Sunday, March 15, 2009

Aneka hidangan...

Kali ni pun kita tengok enrty makanan je laa yer... I tak letak resepi sebab mostly semuanya menu yang simple2 je...
Salah satu menu breakfast Rafiqh, cornflakes+avocado+white peach+freshmilk... Lepas habis makan, tak sampai 30minit sure dia poo2, hihi...
Ini lunch semalam. Dah 4hari berturut2 Rafiqh dan mama asyik makan nasi goreng for lunch, tukar bahan utama je tapi caranya sama iaitu menggoreng. Mama ikutkan je laa selera anak bujang ni sebab kalau nasi goreng dia akan makan habis tanpa banyak songeh... Semalam buat special sikit sebab ayahnya ada... Nasi goreng ikan bilis, ayam goreng rempah masala dan kubis mayonis...


Ni nasi goreng versi Rafiqh, mama tak letak ikan bilis sebab malas nak racik halus/kisar, so mama letak tuna je... Kismis tu wajib, itulah lauk dalam nasi, itulah jugak snack dia, makan kismis macam makan nasi, ish3...

Ni pulak menu minum petang... My favourite cucur ikan bilis, makan dengan kuah kacang, yummy... Selera kuih myLove dengan I memang banyak berbeza, I suka cucur yang pedas2, dia suka yang manis2... Kalau pau pulak, I suka yang sri kaya, dia suka daging/ayam. Kiranya kalau nak masak tu kena bagi seimbang, selang seli gitu... Kalau buat cucur ikan bilis/udang kering ni selain bawang, I akan letak macam2 jenis sayur termasuklah karot, ubi kentang, lobak putih dan macam2 lagi laa, sedap sebab manis...

Jumaat lepas buat pau dan roti goreng lagi. Kali ni cuba guna inti ayam pulak untuk pau, roti goreng tu kosong, I sapu sri kaya untuk Rafiqh...
Resepi pau boleh refer fp my sil, kaklong... Kali ni I try resepi dia pulak, cuma disebabkan I tak ada tepung pau, I guna tepung gandum je...

Menu apa pulak minggu depan yer?! ermmm...

No comments: