Friday, March 27, 2009

Aprica baby sling

Entry ni khas buat Ina http://thelittlesecret.wordpress.com/...


Ina,
ni fith dah ambil gambar bahagian dalam sling tu. As I mentioned before, sling ni tak macam sling biasa kita tengok tu cause yang biasa tu ialah handmade kan, yang ni dah diubahsuai agak complicated sikit, sesuai laa dengan jenamanya dan harganya :-p...

Bahagian letak baby tu bukan kain semata2 tapi ada di-support benda keras, siap ada buckle lagi untuk tetapkan kedudukan baby.


Untuk bahagian galas jugak bukan kain semata2, tapi lebih kurang macam baby carrier jugak, ada span tebal. Posisi tinggi-rendah baby tu di-adjust oleh buckle, bukan pada kain. Benda alah bulat silver tu sekadar hiasan, aksesori tambahan, hahaha...


Actually tadi fith dah try letak Rafiqh untuk test samada perlu support sebelah tangan bahagian bawah kepala baby ker tak perlu, seperti yang Ina tanya tu. Sorry no picture sebab budak ni tak nak bagi cooperation, dia tak suka baring dalam tu, nak duduk je, hek! Keputusan test tadi memang tak payah support pun, both of our hands are free!

Walaupun tak pakai pun lagi tapi fith nak bagi review sikit mengikut firasat fith laa kan, haha poyo je... Fith rasa laa kan, sling ni kalau untuk posisi baring tu memang tip top laa, tapi kalau untuk duduk tu mungkin tak berapa best sebabnya semua part2 "keras" yang ditambah tu tak boleh nak tanggalkan. Tapi fith tak kesah laa sebab dah ada sling lagi satu... Itu saja.

Ok, tu je laa kot... Harap ianya membantu...

4 comments:

Ina said...

Ooo mcm tu ke. Tq so much Fith. Sgt membantu utk buat keputusan. Tula kalau handmade takde padding n so on ntah betul2 tahan ke tak. Tp tgk yg org jual cantik2 nya. Yg ni plak ada padding n kemas mesti tahan lama. Hmmm kena pikir lg ni. Yg jenis ni ada kaler apa lg ek Fith?

Fith said...

Yang sale ni cuma 1 warna ni je,ina.kalau tengok web aprica,kalau tak salah fith ada lagi warna lain macam biru.
aah yang ni kalau letak baby kecil memang yakin ianya kemas.

Ina said...

Fith, ni nk gtau psl cot tu. Td dh try ukur tilam dia tp cincai2 je la sbb dh berbungkus susah nk bukak so mebi xbape tepat. Saiz lbh krg 110x70cm. N dh ukur saiz katil dgn bedding set yg ada kt littlewhiz.com Saiz lbh krg. So boleh je guna bedding set tu sbb dia fitted so stretchable lebih drpd tu. Even kt website tu pn dia dh siap suggest katil mana sesuai utk cover mana. Tp bumper if ikut pengiraan kiter td mmg dijangka akan terlebih pjg (supaya leh guna kt katil besar). But itu mmg xjd masalah. Fith bli siap2 cot skali dgn tilamnya. Sbb yg penting saiz tilam kena sesuai dgn cot kan. If Fith nk bli cot yg paling kecik pn ok tp terlebih2 sgt plak cover tu xkemas tilam dia nnt. Tp kalau kiter... alang2 mmg amik yg standard size tu je. Lebih berbaloi. Ok diharap dpt membantu :D

Fith said...

Thanks ina,sangat membantu.
fith mungkin beli cot lepas baby dah lahir.order je kat internet masa dlm pantang tu,nanti balik sini dah ada,hehe.btw,thanks again.senang sikit kalau boleh beli cover dll tu kat msia.