Wednesday, March 25, 2009

不倫、浮気

Pengertian istilah2 ni I ambil dari wikipedia...


不倫(ふりん furin) - suami/isteri yang bercinta dengan perempuan/lelaki lain...
不倫は配偶者のある男や女が、配偶者以外の異性と恋愛し、性交を行うことをいう(配偶者のいない男や女が、配偶者がいる異性と恋愛し、性交を行う場合も含む)。


浮気(うわき uwaki) - suami/isteri yang bercinta dengan perempuan/lelaki lain atau kekasih yang curang pada pasangannya...
浮気は結婚相手以外との恋愛(不倫)、または恋人に無断で他の相手と恋愛すること。


Dengan erti kata lain, CURANG laa... Dalam bahasa mudah, kita sebut "main kayu tiga"!


Beberapa hari ni dunia hiburan jepun dikejutkan dengan berita perceraian artis dan model terkenal Fujiwara Norika dan suaminya pelawak Jinnai Tomonori. 1st time I dengar tentang gosip rumahtangga diorang ni about few weeks ago dalam ruangan gosip pukul 3petang. I told myLove about that, they said Fujiwara Norika is having affair with her ex-boyfriend. MyLove pun terkejut, 1st impression nampak macam Fujiwara yang tak baik laa...
Tak lama lepas tu keluar pelbagai spekulasi keadaan rumahtangga diorang ni sehinggalah kelmarin masa tengok tv pukul 6.30pagi berita mengesahkan perceraian mereka, apa yang lebih memeranjatkan, pagi tadi Jinnai buat pengakuan sebenarnya dia yang uwaki. MyLove kata rasa macam baru je diorang tu kahwin, tapi sebenarnya dah lebih 2tahun pun. Bagi japanese 3tahun awal perkahwinan masih dianggap 新婚(shinkon=baru kahwin @ pengantin baru). Kalau kita kat Malaysia sampai berapa tahun ek dipanggil pengantin baru? hehehe. Kiranya pasangan ni masih dalam mood honeymoon laa. Apapun sebagai orang luar, no one layak komen on krisis rumahtangga sesiapa pun, itu prinsip both of us. Just shut your mouth up! Cause in reality, we don't even know the fact, right? Kita nampak yang luaran je, yang dalaman tu hanya mereka yang terlibat je tahu. As myLove always say "裏の話はだれも分からんよ。" (=cerita disebaliknya tak siapa pun tau)...


Eh, I bukan nak cerita pasal diorang berdua ni, hahaha... Intro je tu...


Sekarang ni setiap petang pukul 4 ada drama ulangan, tajuknya ウーマン・ウォーズ不信のとき~(=women wars-At the time of infidelity) . Drama ni mengisahkan sepasang suami isteri yang lama berkahwin tapi belum dikurniakan cahayamata. Si suami ni ada hubungan sulit dengan seorang pekerja kelab sehinggakan perempuan tu hamil. 3tahun sebelum tu si suami ni pernah jalinkan hubungan dengan isteri orang dan mempunyai seorang anak lelaki dengan perempuan tu. Si isteri pulak adalah fulltime housewife yang sangat teringin nak anak sendiri, dia berusaha keras untuk hamil tapi nasib belum menyebelahinya. Dia ke klinik buat test dan dapati dirinya tak ada masalah untuk hamil melainkan usianya yang dah 30++, si suami pun buat test jugak dan result-nya pun ok. Of course laa si suami confident yang dia tak ada masalah sebab dia dah pernah hamilkan perempuan2 lain kan(wife dia tak tahu). I tengok cerita ni tenggelam timbul, dulu tengok pun tak ingat snagat dah tapi dari apa yang my junior kata, sebenarnya isteri dia berpakat dengan doktor untuk kata si suami ni tak ada masalah nak dapat anak. Dipendekkan cerita, tak lama kemudian si isteri bekerja dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Dia buat macam tu sebab geram/tertekan dengan semua orang yang kata dia mandul, walhal sebenarnya si suami ni tak ada sperma.
Tapi, dari mata kasar, both of them have no problem with their relationship, bahagia macam pasangan lainnya, they still having sex like usual and they even know that both of them are seriuos in making a baby. Masing2 tak mahu berterus-terang dan akhirnya terperangkap dalam hubungan sulit. Kesimpulan yang I nak cerita kat sini ialah tentang sikap curang pasangan ni wujud di mana2, dalam setiap celah kehidupan seharian akibat dari sikap pasangan tu sendiri.


Dulu I used to think that hanya lelaki yang curang pada pasangannya, tapi sekarang(read:lepas kahwin) baru I tahu hakikatnya sesiapa pun boleh curang! I don't really care kalau yang curang tu cuma pangkat kekasih je, tapi it's really big and huge problem if husband @ wife yang bertindak macam tu... Walaupun dalam islam, para suami berhak kahwin lebih dari 1, ianya bukan lesen untuk dia berlaku tidak jujur dalam hubungan suami isteri tu kan... Dalam masyarakat kita, suami yang curang ni masih boleh "dimaafkan", selalu orang tutup sebelah mata je bab ni, tapi kalau isteri yang curang memang 44keturunan laa kena caci maki. Dalam agama kita kedua2 pihak menerima hukuman yang sama, tak apa laa para suami terlepas hukuman dunia sebab kat akhirat nanti dia takkan mampu lari lagi!


Ada 2komponen utama untuk membentuk institusi rumahtangga, perlu ada suami dan perlu ada isteri. Untuk membahagiakan dan memantapkan jalinan tersebut kedua2nya kena memainkan peranan, mana boleh sebelah pihak ja bersorak sakan, yang sebelah lagi buat derk je kan. Begitu jugak laa bila ada apa2 masalah, masing2 kena bertindak jujur dan berterus terang. Selalu dengar suami main kayu tiga sebab isteri kat rumah tak cantik, selebet macam orang gaji! Isteri tak pandai masak, isteri tak pandai layan, isteri itu isteri ini, nak short cut settle problem, pi cari kekasih gelap! Dari cari "makan luar", baiklah kahwin lagi, tapi kot yer pun nak kahwin lagi, suluh laa diri tu dulu. Satu bahtera pun tak mampu nak kawal, ada hati nak pandu kapal lain, poorah!
Bab isteri berpaling tadah ni pun banyak jugak puncanya, sama jugak, semuanya bermula bila masing2 dah bosan dengan kerenah sesama sendiri tapi malas nak berbincang. Semua nak jalan mudah... Hmmm dunia2...


I'm sure ramai yang tahu kan salah satu faktor yang membawa kepada keretakan rumahtangga masa kini ialah "internet". Dashyat sungguh penangan internet ni kan kalau nafsu tak dapat dikawal. Part suami digoda perempuan lain melalui chatting dll tu I rasa perkara biasa laa sebab lelaki ni memang mudah tergoda pun. Tapi apa yang memeranjatkan ialah si isteri yang terjebak dengan cinta cyber ni, aduhai gawat!
I bercakap dari pandangan I sebagai isteri je ye, kalau tak setuju boleh abaikan. Once dah jadi isteri, I letak pelbagai batas dalam kehidupan seharian, especially dalam perhubungan dengan lelaki2 bukan mahram. I do this cause me myself tak boleh bagi 100% guarantee that I tak bertindak melampaui batas. So tak salah rasanya sebagai langkah berjaga2, I meletakkan garis panduan on how to communicate with other men. Selepas sah jadi isteri, I tahu "taraf" I perlu diletak dimana dan selayaknya I mendapat "penghormatan" bukan saja dari suami sendiri malah dari lelaki2 di luar sana. Mereka tak boleh sewenangnya memandang maruah I dari sudut yang rendah, sebab sekarang I bukan saja bawa imej I semata2 tapi I juga menjadi cermin suami. Selain dari urusan bisnes dan urusan rasmi, I tak pernah menerima salam perkenalan dari mana2 lelaki, baik dalam internet(friendster dll) mahupun alam nyata. No more male friend in my life. I tak chatting dengan lelaki2 lain selain dari urusan penting, melainkan mereka kawan2 lelaki yang dah lama I kenal dan myLove jugak kenal. I never talk about my personal life or problems with other men, kawan perempuan bersepah, tak payah cari lelaki! Walaupun myLove tak pernah mention apa2 pasal ni tapi I sendiri mulakan langkah pertama kerana mengelak bibit2 fitnah tu adalah tanggungjawab semua isteri. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk mereka cemburu atau tak suka dengan tindakan isteri sebab tak mahu dikatakan mengongkong, tak macam perempuan kan, kalau tak suka memang cakap/tunjuk depan2. Apa yang I rasa I tak suka myLove buat, I takkan buat at the first place. I cuba sebolehnya berlaku jujur dan setia terhadap suami, dengan harapan dan doa dia jugak akan buat perkara yang sama...

Haa panjang dah membebel, lain kali sambung lagi, hahaha...

2 comments:

Anonymous said...

tu diaaa kaunselor rumah tangga dh start bersyarah hehe. tp kiter pn sokong sumer apa yg fith ckp. mmg betul. nk ckp bab ni terlalu luas kan. tp salah 1 benda yg jd pegangan kiter n hubby dr dlu. jgn langsung ada rahsia even sekecik2 nya. seboleh2nya susah mcm mana pn kena luahkan n bncg. if not lama2 akan jd barah. tp tula suami pn tetap manusia. kiter cuba percaya 99% dia mmg jujur. tang 1% xcaya pn kena ada gak. xleh caya 100% hehe. kiter pn dr dlu anti lelaki. kalau berkwn dgn lelaki pn memilih. skrg ni hmmm lagiii lah hehe.

xsangka plak norika n jinnai dh bercerai. kiter ni tgk tv n baca berita ikut mood. ketinggalan dah :P

Fith said...

hahaha ina ni.kalau ckp pasal hal2 ni mmg best,sometimes kita tak sedar pun apa yg kita buat,tp bila baca/dgr benda2 gini kdg2 boleh bantu fith ubah diri sndr.bukan nak jd kaunselor :-p fith pun baru 4thn jd isteri,hehe.
tuh laa kan,dah cerai dah diorg tu.suka je tgk diorg tu,sbb mcm sweet pulak.