Tuesday, March 24, 2009

Eco bag

Sekarang ni seluruh dunia dah mula prihatin dengan isu ekologi ni kan, especially negara2 maju laa, sebab sebelum sampai taraf maju tu depa dah bantai cukup2 mencemari alam kan, hahaha, "la ni"(=sekarang ni) nak cover balik laa tu... Kalau kat Jepun ni, boleh dikatakan hampir semua benda depa nak kaitkan dengan ekologi. Kereta pun dah direkacipta mesra alam, barang2 elektrik dan elektronik ni tak payah cakap laa, segala mak nenek vacuum cleaner, peti ais, washing machine, air cleaner dan macam2 laa lagi, semua dah canggih manggih seiring dengan memelihara alam sekitar. Seronok jugak tengok kempen2 dan usaha murni mereka ni, kalau kat Malaysia setakat yang I tahu AEON memang ada buat kempen2 menjaga alam sekitar ni kan, termasuklah memperkenalkan eco bag di pasaraya dan kempen menanam pokok2...

Sebut tentang eco bag ni, haa mai nak cerita, for those yang tinggal kat Jepun ni sure dah tahu tentang usaha untuk menghapuskan penggunaan beg plastik supermarket yang rata2 dah mula dijalankan secara berperingkat mengikut prefecture. Yamaguchi akan bermula 1 april nanti, di mana kalau pi shopping, no more plastic bag for free, kena bayar woo, dengar kata 10yen sehelai. Memang laa murah je kan tapi kalau kumpul2 boleh beli barang dah tu, apa tak nya, kalau I ni laa kan, sekali shopping beli barang bukan 1 beg plastik je, for sure 2-3helai, kalau dah seminggu 3-4kali membeli, dah habis 100yen tang beg plastik tu je, hish rugi2! So better bawa beg sendiri, silalah belil eco bag!

Sebenarnya sebelum penguatkuasaan ni dibuat lagi kami dah pun guna eco bag. Senang nak angkut barang, sangkut je kat bahu! Beg2 plastik yang dapat tu kadang2 tak ambil pun, sebab menyemak rumah je nanti cause kat sini kalau buang sampah kena guna plastik yang dah dikhaskan, kalau kat Malaysia boleh pakai balik plastik2 tu semula kan... I ada 3 eco bag, 1 tu beli sebab suka dengan designnya, tapi tak pernah guna sebagai eco bag pun, sebaliknya dok isi baju2 bila keluar picnic. 2 lagi tu memang dok pakai selalu tapi mak dah rembat 1 masa datang hari tu, so tinggallah 1 je lagi, yang warna putih biru dalam gambar tu, tu pun orang yang bagi tu. Lastweek I beli lagi 2 - pink dan kuning, sekarang dah ada 3 eco bag, 1 tu I standby buh dalam kereta, kot2 tersesak nak pakai, senang laa dah siap ada.

Haa jom2, pakat pakai eco bag untuk membeli-belah!!!

4 comments:

Anonymous said...

alahai comelnya eco bag. haah kan nk buat collection la. nk bli yg comel2 hehe. kt nagano ni dh start bln 2 lepas. harga plastik plak 4 yen sehelai. kami mmg byk guna plastik kt rmh ni. tp sejak guna eco bag skrg kenala pandai2 jimat stok plastik. nagano ni strict psl smpah. kt rmh ni ada 6 tong sampah kecik n besar masing2 khas utk setiap jenis sampah. plastik2 n kertas sampah plak kena beli. dlu masa hubby blaja di kyoto tak la strict sgt. plastik n kertas smpah pn dpt free banyakkk drpd city hall hehe. best jek :P

Fith said...

memang pun ina,ni pasni kot kalau jumpa eco beg murah,memang fith beli lagi,haha.
kat sini tak laa strict sangat,tapi sbb fith dok rumah prefecture,makcik2 sini byk songeh sikit,so kira menyusahkan jugak laa.tuh laa kan,plastik sampah pun kena beli,ish3.hehe

Anonymous said...

kat malaysia pon dah start menda nih..jusco laa.tp xde la kena byr kalu nk guna plastik derang... tp mai prefer guna eco bag nih,lagi senang n tak menyemak sampah plastik kat umh... ;)

Fith said...

aah,yg setakat fith tau jusco laa dah mula kan.siap bg free eco bag tu kalau tak silap.kat sini kena beli,hehe.
betul2,senang bawa beg ni dan tak nyemak beg plastik berlambak2 kat umah.