Tuesday, March 31, 2009

Rumah impian saya...

Peringatan: Ini adalah entry meraban... ditulis di kala saya bosan...

Tajuk entry macam karangan budak darjah 3. Ahhh abaikan, abaikan! Hari ni saya nak cerita pasal rumah impian saya...

Dulu, saya pernah ada impian, bila besar nanti nak kahwin dengan lelaki yang mak bapaknya tinggal menetap di kampung. Iyer, kampung hulu tok dong(bukan nama kampung yer!). Saya nak mak bapak mertua saya tu ada rumah separuh kayu separuh batu, rumah 2tingkat yang bila berjalan kat tingkat atas, bunyinya macam langkah raksasa gung gang gung gang, hahaha. Halaman rumah pulak luas, kat sebelah atau belakang rumah tu ada sawah terbentang. Saya harap sangat mak bapak suami saya tu bela ayam, itik, lembu, kambing dan segala mak nenek binatang yang sesuai dibuat belaan laa, ada kebun sayur dan pelbagai pokok buah2an, petang2 saya nak tengok anak2 saya berlari mengejar ayam itik, bermain tanah dan rumput, sambil2 tu saya boleh duk bawah pondok di tepi pokok mangga makan buah2an dan kuih-muih sambil minum teh bersama suami tercinta. Bila ramadhan menjelang, suasananya pasti meriah. Menyambut raya dengan keluarga ipar duai berkumpul, buat kuih raya, bakar lemang, anyam ketupat, malam2 selepas terawih boleh tengok anak2 dan anak2 saudara main bunga api di laman. Ewah...

Tapi angan2 saya musnah bila saya ter-kahwin dengan suami saya sekarang. Suami saya ni asalnya orang johor tapi mak bapaknya dah lama menetap dan beli rumah di kawasan perumahan di Air Molek, Melaka... Setiap kali balik kampung, saya sebenarnya balik bandar lah! Rumah mertua saya ni dalam pembangunan pesat, rumah batu semata2. Nanti bila anak2 saya dah besar, petang2 mereka tak ada halaman pun nak bermain kejar2 dengan sepupu2 mereka. Mereka tak mengenal pun kampung agaknya sebab mak bapak saya sendiri bakal tinggal nun di atas puncak bukit. Aduh sungguh kasihan anak2 saya kan...

Untuk itu, saya telah khabarkan hasrat murni saya kepada si suami, bahawasanya bila kami pulang ke Malaysia nanti, usahlah beli rumah pangsa/teres/semi-D mahupun banglo di kawasan perumahan, beli laa tanah saja. Saya mahu rumah kampung, jauh sedikit dari bandar pun tak mengapa, asalkan saya aman dan gembira dengan rumah pondok kecil yang berlaman luas. Saya mahu anak2 bertempiaran lari dalam persekitaran yang hijau. Nanti bolehlah suami saya membela haiwan dan saya pula menanam tumbuhan. Si suami setuju...

Kiranya nanti anak2 saya bakal tinggal di kampung dan pulang ke bandar sebulan sekali, muahahaha.

Gambar2 rumah contoh ini saya rembat dari yahoo images. Jelesnya tengok orang yang ada rumah macam ni. Pelikkah saya? Oh mungkin tidak...


Sekian, entry merapu saya untuk hari ini...

4 comments:

Ina said...

honestly kiter pn suka sgt rmh suasana kg. mcm yg fith describe sumer tu la mmg best sgt2 kan. rasa tenang jiwa. tambah2 dh terbiasa dok kt pedalaman nagano ni. aman damai tenang n sunyi je. kiter dok ckp kt hubby kalau boleh nnt jomla cari rumah yg bukan betul2 tgh2 bandar. kt pinggir2 bandar dah la tp xnk la jauh ke pedalaman plak huhu. ntahla kan harap2 hasrat kesampaian. susah nk ckp kan sbb nk kena consider byk benda. nway nnt dok rmh kg kalau musim buah jgn lupa jemput kami nooo hahaha :P

zura said...

huhuhuhu..! tak pelik hasrat tu.., murni lagi..! ehehehehe..,
i punye dream pulak nak beli rumah kat tgh2 sawah..!sebuah rumah kayu yg moden di tgh2 sawah..!
cantik..!
macam syok giler rase..!
tapi akan pastikan one day i dapat rumah tu..!

Fith said...

Ina,haha nanti musim buah,fith panggil blogger buat reunion kat rumah fith ek,hehehe.
aah fith pun tak suka dok tengah2 bandar,pinggir2 tu kira best laa kan.tak laa sesak sangat.
moga tercapailah hasrat ini...

Zura_betty,
wah rumah tengah2 sawah mengancam tu,sejuk je setiap masa,nyaman kan.selalu kalau tengok rumah tengah2 sawah ni mesti rasa syok je.
yer2,make sure dapat tau,hehe

.::: Princess MOMOY :::. said...

suka rumah kampung macam melaka tapi dalam interior macam kondo. siap ada jakuzi lagi
- pengalamn waktu pegi umah kwn