Monday, March 16, 2009

Di sini atau di sana?!

** Dah lama tulis entry ni, baru berkesempatan nak post...

Di sini tu Jepun, di sana tu Malaysia...
Entry hari ni berkenaan memilih tempat untuk bersalin...
Ini cuma pandangan peribadi I yang diambil kira dari sudut kehidupan I 100%, tak ada kena mengena dengan situasi orang lain yer...

Ramai yang tertanya2 kenapa I memilih Malaysia sebagai tempat bersalin, walhal segala mak nenek servis kat sini dah cukup bagus, tip top! Malah bersalin kat hospital government sini lebih hebat dari bersalin kat private hospital Malaysia... Bukan tak teringin nak merasa bersalin di tempat orang, tapi banyak perkara perlu dipertimbangkan... Seronok dengar pengalaman kawan2 yang bersalin di sini, tapi tak apalah, kalau ada rezeki mungkin yang ketiga nanti merasalah agaknya, hah ketiga??? hohoho... :-p

Sejak awal2 kehamilan(Rafiqh), myLove dah sebut yang dia nak I balik bersalin di Malaysia. Waktu tu I tak beri apa2 reaksi lagi, tak kata ye, tak jugak kata tak, hati ni berbelah bagi, serba salah dibuatnya, kalau balik Malaysia for sure ambil masa more than 3months, nanti I mesti rindu sangat kat dia, I pun kasihan kat dia dok sini sorang2, makan minum pakai semua tak terurus. Tapi kalau I tak balik Malaysia, banyak jugak keburukannya... Setiap kali I sebut pasal kepentingan diri dia kalau I balik Malaysia, dia mesti kata "alah, macamlah sebelum ni tak pernah dok bujang, hidup je selama ni, pandai2 laa abang jaga diri", hek yer laa tu... (Sebelum kami kahwin, dia dah 7tahun dok sini membujang, tu pasal eksyen tu).

MyLove beri keizinan dengan rela hati untuk I balik atas sebab2:

1. Anak sulung - both of us belum ada pengalaman uruskan baby. In case baby baik, alhamdulillah tapi kalau baby jenis meragam, haa macammana?!

2. Dia sangat sibuk - sejak I pregnant dia memang busy yang amat, selalu tak balik rumah atas tuntutan kerja. Dia tak nak nanti I terkonteng2 sorang nak handle anak dan keperluan sendiri. Lain laa kalau dia student, boleh curi2 masa balik rumah kan...

3. Tak ada siapa nak jaga - both of our moms ada komitmen lain. My mom kena uruskan adik2 yang masih bersekolah. My sis ateh masa tu tengah nak duduki SPM, adik paling bongsu pun baru darjah 2. Takkan mak nak tinggalkan diorang pulak especially ateh yang perlukan lebih perhatian sebab dia dok kat rumah dan dia juga nak moral support kan. My MIL pulak mengasuh anak2 kakak myLove, mana pulak nak campak budak2 tu kan...

4. Pantang betul2 - kalau bersalin kat sini, dah sah2 laa I berpantang cekup muat je kan. Dah tu, seminggu mesti dok hospital, memang sah laa makan ikut menu hospital. Bab buat kerja rumah tu tak payah cakap laa, nak tak nak kena bangun buat jugak. MyLove nak I rehat betul2 44hari, berpantang cara melayu baik dari segi pemakanan mahupun perbuatan.

Berkebetulan pulak, selama my final year kami tak berpeluang nak balik Malaysia, so kami plan nak balik beraya laa tahun 2007 tu, ikutkan planning asal nak balik awal oktober, elok je seminggu before raya dan I sendiri dah tamat kontrak part-time kerja. Allah susun cantik je, kami balik seminggu sebelum raya, time naik flight tu I dah 32weeks of pregnancy, kalau ikut syarat MAS preggy mommy boleh naik flight before 35weeks with a support letter from the gynae...

Jadinya, masa Rafiqh dulu sejak awal lagi kami dah buat keputusan untuk dia lahir di Malaysia, tak pernah berganjak dari decision tu dan Allah permudahkan segalanya...

Lepas bersalinkan Rafiqh, I cakap pada myLove, lepas ni nak bersalin kat Jepun laa pulak. Tak sanggup tinggalkan dia lagi, tapi as usual dia memang tak suka berjanji, so dia tak bagi response pun. I syok sendiri je dok potpet2, hek!

Sehinggalah bila I disahkan pregnant lagi, kali ni pun sama sebenarnya kami dah lama plan nak balik bulan 7, myLove bagi I balik awal 2weeks untuk uruskan kereta yang nak dibawa balik plus bolehlah tolong my mom hal2 alang nak walimah... MyLove kata masa kami berbincang pasal nak anak lagi tu, dia dah boleh "rasa" andaikata Allah nak bagi rezeki pastinya baby tu due awal bulan 8. Alhamdulillah seperti yang dia "rasa", due baby ni 31julai... Sekali lagi perancangan yang Allah susun betul2 memudahkan kami, alhamdulillah...

Kali ni myLove redha lagi untuk I tinggalkan dia, memang dia yang suruh balik pun. Dia merasa besar hikmahnya I bersalin di Malaysia memandangkan Allah dah buka jalan ke arah itu. Kali ni pun my mom and my mil tetap tak dapat datang sini untuk jaga I, tambahan pulak I ada Rafiqh, myLove mana laa boleh nak cuti lama2, kesimpulannya balik Malaysia lagi laa... I tahu ramai je orang bersalin kat oversea, tapi macam I cakap tadi laa, ni situasi I, mana boleh nak banding2 dengan orang lain...

Kalau kita bercakap hal berpantang ni kan, bagi yang berpantang betul2 mesti tahu sebenarnya nak jaga orang bersalin ni sangatlah rumit. Rasa bersalah sangat bila tengok my mom yang keletihan setiap hari, mana dengan adik2, mana dengan I, cucu pun satu hal jugak(sebab tu laa I bersyukur sangat Rafiqh ni baik masa tu, harap2 adiknya pun baik laa macam dia, senang nak jaga). Hah lepas ni ada Rafiqh lagi, hmmm... Sekarang ni, myLove dok desak I suruh abah dan mak ambil pembantu rumah sekadar untuk jaga I selama tempoh berpantang ni, kami memang nak bayar, kasihan sangat mak terkocoh ke sana sini, tapi mak tu berdegil tak nak maid, tak selesa katanya padahal dulu setiap kali mak bersalin, mak mesti ambil maid 44hari... Bukannya nak suruh maid buat semuanya, cukup laa dia boleh settle bab baju2, tengok2 Rafiqh, mengemas rumah sikit2, tu je...

I tahu ramai dah orang zaman sekarang tak ambil hal sangat bab berpantang ni, biasanya ramai yang berpantang bab makan je, dari segi perbuatan tak jaga sangat dah. Tu terpulang laa, masing2 punya pilihan. I memang suka berpantang penuh, lengkap semuanya, lagipun my mom sangat cerewet ok, dia dah pesan awal2, kalau nak dia jaga masa pantang kena laa ikut cara dia... Bukan saja jaga makan, jaga jugak segala perlakuan, seperti tak keluar rumah 44hari, tak main air(basuh kain, pinggan dll- tapi lepas beberapa minggu bersalin I basuh je pinggan dan baju baby sikit2), tak banyak bergerak, tak angkat benda2 berat walaupun mencebok air, mandi sekali je sehari(tu pun air panas), 24hours berstokin, no air-cond(even kipas pun pasang kelajuan 1 je tau), makan dan minum benda2 panas saja, hish macam2 lagi lah. Honestly memang rimas jugaklah masa tu, dah laa Malaysia panas, bila nak ikut serba serbi tu Allah je yang tahu macammana seksanya. Tapi disebabkan hati ni yakin semua tu penting dan sangat bermanfaat untuk badan I, I ikutkan jugak, ngelat sekali sekala especially bab kipas tu ada laa, hehehe... Mandi daun, berurut, bertunku, makan jamu dan segala tok nek urusan berpantang tu semuanya I nak ada sepanjang tempoh 44hari tu, kalau berpantang di sini alamatnya melepas laa nak jadi puteri... Petua orang tua2, kalau nak jaga badan bagi "tahan lama", lepas bersalin tu kena jaga elok2, pulihkan betul2. Tempoh berpantang ni bukan hanya penting dari segi badan tapi juga emosi, persekitaran perlu cukup membantu untuk seorang ibu menyesuaikan diri dengan keadaan barunya. I bersyukur sangat even myLove tak ada di sini, I tak pernah rasa sunyi dan sedih. Selama berpantang, I was so happy, tak ada tekanan langsung, semuanya smooth saja, alhamdulillah... Sebenarnya I hate being lonely, duk rumah sorang2 boleh buat I tertekan, so bila ada abah, mak dan adik2, I rasa gembira sangat. But of course la kalau myLove ada kegembiraan tu berganda kan...

Kesimpulannya, insyaAllah kali ni pun I akan balik bersalin di Malaysia lagi...

2 comments:

Ina said...

tula lain org lain situasi, lain keperluan n kepentingan kan. hubby i pn xkisah kt mana2. mmg kalau balik mesia rasanya lg byk benefit. tp i pn dh penah rasa dok jauh2. i rasa keperluan emosi i lg penting. i xleh aman bahagia kalau hubby jauh2 hahaha. kalau i kt mesia mmg cnfirm i xsunyi tp mesti jiwa i kacau je 24 jam mcm zaman berjauhan dolu2 n seterusnya membuatkan seluruh keluarga i n inlaw i pn ikut kacau tgk i hehehe. lgpn dh merasa hubby teman i bersalin n went through d most difficult moment together. so i rasa kalau hubby xde dgn i mesti keadaan tu jd lebih teruk. now im hoping to go through sweetest moment together dgn dia jugak, insyaAllah. i xmau dia terlepas. sbb peluang tu takkan berulang. tp tula sbnrnya depends jugak how we set our mind. kalau i ditakdirkan kene balik. i kena lah ubah cara pemikiran i n kena la terima hakikat kena berjauhan.

hopefully my mom leh dtg lagi kali ni. sng sket dia leh tlg jaga i berpantang. even agak cowboy (i la tu yg degil n dia pn xlarat nk ckp :p) tp mmg jauh beza kan. xleh byg la kalau nk berpantang sndiri tu apa sgt lah boleh buat. dlu dia cuti tanpa gaji by hook or by crook pn dia nk dtg jaga i kehkeh. harap2 kali ni ada rezeki dia dtg lg.

fith i nk bg cdgan kalau tak keberatan share lah note especially psl dokumen apa semua yg berkaitan dgn kalau nk blk bersalin di mesia n apa yg perlu dibuat. leh jd rujukan i n other mommies utk masa akan dtg. tq :)

Fith said...

ina-yer betul2.lain orang lain situasi.macam fith ni,dulu memang tak boleh berjauhan dengan hubby,alah sekarang pun sama,tiap2 hari jumpa pun kadang2 masih rasa rindu.tapi bila dalam keadaan terpaksa,semulajadi akan kuat semangat.

moga ina n hubby juga dipermudahkan segala urusan.moga your mom boleh datang,banyak dia boleh bantu kan...

memang nak share pun,sebab dah janji dengan ina jugak kan,hehe.tapi fith tengah dok recall memory ni lagi,sungguh pelupa laa.dah agak2 lengkap nanti fith akan buat entry yer.thanks ya.