Alhamdulillah, semalam Rafiqh genap 1tahun 3bulan dan si adik hari ni genap 19minggu...
Kalau nak cerita gelagat dan kerenah si Rafiqh ni, 44hari 44malam pun belum tentu boleh habis. Macam2 hal laa dia ni, hanya orang yang pernah tengok "aksi sebenar" dia saja yang tahu perangai dia... I tak consider dia as hyper-active boy cause dia tak obviously menunjukkan ciri2 tu pun, tapi I still consider him as an active boy, sebab selagi mata tak pejam dia tak boleh duduk diam... Walaupun budak2 ni banyak kategorinya - yang pasif, yang aktif dll, as mother I know his limit... Ayahnya kadang2 jadi risau tengok telatah nakal anaknya, tapi I selalu comfort-kan ayahnya, "it's ok, it's normal, he just wants you to know how clever he is", hahaha...
Oh ya, my laptop dah fully recovered, pakar komputer pun tak boleh baiki but finally Rafiqh did it for me... Of course laa dia lebih tahu cause he was the one yang rosakkan kan, cesss! Setelah mengalami fasa hempuk-menghempuk oleh Rafiqh, keyboard ni terus sehat wal'afiat, perghhh... So now, I have no problem nak chatting ka, nak apa ka, semua beres! Thanks dear darling...
Update tentang adik pulak...
Yesterday, I went to ladies clinic for a regular check up with my gynae, Isobe Sensei. Alhamdulillah tak ada apa2 masalah- blood pressure, urine test, blood test and etc., semuanya normal... I gained 1.8 kg in 4weeks, now I am 48kg hohoho... Talking about weight gain, for this pregnancy, doctor gave me 13kgs to be gained as a limit, mean 46+13=59kg. Sama masa Rafiqh dulu pun 13kgs jugak, tapi masa tu doctor kira dari my weight before pregnant, 45+13=58kg. Kali ni doctor kira dari berat terkini(last month punya check up). Dulu I berjaya maintain kenaikan berat, tak cecah 58kg pun, kali ni?! Gambatte mama, target tak nak cecah 55kg, wait and see, hek...
Dah 2kali check up berturut2 kena ambil darah. Eiii, I hate it so much!(sebab mabuk darah, hehe). Masa Rafiqh dulu sepanjang pregnancy 2kali je ambil darah, kali ni sampai 5, ni ada 3kali lagi laa ni, hish! Scan baby semalam as usual kira berat baby, ukur itu ini, semuanya baik, I can see his/her heartbeat clearly, nampak dia bergerak2, bila doktor scan 3D nampak mata dan hidungnya tapi doktor tak dapat fokus penuh sebab kedudukannya and he/she covered his/her face with hand. Next check up adalah bulan depan...
Sepertimana orang selalu kata, bila pregnant kali ke-2 dan seterusnya, unlike the 1st pregnancy, perut akan lebih cepat kelihatan. Yup, exactly right! Kalau masa Rafiqh dulu kena tunggu after 20weeks baru nampak baby bump, tapi kali ni cepat sungguh perut membesar. Nanti bila ada peluang I ambil my latest picture ok, tak ada siapa nak minta ambilkan gambar, takkan nak suruh Rafiqh pulak kan, hahaha, jahanam camera mama...
Sebagai selingan, mai nak cerita apa yang kami buat 2-3hari ni...
Sekarang kan musim kampus bercuti, banyak laa aktiviti budak2 bujang ni, mana2 yang releven boleh laa kami join... So, rabu lepas diorang ni pakat2 buat bbq lepas zohor. Dah diorang jemput, then cuaca pun baik, I pun bawa laa Rafiqh untuk outdoor activity, ayah Rafiqh kerja, tak dapat laa nak join... I cuma gorengkan sebungkus bihun tapi lupa pulak nak snap gambar. Gambar Rafiqh kat atas sekali tu diambil ketika majlis. Gambar bawah ni ayam yang dah dibakar... Menu pada hari tu adalah bihun goreng, mee goreng dan ayam bbq...
Semalam, gara2 tengok blog Ida-mamaAimanhttp://ida81.wordpress.com/2009/03/03/roti-pizza/, tiba2 terasa nak makan mini pizza, ni first trial ni so tak cantik sangat hasilnya... Resepinya boleh refer link kat atas tu, I modified sikit2 ikut selere 2orang kat rumah ni... Rafiqh sangat suka makan homemade bread yang baru keluar oven, panas2 makan sedap laa kan. Sebiji tu sekali hadap je.
Itu sajalah update hari ni... Selamat berhari minggu...
3 comments:
betul3..kalau budak2 nakal i2 menunjukkan mereka bertambah bijak..adik2 saya pun masa kecik2 jenuh nak ligan..jenuh nak marah2..tapi bila dah besar ok je pown..jadi good boy g2..hehehehe..
cute giler rafiqh ne..nak cubit pown ada..
fith nnt checkup akan dtg leh la suruh sensei hala scan kt bwh guna 4d scan tu. kot2 ternampak gender wah mesti best hehe! skrg ni kt sini sejuk asyik hujan la plak. slalu je terpk2 kt fith time sejuk2 ni. alahai bestnya kalau dok kt tmpt fith hehehe:P tapi satgi summer bising nak dok hokkaido plak!:P
Fatin- really hope so.harapnya nakal rafiqh ni bertempat laa kan,hehe.dia saja je nak bagi mama ayah dia pening kepala sekali sekala...
Ina- hajat di hati begitulah,hahaha.tak sabar jugak nak tau boy ker girl.
kat sini pun tiba2 dah sejuk balik akibat hujan.tapi tak laa sejuk sangat,kiranya dah ada petanda spring dah ni.belah atas tu ada snowing lagi kan,hish sejuknya.haa tu laa pasal,ni karang summer panas tak hingat ni,hehe.
Post a Comment