Thursday, March 12, 2009

Rafiqh & baby...

Kali ni nak cerita tentang Rafiqh dan baby dalam perut I ni...

Dengan sewenang2nya I buat kesimpulan yang both of them masih tak faham lagi tentang kehadiran each other... Errr betul ker ek?! Pandai2 je mama ni... :-p

As for the baby in me, dia mungkin sedikit faham cause baby kan dah mula ada memori since dia dalam rahim lagi kan. Dia mesti dah tahu selain ayah dan mama, ada satu lagi suara "kecil"(bukan suara yang kecil=perlahan sebab suara dia sama je volume dengan ayah mama dia, tapi suara manusia bertubuh kecil, hahaha) di alam luar sana... Empunya suara kecil ini terlalu dekat dengannya kerana dialah yang selalu memekak menyanyi, melolong menangis, mengekek ketawa dan suara itu jugaklah yang selalu buat mama gembira, mama geram dan marah, mama terkejut, mama menengking dan macam2 lagi laa... So si baby lebih advance laa kiranya...

Sebaliknya pulak, Rafiqh ni rasanya totally clueless laa pasal baby ni. Dia belum dapat "rasai" kehadiran baby walaupun sejak kami tahu yang kami bakal dapat anak lagi, kami dah mula sebut2 kat Rafiqh... Rafiqh mungkin kebingungan setiap kali kami bercerita tentang kehadiran baby baru yang bakal muncul tak lama lagi... Mungkin nanti bila dia sendiri boleh dengar pergerakan baby dalam perut dan boleh lihat bonjolan2 pada perut ni barulah dia sedikit mengerti agaknya... Tapi tak mustahil jugak kalau dia berterusan blur kan... Sebolehnya I cuba fahamkan dia tentang "adik" dengan menggambarkan unsur2 positif saja, tapi adakalanya sikap I sendiri yang menimbulkan unsur2 negatif... *sigh*

Adakalanya I seperti memaksa dia memahami apa yang sedang terjadi especially when I was down with the morning sickness, but at the end I always feel myself so stupid and being selfish... I told him to go away when I was not feeling well, I asked him to leave me alone cause I need rest... But he never give me any chance to let me having "me time" whenever he is awake, everytimes he sees me laying down, he surely will come to hug me, he will kiss me willingly, he will lay down besides me and puts his face next to mine and talks to me, if I pretend to sleep, he will try to open my eyes by korek2, then korek2 my nose, my mouth and also my cheeks(just like what I always done to him, dia ada lesung pipit so I selalu korek2 lesung pipitnya konon2 nak bagi tajamlah, hahaha). You are so sweet laa, mama heart you...

I know I should not let this pregnancy be the reason for me to neglect him, we only have another few months to spend the whole time just the 2 of us, once this baby is born, the baby will always takes the priority... I should give him all my time cause I want him to know how deep I love him.
InsyaAllah Rafiqh akan berusia 1tahun 8bulan by the time si baby lahir nanti. Still too young to understand what's actually going on... Apalah sangat yang boleh I harapkan pada budak setahun lebih ni... I never put a high expectation on him... But my instinct keep saying that he will behave well, he will tolerate with his little bro/sis himself, insyaAllah...

I harap persekitaran juga akan membantu proses jatidiri seorang abang dalam diri Rafiqh. Harap sangat orang sekeliling akan support dengan baik supaya tak ada desas-desus mengusik dia menyaingi baby ni, adik datang bukan untuk rampas semuanya dari dia tapi datang sebagai teman bermain... MyLove and I tak pernah usik dia even dalam nada bergurau pun dengan lebih2kan si adik.

Bercerita pasal Rafiqh dan baby, I tak tahu lah samada ni betul2 terjadi atau hanya mainan perasaan I je. I perasan laa kan, setiap kali Rafiqh aktif bermain dan bising, baby ni dok diam je biarpun I try rangsang dia, dia tak bagi response. Baby cuma aktif bergerak bila Rafiqh tidur atau dok diam. Kadang2 tu time dia tengah sakan bergerak tiba2 si Rafiqh ni bercakap, dia terus diam, hahaha, pelik2...

Rafiqh ni pulak, bila I sungguh2 cakap dengan dia, jarang sangat dia nak respons elok2, selalu "terhege2"(=main2)... Tapi bila I bercakap dengan baby especially time masak I suka pasang nasyid dan nyanyi sambil cakap2 dengan baby, dia yang tak ada kena mengena duk jauh dalam bilik ruang tamu tu boleh pulak berlari datang melangut depan I, as if I bercakap dengan dia pulak, penyibuk betul laa...

Lately I dok ulang2 bagi dia tengok video masa dia baby dulu, banyaklah aksi2 dia buat, contoh macam tepuk tangan, wa2 bulan, geleng kepala bla bla bla, dalam video2 tu setiap kali dia buat semua tu I akan puji cakap "pandai"! Bila dia tengok je video2 tu dia macam jeles pulak dengar mamanya dok sebut "pandai" kat "orang lain", so selalunya sebelum arahan keluar dia dah siap buat dulu dah... Sekarang ni pantang buat apa pun, semuanya dia akan sebut "pandai", heh puji diri sendiri pulak...

Macam budak2 lain jugak, dia pandai cemburu... Dengan ayahnya pun dia boleh jeles, setiap kali si ayah nak urut2 belakang mama, cepat2 dia datang berdiri tengah2 antara kami, dia akan tarik tangan ayahnya tak bagi sentuh mama. I selalu minta ayahnya urut sampai rasa sakit2 dan kadang2 sebab tak tahan I menjerit2 laa, wah2 Rafiqh very protective terus pukul ayahnya, hahaha, aporaa...

As I mentioned before, Rafiqh loves kids, so I really hope he will loves his little bro/sis so much...

2 comments:

Anonymous said...

hehe....Aiman pun selalu ada kat tgh2 bila ayah dia nk urut mama dia atau sebaliknya...sibuk aje...kdg2 saje je jerit sakit..terus dia pukul ayah dia..kalau ayah dia jerit..dia pukul mama pulak..huhu

Fith said...

haha lawak laa aiman.budak2 memang gitu ek,kecik2 pun dah pandai nak protect mama ayah kan...