Wednesday, March 11, 2009

Rajin ker?!

Bila baca message Zura kat shoutbox tu tergelak pulak dibuatnya... Ni bukan first time orang "tegur" kata I kebelakangan ni rajin masak. Even myLove sendiri pun "perasan" sekarang ni banyak menu baru dan setiap minggu ada je special menu... Nampak sangat bini dia dulu masak ulang2 menu yang sama, hahaha... :-p


Nak kata rajin tu tak laa, cuma sebab hormon imbalance ni yang buat otak I sewel, asyik laa fikir pasal makanan. Kalau dulu tawaf blog orang, bila tengok foods ni setakat teringin je laa, tapi tak ada naluri "memaksa" untuk penuhi keinginan tu pun. So lebih kurang macam sekadar angin lalu, sekejap je dah hilang... Sekarang ni kalau teringin tu boleh sampai termimpi2, hebatnya penangan nafsu makan ni kan...


Selalunya apa yang I nak makan, I tulis dalam list yang I lekat kat pintu fridge. Dalam seminggu tu akan ada 3-4 benda yang I cuba buat, alah simple2 je pun keinginan ni... Dan biasanyalah benda yang I dah dapat tu tak akan masuk dalam list tu dah, tapi ada jugak laa kadang2 tersesat lagi...


Selera I dan myLove ni banyak jugak berbeza, so kalau I nak masak ikut tekak I je kasihan laa pulak kat dia... Ni pun kira dia dah banyak beralah, tak complain pun apa I masak. Contohnya laa kan, myLove ni kalau sehari tak pekena nasi memanglah tak lengkap hidup dia. Macam orang Kelantan pulak kan, menu utama mesti nasi. Sebaliknya I pulak setakat 4-5hari tak makan nasi tu tak "heran" langsung, as long as dapat makanan berat lain macam mee ataupun paling koman pun roti laa. Sejak kahwin, kalaulah I nak masak laksa ka, mee ka, bihun ka, hapa ka, mesti jugak kena masak nasi. Haaa tu laa pasai cheq malaih masak benda2 tu semua, sebab kena masak 2menu berat, leceh aih... Harapkan time buat makan2 je laa kalau nak makan benda2 selain nasi tu... Tapi sekarang ni dalam keadaan I macam ni, dia pun tolerate laa dengan kerenah I. Untuk win-win situation, I selalunya masak mee dll tu masa dinner hari jumaat, sebabnya lunch dia dah makan nasi... Kira adil laa kan...


Kesimpulannya sekarang ni pun bukannya rajin sangat pun. Tahap sangap dok rumah tak tahu nak buat apa, tu yang asyik dok jengah dapur ja tu. Lepas dah bersalin nanti, balik jadi macam dulu jugak kot, jadi sementara ada peluang ni guna laa nak jamu anak suami makan special sikit, yer tak?!

2 comments:

Ina said...

ehehe kiter ni jela penat tahan nafsu. masa peknen 1st time rajin dok masak2 sbb xleh nk kawal nafsu. kali ni nasib baikla boleh control n bolayan nafsu yg bukan2 tu. kalau tak aduhai parah la nnt asyik kena bebel dgn sensei n hubby. jeles ni tgk fith mkn dessert sedap2 slalu. xpela kiter jamu mata pn jadi lah. nway mmg kiter pn dr dlu pikir fith ni rajin msk. agaknya malas fith pun masih kirer rajin la banding dgn kiter ni hehe :D

Fith said...

Ina,kesian pulak kat ina.tapi tabik laa boleh bolayan je semua tu.fith dulu masa rafiqh ok je,kali ni pulak melebih2,mungkin sbb byk masa kot,dulu sibuk keje.
tak rajin pun,ada turun naik gak ni,hehe