Kalau tengok pada tajuk tu agak2 siapa boleh teka apa isi kandungan entry hari ni? hihi...
Selalu dengar orang kata baby/toddler ni berubah2 fasanya, baik dari segi rupa paras(kejap2 macam mommy, kejap2 iras daddy), tak ketinggalan jugak dari segi perangai/ragamnya. Yes, it's true!
Bercerita dari pengalaman sendiri, memang tak dapat nak ramal perubahan2 Rafiqh ni. Sejak dia lahir hingga usianya mencecah hampir 1bulan, dia sangatlah baik, dia tidur almost all the time, dalam 24hours tu bangun around 2-3hours je, sampaikan tengah2 mandi pun dia boleh tidur. Mak mana laa yang tak senang hati kan tengok anak macam ni, apalagi kalau tengok sejarah kami 6beradik yang semuanya ada "sawan tangis", huh gerun aih kalau kena kat diri sendiri. Tapi, keindahan tu tak selalu berpanjangan, tetap juga diuji di pertengahan jalan...
Ketika Rafiqh hampir berusia 1bulan, tiba2 dia suka menangis sekitar waktu maghrib, berjam2 sampai dia penat, kadang2 2jam kadang2 sampai 4-5jam, luckily once dia dah tidur dia tak nangis lagi, tapi tu pun dah cukup buat I risau especially bila memikirkan macammana nak deal dengan dia bila balik jepun nanti kalau dia dok buat perangai macam tu lagi...
Kisahnya begini... Abah ditukarkan kerja ke Penang beberapa tahun lalu, mak dan adik2 pulak di Ipoh, so abah dan mak jadi weekends-husband&wife laa, abah berulang balik Ipoh setiap petang jumaat dan balik Penang semula pagi isnin, bukan jauh pun 1jam setengah je... Sehingga laa masa Rafiqh dilahirkan abah masih kerja kat Penang, so setiap petang jumaat abah akan pulang ke Ipoh. Pada suatu hari(macam cerita kanak2 pulak, haha), abah balik macam biasa, sampai rumah selepas maghrib. I, adik2 dan Rafiqh dok di ruang tamu utama sambil nonton tv. Bila abah lalu je dekat kami, Rafiqh mula menangis non-stop, berterusan begitu selama lebih 2minggu. Pada mulanya, semua orang tak perasan perkara tu tapi sebagai ibu, I dah boleh rasa kelainan tu tapi tak sampai hati nak cakap, takut abah berkecil hati pulak. I pendamkan je, sambil2 tu kami buat macam2 untuk pulihkan Rafiqh(tak termasuk berubat). Sebenarnya I dah cadangkan suruh berubat tapi sebab abah mak lebih berpengalaman berurusan dengan baby meragam ni, bila depa kata tak perlu, I tak boleh nak cakap banyak. Menurut abah mak, Rafiqh tak tunjukkan tanda2 "diganggu" sebab dia nangis sekitar maghrib tu pun kejap je, bla bla bla, panjang lagi ulasan, malas I nak tulis. Dipendekkan cerita, hinggalah pada suatu hari my grandma datang dari kampung, as usual waktu siangnya Rafiqh memang baik, tidur je tapi sebaik masuk maghrib dia berubah. Nenek I kata budak ni ada gangguan ni, so dia paksa abah bawa Rafiqh jumpa orang alim untuk berubat. Only then I told my parents what was in my mind. Mak kata abah ulang alik Penang-Ipoh tu memang melalui sebuah terowong yang agak "keras", selalu dengar cerita pelik2 pasal terowong tu. Mungkin laa ada "benda" ikut abah balik, ermmm mungkin jugak... Keesokan harinya abah terus buat appoinment dengan imam besar masjid negeri, tapi punya laa susah nak jumpa dia, since abah pun busy so abah cuma "hantar" wakil je. Dari apa yang diberitahu, katanya memang ada gangguan, so dia bagi satu botol air mineral yang dijampi, suruh bagi Rafiqh minum, sapukan pada badan Rafiqh dan juga sebagai air mandi. Rafiqh ni sejak kecil liat nak minum air selain susu, boleh sumbat je laa tapi dia tak hisap pun, yang masuk dalam mulut pun dia luah balik. Kami cuma boleh guna sebagai air sapu dan mandian je. Dengan kuasa Allah, sebaik saja mandikan Rafiqh dengan air tu, malam tu dia dah tak menangis lagi, hari2 berikutnya pun he was back to his ryhthm, alhamdulillah... Masa Rafiqh dok buat perangai tu, adakalanya I rasa stress laa jugak, stress dengan diri sendiri cause nothing I could do. Namun kata2 abah buat I sedar... "sabaq ja laa, ni laa asam garam nak besaqkan anak. sat2 depa baik, sat2 depa buat perangai. time depa buat perangai tu kita kena yakin hat tak elok tu tak lama, esok lusa ok balik. depa ni bermusim, nanti umoq 8bulan lebih tu dah senang nak jaga..."
Part bermusim tu laa I selalu jadikan sandaran bila si Rafiqh ni tiba2 taknak makan, tiba2 tidur malam tak nyenyak, tiba2 tidur siang susah, tiba2 mandi pun mengelak, haihhh macam2. Bila fikir2 yang semua kerenah tu tak kekal, sat saja, rasa hati ni lebih redha sebabnya I ni bukan jenis yang penyabar...
Apa jua kerenahnya sekarang, semoga bila besar nanti jadi anak yang soleh, anak yang baik dan taat, amin...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment