Thursday, March 26, 2009

買えちゃった

"Terbeli"...
Hek, ter laa konon, cover2, hahaha...

Apa yang I terbeli?
Baby sling!!!
memang ada niat nak beli tapi tidaklah secepat ini... :-p

Kalau ikut cakap orang2 tua, tak elok kan shopping barang baby awal2? Kenapa ek? Apa reason-nya? Selama ni dok dengar je tapi tak pernah pulak terlintas nak tanya...

I rasa 5bulan kandungan tak dikira awal dah laa kot kan, kiranya dah mula boleh buat preparation apa2 yang patut. Untuk baju2 dan kelengkapan lainnya tak beli pun lagi, malah barang2 newborn Rafiqh yang tersimpan rapi dalam kotak tu pun belum dipunggah lagi. Part memunggah tu yang kena dahulukan sebelum ingat nak shopping, dalam perkiraan ni mungkin beberapa minggu lagi akan mulakan kerja punggah dari kotak->simpan dalam beg, terus angkut bawa balik Malaysia, haa senang. Sekarang ni belum ada semangat dan kerajinan dan mengemas, karang jadi tak sabar2 nak balik, haru biru laa pulak kan...

Masa 1st preggy dulu rasanya dah sungguh2 study tentang babywearing ni. Macam2 info yang boleh dapat dalam internet ni especially kat blog new-mommies atau mommies-to-be. Tapi sejujurnya I cakap, terasa macam was2 nak kendong baby dalam babywearing ni, sangsi dengan keselesaan je, bukan dengan keselamatan. Lepas bersalinkan Rafiqh, I kena balik Jepun sendirian dengan Rafiqh, so fikir2 macammana nak bawa baby dengan barang2 lagi, I pun decided nak beli baby carrier. Jenuh pusing Ipoh cari baby carrier untuk newborn, cause mostly baby carrier yang terjual tak ada untuk posisi baring. Rafiqh belum pun 2bulan, takkan nak duduk pulak kan. Selepas penat pusing2, at last jumpa jugak 1 kat Jusco, harganya mahal laa jugak tapi sebab no choice beli je laa. Ermm not bad laa, after all dah pakai sampai agak lunyai jugak laa, berbaloi ler...

Tak lama lepas tu, a friend of mine gave a baby sling to me. Handmade baby sling, sangatlah senang nak guna dan selesa. I lebih prefer sling more than baby carrier cause the baby carrier itself pun dah berat, nak pakai pun rumit, nak2 kalau musim sejuk baby pakai baju tebal2, jenuh nak adjust dia masuk. Kalau sling ni mudah je nak masukkan atau keluarkan baby even dalam keadaan baby tidur pun. Lepas pakai senang je nak simpan, lipat2 sumbat dalam handbag. Nak basuh pun mudah! Nampak trendy dan ranggi pulak tu! hahaha iklan2... Tapi sayangnya sling yang sedia ada tu tak boleh guna dalam posisi baring. Kalau Rafiqh tidur dalam sling, I still have to support his head by using 1 of my hand. That's the main reason why I need the new one.

Actually masih ramai ibubapa yang belum terdedah dengan babywearing. Walaupun ada persatuan2 yang kempen babywearing ni, tak ramai kot ibu2 yang tahu. Macam I sendiri pun, kurang pendedahan, lain laa kalau ada perhimpunan babywearing ni kan, memang I sure join laa, boleh try test macam2 jenis babywearing. So boleh laa tahu yang mana paling best and suit with myself, yer tak? Kalau I babywearing Rafiqh in public kat sini, orang akan pandang je, ramai jugak ibu2 datang tanya where did I bought that sling, how to wear it, the price dan macam2 lagi laa... Kat Malaysia tak payah cakap laa, orang asyik usha je, rasa lawak pun ada, perasan glamour pun yer jugak, muahahaha... Seriously wearing your baby in public will make you look gorgeous!

Bila mempertimbangkan banyak perkara I buat keputusan untuk beli sling jugak instead of guna baby carrier lama tu untuk baby ni. Setelah penat survey sana sini mencari baby sling, at last terbeli jugak sling yang telah lama diidamkan. I pergi beberapa supermarket dan baby center untuk survey babywearing ni, mostly yang I berkenan harganya not less than 6000yen(=RM180). Kalau survey kat internet ni, tak banyak yang kita boleh tahu, info-nya terhad, 100% terpaksa depends on maklumat yang diberi je. I tak letak kriteria yang rumit pun untuk beli baby sling ni, syarat utama ialah ianya boleh muat diisi baby dalam posisi baring, dan kalau boleh ring sling, tu je! I pilih ring sling sebab boleh adjust kedudukan baby, nak tinggi ker rendah ker. Kalau babywearing lain, I'm not sure...

Sebelum 2nd preggy ni, I ada terbaca tentang Aprica baby sling ni di blog mana entah, terus terminat dan tersuka, masa tu harganya 1000yen lebih je lepas promotion tapi sebab tak perlu lagi time tu, I tak beli laa... Sekarang ni bila dah perlu dan nak beli, dah habis dah harga promotion tu. Yang paling murah I jumpa ialah 2604yen(RM80++), kira ok laa kan, compare to harga sebenar dia 20,790yen(RM600++)! I pilih baby sling ni sebab dah sure, sudah terang lagi bersuluh yang ianya memang untuk letak baby tidur, tak payah pening2 nak fikir kemungkinan2 lain dah.

I beli kat sini:
http://store.shopping.yahoo.co.jp/soukai/4969220390826.html

Alhamdulillah dah sampai dah pun benda tu, I dah buka dan tengok, walla sungguh mengancam! At first I thought ianya sama je macam sling biasa, rupanya tidak sama sekali. Ianya bukan sekadar kain je, tapi memang direka khas khusus untuk posisi baby baring, tapi boleh jugak buat untuk duduk. Kalau nak cerita detail, memang panjang lebar entry ni nanti. Tapi kalau ada yang nak tahu detail, boleh tanya okey... Kesimpulannya I puas hati!



Kalau tengok dalam gambar tu ada chocolate jugak kan, hehe tu beli untuk cover postage je tu. Sebabnya kalau beli 3150yen ke atas dapat free postage, so tambah beli beberapa ratus yen dah dapat free shipping kan, buat apa bayar shipping sedangkan boleh dapat barang dengan duit tu, betul tak? hahaha.


Next, nak beli apa pulak???

2 comments:

Anonymous said...

haritu ada juga jmpa sling aprica ni. tp tula xleh testing mcm xpuas hati je. i mmg dh lama nk bli baby sling sbb lg bgs sbnrnya utk tulang baby. tekanan diberi sekata pd seluruh bdn baby. dh ada yg i target tp yg i target tu kt mesia hoho jauh sgt. tp fith kata yg aprica ni mmg ok n puas hati ada ring plak. boleh consider la nnt kalau nk bli cpt. lagi satu i nk bli juga baby carrier 4 ways boleh hubby guna. tingin gak nk bli meitai. meitai pn dh byk yg trendy so hubby pn xsegan la nk bawak bb dlm tu. tp kalau meitai position duduk saja la plak. hmmm kena pikiaq lagi br decide.

sling yg fith bli kt gambar kotak tu mak dia support kepala guna tgn. but actually both tgn boleh free je kan? aritu rasa xyakin sbb tgk gmbr tu la hehe. btw tq for sharing the info :)

Fith said...

Ina,fith akan ambil pics and post them here ok,so nanti ina boleh tengok lebih detail,aprica sling ni tak mcm sling biasa,agak complicated sikit design-nya.part support tu pun fith cuba dulu ok.but I think memang tak perlu support pun,tu gambar je kot,hehe