Monday, March 30, 2009

Supplements

Ada macam2 produk kesihatan dijual di pasaran sekarang ni kan, senang je nak jaga kesihatan. Tepuk dada tanya selera, lepas tu kena tengok duit dalam poket jugak laa, hehehe... Entry kali ni nak cerita tentang supplements laa pulak.

Sebelum kahwin dulu I makan multivitamin yang mak selalu bekalkan, tu pun tenggelam timbul, muehehe. Lepas kahwin, kesedaran tu dah lebih sikit so I ambil produk JelitAyu disamping madu dan multivitamin. Tapi sebab susah nak dapatkan bekalan JelitAyu kat sini, I beralih makan gamat healin pulak.

6months before pregnant-kan Rafiqh, I dah mula ambil acid folic dan calcium. Madu, multivitamin dan gamat healin still consume macam biasa. Bila tahu yang I dah pregnant, I stopped multivitamin and searched for prenatal supplements. Punya laa susah nak dapatkan multivitamin for preggy women yang halal kat sini. Maybe sebab I dok kampung kot, so merata2 farmasi kami jelajah, tak jugak jumpa, kebanyakannya ada gelatin... Cuba pulak cari through internet shopping tapi tak jumpa jugak. Solution-nya I beli asing2 so padahnya bab nak menelan dekat 10biji vitamins sehari, sungguh terseksa! Sebaik balik Malaysia membilang hari nak bersalin tu, I terus beli Obimin. Sebelum tu dah tanya sana sini pro dan kontra pelbagai jenis produk tapi at last beli obimin je laa, senang, cause my friends cakap kalau hospital kerajaan tu memang provide obimin... Selepas bersalin, I ambil produk set bersalin Leesa Formula - jamunya ada tablet prawan, tablet haruan dan cotet mas uncang. Makan madu, gamat healin, pil calcium dan obimin(habiskan baki lama) jugak. Lepas habis stok obimin, I makan multivitamin semula. Berterusan hinggalah pregnant lagi.

Kalau ikutkan my gynae kat sini, dia tak suggest pun ambil vitamins. Dia suruh makan makanan seimbang, maknanya dapatkan semua nutrisi tu dari sumber pemakanan. Tapi disebabkan I mabuk teruk awal kehamilan dulu, I tetap consumed supplements everyday. Kalau kat klinik yang I dok pergi check up ni, hanya acid folic yang diberi, itupun untuk 2minggu je. Berbeza kan dengan Malaysia, memang supplements disediakan. Bila I tanya my gynae kat Malaysia, dia kata memang sebaiknya dapatkan nutrisi tu dari foods tapi secara logiknya kita tak mampu pun nak telan semua makanan to ensure that we get enough. And for certain nutrients such as folic acid and iron, we may not be able to get enough of from our diet. I think she is right. Dalam pengambilan supplements ni pun tak boleh lebih2, particularly vitamin A that can be harmful to the baby if we take too much. Pandai2 laa adjust mana yang patut...

Cumanya kali ni before pregnant tu I tak ambil acid folic pun. Only after I knew I'm pregnant I take acid folic and stopped the multivitamin and jamu. When my family came here, I asked my sis-ateh to buy obimin again. So sekarang I makan obimin, gamat healin, madu, calcium dan fish oil. Seksa jugak nak telan semua2 ni especially gamat healin, yucks hanyir! Tapi memikirkan demi Rafiqh dan baby, tibai je laa. I think gamat healin is really good, mempercepatkan parut pulih and it contains omega 3 dan spirulina yang bagus to boost up milk production...

Tapi lepas bersalin nanti tak tahu nak ambil produk jamu apa pulak, ni tengah dok survey2 lagi ni. Macam2 ada kan, mustika ratu laa leesa formula laa sendayu tinggi laa nona roguy laa amway laa, hish banyak sunguh. Kalau tengok reviews orang ramai, macam2 kita boleh dengar. Sebenarnya jamu2 ni ikut badan si pemakan jugak, ada setengah orang sesuai, ada pulak yang tak sesuai. Nak terima pandangan orang 100% tu tak boleh laa, sebab setiap orang tu berbeza kan. Sebelum ni I ambil Leesa formula, bagus tu memang bagus, serasi dengan badan I tapi untuk 2nd baby ni, gatal nak try produk lain pulak. Tengoklah macammana nanti... Any suggestion?!

I percaya jamu2 ni sama pentingnya dengan supplements lain. Tapi kena monitor betul2 terutamanya kalau menyusu anak, tak boleh berlebihan nanti memudaratkan baby pulak kan. I ada minta my mom survey-kan jamu2 ni, dia kata baru2 ni yang menang award ialah leesa formula, so dia suggest suruh teruskan dengan yang tu je laa. Mak kata dia tengok I makan leesa pun nampak serasi sebab badan panas berpeluh2(salah satu tanda untuk tentukan kesesuaian), selain tu tak ada masalah sembelit dan tak ganggu production susu badan. Tak kesah sangat pun sebab kali ni bukan nak beli full set. Nak cari jamu je, krim/jel untuk sapu tu boleh beli asing2 dari produk lain. Dulu I tak tahu kat mana boleh beli asing2, sebab nak senang I order je dari pusat kecantikan yang I selalu deal tu, harganya pun mahal dari biasa. Sekarang dah "cerdik" sikit, boleh laa memilih dengan bijak :-p. Yang paling utama, kalau boleh I nak jamu yang sejenis je tapi lengkap segala ramuannya. Kalau banyak2 jenis dengan pelbagai fungsi ni seksa laa sikit, bukan boleh makan ikut aturan semua sekaligus, nanti affect breastmilk pulak. InsyaAllah lepas bersalin nanti, I want to breastfeed both of my kids.

Yosh mama, gambarou yo! Banyak lagi masa, cari jangan tak cari, hihi...

4 comments:

Ina said...

Kiter pn ingat nk top up je set bersalin yg aritu. Kalau bli br sure xhbs gak lg. Membazir plak. If Fith dh sesuai guna Leesa teruskan jela. Kiter pn br cuba Amway je sblm ni. Jamu dia kapsul je jd mmg sng la nk telan. Cuma teh herba dia la pahit uhuhu. Mebi nk tambah minyak nona roguy skali. Supplement lak kiter mmg mkn Shaklee sbb natural xde pewarna n perasa n dia bukan sintetik. Btw dgr2 kwn citer hospital Jepun pn dh byk yg start suggest mkn supplement mcm kiter kt Mesia hehe.

Fith said...

Sekarang jamu2 banyak pakai kapsul dah kan,mudah sangat nak telan.fith masih survey lagi sebab kali ni kalau boleh nak ambil yang sejenis je,malas dah yang banyak2 tu.
ooo ye ker,mungkin laa kot kan,tp klinik fith pergi ni sama je,mmg tak galakkan supplements pun.tapi tak kesah laa,fith makan jugak,haha.

zura said...

hye.., just nak kongsi pendapat je..! tak nak cube ambil sendayu tinggi after deliver..?

bukan nak promote.., tapi for me produk tu mmg ok.., lagi la utk org yg malas pantang macam i nie..!

produk dia pun complete utk 60hari berpantang..!

Fith said...

thanks zura_betty,memang tengah tengok2 jugak sendayu tinggi.thanks ya