Selepas tidurkan Rafiqh tengahari kelmarin, I ambil peluang menyambung nota yang masih banyak perlu dilengkapkan, ni nota persiapan nak balik Malaysia laa ni. Kalau pakcik kecik ni tak tidur, alamatnya tak adalah mamanya dapat bersenang-lenang dengan kertas dan pen. I ni memang jenis semua benda nak kena tulis, pen dan kertas tu wajib ada kat mana2. Semua nak kena catit sebab otak ni bukannya kuat sangat memorinya, nanti mesti ada yang terlupa. Macam dah tua sangat laa pulak kan...
Bermula dengan segala mak nenek dokumen yang perlu disediakan(apa yang nak di-copy, apa yang nak ditranslate, apa yang nak dimohon dan macam2 lagi lah!), kena listkan jugak segala urusan yang nak di-settle-kan selama kat sana, buat budget keseluruhan, senaraikan barang2 stok makanan yang nak kena beli, barang2 baby, barang2 Rafiqh dan barang2 sendiri, tulis jugak apa yang nak kena bawa balik(baju2 penting seperti baju melayu, takut lupa), bab souvenir pun kena catit, hehe banyak sungguh kan... Tengah asyik2 mengadap notebook dan laptop ni, tiba2 terasa cecair panas mengalir dari hidung, laa hidung berdarah rupanya... Ni first time kena untuk 2nd pregnancy ni, masa Rafiqh dulu pernah jugak kena sekali. Disebabkan I ni bukan jenis berdarah hidung, seingat I laa kan tak pernah lagi hidung ni berdarah, so agak2 panic laa jugak dulu. Kali ni sebab dah pernah kena so agak releks sikit. Hidung berdarah ni perkara lumrah bagi ibu mengandung, darah ibu yang hamil menjadi lebih cair, sebab tu laa mudah berdarah dan suhu badan pun agak panas berbanding orang biasa... Rawatannya cuma perlu baring lebih kurang 5minit, ianya akan pulih sendiri...
Petangnya lepas Rafiqh bangun tidur, 3 of us keluar jalan2 ke supermarket, tak ada perancangan nak beli apa pun, sekadar nak survey2 dan tengok2 saja. Kebetulan tak jauh dari supermarket tu ada sebuah gedung pakaian yang baru dibuka, so I ajak myLove singgah, nak tengok2 mana tahu ada barangan menarik dan murah... Oh sungguh mencabar iman okey, murah2 sungguh barangnya, macam2 ada, dari pakaian lelaki hingga wanita, tak ketinggalan jugak barangan kanak2... Haa part kanak2 ni laa naik rabun mak budak ni, hahaha... Sejak jadi ibu ni, I rather buy barang2 Rafiqh more than my own... I tak tahu laa kalau orang lain kan, tapi bagi I bila nak shopping ni mesti kena masuk budget. Sejak ada income tetap hinggalah sekarang tak ber-income tetap ni pun, I still amalkan benda yang sama, walaupun suka sangat shopping tapi semuanya kena masuk budget... Kali terakhir beli pakaian Rafiqh ialah masa auturm sale dulu, uish lama sangat dah kan(ada entry dalam flickr)... Selepas dari tu, memang tak ada beli dah, lagipun banyak pulak orang dok bagi, langsung tak pakai lagi. Banyak pakaian yang belum bersentuh so I tak beli apapun untuk winter dan spring ni. Cadangnya baju2 summer dan auturm lastyear boleh diulang pakai untuk spring ni, so that nanti belikan untuk summer je, cara ni dapat elakkan pembaziran banyak baju tak terpakai atau baju2 masih elok tapi dah tak muat. Baju2 Rafiqh semuanya dipakai sampai lusuh, then buang, senang! Berbalik cerita kat gedung pakaian tu tadi, disebabkan tak ada budget untuk baju2 Rafiqh, I cuma membelek baju2 newborn, ya Allah, juling mata I tengok baju comel2 dan murah2. Tangan ni dok sentuh baju warna pink saja, hahaha, kalau laa dapat girl, menge-pink laa anak haku nanti, hek! MyLove tanya, "nak beli ker?". "Eh tak laa, nak tengok je dulu, nanti dah confirm gender baru kita shopping ek?!" *sambil kedip2 mata :-p* Dalam senarai barang baby, I cuma nak beli rompers dan shirts+long pants je kat sini, cause set baju2 ni lebih murah berbanding kat Malaysia. So nanti bolehlah beli baju2 baby, baju Rafiqh dan sekaligus baju mama kat sini sebelum balik Malaysia, oh tak sabarnya nak tahu gender baby, hehe...
Ni laa akibatnya kalau prepare menulis awal sangat(awal ker?!), semua yang dah tahu nak kena beli I dok gatal tangan survey sana sini, tiba2 jadi tergedik2 nak shopping pulak... 2-3hari ni dok merewang dalam shopping web, cari sling laa nursing cover laa car-seat laa stroller laa, haa sampai part tak penting pun I tengok jugak, hish! Yabai2(=bahaya2)... Nanti bila dah start membeli-belah, I share barang2 tu kat sini yer, boleh laa kita kongsi2 info...
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment