Ni muka selebet budak bangun tidur terus galas beg... Tapi kalau tanya, "Rafiqh nak pi sekolah?", manjang geleng je dia, wake wakaran!
Barang2 Rafiqh ni hampir kesemuanya warna biru, ni kes si ayah yang suka sangat biru dan berpegang teguh pada prinsip "blue is for boy", cet! Tak ada variasi warna langsung! Apalah salahnya boy pakai pink kan, bukan rosak pun ke-macho-an dan ke-gentleman-nya tu... I ingat lagi sebelum Rafiqh lahir, I ada beli beberapa set baju kat sini, plannya nak shopping kat Malaysia tapi mana tahan beb tengok baju2 baby cute je, anak sulung pulak tu, semangatnya ter-over sikit. I pun belilah pelbagai warna, ada merah biru pink kuning oren dan banyaklah lagi. Bila myLove tengok, dia kata "eh2 dame2(takleh2), boy kena pakai biru laa"... Eleh biar laa... Masa shopping dengannya kat Malaysia, setiap kali I pegang barang warna selain biru mesti dia suruh tukar, boring sungguh... Bila balik rumah, punggah segala hasil rembatan tu mak aih hampir semuanya warna biru, mak, abanglong dan adik2 I punya laa gelak. Tak menarik langsung bila dah siap basuh dan susun dalam raga, warnanya lebih kurang sama je, hish, geram pulak rasa. Car-seat dan barang2 lain pun biru, nasib baik stroller warna merah sebab tak ada choice, hehe. Tu kalau si ayah yang belikan laa, kalau mama yang beli, memang akan cuba cari warna2 lain jugak...
Rafiqh ooo Rafiqh, kamu nampak biru laa... hahahaha...
No comments:
Post a Comment