Monday, March 9, 2009

Selera Rafiqh...

Selama ni I ingatkan orang tua je pandai jemu terhadap makanan, budak2 pun pandai jugak rupanya. Tapi logik laa kan, budak2 ni pun ada emosi jugak, kadang2 good mood kadang2 bad mood, so semestinya ada jugak turun naik dalam bab selera ni...

Rafiqh started his 1st solid food at 5months++... Being me yang agak cerewet bab pemakanan, Rafiqh makan secara berperingkat ikut stage usia. Sejak dia kenal "makanan", obviously dia bukan jenis yang memilih, apa sahaja yang disuap semua dia telan, nganga je macam anak burung! So, tugas bagi makan Rafiqh ni adalah kerja yang sangat mudah, tak banyak songehlah pendek kata, makan pun cepat je, dalam 15minit dah selesai... Tapi, sampai satu peringkat usia(1tahun++), he started to develop the new skill of selecting his own foods, banyak pandai maa...

Dari pemerhatian I laa kan, selera dia lebih cenderong macam mamanya while kuat makannya macam ayahnya. Ayahnya agak cerewet bab2 makan ni, banyak benda yang tak reti nak makan, I pulak lebih terbuka untuk mencuba dan tak kesah sangat. Sebenarnya corak pemakanan anak2 dibentuk oleh penjaganya, dalam kes Rafiqh ni of course lah maknya kan. That's why seboleh mungkin I tak pernah letak limit untuk dia cuba apa2 yang wajar dia makan. Jangan laa pulak pi bantai bagi dia makan sembarangan kan... Contohnya dalam masyarakat kita selalu meletakkan sayuran hijau as a big No No to kids, alasannya budak2 tak suka, tambah teruk lagi kalau mak bapaknya sendiri pun tak makan sayur. Dah kalau kita fikir macam tu, memanglah anak2 tak akan sentuh sayur. Bila anak2 dah besar sikit, mula laa membebel anak2 tak makan sayur, walhal dari awal usia 1tahun dulu tak pernah pun nak bagi galakan... Hah, macammana tu?! I bagi Rafiqh makan semua jenis sayur yang I makan, sawi ker bayam ker semua sumbat, tapi dia laa pulak tak reti nak telan sayur hijau lembik2 ni, hihi... Tak apa, slowly...

Memang tak dinafikan ada jugak kanak2 walaupun dah didedahkan dengan sayur sejak kecil, bila besar dia tetap menolaknya atas alasan rasa yang kurang sedap. Tips dari tadika jepun yang I tonton kat tv, ada 2cara paling mudah untuk selesaikan masalah tu. Pertama ialah dengan ubah bentuk/rupa sayuran tu, kita kena percantikkan sayur2 ni dengan hiasan supaya kanak2 tertarik nak cuba makan. Kedua ialah mince-kan sayur2 ni ke dalam menu masakan, then let them know what they eat...

Ada 2kategori sikap kanak2 terhadap makanan, satu yang suka makan, satu lagi yang tak berapa suka makan. Biasanya yang tak suka makan ni mereka banyak bergantung kepada susu. Adik-beradik I 6orang semuanya jenis tak makan, minum susu saja sampai dah besar2 baru suka makan, tu pun memilih. Tapi sebab mak tu garang, bila dah besar sikit semua benda kena paksa makan, alah, sampai sekarang dah beranak ni pun selalu kena bebel dan paksa makan, hehehe... So I tak hairan sangat laa kalau jumpa budak2 jenis tak mahu makan ni, dan sekarang tak hairan jugak tengok budak2 yang suka makan...

Sejak dua menjak ni, Rafiqh agak kurang minat nak makan. Ada 2 kemungkinan yang mendorong hal ni terjadi, satu ialah mungkin sebab dia mula minum dan suka freshmilk, so dia selalu minta susu je. May be sebab dia dah kenyang dengan susu so bila time makan tu ala2 liat sikit. Macam2 umpan kena buat supaya dia habiskan foods-nya. I even don't let him to drink milk 30-60minutes before meals but still sometimes it doesn't work. Kemungkinan kedua ialah dia sibuk nak main sampai jadi malas nak makan. Budak2 memang macam ni kan, dia ralit atau lebih fokus dengan kerja dia sampai hilang tumpuan bab makan, ish3... Yang buat I terfikir kemungkinan yang ni ialah bila I dukung dia sambil bagi makan, elok pulak dia boleh habiskan makanan dia, tapi jenuh senget maknya nak dukung setiap kali masa makan kan... Kalau keluar makan kat luar pun sama, dia boleh makan habis sebab tak ada mainan sekeliling dia...

Selera makan dia sekarang lebih kepada mee, laksa, udon(laksa jepun), bihun, spaghetti dan makaroni. Kalau nasi pulak suka nasi goreng, nasi putih dia pilih lauk tertentu dan mesti ada kismis serta ulam2 seperti timun, ewah pakcik kecik ni, kadang2 geram jugak tengok gelagat dia, mengada2! hish...

Sabtu lepas dia tengok ayahnya makan maggi, he thought it was mee, dok la berdempek sebelah ayah dia meraih simpati sambil sebut "am, am"(=makan, kalau dia nak foods yang orang sedang makan, dia akan sebut "am", tapi kalau nak foods atas meja/benda2 lain pandai pulak sebut "nak")... Kasihan pulak tengok dia yang teringin nak makan tu I pun bangun masakkan spaghetti. Dinner Rafiqh malam tu ialah spaghetti, I tumis onion, letak mince chicken, mix vege, sos tomato dan lada sulah, then taburkan cheese powder.


Lepas ni tak tahu apa pulak songeh dia, makin besar ni makin panjang akalnya...

3 comments:

Anonymous said...

Rafiqh saja jer 2 nak uji mak nyer..
mesti dier pikir panjang..
"apa lagik yew nak buat mama penat?"hehehe
xda lar gurau jer 2..lagi pn akak kan suka masak2..mesti rafiqh pn suka makan2..he3

afu-chan said...

bagusnya mommy... x mau bg mkn megi, susah2 ja buat spaghetti kat anak dia ;)

Fith said...

Fatin - hahaha,memang penat gak laa layan kerenah makan dia ni.tapi budak2 ni gini laa,cepat berubah2,nanti2 dia ok balik laa kotnyer.
aah harap dia suka makan2,boleh tolong habiskan makanan.karang mak dia gedempol pulak kan,haha...

Afzan - tuh laa,patutnya suruh ayahnya yang masakkan,siapa suruh tunjuk kat anak.tapi ayahnya setakat maggi tu lepas laa,spaghetti lingkup!hehe