Tuesday, March 3, 2009

Dimana silapnya aduhai anak?!...

"Harta benda dan anak2 kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)

Rasulullah SAW pernah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?"
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak".
Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak2nya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia".
- (Maksud Al-Hadith )

Ada anak pun susah, tak ada lagi laa susah, yer tak?... Dulu, ketika melihat permasalahan sosial dan kebejatan akhlak remaja zaman sekarang ni, I sebenarnya takut untuk melahirkan anak. Bimbang2 kalau gagal mendidik mereka dalam dunia yang penuh pancaroba ni... Tapi naluri setiap wanita kan, mesti laa nak sempurnakan kewanitaan tu dengan hamil dan melahirkan... Semoga Allah membantu kami menjadi ibubapa yang mampu melaksanakan amanahNya...

Ada berjuta2 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak2 kalau nak disenaraikan... Pernah terbaca dulu tapi ala2 ingat2 tak ingat, so I cuba kongsikan beberapa point yang masih I ingat...

1. Kurang berdoa...
Ada 2 "masa" yang memerlukan kita tekun berdoa, memohon dari Yang Esa...

- Kurang berdoa semasa mengandung
Antara doa2 yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

- Kurang berdoa semasa membesarkan anak
Doa2 yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya

2. Banyak memberi belaian Tarhib(menakutkan) daripada Targhib(didikan atau motivasi)...

contohnya:
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hantu
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

Budaya masyarakat kita agaknya suka menakutkan anak2 dengan perkara yang bukan2. Sejak kecil anak2 dah disogokkan dengan unsur2 negatif. Kami tak pernah gunakan kaedah tarhib ni so I cukup pantang kalau orang lain takut2kan Rafiqh... Kalau orang cuba takutkan Rafiqh, cepat2 I cakap "as parents, kami tak pernah buat macam tu", so please faham2lah sendiri...

3. Menegur anak secara negatif...

* mengeluarkan kata2 kesat dan maki hamun(terutama semasa marah)
* membandingkan anak2 dengan anak2 lain atau anak orang lain
* banyak menggunakan perkara "tidak, jangan dll"

Ketika anak masih kecil, tegurlah perbuatan/kesalahan dengan nasihat yang mudah difahami. Usia Rafiqh ni kalau berjela2 explain pun buat habis air liur je, hahaha. Gunakan pendekatan yang simple, contohnya bila dia nakal baling2 barang, cakaplah "Rafiqh anak soleh, Rafiqh anak yang baik kan, barang2 bukan untuk dibaling. Tak baik, bising nanti, kalau rosak dah tak boleh main... bla3". Kalau 3-4 kali dia masih ulang buat lagi walaupun dah ditegur baik2, I akan bangun cubit tangan dan kakinya, hehehe...
Apabila anak sudah cukup faham dan boleh diajak berbincang, bawalah mereka ke tempat yang agak privasi untuk sesi kaunseling... Dengar masalah mereka sebelum kita mahu mereka dengar kehendak kita...

4. Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak2

Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah. I baru je order 4 batang rotan dari my mom, nak ambil bila balik nanti. 1 untuk digantung, tujuannya untuk memberi peringatan- rotan yang selalu digunakan oleh ustaz2 yang ajar mengaji tu. 1 dibuat dari 7 batang lidi, 1 lagi 14 batang lidi dan akhir sekali 21 batang lidi, ketiga2 ini untuk digunakan mengikut tahap kesilapan Rafiqh... Sekarang ni pun walau Rafiqh masih kecil, adakalanya I hilang sabar, marah2 dan cubit/tampar jugak tangan dan kaki Rafiqh, setiap kali itu jugak I berdoa "Ya Allah, Kau didiklah hati kami dengan akhlak terpuji..." Nanti bila merotan pun InsyaAllah doa ini tetap diamalkan, moga Allah makbulkan...

5. Kurang memberi sentuhan (terutamanya kaum bapa)

Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu2nya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."
Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Terlalu bergantung kepada orang lain untuk mendidik anak2

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak2 ini. Tapi dek kerana sibuk dengan kerjaya kita selalu melepaskan tanggungjawab mendidik anak2 kepada pembantu rumah, pengasuh, guru2 di sekolah dll.

Semoga Allah permudahkan urusan kita mendidik anak2, Amin...

2 comments:

kew_chop said...

semoga anak2 kita membesar menjadi insan yang soleh @ solehah, Aminn..

Fith said...

Amin...