Friday, March 27, 2009

Sejuk dan angin...

Tak tau nak kata sekarang ni fuyu(=winter) ker haru(=spring). Sat sejuk, sat panas pulak... Minggu lepas dah mula panas, kalau tengok forecast pun kata kat area Kyuushuu sakura dah mula nak mankai(=kembang penuh). Kiranya tak lama lagi, sekitar minggu depan Yamaguchi punya turn laa pulak. Tak sabar nak pi hanami(=tengok bunga :-p) ni, hehe.

Minggu lepas dan awal minggu ni I dah mula buka pintu koridor dapur dah, bagi angin masuk, kengkonon nak rasa suasana musim bunga laa tapi sejak 2-3hari ni dah sejuk balik laa pulak. Buka pintu tu sat ja, menggigil dua2 beranak, hahaha. Dari koridor dapur ni boleh nampak view pokok2 sakura yang ditanam di sepanjang jalan belakang rumah, ermmm dah nampak dah putik2nya, harap2 tak hujan dan angin tak bertipu kuat, nanti habis laa luruh, tak sempat nak kembang penuh, huhu... Semua orang tahu kan, sakura ni bunga trademark jepun, tapi la ni kat mana2 pun ada dah sakura ni, even kat europe sekali pun. Sakura kembang dalam seminggu je, masa tu memang lawa sebab tak ada daun, bunga sepenuhnya. Bila sebut hanami ni, dalam otak terbayang2 bbq, ingat nak makan je sebenarnya, muahahaha. Bila laa budak2 junior ni nak announce projek hanami diorang ni, haihhh... Minggu depan dah start sem baru, depa busy laa kot.

Ni gambar hanami lastyear, Rafiqh baru 4bulan, tahun ni dah 1tahun 4bulan, dah boleh berjalan, I boleh bayangkan dia takkan dok diam kalau pi hanami kali ni...

2-3hari ni terasa sejuk balik ni bukan sebab apa pun, angin tu yang menyejukkan. Kalau tengok matahari memang panas terik, tapi angin yang dingin tu yang buat tak tahan tu. Beberapa hari lepas ada kes kapal terbang terbalik di Narita Airport, nasib baik tak bawa penumpang, kapal terbang FEDEX Express dari China bawa barang laa kot, tapi kasihan pilot and co-pilot terkorban. Ngeri betul tengok, selalunya kalau ada tragedi kapal terbang ni semuanya disebabkan oleh kegagalan tayar berfungsi masa nak mendarat. Tapi kali ni berpunca dari angin yang bertiup kuat, pilot lost control then the plane itself lost balance, terus terbalik dan terbakar.

Kelmarin jugak adalah "hari hangin mama", tapi hangin yang ni takdak kena mengena dengan agin kat luar sana tu, hahaha ni mama hangin dengan Rafiqh! Beberapa hari dok panas ni, I sedikit rajinlah mengemas, dok pulun settle-kan koridor belakang yang bersepah tu. Penuh kotak2 dan entah apa2 lagi barang kereta myLove, semua tauk(=baling) sumbat ja, sebab sejuk malas laa nak kemas. Ni dah panas ni ambil peluang nak clear apa yang patut. Nak buat time dia tidur tak boleh sebab bising nanti dia terjaga. So kena buat time dia jaga laa, Rafiqh ni bila tengok mak dia kalut, dia pun naik kalut sama, nak tolong la kot tapi bukan tolong permudah, tolong menambah kerja mama. Mama clear barang2 luar koridor, dia clear-kan barang2 dalam rumah, habis segala mak nenek pinggan mangkuk, toys, kain baju dan selipar mama pun dia campak kat luar. Hish penat badan dok terbongkok2 satu hal, penat mulut dok membebel pun satu hal lagi. Sabar je laa...

Kemuncaknya kelmarin pagi2 pukul 5, time orang sibuk nak bangun solat subuh dia terjaga pulak. Dah bangun tak mau tidur, potpet2 sembang. I bagi susu dia tolak, so menepuk laa mama ni dalam separa sedar. Lama jugak laa dok tepuk tapi dok dengar dia gelak2, last2 tersedar dek bunyi alarm pukul 6, dia dah tidur tapi I rasa macam I ni tak tidur pun, mungkin terlelap 5-10minit je kot. Lepas masak bekal lunch, sediakan breakfast dan pergi buang sampah, dia dok tidur lagi. Then myLove pergi kerja, terasa nak sambung tidur tapi sebab berkobar2 nak buat seri kaya, I plan nak tidur petanglah. Disebabkan dia bangun lambat, dia tak tidur dah laa pagi tu, tengahari dia tidur masa I dok sibuk sediakan lunch, tak dapat nak join. Ingatkan petang tu dalam pukul 3 dia akan lelap balik laa, rupanya tak. Masa ni I dah hangin dah laa, ajak tidur dia tak nak. Bila I nak tidur dan rest kejap dia panjat2 dok wrestling, bila I bangun masak dia merengek2, yang buat I lagi hangin tu rancangan NHK Rafiqh dok tengok tu tak ada pulak, kalau ada dia tak kacau I sangat laa, buka chanel lain nak tengok drama pun tak ada jugak, wah bertambah tensyen... Memang dia kena cubit laa jawabnya, hehe, bila myLove balik fuhh lega. Pukul 9 mata dah tak mampu bertahan, terus terlelap dan si ayah laa yang kena uruskan anak... Macam ni laa kan jadi surirumah, walaupun bebas dalam jadual harian tapi bukan jaminan boleh nak rehat ikut timing sendiri. Ni baru seorang ni, lepas ni tambah satu lagi, mama kena bijak uruskan masa laa jawabnya...

2 comments:

Ina said...

Tergelak2 baca psl Rafiqh siap pinggan mangkuk pn dia 'kemas' haha! Huhu kami mmg xpenah lg bukak pintu tingkap. Kalau boleh rasa nk tambah bg tebal lg ada la. Ni xlarat nk isi minyak hari2 dok guna heater lg. Xsabar gak nk tgk sakura. Xtau la lg tahun ni p hanami ke tak. tp mcm dh boring tgk sakura typical Jepun tu. Tingin nk tgk sakura jenis2 lain. Tp kt sini payah nk carik.

Fith said...

Kat sana sejuk lagi kan,tengok forecast pun area sana ada lg snow,mau beku kalau buka tingkap,haha.
ina dah bosan dah tgk sakura ek,fith ni jakun tak habis2 lagi,haha.