, hihi... Bukannya hapa, saikin(=lately) terasa kurang sikit peluang mengadap laptop, ni pun dah berhari2 tak buka tv3/tv9/online blogs lainnya untuk tengok drama and etc., tak sibuk mana pun cuma sekarang ni agak malas nak melangut depan laptop ni, tu saja. Time2 rajin ni haa mai nak pulun update...

Hari ni 1st day Rafiqh pi 'sekolah', okeh 'sekolah' di sini tak bermaksud pi untuk belajar yer, it's actually more to playschool, kat sini panggil hoikuen(=nursery). Nanti2 laa cerita detail pasal ni. So pagi tadi hantar dia pukul 8lebih dan ambil dia dekat2 pukul 1, around 4hours saja laa dia kat situ, ok laa tu sebagai permulaan kan. Sejak seminggu lepas lagi kami dok ulang2 cakap "nanti onichan nak pi sekolah, mama dan adik balik ye, onichan kawan dengan tomodachi to senseitachi(kawan2 dan cikgu2), ippai2 asobou ne(main banyak2 ok)!". Tadi masuk ja nursery dia nampak happy, ya laa kan, mainan punya la banyak, bila mula cakap dengan sensei dia, dia punya ekspresi muka tu dah agak sayu dah, macam tau2 ja nak kena tinggal, tapi maintain tak menangis. Sembang2 dengan sensei, tanya itu ini then terus cabut balik.

Naik ja kereta Raziqh terus tidur, sampai rumah angkat dia masuk bilik pun dia tak terjaga, 2jam lebih jugaklah dia tidur, sampai pukul 11lebih baru bangun, fuhhh lega, sempat mama update entries berlambak2 tadi. Kerja2 lain semua dah settle, dia bangun ja terus sukat bahan nak buat kulit karipap, prepare lunch dia, suap makan, salin diaper, then kami keluar ke pos ofis pulak. Agak2 dekat pukul 1 pi ambil Rafiqh.

Rafiqh nampak mama dan adik datang pun dia buat derk saja. Takmau balik laa pulak, aiseh! Yang adik ni nampak onichan kaki terus gedik2 happy kemain lagi, onichan bolayan saja ek, hish! Pujuk2 cakap nextweek pulak datang baru dia nak pakai kasut dan jalan pi kat kereta. Balik rumah buatkan susu untuk dia dan bagi depa main kejap, sambil tu mama godek karipap, siap 1 adunan tapi inti masih berbaki lagi, so tambah adun lagi 1 adunan, perghhh banyak sungguh. Padahal semalam baru ja buat 1 adunan dapat 35biji, ni semua buat stok frozen kuih laa jawabnya. Pukul 2 budak2 ni tidur, ni dah 4lebih pun tak bangun2 lagi. Mama pun dah siap buat karipap dah, hari ni dapat 60biji, tu yang bosan2 update laa blog lagi, hihi...

Petang ni takmau makan karipap untuk buka puasa, teringin nak makan cucur ikan bilis letak tofu, 1st time nak cuba ni, taktau laa sedap ka tak. Habis update blog ni sat lagi boleh masuk dapur dah. Sekarang maghrib dah lambat, pukul 7lebih baru masuk, so releks laa lagi kan, muehehe...

Of solid foods

Dah hampir 2bulan Raziqh mula makan solid foods, alhamdulillah so far so good!

Menu harian dah divariasikan, make a combination of 2~4 types fruits or/and veges, mix together with rice and raisin/prune/date, then blend. Till now he still prefer blended foods, if I give him mashed foods, it's gonna take time for him to finish his meals. Oh I really hate doing something that really time consuming, as I have nothing else to do, huh! So lagi baik blend ja semua2, cepat dan senang, dia pun taklah terkemut2 nak makan kan. Just wait until he is ready enough for mashed foods, then only I'll switch to it. Seingat I, Rafiqh dulu at around 10months old, dia mula menunjukkan reaksi ala2 'segan' nak terima blended foods, so I took it as a sign to turn to something new...

Sejak minggu lepas Raziqh mula makan 4kali sehari, perghhh hebat! Pagi2 dah tergedik2 nak breakfast, tengok onichan makan, dia pun mula laa buat bising suara minta nak makan, dia pandai sebut "mamam" which refer to "momma, I want my foods!", hihi. Breakfast dia simple saja, bagi sekeping biskut yang direndam air, enough! Then preparation foods for lunch, I'll cook/prepare his foods in quite a big amount, agak2 untuk 2kali makan. Satu bahagian buh dalam mangkuk, lagi satu buh dalam tupperware dan disimpan dalam fridge. Petang nanti before mandi malam, keluarkan dan rendam sekejap untuk buang sejuk, then suapkan sebagai dinner. Selalunya memang buat banyak2 cause ada 1 mulut lagi nak makan, sapa lagi kalau bukan si Rafiqh baby tua ni, dia pun sibuk nak menge-test foods adik, nanti dia cakap "ermmm oishine!(sedap kan!)"...

Raziqh ni disebabkan dia selalu tunjukkan symptom 'kelaparan' macam orang tak puas makan, mak dia pun buh laa nasi even dalam fruits puree dia sekalipun, hohoho. Makanya setiap hari menu dia WAJIB ada nasi(memanglah anak ayah ni). Demi merangsang minda dan membina tubuh agar sihat, wajib jugak buh sebiji kurma atau sebiji prune atau 14biji kismis, manis2 rasa makanannya...

Starting this week baru nak bagi dia cuba makan ikan dan ayam. Makin sedap laa makanan adik ye nanti! Makan banyak2 tau, jadi macam onichan, semua dia balun! As mother, seronok tengok both 2R makan, memang agak mudah nak sediakan foods depa. Taktau laa depa ni ikut sapa, kalau I dan myLove masa kecik2 dulu jenis picky eaters jugaklah. Bila makin besar baru pandai nak makan macam2 jenis foods, tapi ayah depa ni still memilih, mujur budak2 ni ok, hehe. Sekarang bila dah jadi mak baru tau kenapa dulu2 selalu dengar ibu2 mengeluh anak taknak makan, susah hati woo tengok anak memilih makan, so sekarang agak lega cause tak perlu berhadapan problem tu lagi, harap2nya 2R maintain dengan perangai sekaranglah...


Apple+banana+rice+dates...

Banana+potato+carrot+rice+raisins...

Raziqh vs periuk belanga

Though in my previous entry I did mentioned about Raziqh now is able to play alone(read: tak meragam/merap), but still tak boleh challenge Rafiqh lah! Rafiqh dulu at his age was really independent, but this little boy is truly an 'adik', manja! I'm wondering did I myself spoil him anyway?! hmmm, na na I don't think so...

Untuk elakkan dia bergayut kat kaki I ketika I sibuk memasak, I'll give him all these periuk-belanga for him to play. Sikit hari lagi boleh bagi dia main dengan sayur2 pulak.

Quality check, testing 'ketahanan' sudip.
"Okeh mama, sudip 100yen ni bagus!"...


"Masa masak kena kacau macam ni ye puan2..."


"Banyak sangat periuk, taktau nak guna mana satu..."


"Yang ni nak buat apa pulak?!"


"Hmmm makanlah!"


Memasak sambil mengendong anak bukanlah tindakan yang bijak. Either stop cooking or we better put them down and let them crying their lungs out than feel sorry for injuring them. Tapi alangkah lagi baik kalau masa si ibu tengah tunggang-terbalik memasak kat dapur, si bapa willingly take the kids and take care of them, baru laa harmoni rumahtangga kan kan?!

Aksi 2R

Entry kali ni nak buh gambar2 terbaru 2R yang diambil weekends lepas. Saya sangatlah tak pandai ambil gambar, so memang ala kadar saja laa gambar yang ada, teringin jugak nak belajar seni ambil gambar ni tapi belum ada peluang, hehe. Sebetulnya seni2 ni selain boleh dipelajari, ada jugak insan yang bertuah 'diberi' sebagai bakat semulajadi, kan kan?! Bak kata orang, kalau takdak bakat+tak pandai pakai camera dslr yang canggih-manggih-mahai-nak-mampuih pun tetap gambar tak lawa, tapi kalau dah berbakat+pandai, pakai digicam cikai pun tetap hasilnya berkualiti, yer dak?!

Lunch sabtu lepas, Rafiqh kalau makan nasi mesti dia nak lengkap dengan sayur2. Kalau takdak sayur yang dimasak, kobis mentah yang disagat pun kira ok dah. Biasanya kalau makan nasi dia request letak mayonis(bukan minta kicap, wahhh jepun eh kamu!), kalau makan spagetti mesti minta letak cheese powder, ecceh mana entah dia belajar. Alhamdulillah setakat hari ni belum nampak lagi dia memilih bab makanan ni, antara suka-banyak dengan suka-sikit ja laa, kalau suka banyak, makan banyakkkk, kalau suka sikit, makan sikitlah!


Peace!!!
Dah lamaaa pandai buat sign peace ni tapi cukup liat nak buat bila disuruh. Sebenarnya yang dia buat tu bukan 'peace' tapi choki janken(osom orang jepun), hehehe...



Okey, gambar2 adik pulak...

Muka serabai baru bangun tidur, sukeee kat pipi yang panas dan merah itu, rasa nak cium lama2 sampai lebam, hihi...


Suka sangat buat muka gaya entah hapa2, comel tapi susah pulak nak snap sebab duk tak diam, gambar selalu blur. Gambar 2nd last tu nampak gigi2 Raziqh, haa besar kan, renggang pulak tu, hohoho... Maktok kalau tengok ni mesti suka, hahaha, pelik kan? Orang selalunya risau tengok gigi renggang2 ni, sebenarnya ada sebab kenapa maktok budak2 ni suka. Kenal kan 'hero remaja'(taktau tahun bila) yang berlakon drama bionik jadi hero tu, perasan dak gigi atas dia pun renggang? Dulu masa Rafiqh gigi renggang maktok selalu dok sebut "nanti Rafiqh besar gigi macam dia ni laa, hensem jugak gigi renggang pun!"(dia ni tu refer to pelakon tu), hahaha, maktok nak habaq kata takpa aih renggang pun, hensem jugak hapa, muehehehe... Tapi sekarang dah tak renggang dah, elok ja tersusun cantik, ewah!