Wednesday, March 18, 2009

Siapa tahu sayur apakah ini?!

Adoi, penat sungguh. Penat tidur, hahaha...
Pagi tadi lepas Rafiqh bangun tidur lebih kurang pukul 10.40, I terus bersiap2 nak bawa Rafiqh ke klinik. Sejak masuk musim luruh tahun lepas, kulit Rafiqh jadi kering. Sejak dia lahir hinggalah dah besar, I memang tak pakaikan dia bedak powder atau losyen, dia cuma guna minyak zaiton je, multi-purpose! Kulit melecet ke hapa ke semua tibai sapu minyak zaiton, hehe. Awal2 kulit dia kering tu, I letak minyak zaiton, mula2 memang berkesan tapi lama2 kurang menjadi pulak, especially tang betis dia, jadi kasar2. Then, I tried to apply lotion baby pulak. Sama jugak, mula2 nampak improvement but after few weeks, back to before. I cuba pulak medical lotion, great, it's works! Tapi sejak 2-3hari lepas, kulit bahagian betis dan dada dia jadi merah2 dan gatal. Waktu siang kulit dia biasa je, tak ada merah2 cuma kasar yang sikit je, dia pun tak ada pulak tunjuk rasa tak selesa, tapi bila nak tidur malam tu je, dia mula menggaru dan gelisah. Nak kata panas, I ni sejuk tak hingat. Tak tau laa tang mana dia tak selesa tu... Kalau boleh bercakap kan senang, habaq mai senang nak buh ubat tapi cakap pun bahasa kuntau2, hadoi laa, mamanya nak tidur pun tak nyenyak, dok asyik kena gosok2 kaki dan badannya. Sebab dah 2-3hari I tak cukup tidur, so tadi pagi bawa pi jumpa doktor. Doktor bagi ubat sapu je pun, katanya musim bunga ni banyak elergic tumbuhan/debunga, so kena extra careful dengan bakteria2. Part tak bestnya tu, bila siang kulit dia ok je, tak nampak apa2 pun, I nak jumpa doktor pun naik segan, kang doktor tu kata over pulak mak budak ni, hehe. Tapi dah myLove insist jugak2, takleh derhaka laa kan. Alah, myLove tu memang gitu, dia kuat belek anak dia. Kot kalau bercalar sikit pun dia akan tanya I kenapa anak dia itu ini. Sayang sangat anak dia tu, cet!

Lepas settle hal klinik, I pergi beli barang sikit kat supermarket then terus ke Daiso 100yen shop. Bila sampai kat supermarket, both of us dah lapar tahap gaban dah, mau taknya, dah pukul 11.30, time kami lunch dah pun. Sebab ada lagi tempat nak pergi, so I beli makizushi je laa, buat alas perut sebelum makan nasi kat rumah. Settle semua2 kerja terus balik rumah. Penat nak mampuih dukung pakcik 10kg ni naik tangga dengan barang2, termengah2 tercungap2 jugak laa sementara nak sampai atas. Rafiqh ni setakat 5-10 anak tangga dia boleh laa panjat, tapi punya laa lambat, yang baki 50++ tu dia takmau dah, terpaksa maknya dukung.

Lepas lunch tu, I dah sengkak makan banyak sangat plus penat lagi, terus terbongkang tidur dengan Rafiqh. Pukul 1 tidur, 3.40petang baru bangun, hahaha tak senonoh langsung. eh tak pe laa kan, sekali-sekala, qada tidur beberapa malam yang tak cukup tu, hihi...

Habis dah cerita sampingan, mai nak masuk topik entry atas tu...
Setiap minggu pasti ada saja orang bagi sayur laa, buah laa, hapa laa... Alhamdulillah murah rezeki. Tapi yang buat I risau setiap kali nampak myLove bawa balik beg plastik putih ni ialah sayur apa pulak laa yang cik abang ni dapat... Ya betul, saya tak kenal sayur okey! Kadang2 tu bukan setakat tak tahu nama, tengok pun tak pernah. Dah tu, lagu mana cheq nak masak, cheq taktau!

Kalau dapat buah memang best laa, sebab buah2 orang bagi ni kualitinya yang bagus2, biasanya harganya mahal2... Kalau dapat banyak sangat sampai tak larat makan, I akan potong2 dan campak je dalam mixer, buah jus buah, takpun bagi kat junior2. Tapi kalau dapat sayur ni memang lemah sikit, sebabnya junior2 I pun tak reti nak masak/tak suka makan sayur2 tu. Kalau basic sayur macam bawang ker, kobis ker, karot ker, kentang ker, keledek ker, no hal laa, kita memang selalu guna pun kan. Tapi kalau dapat yang pelik2 atau jarang makan macam lobak putih, kekacang dll tu, hadoi laa, kalau sikit2 tu I mampu lagi paksa2 diri suruh telan, tapi selalunya diorang ni bagi banyak sungguh... Sayang tengok sayur2 tu masuk plastik sampah...

Ni sayur yang 3minggu I kumpul, hehe. Disebabkan bungkus elok2 kemas2 dalam fridge, sayur2 tahan lama, tak layu pun... Haa bawah ni sayur apa? I selalu tengok orang jepun pakai sayur ni buh dalam nabe(steamboot) je. Depa takpa laa, memang makan nabe kerap pun time2 sejuk ni tapi kami ni makan masakan melayu, tak reti aih nak buat apa.

Sayur bawah ni yang belah kiri tu I tahu, yang kanan tu tak tahu. Nak kata lobak putih, rasanya yang bulat tu orang jepun panggil かぶ(kabu), yang panjang tu tak tau laa pulak, tapi apa ek dalam bahasa melayu? Nak masak hapa pun tak tau, tu yang dok perap lama2 tu, ish!

4 comments:

Ina said...

fith sayur yg ats tu pn i pnh bli skali. i msk sup je tp jd mcm pelik je rasa. baru2 ni i perasan ready mix salad kt supa. i nmpk sayur tu ada skali dh siap di ptg2 n cmpur2 dgn sayur lain. so i bli. jd i rasa sayur tu leh buat salad la kot. i mkn dgn dressing sesame tu je. sedap! tp cuba cnfirm dgn org lain dlu la. kalau nk mkn skali byk mcm tu wat ulam takut plak sakit perut ke kan.

sayur bwh sblh kiri tu i slalu bli. kdg2 celur pastu cmpur dgn tumisan bwg putih n oyster sos. takpun cmpak2 je dlm mee n kdg2 wat sup. yg kanan tu i pn tingin nk mkn. tp tula xtau msk. boring la balik2 p supa bli sayur sama je. i dahla mmg hantu sayur n ulam.

Fith said...

Ina,oh ye ker boleh buat salad,tak pernah perasan lak.sebab selalu dok tgk diorang ni buh dalam nabe je.nanti fith try,tapi takde laa nak hentam makan semua tu,yang tak larat makan tu kalau dah layu buang je laa...
yang belah kiri tu fith selalu masak sayur atau buh dalam mee macam ina jugak.tapi yang belah kanan tu ampeh memang taktau nak masak apa.kalau style jepun ada laa masakan2 tertentu kan,tapi tak reti pulak nak buat.
btw,thanks :)

Anonymous said...

k.fith sayur yg atas tu nama dia mizuna(水菜)..mmg slalu mkn sbg salad..xpon boleh jgk ltk atas spagetti ke pasta mcm kt fracasso tu..kalo msk selain boh dlm nabe xtau la plak kn boleh wat msk apa..yg gambar bwh belah kiri tu nama dia chingensai.rsnya sama ja mcm sawi pndk kt meysia kn..mmg sdp wat msk dgn oyster sos..yg tgh kabu tu kalo ltk dlm tomyam pn best sbb die lembut..xpon boleh je wat goreng gitu2 je or campo sayor lain wat sayor campo..yg knn skali tu xtau jgk apa menda..nmpk mcm daikon yg kecik jek hehe..
ni ada website resepi2 jepun..xtaula kalo k.fith dh tau kn..dyana slalu tgk kt cni kalo nk msk sayor2 jepun..
http://cookpad.com/
cubala try tgk;)

Fith said...

dyana-thanks...oh boleh buat salad rupanya ya.tak pernah tau pun,hehe.
aah yg kiri tu macam sawi,selalu masak pun macam sawi je.
kabu tu boleh try buh dalam tomyam nanti.tapi yang panjang tu nak kata daikon pun mungkin gak,cuma pelik tang saiz tu kecik sangat.
btw,thanks ye.