Tuesday, March 3, 2009

Ada apa pada nama???

Dalam dunia ni, rasanya tak ada kot ibubapa yang namakan anak mereka sewenang2nya kan? Pasti ada kriteria2 tertentu yang perlu dipatuhi sebelum pemilihan dibuat... Ada macam2 syaratlah pendek kata...

Sekali lagi berdepan dengan dilema nama ni, ohoho pening jugak kepala dibuatnya... Mula2 nak kena cari dulu, buat senarai beberapa nama kemudian baru boleh buat pilihan, itu pun kena bincang beberapa peringkat... Nasib baiklah my parents and parents in law tak ambil pot bab nama2 ni, kalau semua nak take part lagi laa haru biru... Sebelum nak cerita lebih lanjut pasal nama baby ni, mai nak flashback balik cerita I zaman dolu2...

Al-kisahnya sejak masih lagi bergelar student kat Naim Lilbanat, I dah pun berangan-angan nanti kalau ada anak, nak anak nama ini laa itu laa, hahaha, boyfriend pun tak ada lagi, dah sibuk fikir nama anak. Disebabkan berada dalam surrounding sekolah agama, hati ni lebih tertarik pada nama2 yang islamic classic, nama2 arab yang agak2 orang jarang dah pakai zaman moden ni... Nama tak perlu panjang, cukup 2 patah perkataan je. Dulu, I impikan kalau anak lelaki mesti mula dengan nama para nabi, kemudian diakhiri dengan "gelaran"... Kalau perempuan pulak, nama awal adalah nama tokoh wanita hebat dalam sejarah islam, diakhiri dengan gelaran jugak... Sebenarnya I dah ada the name list lebih kurang 4nama lelaki dan 4nama perempuan...

Bila hamilkan Rafiqh, I tak sibuk2 pun nak cari nama cause I thought myLove would just agree with my decision. Dia nampak macam tak ambil kesah sangat, everythings about our baby he let me to decide, contoh macam nak beli barang2, bila I kata baju2 dan keperluan baby nanti kita beli di Malaysia, dia kata "okey!", bila I kata stroller dan car-seat kita beli bila baby dah selamat lahir, dia kata "okey!", bila I kata kita tak perlukan baby cot(cause someone offered to give it to us), dia kata "okey!", semuanya okey saja, tak pernah nak bantah... So bila bab nama pun I ingatkan dia tak kesah jugaklah! Oh I was wrong... Dalam diam2, dia pun ada impikan nama tertentu untuk anak2nya... Lepas berbincang I terpaksalah bagi laluan kepadanya untuk buat pilihan, tapi of course bersyarat... Nama mesti 2 patah perkataan dengan nama awal cuma 2 suku kata sahaja!

Since the first time my gynae checked the baby's gender, he said that the baby would be a boy. Every check up we got the same answer. So, at that time we just prepared a boy's name. Nasib baiklah yang keluar betul2 boy, kalau laa silap mampuih kelam kelibut nak cari nama... MyLove suka nama Rafiq sejak dok layan drama diari ramadhan rafique tu laa... So I setuju dengan tambahan ejaan R.A.F.I.Q.H atas sebab both of us have an extra H in our name ie. Ishkandar and Fithriah... MyLove prefered japanese name for the second name, that's why tercetusnya nama Rafiqh Tsuyoshi... Disebabkan the first baby kombinasi arab + japan, maknanya untuk yang seterusnya pun mestilah kena gunapakai patent yang sama, baru seragam...

Bagi I, apa yang penting dalam kriteria pemilihan nama anak I ialah:

1. Makna yang baik - nama panggilan itu kan doa, mesti laa kita nak doakan yang baik2 untuk anak kan, so bagi laa nama yang indah pengertiannya...
Sunat hukumnya menamakan anak dengan nama yang baik. Hadith Rasulullah SAW: “Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama2 kamu dan nama bapa2 kamu,maka perelokkanlah nama2 kamu.”(Hadis riwayat Ibnu Hibban)

2. Bahasa arab - islam itu sinonim dengan bahasa arab, so paling tidak pun biarlah satu namanya dari bahasa Al-Qur'an...

3. 2 suku kata sudah memadai - mudah nak panggil, tak perlu pendek2kan dah. Macam nama I ni, susah orang nak sebut, at last orang panggil Fith, which sebenarnya tak ada makna pun. So kalau boleh biarlah nama anak2 I senang nak sebut. Andaikata nak jugak bagi nama yang lebih dari 2 suku kata, I kena pilih siap2 nama panggilan yang cantik buatnya...

4. Mesti ada extra H - saja suka2, trademark gitu...

5. Nama yang unik, jarang kedengaran - kalau ramai2 with the same name, nanti confuse...

Itu saja kot, tak laa susah sangat pun kan...

Sekarang ni dah jadi trend bagi nama anak panjang2 kan, at least 3 patah perkataan, hehe. Masa uruskan dokumen2 kelahiran, pasport dll Rafiqh sebelum balik sini, I memang naik angin jugaklah dengan nama myLove yang amat panjang tu, punya laa susah nak isi borang, berkemungkinan besar Rafiqh nanti kena pegang 2kad pengenalan sebab nama terlalu panjang, tak muat dalam satu kad saja. Tak pasal2 nak hangin kat dia pulak kan, hahaha, padahal dulu2 salah satu sebab I suka dia adalah sebab namanya laa, hek! Mohammed Norwin Ishkandar... Untuk anak2 I, 2 nama tu pun cukuplah, yang penting nama panggilannya, yang selebihnya tu kita simpan atas kertas je pun.

Menurut Imam an-Nawawi Rahimahullah, sunat menamakan anak pada hari ke-7 selepas kelahirannya ataupun pada hari kelahirannya berdasarkan hadis-hadis shahih. Nama Rafiqh sendiri kami rahsiakan sehinggalah pada hari kelahirannya, terkejut mak dan abah dengar nama cucu mereka, sebab nama jepun kan, sampai nak sebut pun berbelit lidah, hahaha. Lama jugaklah abah mak ambil masa nak ingat dan sebut dengan betul, hehe.
Untuk baby kali ni pulak, nama arabnya belum kami pilih lagi, tapi I dah jumpa few names for boy but not yet for girl. Quite difficult to find simple name for girl huh... Tapi nama japan dah ada for both. We decided to let the gynae confirms our baby's gender first before we select the name. But I think we should prepare both name just in case laa kan...

InsyaAllah, nanti lepas baby dah lahir baru I umumkan namanya ya... So far dok asyik panggil baby je...

2 comments:

Ina said...

Hehe sama la I pn ada byk syarat nk pilih nama bb. Hubby plak mmg xkisah. Actually I pn xnak nama pjg2 tp terpjg jugak. Sbb byk syarat tulah terpaksa jd pjg tu:P So nnt utk Adik pn nama 3 suku kata huhu. Nasib korg lah anak2 ku:P Skrg ni pn utk Adik dh ada nama for both boy n girl. I ada cuba2 jugak cari nama lain tp balik2 nama yg sama jugak yg hubby pun suka sama. Mebi kalau ubah pn sket2 je n masih kekalkan main name tu. Salah 1 syarat I pilih nama mesti nama Arabic yg rare sket. Konon nk ikut hubby la. Nk letak Syeikh n Siti xleh sbb my hubby Arab sblh his mom so kirer pangkat dia dh hilang lah hehehe. Haih macam2 lah. Saja menyusahkan diri sndiri. Mmg pening kepala! hehe:D

Fith said...

Wah bestnya dah ada nama pun yer adik... Fith ni dok melilau2 lagi mencari,hehe...
Kalau boleh nak pilih yang unik2 tapi kena refer banyak sumber jugak nak dapatkan makna yang tepat.ish tak sabar pulak nak tau nama si adik :D *sibuk je*