Tuesday, March 17, 2009

Di sini atau di sana?! - sambungan entry lepas

Dalam dok peram lama2 entry yang lepas tu, ingatkan dah habis laa point nak tulis, rupanya ada jugak lubang2, hehe. Bila Ina tinggalkan comment kat entry tu, baru perasan ada tertinggal beberapa kisah sampingan. So mai laa nak sambung lagi...

Masa kami buat keputusan untuk Rafiqh dilahirkan kat Malaysia, "tekanan" paling besar yang I terima ialah dari sikap orang sekeliling... My family no hal laa, depa bukan setakat happy, malah over excited. Seronok yang amat sangat sebab dah lama rumah tu tak ada baby baru lahir, yer laa adik bongsu I lahir mac 2000, 7tahun rumah tu tak di"gegar"kan dengan tangisan bayi. Walaupun abanglong dah ada 2 anak, tapi sorang lahir kat Perth, sorang lagi kat Kota Bharu(rumah family kaklong), so kiranya Rafiqh ni 1st cucu yang mak jaga. Dah sah2 laa abah, mak dan adik2 semuanya gembira kan... Kebetulan pulak Rafiqh lahir masa cuti sekolah, ramai laa tukang mengasuh, memang puas laa depa dok melangut dan belek dia tiap2 hari. Anak haku dah jadi macam supermodel, tak habis2 kena flash camera, sampai mak kata "hish, hangpa ni macam paparazzi, dok kheja tangkap gambaq budak ni ja laa", hahaha... Tu tak masuk bab bergaduh berebut nak riba, naik rimas dibuatnya... Walaupun biasanya setiap kali cuti sekolah abah bawa diorang bercuti, tapi kali ni terperap kat rumah ja, sekali pun I tak dengar diorang merungut, sebabnya kegembiraan yang ada depan mata melebihi yang di luar sana... Ingat lagi bila I dok ulang2 pi balik hospital bawa beg hospital dengan harapan nak beranak, setiap kali balik tapi tak bersalin lagi, adik2 I muka frust je, "laa, tak beranak lagi? Mana baby ni...", cet! My family in law pun ok je, tak banyak komen pun dengan keputusan myLove untuk tinggalkan I di Malaysia, tapi orang luar pulak yang sibuk2 mengata itu ini. Walaupun I cuba untuk ignore dan tak ambil hati, tapi hakikatnya sedih laa jugak. Pun begitu, I tak cakap banyak, buat apa nak explain pada orang yang memang tak akan faham, so lantak hangpa laa wei...

Ada yang bertanya dalam nada menyindir, tak sedih ker berjauhan lama2? Kalau diorang, dah meratap menangis setiap hari... Sedih laa wei, tapi takkan nak suruh haku meraung bagitahu satu dunia kot. I ambil masa 2-3hari untuk betul2 "pulih" dari kesedihan selepas myLove pulang ke sini. Selepas dari tu, I dah jarang sangat menangis, bila rindu anytime je I sms dia, setiap malam mesti chat+webcam, sebelum tidur mesti call... Kalau weekends, 4-5kali call sehari, hahaha... Dengan kecanggihan teknologi sekarang ni, I tetap rasa dia dekat walaupun jauh beribu batu... 1 more thing about me, I bukan jenis sentimental tak tentu pasal, sememeh meroyan beremosi, bagi I hidup ni sekejap je, bahagia atau merana kita yang pilih dan corakkan kehidupan kita, kalau kita pilih nak bersedih, kita yang rugi. Kita memang tak selalu berkesempatan menikmati kebahagiaan sepertimana yang kita impikan, tapi kita boleh create kebahagiaan tu dalam setiap laluan yang Allah dah sediakan. Lagi satu ialah the way kita memandang setiap kejadian, I kagum dengan abah yang selalu positif menilai dugaan, sedikit sebanyak dia ajar I perkara yang sama, bila berhadapan dengan kesukaran, kita perlu lihat pada kemanisan selepas kepahitan, bukan merintih tak tentu hala... Bak kata Henry Greber, optimis melihat bunganya, pesimis melihat durinya... Kalau nak suruh I huraikan hikmah2nya, sampai esok pun tak habis entry ni...

Dari "ulasan" mereka2 itu juga, seolah2 kami ni sengaja nak bebankan my family, malas nak berusaha bersusah payah berdua. I pulak seolah2 pentingkan diri sendiri, biarkan suami hidup sorang2 kat sini. Ada jugak yang kata rugi laa suami tak dapat tengok proses kelahiran anak tu, peluang ni tak ada dah next time, nanti suami tak hargai pengorbanan I laa, hapa laa... Bagi I, kita hanya merancang, selebihnya Allah yang tentukan. Kalau Allah dah takdirkan myLove dapat saksikan kelahiran anaknya, pusing pi mai pi mai pun dia pasti akan ada di sisi I, tapi kalau Allah tak takdirkan, usaha tunggang terbalik pun tak kan mungkin berlaku. Kisah kawan I, suaminya banyak kerja outstation, so bila dah ada tanda kawan I nak bersalin, suaminya terus ambil cuti panjang, dengan nekad nak temankan si isteri. Tapi Allah tak izinkan, si suami tiba2 ada urusan urgent, lahirlah si anak tanpa disaksikan si bapa. Tak ada satu apapun dalam dunia yang berlaku tanpa izin dari Allah, itu saja yang kami pegang...

Bila bercakap soal menghargai pengorbanan isteri ni, ianya terlalu subjektif. Kalau laa betul semua suami akan menghargai isterinya bila tengok proses kelahiran si anak, maka tak banyaklah kes2 penceraian, kes2 sepak terajang, so tak payah laa nak kaitkan isu tu dengan hal kebahagiaan rumahtangga. Pokok pangkalnya soal hati... Penghargaan ni bukan tercipta dalam tempoh sesaat tapi ianya kelangsungan episod kehidupan seharian...


Ada jugak yang cakap, nanti Rafiqh tak kenal ayahnya bila jumpa, hahaha, lawak pun yer jugak. Masa I bawa balik Rafiqh ke sini, bila si ayah tengok anaknya, memang terasa tautan kasih yang hanya tergambar pada pandangan mata dan sentuhan kecil tu. Rafiqh pulak macam berinteraksi dengan suara ayahnya, seolah2 dia kenal dengan suara tu yang suatu masa dulu selalu dia dengar dari dalam perut...


I pernah terbaca dalam beberapa artikel tentang rangsangan awal ibubapa terhadap bayi yang baru lahir. Bayi yang lahir tanpa sentuhan dari si bapa akan membesar tak seimbang, persoalan ni sebenarnya lebih kepada proses pembesaran anak dari masa ke masa, bukanlah dalam tempoh sebulan 2 awal saja. So it's nonsense!

Dari situasi kami, I memang tak ada masalah pun nak bersalin kat mana2, cumanya kami lebih ikut kepada jalan pemudah yang Allah bagi. Macam sekarang ni pun sekadar boleh merancang, tak tahu pun lagi macammana kan. Apapun, persediaan fizikal dan mental perlu dibuat untuk hadapi apa jua kemungkinan...

2 comments:

Ina said...

hahaha tu la kan kalau dh kena dok jauh2 tu takkan la 24 jam nk muram je. hish xleh idop la mcm tu. mcm skrg ni kdg2 rindu gak nk dok jejauh. rasa mcm zaman bercinta dolu2 asyik bergayut, chatting, tgk webcam n msg2 hehe:P bab beryaut tu la PIL n parents xpaham. sbb depa kata ckp apa ntah lama2. kalau depa mmg xreti kehkeh :P

distance makes d heart grow fonder. alah fith kalau org berckp tu kan mmg xhbs. family2 slalu ok. yg rajin berckp tu slalu mesti org luar. kiter pilih yg ni satgi depa komen yg tu. kiter pilih yg tu depa komen yg ni. mmg xhabis2. kena blaja pandai buat derk je. tp bab ni la yg susah ni huhu. hati kiter bukan batu kan. sikit sebyk mesti terguris.

betul kiter hanya merancang tuhan yg tentukan. mcm i experience sblm ni i rasa byk sgt hikmahnya. mcm2 i tertanya2 kenapa jd mcm tu n kenapa jd kt i. xde sapa2 kt sini n kami xpandai pn bab2 kematian tu. tp Allah ada perancangan. mebi dia nk kiter blajar bab tu. dia takdirkan kiter xblk pn byk hikmah. rasanya kiter xleh survive kalau blk disebabkan tensen dgn ckp2 org. setakat dok sini sembang2 dgn org thru internet pn i dh cukup tensen. bygkan kalau kena berckp bersemuka lglah xtahan kan. hubby pn pn dpt tgk our 1st son for d 1st time n last time. kalau i kt mesia cnfirm la xdpt tgk n pgg.

mmgla mana2 pilihan pn ada pengorbanan n kelebihan. kalau i bersalin mesia haritu mebi urusan jenazah akan jd lbh sempurna n mudah n mcm2 lagi. so sama je mana2 pun. jd dh lama2 tu i redha n mmg i rasa lega n syukur sgt2. apa yg Allah takdirkan tu adalah yg terbaik. begitu juga dgn fith. kiter doakan jela utk yg terbaik dan semoga Allah makbulkan kan.

semoga semuanya dipermudahkan utk fith. amin :)

Fith said...

Ina,betul tu ina.setiap yg terjadi tu dah disusun elok sebenarnya,cuma kdg2 kita terlepas pandang kan.

part gayut2 tu memang jadi mcm masa bercinta dulu laa,hehe.bila lama tak jumpa,bila jumpa tu getarannya lebih sikit,hahaha.

bab org bercakap tu mmg lumrah dah.kena pekak dan tulikan je laa.

apapun,moga kita sama2 dibantu dan dipermudahkan Allah atas segala urusan...