Kelmarin adalah cuti umum bagi Jepun. Memandangkan kami ada perancangan nak buat jamuan makan2 bagi junior lelaki yang bakal grad minggu depan, setelah bertanya jadual masing2, kami buat keputusan untuk adakan majlis tu kelmarin. Selalunya kalau buat jamuan, kami adakan kat rumah sendiri tapi disebabkan salah seorang dari tetamu yang diraikan tu baru je lepas operation kaki, tak logik laa kan nak biar dia panjat bangunan 5tingkat ni. Atas kerjasama junior lainnya, kami pinjam rumah mereka di International House, sekaligus jemputlah mereka sekali untuk join.
Tengahari khamis tu I dah mula prepared dessert, sediakan agar2 merah dan puding fruit cocktail berkuah. Petangnya selepas myLove balik kerja, kami keluar pergi beli barang2 pulak. Pagi kelmarin bangun awal untuk sediakan breakfast, cadangnya nak lajak tidur lagi sebab Rafiqh pun belum bangun tapi mata dah tak boleh nak pejam dek perut yang kelaparan. Nak kata awal sangat tu tak laa, pukul 7.30 dah pun masa tu. Celik2 mata terasa nak makan sosej roll so menggodek laa sosej roll sorang2 kat dapur. Elok siap masak Rafiqh dah ayahnya pun bangun. Kami breakfast sambil layan movie se-round, Bedtime Stories... Selesai breakfast I rebus telur, rebus udang, rebus ubi, then masak nasi goreng for lunch. Selepas zuhur barulah mula memasak. Menu utama mudah je iaitu mee rebus...
I cuma tumis asas kuah je, lain2 tu semua nak sambung masak kat rumah junior. Pukul 6lebih bertolak dari rumah, gedebak gedebuk pukul 7 semuanya hampir siap, sungguh mencabar nak masak sambil kontrol budak kecik sorang ni kat rumah orang. Dia tak reti dok diam langsung apalagi tak ada sesiapa pulak masa tu, sedap laa dok berlari dalam rumah tu. MyLove pada mulanya di"tugas"kan jaga Rafiqh bila I masak tapi tiba2 elok sampai kat rumah my junior, he got a phone call from his senior, bertanyakan programming robot yang tersangkut di kilang customer, so terpaksa laa dia balik rumah on-kan laptop dan settle-kan part tu dulu, tu laa pasal I kelam kelibut tak tentu arah, nasib baiklah si tuan rumah tu memang dah get ready nak bantu, terkocoh2 buat kerja elok pukul 7lebih tetamu2 pun sampai. Time diorang sampai tu Rafiqh dok elok main sorang2, bila dia nampak pakcik2 tu je terus "ghenggah"(=pulun) nangis. Memang dah agak dah, dia elergic dengan boys, hahaha. Dalam dok merambu airmata tu tak pulak dia nak lari datang kat I, tapi dok tercegat tengok depa nun sambil teresak2. Hapa laa... Selesai solat maghrib barulah myLove tiba. Upacara makan2 pun bermula... The boys kat sini memang selalu geram dengan Rafiqh yang jual mahal dengan diorang, they called him "shinchan", sebab perangai yang nak kat girls je, boys NO NO... Tapi elok dah lama sikit mood Rafiqh pun dah kembali ok, dah tak takut2 dah, sampaikan boys boleh umpan dia dok atas riba. Haa part ni memang ajaib sikit sebab biasanya hagham dia nak pi tenggek atas riba lelaki, kalau riba orang perempuan no hal, memang dia tak malu pun, hehe. Sempat jugak I snap 2 gambar dia... As usual, diorang tu umpan dia dengan makanan laa...
Gambar masakan tak sempat nak ambil semalam, lain kali I buat mee rebus lagi I tempek gambar kat sini with the recipe okey.
Jamuan semalam tamat pukul 9. Balik rumah terus tidur... Hari ni bangun lewat sikit, badan rasa kurang sihat. Awal2 pagi dah muntah2, ni pun tak ke mana2 sebab rasa tak larat sangat...
No comments:
Post a Comment