Tuesday, March 31, 2009

Tagged

Dah lama hutang tag ni dari Dyana-mamaIzzMuqri, baru teringat nak buat, hehe. Gomen ne. Ni first time kena tag, mai laa nak jawab...

1. Do u think u`re hot?
Errr yer laa kot, I always make sure I look "hot" at least pada pandangan myLove laa... Orang lain haku tak peduli!

2. Upload ur fav pic

3. Why do u like dat pic?
Gambar tu bukan fav sangat pun, yg fav tu orang dalam gambar tu, hehe...
Love both of them so much.
4. When was the last time u ate pizza?
On weekends last 2weeks, myLove ordered from Chicago Pizza, yummy...

5. The last song u listen to
Nasyid2 Yusuf Islam...

6. What r u doing rite now beside dis?
Meriba si Rafiqh yang sedang tengok Inai2 Ba sambil suap dia makan pau kaya...

7. What name u prefer beside urs?
Fatimah, Mariyah

People to tag:
Tak yah tag dah laa kot sebab rasa macam ramai sangat dah pernah buat...

8. Who is no.1
9. No.3 is having relationship with..
10. Say sumthing about no.5
11. How about no.4
12. and no.2

Sekian...

Rumah impian saya...

Peringatan: Ini adalah entry meraban... ditulis di kala saya bosan...

Tajuk entry macam karangan budak darjah 3. Ahhh abaikan, abaikan! Hari ni saya nak cerita pasal rumah impian saya...

Dulu, saya pernah ada impian, bila besar nanti nak kahwin dengan lelaki yang mak bapaknya tinggal menetap di kampung. Iyer, kampung hulu tok dong(bukan nama kampung yer!). Saya nak mak bapak mertua saya tu ada rumah separuh kayu separuh batu, rumah 2tingkat yang bila berjalan kat tingkat atas, bunyinya macam langkah raksasa gung gang gung gang, hahaha. Halaman rumah pulak luas, kat sebelah atau belakang rumah tu ada sawah terbentang. Saya harap sangat mak bapak suami saya tu bela ayam, itik, lembu, kambing dan segala mak nenek binatang yang sesuai dibuat belaan laa, ada kebun sayur dan pelbagai pokok buah2an, petang2 saya nak tengok anak2 saya berlari mengejar ayam itik, bermain tanah dan rumput, sambil2 tu saya boleh duk bawah pondok di tepi pokok mangga makan buah2an dan kuih-muih sambil minum teh bersama suami tercinta. Bila ramadhan menjelang, suasananya pasti meriah. Menyambut raya dengan keluarga ipar duai berkumpul, buat kuih raya, bakar lemang, anyam ketupat, malam2 selepas terawih boleh tengok anak2 dan anak2 saudara main bunga api di laman. Ewah...

Tapi angan2 saya musnah bila saya ter-kahwin dengan suami saya sekarang. Suami saya ni asalnya orang johor tapi mak bapaknya dah lama menetap dan beli rumah di kawasan perumahan di Air Molek, Melaka... Setiap kali balik kampung, saya sebenarnya balik bandar lah! Rumah mertua saya ni dalam pembangunan pesat, rumah batu semata2. Nanti bila anak2 saya dah besar, petang2 mereka tak ada halaman pun nak bermain kejar2 dengan sepupu2 mereka. Mereka tak mengenal pun kampung agaknya sebab mak bapak saya sendiri bakal tinggal nun di atas puncak bukit. Aduh sungguh kasihan anak2 saya kan...

Untuk itu, saya telah khabarkan hasrat murni saya kepada si suami, bahawasanya bila kami pulang ke Malaysia nanti, usahlah beli rumah pangsa/teres/semi-D mahupun banglo di kawasan perumahan, beli laa tanah saja. Saya mahu rumah kampung, jauh sedikit dari bandar pun tak mengapa, asalkan saya aman dan gembira dengan rumah pondok kecil yang berlaman luas. Saya mahu anak2 bertempiaran lari dalam persekitaran yang hijau. Nanti bolehlah suami saya membela haiwan dan saya pula menanam tumbuhan. Si suami setuju...

Kiranya nanti anak2 saya bakal tinggal di kampung dan pulang ke bandar sebulan sekali, muahahaha.

Gambar2 rumah contoh ini saya rembat dari yahoo images. Jelesnya tengok orang yang ada rumah macam ni. Pelikkah saya? Oh mungkin tidak...


Sekian, entry merapu saya untuk hari ini...

Monday, March 30, 2009

Eating for two?!

Bila mengandung je, orang selalu cakap "haa kena makan banyak2, makan untuk 2orang ni"... Err, betul ker?!

Sejak kecil sampai sekarang ni, I memang bukan jenis kuat makan. Makan ala2 kadar je, that's why laa I kagum kalau tengok kawan2 yang makan banyak, nak2 lagi kalau badan kurus je kan, hehe, best betul... Sebab tu laa I jarang request mak masak itu ini kalau balik bercuti ke Malaysia, nanti mak mesti banding2kan kuantiti I makan dengan abang/alang, kasihan mak, rasa tak berbaloi pun ada, tapi serius laa bukan I diet pun, memang dah lumrah jenis makan sikit2. Alah, abah mak sendiri pun bukan jenis makan banyak pun.
Bila pregnantkan Rafiqh, macam2 nak makan, mengidam laa konon, nafsu je lebih, makannya tak setara mana pun, makan sikit dah sengkak(=penuh) perut sampai rasa susah nak bernafas. Dalam dok makan catu2 tu pun Rafiqh ni terbesar jugak, sebab dia dok serap segala nutrisi pemakanan I, while me myself not really gaining weight, hmmm. Memang nampak bezanya patent pemakanan pregnant kali ni dengan masa Rafiqh dulu. Dulu, weekdays sibuk kerja, masak simple2 je, I bawa bekal for lunch, nasi+lauk sah2 dah sejuk kan, nak makan pun tak lalu. Weekends pulak banyak aktiviti, jarang dapat penuhi segala keinginan nak makan tu. Tak ada masa nak buat kuih ke hapa ke... Tapi kali ni dah jadi fulltime housewife, 24-7 melepak di rumah, banyak masa terluang bermakna banyak laa kerja2 produktif kan. Memasak adalah yang paling I suka sekarang ni... Memang macam2 dapat makan, bab berat naik tu tak payah cakap laa, minggu ni sepatutnya I pergi check up tapi kena tengok jadual myLove dulu, either this week or nextweek akan pergi klinik so nanti boleh timbang, muehehe kalau naik mencanak2, haa hambik kau!

1st pregnancy dulu honestly I cakap I banyak makan junkfood. Setiap minggu ada meeting, dah tentulah lepas meeting tu ada makan2, and being the only pregnant lady in the office, I selalu dapat kelebihan dalam bab makan, haiyaa... Profesor2 tu pulak rajin dok bagi kek laa, aiskirm laa, biskut laa, hah tak pernah menolak, makan je laa kerjanya kan. Tapi kali ni memang kurang sangat makan junkfood, myLove je dok beli, tu pun I makan tumpang2 je, tak makan sungguh2 pun. Selepas hampir 2bulan tak sentuh aiskrim, semalam baru lepas gian, hehe. Dalam rumah ni pun, stok makanan ringan memang terhad. Bagus laa tu kan...

Sebenarnya pregnant mommies memang perlukan lebih protein, calories and certain vitamins and minerals such as folic acid, iron, and calcium, but surprisingly, we need only about 300 calories more per day, for a total of about 2500 calories, see tak banyak mana pun kan? Apa yang perlu diingat, kita makan untuk 2orang tu, 1 untuk dewasa iaitu diri sendiri and another 1 tu for a baby, not another full-sized-adult! Dan sememangnyalah bila pregnant je, perut sentiasa rasa lapar kan? Experts say we should take a small meals every 4hours, means 4-6meals per day. Limit junkfood since it offers little more than empty calories.
Kesimpulannya, even pregnant sekalipun, jangan laa belasah makan tak sedar diri kan. Kot karang naik berpuluh kilo, mau berpeluh berbulan2 nak shed off weight tu. Montel2 time pregnant memanglah nampak comel, tapi lepas bersalin, haiyooo, hahaha... Demi memudahkan proses pe-nyah-an lemak2 lepas bersalin, kena laa beringat2 bermula sekarang, yer dak?! Tapi kalau ada niat nak breastfeed, insyaAllah proses menguruskan badan tu akan lebih cepat.

Ini antara menu lunch @ dinner... Hingga ke saat ni, I jarang sangat dapat makan nasi pada waktu malam(sebab mabuk), all I can do is taking a heavy meals before 7pm, usually bread with lots of veges. Melihat keadaan ni dari sudut positif, bagus laa kan, sebab siangnya I dah banyak makan, so malam sebelum tidur cuma minum susu+oat je.


Roti + ayam tandoori for dinner



Lunch - spaghetti with napolitan sauce + fish fry + cabbage + tomato

Lunch - mee goreng 3rasa + egg + fry brinjal

Lunch - nasi goreng tomyam udang + fry fish

Supplements

Ada macam2 produk kesihatan dijual di pasaran sekarang ni kan, senang je nak jaga kesihatan. Tepuk dada tanya selera, lepas tu kena tengok duit dalam poket jugak laa, hehehe... Entry kali ni nak cerita tentang supplements laa pulak.

Sebelum kahwin dulu I makan multivitamin yang mak selalu bekalkan, tu pun tenggelam timbul, muehehe. Lepas kahwin, kesedaran tu dah lebih sikit so I ambil produk JelitAyu disamping madu dan multivitamin. Tapi sebab susah nak dapatkan bekalan JelitAyu kat sini, I beralih makan gamat healin pulak.

6months before pregnant-kan Rafiqh, I dah mula ambil acid folic dan calcium. Madu, multivitamin dan gamat healin still consume macam biasa. Bila tahu yang I dah pregnant, I stopped multivitamin and searched for prenatal supplements. Punya laa susah nak dapatkan multivitamin for preggy women yang halal kat sini. Maybe sebab I dok kampung kot, so merata2 farmasi kami jelajah, tak jugak jumpa, kebanyakannya ada gelatin... Cuba pulak cari through internet shopping tapi tak jumpa jugak. Solution-nya I beli asing2 so padahnya bab nak menelan dekat 10biji vitamins sehari, sungguh terseksa! Sebaik balik Malaysia membilang hari nak bersalin tu, I terus beli Obimin. Sebelum tu dah tanya sana sini pro dan kontra pelbagai jenis produk tapi at last beli obimin je laa, senang, cause my friends cakap kalau hospital kerajaan tu memang provide obimin... Selepas bersalin, I ambil produk set bersalin Leesa Formula - jamunya ada tablet prawan, tablet haruan dan cotet mas uncang. Makan madu, gamat healin, pil calcium dan obimin(habiskan baki lama) jugak. Lepas habis stok obimin, I makan multivitamin semula. Berterusan hinggalah pregnant lagi.

Kalau ikutkan my gynae kat sini, dia tak suggest pun ambil vitamins. Dia suruh makan makanan seimbang, maknanya dapatkan semua nutrisi tu dari sumber pemakanan. Tapi disebabkan I mabuk teruk awal kehamilan dulu, I tetap consumed supplements everyday. Kalau kat klinik yang I dok pergi check up ni, hanya acid folic yang diberi, itupun untuk 2minggu je. Berbeza kan dengan Malaysia, memang supplements disediakan. Bila I tanya my gynae kat Malaysia, dia kata memang sebaiknya dapatkan nutrisi tu dari foods tapi secara logiknya kita tak mampu pun nak telan semua makanan to ensure that we get enough. And for certain nutrients such as folic acid and iron, we may not be able to get enough of from our diet. I think she is right. Dalam pengambilan supplements ni pun tak boleh lebih2, particularly vitamin A that can be harmful to the baby if we take too much. Pandai2 laa adjust mana yang patut...

Cumanya kali ni before pregnant tu I tak ambil acid folic pun. Only after I knew I'm pregnant I take acid folic and stopped the multivitamin and jamu. When my family came here, I asked my sis-ateh to buy obimin again. So sekarang I makan obimin, gamat healin, madu, calcium dan fish oil. Seksa jugak nak telan semua2 ni especially gamat healin, yucks hanyir! Tapi memikirkan demi Rafiqh dan baby, tibai je laa. I think gamat healin is really good, mempercepatkan parut pulih and it contains omega 3 dan spirulina yang bagus to boost up milk production...

Tapi lepas bersalin nanti tak tahu nak ambil produk jamu apa pulak, ni tengah dok survey2 lagi ni. Macam2 ada kan, mustika ratu laa leesa formula laa sendayu tinggi laa nona roguy laa amway laa, hish banyak sunguh. Kalau tengok reviews orang ramai, macam2 kita boleh dengar. Sebenarnya jamu2 ni ikut badan si pemakan jugak, ada setengah orang sesuai, ada pulak yang tak sesuai. Nak terima pandangan orang 100% tu tak boleh laa, sebab setiap orang tu berbeza kan. Sebelum ni I ambil Leesa formula, bagus tu memang bagus, serasi dengan badan I tapi untuk 2nd baby ni, gatal nak try produk lain pulak. Tengoklah macammana nanti... Any suggestion?!

I percaya jamu2 ni sama pentingnya dengan supplements lain. Tapi kena monitor betul2 terutamanya kalau menyusu anak, tak boleh berlebihan nanti memudaratkan baby pulak kan. I ada minta my mom survey-kan jamu2 ni, dia kata baru2 ni yang menang award ialah leesa formula, so dia suggest suruh teruskan dengan yang tu je laa. Mak kata dia tengok I makan leesa pun nampak serasi sebab badan panas berpeluh2(salah satu tanda untuk tentukan kesesuaian), selain tu tak ada masalah sembelit dan tak ganggu production susu badan. Tak kesah sangat pun sebab kali ni bukan nak beli full set. Nak cari jamu je, krim/jel untuk sapu tu boleh beli asing2 dari produk lain. Dulu I tak tahu kat mana boleh beli asing2, sebab nak senang I order je dari pusat kecantikan yang I selalu deal tu, harganya pun mahal dari biasa. Sekarang dah "cerdik" sikit, boleh laa memilih dengan bijak :-p. Yang paling utama, kalau boleh I nak jamu yang sejenis je tapi lengkap segala ramuannya. Kalau banyak2 jenis dengan pelbagai fungsi ni seksa laa sikit, bukan boleh makan ikut aturan semua sekaligus, nanti affect breastmilk pulak. InsyaAllah lepas bersalin nanti, I want to breastfeed both of my kids.

Yosh mama, gambarou yo! Banyak lagi masa, cari jangan tak cari, hihi...

Saturday, March 28, 2009

Buah melaka, Laksa dan Kek pisang

Dah lama benor tak makan buah melaka ni. Ada setengah orang panggil onde-onde kan? Beberepa hari lepas masa dok mengemas stok makanan, tengok2 ada lagi tepung pulut, so buat laa sikit. Seperti biasa laa kan, kat sini mana nak cari kelapa parut, so bantai pakai kelapa kering... Rafiqh tak makan pun, geli agaknya bila kelapa tu masuk tekak, lagipun kuih dari tepung pulut ni biasa la liat2, terlekat dalam mulut, dia macam nak muntah.
Bahan2:
tepung pulut
pewarna hijau
air
air pandan
gula melaka - dipotong dadu
kelapa parut - digaul sedikit garam
Cara2:
- panaskan air hingga agak mendidih
- gaulkan tepung pulut, pewarna hijau, air dan air pandan hingga membentuk doh
- gentel bulat2 dan isikan gula melaka dan masukkan dalam air panas, angkat setelah kuih timbuln
- gaulkan dalam kelapa, siap.
Laksa ni buat untuk dinner kelmarin. Mama dan Rafiqh memang hantu laksa, pantang jumpa mesti bermangkuk2 pulun makan. Siap masak petangnya, so dah makan seround petang tu, malam makan lagi dengan myLove. Sebab Rafiqh pun suka laksa, tak boleh nak buat kuah tu pedas sangat, agak2 dia mampu telan je. Tu pun myLove kata dah pedas dah, cuma I je kot lately suka makan cili padi, potong2 buh jugak, yummy!
Bahan2:
ikan
bawang merah/besar
cili mesin
asam keping
daun kesum
bunga kantan
garam
gula
laksa
telur rebus
timun
salad
bawang besar
cili padi
Cara2:
- ikan direbus bersama asam keping
- selepas agak sejuk, asingkan isi dengan tulang, dikisar bersama bawang dan masukkan balik dalam air rebusan
- masukkan cili, garam, gula, bunga kantan dan daun kesum
Sejak datang jepun ni, I memang suka buat kek pisang, tapi macam2 tragedi betul laa kek ni. Selalu buat tak menjadi, kalau jadi pun rasanya tak laa berapa best pun. Macam2 resepi dah cuba, asyik fail je tapi tak pulak serik, hehe. Setelah lama tak buat, beberapa minggu kebelakangan ni tekak ni kepingin nak telan kek pisang. Hari ni lepas lunch nasi lemak, rajin pulak nak buat, so apa lagi kan, menggodek kek pisang resepi dari myResepi, walla sedap sungguh, lepas ni memang tak ubah resepi lain dah laa kot... Ni I copy paste resepi dari Yani.
Bahan2:
2 biji pisang
140g butter
120g gula
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar fresh cream
1 sudu besar jus lemon
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara2:
- Pukul butter dengan gula sehingga kembang
- Asingkan putih dan kuning telur
- Pukul putih telur sehingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam butter tadi.
- Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. - Masukkan pisang yang telah dilenyek dan esen vanila ke dalam adunan.
- Campurkan jus lemon dan fresh cream. Kemudian masukkan juga ke dalam adunan.
- Akhir sekali masukkan kuning telur. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 160 degree selama 35-40 minit

I tak ada fresh cream so tukar pakai yogurt, esen vanila tukar pakai esen pisang. Kek nya lembut dan gebu. Bahagian luar garing, memang best laa. Rafiqh makan kalah mamanya...

Friday, March 27, 2009

Aprica baby sling

Entry ni khas buat Ina http://thelittlesecret.wordpress.com/...


Ina,
ni fith dah ambil gambar bahagian dalam sling tu. As I mentioned before, sling ni tak macam sling biasa kita tengok tu cause yang biasa tu ialah handmade kan, yang ni dah diubahsuai agak complicated sikit, sesuai laa dengan jenamanya dan harganya :-p...

Bahagian letak baby tu bukan kain semata2 tapi ada di-support benda keras, siap ada buckle lagi untuk tetapkan kedudukan baby.


Untuk bahagian galas jugak bukan kain semata2, tapi lebih kurang macam baby carrier jugak, ada span tebal. Posisi tinggi-rendah baby tu di-adjust oleh buckle, bukan pada kain. Benda alah bulat silver tu sekadar hiasan, aksesori tambahan, hahaha...


Actually tadi fith dah try letak Rafiqh untuk test samada perlu support sebelah tangan bahagian bawah kepala baby ker tak perlu, seperti yang Ina tanya tu. Sorry no picture sebab budak ni tak nak bagi cooperation, dia tak suka baring dalam tu, nak duduk je, hek! Keputusan test tadi memang tak payah support pun, both of our hands are free!

Walaupun tak pakai pun lagi tapi fith nak bagi review sikit mengikut firasat fith laa kan, haha poyo je... Fith rasa laa kan, sling ni kalau untuk posisi baring tu memang tip top laa, tapi kalau untuk duduk tu mungkin tak berapa best sebabnya semua part2 "keras" yang ditambah tu tak boleh nak tanggalkan. Tapi fith tak kesah laa sebab dah ada sling lagi satu... Itu saja.

Ok, tu je laa kot... Harap ianya membantu...

Sejuk dan angin...

Tak tau nak kata sekarang ni fuyu(=winter) ker haru(=spring). Sat sejuk, sat panas pulak... Minggu lepas dah mula panas, kalau tengok forecast pun kata kat area Kyuushuu sakura dah mula nak mankai(=kembang penuh). Kiranya tak lama lagi, sekitar minggu depan Yamaguchi punya turn laa pulak. Tak sabar nak pi hanami(=tengok bunga :-p) ni, hehe.

Minggu lepas dan awal minggu ni I dah mula buka pintu koridor dapur dah, bagi angin masuk, kengkonon nak rasa suasana musim bunga laa tapi sejak 2-3hari ni dah sejuk balik laa pulak. Buka pintu tu sat ja, menggigil dua2 beranak, hahaha. Dari koridor dapur ni boleh nampak view pokok2 sakura yang ditanam di sepanjang jalan belakang rumah, ermmm dah nampak dah putik2nya, harap2 tak hujan dan angin tak bertipu kuat, nanti habis laa luruh, tak sempat nak kembang penuh, huhu... Semua orang tahu kan, sakura ni bunga trademark jepun, tapi la ni kat mana2 pun ada dah sakura ni, even kat europe sekali pun. Sakura kembang dalam seminggu je, masa tu memang lawa sebab tak ada daun, bunga sepenuhnya. Bila sebut hanami ni, dalam otak terbayang2 bbq, ingat nak makan je sebenarnya, muahahaha. Bila laa budak2 junior ni nak announce projek hanami diorang ni, haihhh... Minggu depan dah start sem baru, depa busy laa kot.

Ni gambar hanami lastyear, Rafiqh baru 4bulan, tahun ni dah 1tahun 4bulan, dah boleh berjalan, I boleh bayangkan dia takkan dok diam kalau pi hanami kali ni...

2-3hari ni terasa sejuk balik ni bukan sebab apa pun, angin tu yang menyejukkan. Kalau tengok matahari memang panas terik, tapi angin yang dingin tu yang buat tak tahan tu. Beberapa hari lepas ada kes kapal terbang terbalik di Narita Airport, nasib baik tak bawa penumpang, kapal terbang FEDEX Express dari China bawa barang laa kot, tapi kasihan pilot and co-pilot terkorban. Ngeri betul tengok, selalunya kalau ada tragedi kapal terbang ni semuanya disebabkan oleh kegagalan tayar berfungsi masa nak mendarat. Tapi kali ni berpunca dari angin yang bertiup kuat, pilot lost control then the plane itself lost balance, terus terbalik dan terbakar.

Kelmarin jugak adalah "hari hangin mama", tapi hangin yang ni takdak kena mengena dengan agin kat luar sana tu, hahaha ni mama hangin dengan Rafiqh! Beberapa hari dok panas ni, I sedikit rajinlah mengemas, dok pulun settle-kan koridor belakang yang bersepah tu. Penuh kotak2 dan entah apa2 lagi barang kereta myLove, semua tauk(=baling) sumbat ja, sebab sejuk malas laa nak kemas. Ni dah panas ni ambil peluang nak clear apa yang patut. Nak buat time dia tidur tak boleh sebab bising nanti dia terjaga. So kena buat time dia jaga laa, Rafiqh ni bila tengok mak dia kalut, dia pun naik kalut sama, nak tolong la kot tapi bukan tolong permudah, tolong menambah kerja mama. Mama clear barang2 luar koridor, dia clear-kan barang2 dalam rumah, habis segala mak nenek pinggan mangkuk, toys, kain baju dan selipar mama pun dia campak kat luar. Hish penat badan dok terbongkok2 satu hal, penat mulut dok membebel pun satu hal lagi. Sabar je laa...

Kemuncaknya kelmarin pagi2 pukul 5, time orang sibuk nak bangun solat subuh dia terjaga pulak. Dah bangun tak mau tidur, potpet2 sembang. I bagi susu dia tolak, so menepuk laa mama ni dalam separa sedar. Lama jugak laa dok tepuk tapi dok dengar dia gelak2, last2 tersedar dek bunyi alarm pukul 6, dia dah tidur tapi I rasa macam I ni tak tidur pun, mungkin terlelap 5-10minit je kot. Lepas masak bekal lunch, sediakan breakfast dan pergi buang sampah, dia dok tidur lagi. Then myLove pergi kerja, terasa nak sambung tidur tapi sebab berkobar2 nak buat seri kaya, I plan nak tidur petanglah. Disebabkan dia bangun lambat, dia tak tidur dah laa pagi tu, tengahari dia tidur masa I dok sibuk sediakan lunch, tak dapat nak join. Ingatkan petang tu dalam pukul 3 dia akan lelap balik laa, rupanya tak. Masa ni I dah hangin dah laa, ajak tidur dia tak nak. Bila I nak tidur dan rest kejap dia panjat2 dok wrestling, bila I bangun masak dia merengek2, yang buat I lagi hangin tu rancangan NHK Rafiqh dok tengok tu tak ada pulak, kalau ada dia tak kacau I sangat laa, buka chanel lain nak tengok drama pun tak ada jugak, wah bertambah tensyen... Memang dia kena cubit laa jawabnya, hehe, bila myLove balik fuhh lega. Pukul 9 mata dah tak mampu bertahan, terus terlelap dan si ayah laa yang kena uruskan anak... Macam ni laa kan jadi surirumah, walaupun bebas dalam jadual harian tapi bukan jaminan boleh nak rehat ikut timing sendiri. Ni baru seorang ni, lepas ni tambah satu lagi, mama kena bijak uruskan masa laa jawabnya...

Thursday, March 26, 2009

買えちゃった

"Terbeli"...
Hek, ter laa konon, cover2, hahaha...

Apa yang I terbeli?
Baby sling!!!
memang ada niat nak beli tapi tidaklah secepat ini... :-p

Kalau ikut cakap orang2 tua, tak elok kan shopping barang baby awal2? Kenapa ek? Apa reason-nya? Selama ni dok dengar je tapi tak pernah pulak terlintas nak tanya...

I rasa 5bulan kandungan tak dikira awal dah laa kot kan, kiranya dah mula boleh buat preparation apa2 yang patut. Untuk baju2 dan kelengkapan lainnya tak beli pun lagi, malah barang2 newborn Rafiqh yang tersimpan rapi dalam kotak tu pun belum dipunggah lagi. Part memunggah tu yang kena dahulukan sebelum ingat nak shopping, dalam perkiraan ni mungkin beberapa minggu lagi akan mulakan kerja punggah dari kotak->simpan dalam beg, terus angkut bawa balik Malaysia, haa senang. Sekarang ni belum ada semangat dan kerajinan dan mengemas, karang jadi tak sabar2 nak balik, haru biru laa pulak kan...

Masa 1st preggy dulu rasanya dah sungguh2 study tentang babywearing ni. Macam2 info yang boleh dapat dalam internet ni especially kat blog new-mommies atau mommies-to-be. Tapi sejujurnya I cakap, terasa macam was2 nak kendong baby dalam babywearing ni, sangsi dengan keselesaan je, bukan dengan keselamatan. Lepas bersalinkan Rafiqh, I kena balik Jepun sendirian dengan Rafiqh, so fikir2 macammana nak bawa baby dengan barang2 lagi, I pun decided nak beli baby carrier. Jenuh pusing Ipoh cari baby carrier untuk newborn, cause mostly baby carrier yang terjual tak ada untuk posisi baring. Rafiqh belum pun 2bulan, takkan nak duduk pulak kan. Selepas penat pusing2, at last jumpa jugak 1 kat Jusco, harganya mahal laa jugak tapi sebab no choice beli je laa. Ermm not bad laa, after all dah pakai sampai agak lunyai jugak laa, berbaloi ler...

Tak lama lepas tu, a friend of mine gave a baby sling to me. Handmade baby sling, sangatlah senang nak guna dan selesa. I lebih prefer sling more than baby carrier cause the baby carrier itself pun dah berat, nak pakai pun rumit, nak2 kalau musim sejuk baby pakai baju tebal2, jenuh nak adjust dia masuk. Kalau sling ni mudah je nak masukkan atau keluarkan baby even dalam keadaan baby tidur pun. Lepas pakai senang je nak simpan, lipat2 sumbat dalam handbag. Nak basuh pun mudah! Nampak trendy dan ranggi pulak tu! hahaha iklan2... Tapi sayangnya sling yang sedia ada tu tak boleh guna dalam posisi baring. Kalau Rafiqh tidur dalam sling, I still have to support his head by using 1 of my hand. That's the main reason why I need the new one.

Actually masih ramai ibubapa yang belum terdedah dengan babywearing. Walaupun ada persatuan2 yang kempen babywearing ni, tak ramai kot ibu2 yang tahu. Macam I sendiri pun, kurang pendedahan, lain laa kalau ada perhimpunan babywearing ni kan, memang I sure join laa, boleh try test macam2 jenis babywearing. So boleh laa tahu yang mana paling best and suit with myself, yer tak? Kalau I babywearing Rafiqh in public kat sini, orang akan pandang je, ramai jugak ibu2 datang tanya where did I bought that sling, how to wear it, the price dan macam2 lagi laa... Kat Malaysia tak payah cakap laa, orang asyik usha je, rasa lawak pun ada, perasan glamour pun yer jugak, muahahaha... Seriously wearing your baby in public will make you look gorgeous!

Bila mempertimbangkan banyak perkara I buat keputusan untuk beli sling jugak instead of guna baby carrier lama tu untuk baby ni. Setelah penat survey sana sini mencari baby sling, at last terbeli jugak sling yang telah lama diidamkan. I pergi beberapa supermarket dan baby center untuk survey babywearing ni, mostly yang I berkenan harganya not less than 6000yen(=RM180). Kalau survey kat internet ni, tak banyak yang kita boleh tahu, info-nya terhad, 100% terpaksa depends on maklumat yang diberi je. I tak letak kriteria yang rumit pun untuk beli baby sling ni, syarat utama ialah ianya boleh muat diisi baby dalam posisi baring, dan kalau boleh ring sling, tu je! I pilih ring sling sebab boleh adjust kedudukan baby, nak tinggi ker rendah ker. Kalau babywearing lain, I'm not sure...

Sebelum 2nd preggy ni, I ada terbaca tentang Aprica baby sling ni di blog mana entah, terus terminat dan tersuka, masa tu harganya 1000yen lebih je lepas promotion tapi sebab tak perlu lagi time tu, I tak beli laa... Sekarang ni bila dah perlu dan nak beli, dah habis dah harga promotion tu. Yang paling murah I jumpa ialah 2604yen(RM80++), kira ok laa kan, compare to harga sebenar dia 20,790yen(RM600++)! I pilih baby sling ni sebab dah sure, sudah terang lagi bersuluh yang ianya memang untuk letak baby tidur, tak payah pening2 nak fikir kemungkinan2 lain dah.

I beli kat sini:
http://store.shopping.yahoo.co.jp/soukai/4969220390826.html

Alhamdulillah dah sampai dah pun benda tu, I dah buka dan tengok, walla sungguh mengancam! At first I thought ianya sama je macam sling biasa, rupanya tidak sama sekali. Ianya bukan sekadar kain je, tapi memang direka khas khusus untuk posisi baby baring, tapi boleh jugak buat untuk duduk. Kalau nak cerita detail, memang panjang lebar entry ni nanti. Tapi kalau ada yang nak tahu detail, boleh tanya okey... Kesimpulannya I puas hati!



Kalau tengok dalam gambar tu ada chocolate jugak kan, hehe tu beli untuk cover postage je tu. Sebabnya kalau beli 3150yen ke atas dapat free postage, so tambah beli beberapa ratus yen dah dapat free shipping kan, buat apa bayar shipping sedangkan boleh dapat barang dengan duit tu, betul tak? hahaha.


Next, nak beli apa pulak???

Homemade seri kaya

Setelah lama dok teragak2 nak buat seri kaya ni, akhirnya berjaya jugak buat. Sejak Ida-mamaAiman http://ida81.wordpress.com/ bagi resepi cara2 nak buat seri kaya ni, berkobar2 semangat nak buat tapi selalu ada saja halangannya so sejak semalam dah target dah hari ni mesti buat jugak, pagi2 bangun dah salin resepi dan masuk dapur. Menjadi pun walau first time try, hehehe... Sat lagi boleh berlagak sikit dengan myLove, hahaha...

As usual, bila try resepi baru, I akan buat separuh adunan je, test dulu jadi ker tak, kalau elok jadinya lepas2 ni boleh laa buat adunan penuh. Ni laa rupa my homemade seri kaya. Rasanya lepas ni tak payah beli dah laa, boleh buat sendiri, bersenang-lenang nak buat pau ker bun ker, buh banyak2 pun tak rasa rugi sebab kalau seri kaya yang beli tu kan mahal, kena pakai jimat2.. :-p Amacam? Ok tak?!


Sebenarnya tak ada laa susah pun nak buat, cuma I ni fobia nak buat gula hangus tu. Dulu masa tunggu result SPM, my cousin datang rumah dan dia buat apam gula hangus, sedap sangat so I asked her to teach me, masa tengok dia buat tu rasa senang je, so few days later I tried to make it on my own tapi tak tau kat mana silapnya, tak menjadi! Gula tu keras. Lepas kejadian tu memang taubat dah tak sentuh resepi2 gula hangus ni. Tapi hari tu masa dok chat dengan my sil-kaklong, dia bagi link2 pasal nak buat kek gula hangus, siap bagi link youtube lagi, suruh tengok video cara2nya, macam tau2 pulak adik iparnya ni tak reti dan takut nak cuba, hahaha. (Kaklong, sampai hari ni pun angah tak buat lagi, hehe, nanti bila ada jamuan angah try ok, sebab Is tak makan pun angah rasa, nanti angah buat, angah yang kena belasah sorang, gumuk ah :-p) Tadi sebelum buat gula hangus tu I dah study betul2 dah, hahaha takut fail! Masa tuang air panas tu kan dia meruap sikit, gelabah laa jugak, alahai entah apa2 laa...
Ni resepinya...
Bahan2:
1 cawan gula + 1 cawan air -> untuk buat gula hangus
*1 1/2 cawan gula + 3 biji telur (pukul sebati)
*1 1/2 cawan santan
*secubit garam
*2 sudu besar tepung jagung + air
*sedikit pewarna kuning
*daun pandan
Cara2 :
- Campurkan semua bahan bertanda *
- Masakkan gula hangus
- Bila gula hangus dah masak, perlahankan api dan masukkan bhn2 *
- Kacau selalu supaya tak berketul guna api kecil sehingga pekat
Untuk buat gula hangus, boleh refer sini:

Wednesday, March 25, 2009

不倫、浮気

Pengertian istilah2 ni I ambil dari wikipedia...


不倫(ふりん furin) - suami/isteri yang bercinta dengan perempuan/lelaki lain...
不倫は配偶者のある男や女が、配偶者以外の異性と恋愛し、性交を行うことをいう(配偶者のいない男や女が、配偶者がいる異性と恋愛し、性交を行う場合も含む)。


浮気(うわき uwaki) - suami/isteri yang bercinta dengan perempuan/lelaki lain atau kekasih yang curang pada pasangannya...
浮気は結婚相手以外との恋愛(不倫)、または恋人に無断で他の相手と恋愛すること。


Dengan erti kata lain, CURANG laa... Dalam bahasa mudah, kita sebut "main kayu tiga"!


Beberapa hari ni dunia hiburan jepun dikejutkan dengan berita perceraian artis dan model terkenal Fujiwara Norika dan suaminya pelawak Jinnai Tomonori. 1st time I dengar tentang gosip rumahtangga diorang ni about few weeks ago dalam ruangan gosip pukul 3petang. I told myLove about that, they said Fujiwara Norika is having affair with her ex-boyfriend. MyLove pun terkejut, 1st impression nampak macam Fujiwara yang tak baik laa...
Tak lama lepas tu keluar pelbagai spekulasi keadaan rumahtangga diorang ni sehinggalah kelmarin masa tengok tv pukul 6.30pagi berita mengesahkan perceraian mereka, apa yang lebih memeranjatkan, pagi tadi Jinnai buat pengakuan sebenarnya dia yang uwaki. MyLove kata rasa macam baru je diorang tu kahwin, tapi sebenarnya dah lebih 2tahun pun. Bagi japanese 3tahun awal perkahwinan masih dianggap 新婚(shinkon=baru kahwin @ pengantin baru). Kalau kita kat Malaysia sampai berapa tahun ek dipanggil pengantin baru? hehehe. Kiranya pasangan ni masih dalam mood honeymoon laa. Apapun sebagai orang luar, no one layak komen on krisis rumahtangga sesiapa pun, itu prinsip both of us. Just shut your mouth up! Cause in reality, we don't even know the fact, right? Kita nampak yang luaran je, yang dalaman tu hanya mereka yang terlibat je tahu. As myLove always say "裏の話はだれも分からんよ。" (=cerita disebaliknya tak siapa pun tau)...


Eh, I bukan nak cerita pasal diorang berdua ni, hahaha... Intro je tu...


Sekarang ni setiap petang pukul 4 ada drama ulangan, tajuknya ウーマン・ウォーズ不信のとき~(=women wars-At the time of infidelity) . Drama ni mengisahkan sepasang suami isteri yang lama berkahwin tapi belum dikurniakan cahayamata. Si suami ni ada hubungan sulit dengan seorang pekerja kelab sehinggakan perempuan tu hamil. 3tahun sebelum tu si suami ni pernah jalinkan hubungan dengan isteri orang dan mempunyai seorang anak lelaki dengan perempuan tu. Si isteri pulak adalah fulltime housewife yang sangat teringin nak anak sendiri, dia berusaha keras untuk hamil tapi nasib belum menyebelahinya. Dia ke klinik buat test dan dapati dirinya tak ada masalah untuk hamil melainkan usianya yang dah 30++, si suami pun buat test jugak dan result-nya pun ok. Of course laa si suami confident yang dia tak ada masalah sebab dia dah pernah hamilkan perempuan2 lain kan(wife dia tak tahu). I tengok cerita ni tenggelam timbul, dulu tengok pun tak ingat snagat dah tapi dari apa yang my junior kata, sebenarnya isteri dia berpakat dengan doktor untuk kata si suami ni tak ada masalah nak dapat anak. Dipendekkan cerita, tak lama kemudian si isteri bekerja dan menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Dia buat macam tu sebab geram/tertekan dengan semua orang yang kata dia mandul, walhal sebenarnya si suami ni tak ada sperma.
Tapi, dari mata kasar, both of them have no problem with their relationship, bahagia macam pasangan lainnya, they still having sex like usual and they even know that both of them are seriuos in making a baby. Masing2 tak mahu berterus-terang dan akhirnya terperangkap dalam hubungan sulit. Kesimpulan yang I nak cerita kat sini ialah tentang sikap curang pasangan ni wujud di mana2, dalam setiap celah kehidupan seharian akibat dari sikap pasangan tu sendiri.


Dulu I used to think that hanya lelaki yang curang pada pasangannya, tapi sekarang(read:lepas kahwin) baru I tahu hakikatnya sesiapa pun boleh curang! I don't really care kalau yang curang tu cuma pangkat kekasih je, tapi it's really big and huge problem if husband @ wife yang bertindak macam tu... Walaupun dalam islam, para suami berhak kahwin lebih dari 1, ianya bukan lesen untuk dia berlaku tidak jujur dalam hubungan suami isteri tu kan... Dalam masyarakat kita, suami yang curang ni masih boleh "dimaafkan", selalu orang tutup sebelah mata je bab ni, tapi kalau isteri yang curang memang 44keturunan laa kena caci maki. Dalam agama kita kedua2 pihak menerima hukuman yang sama, tak apa laa para suami terlepas hukuman dunia sebab kat akhirat nanti dia takkan mampu lari lagi!


Ada 2komponen utama untuk membentuk institusi rumahtangga, perlu ada suami dan perlu ada isteri. Untuk membahagiakan dan memantapkan jalinan tersebut kedua2nya kena memainkan peranan, mana boleh sebelah pihak ja bersorak sakan, yang sebelah lagi buat derk je kan. Begitu jugak laa bila ada apa2 masalah, masing2 kena bertindak jujur dan berterus terang. Selalu dengar suami main kayu tiga sebab isteri kat rumah tak cantik, selebet macam orang gaji! Isteri tak pandai masak, isteri tak pandai layan, isteri itu isteri ini, nak short cut settle problem, pi cari kekasih gelap! Dari cari "makan luar", baiklah kahwin lagi, tapi kot yer pun nak kahwin lagi, suluh laa diri tu dulu. Satu bahtera pun tak mampu nak kawal, ada hati nak pandu kapal lain, poorah!
Bab isteri berpaling tadah ni pun banyak jugak puncanya, sama jugak, semuanya bermula bila masing2 dah bosan dengan kerenah sesama sendiri tapi malas nak berbincang. Semua nak jalan mudah... Hmmm dunia2...


I'm sure ramai yang tahu kan salah satu faktor yang membawa kepada keretakan rumahtangga masa kini ialah "internet". Dashyat sungguh penangan internet ni kan kalau nafsu tak dapat dikawal. Part suami digoda perempuan lain melalui chatting dll tu I rasa perkara biasa laa sebab lelaki ni memang mudah tergoda pun. Tapi apa yang memeranjatkan ialah si isteri yang terjebak dengan cinta cyber ni, aduhai gawat!
I bercakap dari pandangan I sebagai isteri je ye, kalau tak setuju boleh abaikan. Once dah jadi isteri, I letak pelbagai batas dalam kehidupan seharian, especially dalam perhubungan dengan lelaki2 bukan mahram. I do this cause me myself tak boleh bagi 100% guarantee that I tak bertindak melampaui batas. So tak salah rasanya sebagai langkah berjaga2, I meletakkan garis panduan on how to communicate with other men. Selepas sah jadi isteri, I tahu "taraf" I perlu diletak dimana dan selayaknya I mendapat "penghormatan" bukan saja dari suami sendiri malah dari lelaki2 di luar sana. Mereka tak boleh sewenangnya memandang maruah I dari sudut yang rendah, sebab sekarang I bukan saja bawa imej I semata2 tapi I juga menjadi cermin suami. Selain dari urusan bisnes dan urusan rasmi, I tak pernah menerima salam perkenalan dari mana2 lelaki, baik dalam internet(friendster dll) mahupun alam nyata. No more male friend in my life. I tak chatting dengan lelaki2 lain selain dari urusan penting, melainkan mereka kawan2 lelaki yang dah lama I kenal dan myLove jugak kenal. I never talk about my personal life or problems with other men, kawan perempuan bersepah, tak payah cari lelaki! Walaupun myLove tak pernah mention apa2 pasal ni tapi I sendiri mulakan langkah pertama kerana mengelak bibit2 fitnah tu adalah tanggungjawab semua isteri. Kadang2 lelaki ni tak tunjuk mereka cemburu atau tak suka dengan tindakan isteri sebab tak mahu dikatakan mengongkong, tak macam perempuan kan, kalau tak suka memang cakap/tunjuk depan2. Apa yang I rasa I tak suka myLove buat, I takkan buat at the first place. I cuba sebolehnya berlaku jujur dan setia terhadap suami, dengan harapan dan doa dia jugak akan buat perkara yang sama...

Haa panjang dah membebel, lain kali sambung lagi, hahaha...

Tuesday, March 24, 2009

Karipap oh karipap...

Punya laa lama tak buat karipap, hadoi penat sungguh mengulit karipap sepanjang hari ni!
Kalau dulu sebelum preggy ni setakat buat 60biji tu releks je, boleh buat setiap minggu untuk dijual lagi. Tapi hari ni mak aih nak habiskan 60biji tu jenuh bercinta. Dari 10pagi sampai 5petang baru siap, buat-berhenti-sambung balik-berhenti balik, berapa kali pause daa...
Nak uli tak susah pun, timbang2 sukat2 campak je dalam breadmaker, dia yang uli. Tapi nak canai tu yang seksa sebab adunan yang I pakai ni agak keras sikit, sehabis tenaga dok menekan kayu pencanai tu sampai sakit bahu dan keras bahagian bawah perut ni, hish.

Setelah lama tak buat karipap, hari ni buat laa jugak kuih kesukaan myLove ni, teringin jugak nak makan... Selalunya kalau buat karipap I buat banyak2 sekaligus, goreng separuh masak, pack then frozen-kan. Bila2 nak makan, goreng je.
Sekarang Rafiqh pun dah pandai makan, so I kena sediakan bahagian dia jugak, buat karipap tak ada isi, kulit je. Kalau rajin boleh salut dengan gula macam kuih kapal terbang tu, tapi sebab I malas nak bagi dia makan gula banyak2, so buat kosong je, gebu2 sedap laa jugak. Lagipun Rafiqh ni makan sekeping dua je, bakinya mak dia yang makan, hehehe...
karipap belum digoreng



digoreng separuh masak untuk di-frozen

siap untuk dimakan

Bahan2:
450gm tepung gandum
110gm air
100gm mentega
sedikit garam

Cara2:
- Uli semua bahan, canai dan terap bulat2
- isikan inti, kelimkan dan goreng

I tak letak laa yer resepi intinya.

Eco bag

Sekarang ni seluruh dunia dah mula prihatin dengan isu ekologi ni kan, especially negara2 maju laa, sebab sebelum sampai taraf maju tu depa dah bantai cukup2 mencemari alam kan, hahaha, "la ni"(=sekarang ni) nak cover balik laa tu... Kalau kat Jepun ni, boleh dikatakan hampir semua benda depa nak kaitkan dengan ekologi. Kereta pun dah direkacipta mesra alam, barang2 elektrik dan elektronik ni tak payah cakap laa, segala mak nenek vacuum cleaner, peti ais, washing machine, air cleaner dan macam2 laa lagi, semua dah canggih manggih seiring dengan memelihara alam sekitar. Seronok jugak tengok kempen2 dan usaha murni mereka ni, kalau kat Malaysia setakat yang I tahu AEON memang ada buat kempen2 menjaga alam sekitar ni kan, termasuklah memperkenalkan eco bag di pasaraya dan kempen menanam pokok2...

Sebut tentang eco bag ni, haa mai nak cerita, for those yang tinggal kat Jepun ni sure dah tahu tentang usaha untuk menghapuskan penggunaan beg plastik supermarket yang rata2 dah mula dijalankan secara berperingkat mengikut prefecture. Yamaguchi akan bermula 1 april nanti, di mana kalau pi shopping, no more plastic bag for free, kena bayar woo, dengar kata 10yen sehelai. Memang laa murah je kan tapi kalau kumpul2 boleh beli barang dah tu, apa tak nya, kalau I ni laa kan, sekali shopping beli barang bukan 1 beg plastik je, for sure 2-3helai, kalau dah seminggu 3-4kali membeli, dah habis 100yen tang beg plastik tu je, hish rugi2! So better bawa beg sendiri, silalah belil eco bag!

Sebenarnya sebelum penguatkuasaan ni dibuat lagi kami dah pun guna eco bag. Senang nak angkut barang, sangkut je kat bahu! Beg2 plastik yang dapat tu kadang2 tak ambil pun, sebab menyemak rumah je nanti cause kat sini kalau buang sampah kena guna plastik yang dah dikhaskan, kalau kat Malaysia boleh pakai balik plastik2 tu semula kan... I ada 3 eco bag, 1 tu beli sebab suka dengan designnya, tapi tak pernah guna sebagai eco bag pun, sebaliknya dok isi baju2 bila keluar picnic. 2 lagi tu memang dok pakai selalu tapi mak dah rembat 1 masa datang hari tu, so tinggallah 1 je lagi, yang warna putih biru dalam gambar tu, tu pun orang yang bagi tu. Lastweek I beli lagi 2 - pink dan kuning, sekarang dah ada 3 eco bag, 1 tu I standby buh dalam kereta, kot2 tersesak nak pakai, senang laa dah siap ada.

Haa jom2, pakat pakai eco bag untuk membeli-belah!!!

Monday, March 23, 2009

...My 2nd Pregnancy...

People always say that each pregnancy is different, they are unique in their own way, yes exactly! Comparing the 1st pregnancy with the others has nothing to do with membeza2kan anak ye,cause I still feel the excitement, the joy and the happiness is just same like when I was pregnant with Rafiqh. This comparison is just for suka2, an intresting topic to talk about and bila dok fikir2 tu it make me recall my previous experience back, how sweet...

As for this 21weeks of pregnancy, all I can say is this pregnancy is more challenging. But I have no right to complain this and that, cause nobody knows what will happen at the end of this pregnancy, who knows Allah nak bagi mudah dekat2 bersalin nanti kan, or maybe after the baby is born... Redha saja laa...

...1st trimester...
I knew that I'm pregnant again just few weeks before Rafiqh's 1st birthday. Though we didn't expected to conceive again that soon, but still we are so happy... Honestly, despite of being happy, my feeling was kucar-kacir, bercampur-aduk, I was worrying too much about my condition. I had just gone through an operation, I was so afraid if I have to face it again. If that happen, I might have only 1 or 2 chances left to get pregnant again... Alhamdulillah, I could overcame that dilemma easily without taking too much time. Thinking positively make me realized that nothing in this world is possible without izin Allah, I should rely everything on Allah and believe whatever happen is under His control, He surely has a better plan for me... Jangan berputus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah, bersangka baiklah dengan takdir-Nya, somehow I rasa lebih tenang dan sehingga ke saat ni tak ada apa2 lagi yang buat I risau...
Morning sickness started at around week 10 and I still suffering it until now. Walaupun dah tak teruk macam awal2 dulu tapi tetap terasa "penat" sebab terpaksa muntah2. Kalau nak banding morning sickness kali ni dengan yang lepas, both boleh timbang-tara(=lebih kurang je teruknya, satu baik tang sini, satu lagi baik tang lain pulak). So, agak2 bila morning sickness ni nak berakhir?!
My pre-pregnancy weight was 47kg, I gained 2kgs in the 1st 10weeks -> 49kg, then I lost 3kgs -> 46kg, but now I will surely gaining weight, hohoho... Last check up about 3weeks ago, I was 48kg. Honestly sekarang ni I dah mula risau dengan pertambahan berat. Jumaat lepas timbang, terkejut tengok jarum di angka 51kg, wow! MyLove dah mula gelak bila I gelabah, masa tu dah siap2 nak keluar so I pakai long jacket, I tahu jacket tu berat so I tanggalkan jaket tu then naik timbang balik, tinggal 50kg, tu pun masih berat lagi tu, oh tidakkkkk... Masa tu jugak pasang azam, takmau masak2 dah laa lepas ni. MyLove dengar terus ala2 "panic", dia kata I ni malas senaman, tu pasal laa berat naik cepat, hahaha. I tahu dia tak nak I malas masak so mula laa cari alasan lain, cit. Lepas tu mula laa bodek2 kata bagus laa I rajin masak, dia suka sebab boleh makan macam2, bila dengar tu rasa kasihan laa pulak, hmmm cancel laa azam tu, hek! Kesimpulannya masak tetap masak, tapi kurangkan makan dan banyakkan senaman, errkkk boleh ker?! hahaha....
Pregnant kali ni I am little bit pemalas, suka bermalasan dalam rumah dari bersiar2 senaman kat luar. So kinda mandom dan tak banyak bergerak, selalu bagi alasan "sejuk" untuk melepaskan diri dari dibebel encik suami, hahaha... Kali ni pulak dah ada kereta, so dah tak banyak jalan kaki/naik bas, bertambah2 laa pemalas.
No more ngelat2 buat kerja rumah, selama pregnant ni tak pernah skip masak lagi, wah hebat sungguh! Tapi pantang laa kalau myLove offer makan luar, mesti sengih punya. I kan full time housewife, mana boleh bagi alasan tak sempat atau tak larat, hehe. Tapi myLove tolong jugak laa sekarang ni, bila malam2 tak sehat tu dia tolong laa itu ini, tapi kadang2 I berlakon je lebih, muahahaha *jangan habaq kat dia tau!*
Haa kali ni I mula pakai maternity clothes ni seawal minggu ke-10, eh tu part seluar je tau sebab tak selesa dah pakai seluar biasa. Baju2 still boleh pakai yang biasa...


...2nd trimester...
Not much different with the 1st trimester, sama je rasa sebab tak habis lagi morning sickness ni, huhu. Tapi sekarang ni I dah rajin sikit, rajin part masak je(tu pun perasan rajin :-p), part mengemas malas lagi, nak kena tunggu masuk spring baru rajin kot, hek! Alasan tak habis2...
I mula rasa movement baby sejak minggu ke-15. Kali ni dah tak ragu2 macam masa Rafiqh dulu. I rasa baby ni bergerak lebih power dari si abang, dalam usia 20minggu, I rasa gegarannya sangat kuat. Mungkinkah ianya normal untuk 2nd pregnancy??? Sesiapa yang pernah hamil sure tahu kan saat2 paling indah dalam tempoh kehamilan ni ialah bila kita rasa pergerakan baby, hilang segala rasa2 penat dan risau setiap kali baby bergerak2. Inilah antara faktor terbesar kenapa I sangat rindukan nak pregnant lagi lepas Rafiqh lahir. I miss the movement, I miss my round belly, hehehe...
Till now we still don't know the baby's gender, so we don't decide the baby's name yet, and to tell the truth nama pun tak cari lagi, hihi... Unlike the 1st pregnancy, this time myLove tak ada pulak mimpi2, tapi I ada, I mimpi dapat baby ...(biarlah rahsia, kang kalau salah malu laa, haha). Once the gynae has confirm the gender, I'll let you guys know okey...
So far for the check ups, everything seems normal, except for the last check up, doc mentioned that based on my blood test, my sugar level was a little bit higher than usual. Normal 70-110 tapi I punya 115g, nasib baik doc kata tak apa, tak ditahap bahaya, tapi I tetap ambil langkah berjaga2, no more gula2 dah(I ate gula2 untuk hilangkan mual), I dah kurangkan gula dalam setiap makanan especially kuih2.
Pregnant kali ni sakit bahagian belakang badan agak kronik berbanding dulu. Mungkin sebab dok menyusu Rafiqh dalam posisi duduk, so badan banyak membongkok. Sekarang ni menyusu dan tidurkan Rafiqh dalam posisi baring, dia pun dah taknak baring atas riba mama sebab perut mama makin besar, dia tak selesa agaknya. Part lain tak ada masalah lagi so far...
Dari segi emosi pulak, ermmm not really good especially in the 1st trimester. But now, I could say that I'm better, no more marah2 tak tentu pasal. I belajar untuk lebih sabar dan bergembira sekarang. MyLove pun awal2 hari tu mungkin sebab I banyak merajuk dia naik rimas, so mula2 tu agak tegang laa jugak. Tapi sekarang dia dah banyak bertolak ansur dan selalu buat I happy...
Mengidam kali ni agak kurang laa kot, sebab almost everything nak makan I akan masak. Dulu sibuk bekerja, weekends nak rest atau keluar jalan2, sekarang banyak masa di rumah, so memang boleh penuhi keinginan tu dengan mudah. But still I have few things that I want to eat in Malaysia, hehe...

Itu saja laa... I have about another 4weeks before entering the 3rd trimester...

Apam, Fruit cocktail, Sosej roll, Keria

Sebenarnya nak post entry ni kelmarin, tapi sebab badan masih tak berapa nak sihat, I tak mampu nak duduk depan laptop ni. Hari ni bangun pagi2 dah rasa cergas balik, so lepas breakfast dah mula hadap komputer, hehe.
Apam ni I try buat 3kali minggu lepas, hahaha, kes tak ada kerja! Hari selasa 1st trial, buat 3warna - putih, merah dan hijau, alhamdulillah menjadi. As usual I selalu buat setengah adunan je, buat pakai cup kecil2 dapatlah 12biji, ayah dan mama makan 5biji seorang dan Rafiqh 2biji. Rafiqh suka sungguh makan panas2, so hari khamis petang tu buat lagi, kali ni guna serbuk koko saja, gambarnya ada kat bawah ni, dapat 5biji dari separuh adunan sebab guna cup yang besar... Gebu walaupun makan keesokan harinya. Petang jumaat selepas siap masak menu jamuan, I buat sekali lagi dengan niat nak bawa laa, tapi malangnya kali ni tak menjadi pulak, maybe sebab I guna acuan besar, ni nak cepat punya pasal laa ni, hish! Last2 makan 3beranak je laa, nasib baik Rafiqh suka, habis jugak laa breakfast sabtu tu...

Ini resepinya, I copy&paste dari myResepi... Ni adunan penuh. Kalau ikut resepi asal kena ada inti dalam apam ni, tapi I lebih suka apam kosong je, I tak letak apa2 inti pun...

Bahan2 ( 15-20 biji )
3 biji telur-dari peti sejuk
275 gm tepung gandum/tpg kek
220 gm gula halus
150gm susu segar/UHT
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
Inti Kelapa:
==kelapa parut
==gula merah
==1 sudu teh tpg jagung-dibancuh dgn 1 sudu besar air
==2 helai daun pandan-pintal

Cara2:
- Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk.
- Pukul dgn menggunakan mixer pada kelajuan maxima selama 6-8 min.
- bahagikan kepada beberapa mangkuk & titiskan pewarna mengikut citarasa.
- masukkan setiap warna ke dalam piping bag ( atau beg plastik yg bersih).
- Pipe kan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yg telah disusun didalam acuan.
- masukkan inti kelapa


Ini pulak breakfast jumaat. Sosej roll, ada 2jenis sosej roll kan, satu tu yang dalam roti kita bakar, satu lagi yang ni. I pun kadang2 naik confuse nak panggil mana satu. Cara nak buatnya sama je macam buat tuna roll, so refer entry sana laa yer. Selalunya orang buat sosej roll ni pakai sebiji sosej kan, tapi I pakai separuh je, I tambah sayur2...


Puding fruit cocktail berkuah ni untuk jamuan hari jumaat tu. Agar2 merah yang I buat tu untuk masukkan dalamnya, kalau my mom dia akan buat banyak warna, so nampak lagi cantik. I pakai agar2 yang dah siap ada warna tu so malas laa nak masak 2-3kali kan, belasah pakai satu warna saja laa...
Bahan2:
1 liter susu segar
500 ml air
200 gm gula
1 biji telur
3 sudu besar tepung kastard

*buahan cocktail dan aneka bahan lain ikut kesukaan

Cara2:
- campurkan semua bahan2 dalam periuk dan kacau sebati
- nyalakan api sederhana besar dan kacau selalu
- setelah pekat, tutup api dan tuang ke dalam bekas untuk disejukkan
- setelah sejuk, bolehlah disimpan dalam fridge dan dicampurkan buah2an campuran dan dihidangkan


Minggu lepas seperti biasa dapat sayur dari jiran dan kawan myLove. Jiran bagi ubi keledek 3biji, kawan ofis myLove pulak bagi daun bawang. Kebetulan pulak buat mee rebus tu memang pakai kedua2 benda tu so memang kena pada masanya laa, alhamdulillah, hehe. Keledek yang diberi tu besar2, sebiji I bakar makan dengan Rafiqh, sedap makan keledek yang dibakar ni, manis je... Sebiji dibuat kuah mee. Sebenarnya I ada beli dah sebiji untuk masak mee so campur dengan sebiji lagi ni, dua2 buat keria, minum petang semalam. Keria ni favourite myLove, kalau I lebih prefer cucur badak.

Keria belum disira

Keria siap disira

Bahan2:
ubi keledek
tepung gandum

Untuk sira:
sedikit air
gula

Cara2:
- dibuang kulit, dipotong dan direbus hingga empuk-toskan dan dilecek
- campurkan tepung dan gaul rata, buat bulat2 dan lubang ditengahnya
- goreng dan sejukkan sebelum disira

- masak air gula dalam air hingga mendidih
- masukkan keria dan kacau rata hingga gula mengeras
- siap

Saturday, March 21, 2009

Jamuan makan2...

Kelmarin adalah cuti umum bagi Jepun. Memandangkan kami ada perancangan nak buat jamuan makan2 bagi junior lelaki yang bakal grad minggu depan, setelah bertanya jadual masing2, kami buat keputusan untuk adakan majlis tu kelmarin. Selalunya kalau buat jamuan, kami adakan kat rumah sendiri tapi disebabkan salah seorang dari tetamu yang diraikan tu baru je lepas operation kaki, tak logik laa kan nak biar dia panjat bangunan 5tingkat ni. Atas kerjasama junior lainnya, kami pinjam rumah mereka di International House, sekaligus jemputlah mereka sekali untuk join.

Tengahari khamis tu I dah mula prepared dessert, sediakan agar2 merah dan puding fruit cocktail berkuah. Petangnya selepas myLove balik kerja, kami keluar pergi beli barang2 pulak. Pagi kelmarin bangun awal untuk sediakan breakfast, cadangnya nak lajak tidur lagi sebab Rafiqh pun belum bangun tapi mata dah tak boleh nak pejam dek perut yang kelaparan. Nak kata awal sangat tu tak laa, pukul 7.30 dah pun masa tu. Celik2 mata terasa nak makan sosej roll so menggodek laa sosej roll sorang2 kat dapur. Elok siap masak Rafiqh dah ayahnya pun bangun. Kami breakfast sambil layan movie se-round, Bedtime Stories... Selesai breakfast I rebus telur, rebus udang, rebus ubi, then masak nasi goreng for lunch. Selepas zuhur barulah mula memasak. Menu utama mudah je iaitu mee rebus...

I cuma tumis asas kuah je, lain2 tu semua nak sambung masak kat rumah junior. Pukul 6lebih bertolak dari rumah, gedebak gedebuk pukul 7 semuanya hampir siap, sungguh mencabar nak masak sambil kontrol budak kecik sorang ni kat rumah orang. Dia tak reti dok diam langsung apalagi tak ada sesiapa pulak masa tu, sedap laa dok berlari dalam rumah tu. MyLove pada mulanya di"tugas"kan jaga Rafiqh bila I masak tapi tiba2 elok sampai kat rumah my junior, he got a phone call from his senior, bertanyakan programming robot yang tersangkut di kilang customer, so terpaksa laa dia balik rumah on-kan laptop dan settle-kan part tu dulu, tu laa pasal I kelam kelibut tak tentu arah, nasib baiklah si tuan rumah tu memang dah get ready nak bantu, terkocoh2 buat kerja elok pukul 7lebih tetamu2 pun sampai. Time diorang sampai tu Rafiqh dok elok main sorang2, bila dia nampak pakcik2 tu je terus "ghenggah"(=pulun) nangis. Memang dah agak dah, dia elergic dengan boys, hahaha. Dalam dok merambu airmata tu tak pulak dia nak lari datang kat I, tapi dok tercegat tengok depa nun sambil teresak2. Hapa laa... Selesai solat maghrib barulah myLove tiba. Upacara makan2 pun bermula... The boys kat sini memang selalu geram dengan Rafiqh yang jual mahal dengan diorang, they called him "shinchan", sebab perangai yang nak kat girls je, boys NO NO... Tapi elok dah lama sikit mood Rafiqh pun dah kembali ok, dah tak takut2 dah, sampaikan boys boleh umpan dia dok atas riba. Haa part ni memang ajaib sikit sebab biasanya hagham dia nak pi tenggek atas riba lelaki, kalau riba orang perempuan no hal, memang dia tak malu pun, hehe. Sempat jugak I snap 2 gambar dia... As usual, diorang tu umpan dia dengan makanan laa...

Gambar masakan tak sempat nak ambil semalam, lain kali I buat mee rebus lagi I tempek gambar kat sini with the recipe okey.



Jamuan semalam tamat pukul 9. Balik rumah terus tidur... Hari ni bangun lewat sikit, badan rasa kurang sihat. Awal2 pagi dah muntah2, ni pun tak ke mana2 sebab rasa tak larat sangat...

Thursday, March 19, 2009

...My 1st Pregnancy...

Sebenarnya hajat di hati nak buat entry tentang perbezaan pengalaman sepanjang pregnant-kan Rafiqh dengan si adik(walaupun baby ni baru je separuh dari keseluruhan perjalanan)... Tapi bila dok kumpul2 points tu rasa macam susah sangat pulak nak huraikan satu2, then I think it's better if I make 2 different entries, 1 for si abang and another 1 for si adik pulak. Nanti you all bezakan sendiri laa both of them, hehehe...

As for my 1st pregnancy, alhamdulillah secara keseluruhannya boleh dikatakan semuanya berjalan lancar, except for the 1st trimester(badly in morning sickness) and the final part(c-sect delivery)...

...1st trimester...
I found out that I was pregnant about a week after my grad day. Sejak awal lagi memang dah plan untuk tak bekerja so after my final year presentation, I was searching around for a part-time job, alhamdulillah I got an offer to work in the campus. Bidang kerjanya mudah iaitu sebagai translator, tutor dan pengalisa data, 6hours per day(10am-5pm, 1hour for rest) 4days in a week(mon-thurs), 6months(april-sept) contract.
The 1st trimester was the most challenging period for me due to heavy morning sickness. 24-7 vomitted non-stop, seriuosly sampai satu tahap I rasa serik nak pregnant lagi. I told myLove about that and he was just laughing, muehehehe... Vomitting continuously can cause our body to lose the energy and for the worst case scenario is dehydration, so dalam dok muntah2 tu I had to ensure that I consumed not less than 3liter water everyday, kembung perut weih... Morning sickness started around week 6 and stopped around week 14 of pregnancy.
My pre-pregnancy weight was 45kg, in the first 6weeks I gained 2kgs -> 47kg, then due to morning sickness I lost 5kgs -> 42kg... I started my job in morning sickness period, ulang alik ke kampus yang terletak belakang rumah ni je, setiap hari pi balik 30minit berbasikal/jalan kaki, naik turun bukit dan naik turun bangunan 5tingkat without lift, perghhh rasa diri ni cukup kuat masa tu... During my 1st pregnancy, myLove sangatlah sibuk dengan kerjayanya, apa saja yang nak kena buat I uruskan sendiri, dah laa time tu both of our cars are manual(I can't drive manual car), so pi mana2 naik bas! Kalau nak ke klinik for check ups, I pergi lepas habis kerja dengan teksi, myLove akan sampai kat klinik tak lama lepas tu. (Note: Klinik kat sini tutup pukul 6, myLove habis kerja 5petang, perjalanan balik 30minit, klinik tu dah laa jauh dari rumah, that's why I selalu kena pergi sendirian)... Even though I was badly in morning sickness, but I was so active(kes terpaksa) and sangat berdikari.
Biasanya lepas balik kerja I akan rest sejam dulu sebelum mandi, masak dan kemas rumah. Kadang2 tu boleh settlekan semua kerja tapi kadang2 tu half way je especially part memasak sebab tak tahan dengan bau2an tu, so I pastikan semua bahan siap dipotong sebelum mula menumis, kot2 kalau tak tahan sangat myLove akan sambung... Seronok jugak dapat ngelat tak masak, hahaha...
I lebih suka habiskan masa di rumah, badan yang tak selesa ni rasa tak best kalau nak keluar. Dah kalau keluar rumah pun badan rasa sama je, langsung tak memberangsangkan, baik laa dok lepak kat rumah je kan. Kalau pi makan kat luar pun balik tu sure muntah balik.
6weeks

...2nd trimester...
Entering the 2nd trimester, I was so energetic and healthy, rasa macam before pregnant. I mula rasa movement baby at around 18weeks of pregnancy. I started to wear maternity clothes after week 20++.
I selalu mimpi baby boy, myLove pun sama. Bila doktor nak check gender baby tu rasa berdebar2 laa jugak cause myLove sangat mengharapkan 1st baby ni boy. Alhamdulillah, dimakbulkan... Tak lama lepas tu kami decided his name...
As for the regular check ups, disebabkan tak banyak yang nak dibincangkan dengan gynae, setiap kali check up sekejap je dah settled, resultsnya pun doktor puas hati... Cuma ada few times yang doctor mentioned I kurang iron, tapi tak ditahap membimbangkan... Sepanjang pregnancy ni, I cuma alami sakit pinggang yang minor(except for sakit tulang pinggul kanan masa 1st trimester), alami leg cramps hanya 2-3kali saja, hidung berdarah sekali dan bengkak kaki pun tak sampai seminggu, alhamdulillah kinda lucky...
Dari segi emosi pulak, alhamdulillah no mood swing, I was happy all the time. Mungkin sebab persekitaran yang sangat merangsang, tambah2 pulak pregnancy ni memang dah lama dinanti, myLove jugak sangat bertolak-ansur. Sepanjang 9bulan tu kami tak pernah, yes TAK PERNAH sekali pun berselisih faham, hohoho...
Seperti juga ibu2 mengandung lainnya, banyak benda yang I idamkan. Ada yang specific dan ada juga yang biasa2. Yang specific tu macam nasi kenduri, luckily I dapat makan my jiran kahwin beberapa hari sebelum bersalin, kalau tak, mengidam tak sudah laa jawabnya, hahaha. Yang biasa2 tu memang biasa saja laa, asalkan dapat je walaupun tak cukup bahan atau tak sedap mana pun. I juga agak bernasib baik sebab dapat kontrol keinginan2 tu, lagipun I kan dijadualkan balik bersalin di Malaysia so I sangat sabar untuk penuhi keinginan2 tu selepas menjejakkan kaki di Malaysia, hek...
21weeks

22weeks

24weeks

...3rd trimester...
I was in week 29 when Ramadhan came. I was so happy cause I thought I could fasting for the whole month. But since it was summer at that time so I didn't managed to complete my fasting, berlubang 3hari...
We went back to Malaysia on 5th october 2007, a week before raya, at that time I was in 32weeks of pregnancy. A week after raya, myLove went back to Japan alone. Melalui saat2 akhir pregnancy, melahirkan dan berpantang tanpa suami di sisi bukanlah masalah besar buat I. I menangis 2-3hari je but then happy balik macam biasa. Rindu2 tu biasa laa, setiap hari chat, webcam dan calling2 ym/phone...
Despite all that, diakhir2 pregnancy ada beberapa masalah iaitu kepala Rafiqh tak dapat engaged due to saiznya yang besar. Selepas penilaian dibuat, I terpaksa melalui c-sect delivery... Actually, sejak awal kehamilan lagi doktor dah cakap yang saiz Rafiqh selalu lebih dari average. Tapi sebab tak ada pengalaman dan tak diperingatkan doktor tentang langkah berjaga2, I tak ambil kisah sangat tentang saiz Rafiqh, sehinggalah bila dah balik Malaysia, bila pergi check ups dekat2 due date tu, doktor sebut tentang kemungkinan Rafiqh tak boleh lahir secara normal. Rafiqh terlebih besar buat maknya yang sememangnya kecil ini. 3.61kg mungkin normal bagi orang lain but not for me, 3.3kg tu dah habis limit dah buat I yang agak rendah ni(152cm)...
In my 1st pregnancy, I gained around +-12kgs. Right after giving birth, my weight was 50kg. Lepas Rafiqh dah besar sikit baru I start diet, I reached 47kg just before I'm pregnant again...


28weeks


30weeks


Gambar2 30weeks++ ada dalam kom lain...
Next time sambung pasal adik pulak...

Bayi bermusim...

Kalau tengok pada tajuk tu agak2 siapa boleh teka apa isi kandungan entry hari ni? hihi...
Selalu dengar orang kata baby/toddler ni berubah2 fasanya, baik dari segi rupa paras(kejap2 macam mommy, kejap2 iras daddy), tak ketinggalan jugak dari segi perangai/ragamnya. Yes, it's true!

Bercerita dari pengalaman sendiri, memang tak dapat nak ramal perubahan2 Rafiqh ni. Sejak dia lahir hingga usianya mencecah hampir 1bulan, dia sangatlah baik, dia tidur almost all the time, dalam 24hours tu bangun around 2-3hours je, sampaikan tengah2 mandi pun dia boleh tidur. Mak mana laa yang tak senang hati kan tengok anak macam ni, apalagi kalau tengok sejarah kami 6beradik yang semuanya ada "sawan tangis", huh gerun aih kalau kena kat diri sendiri. Tapi, keindahan tu tak selalu berpanjangan, tetap juga diuji di pertengahan jalan...

Ketika Rafiqh hampir berusia 1bulan, tiba2 dia suka menangis sekitar waktu maghrib, berjam2 sampai dia penat, kadang2 2jam kadang2 sampai 4-5jam, luckily once dia dah tidur dia tak nangis lagi, tapi tu pun dah cukup buat I risau especially bila memikirkan macammana nak deal dengan dia bila balik jepun nanti kalau dia dok buat perangai macam tu lagi...

Kisahnya begini... Abah ditukarkan kerja ke Penang beberapa tahun lalu, mak dan adik2 pulak di Ipoh, so abah dan mak jadi weekends-husband&wife laa, abah berulang balik Ipoh setiap petang jumaat dan balik Penang semula pagi isnin, bukan jauh pun 1jam setengah je... Sehingga laa masa Rafiqh dilahirkan abah masih kerja kat Penang, so setiap petang jumaat abah akan pulang ke Ipoh. Pada suatu hari(macam cerita kanak2 pulak, haha), abah balik macam biasa, sampai rumah selepas maghrib. I, adik2 dan Rafiqh dok di ruang tamu utama sambil nonton tv. Bila abah lalu je dekat kami, Rafiqh mula menangis non-stop, berterusan begitu selama lebih 2minggu. Pada mulanya, semua orang tak perasan perkara tu tapi sebagai ibu, I dah boleh rasa kelainan tu tapi tak sampai hati nak cakap, takut abah berkecil hati pulak. I pendamkan je, sambil2 tu kami buat macam2 untuk pulihkan Rafiqh(tak termasuk berubat). Sebenarnya I dah cadangkan suruh berubat tapi sebab abah mak lebih berpengalaman berurusan dengan baby meragam ni, bila depa kata tak perlu, I tak boleh nak cakap banyak. Menurut abah mak, Rafiqh tak tunjukkan tanda2 "diganggu" sebab dia nangis sekitar maghrib tu pun kejap je, bla bla bla, panjang lagi ulasan, malas I nak tulis. Dipendekkan cerita, hinggalah pada suatu hari my grandma datang dari kampung, as usual waktu siangnya Rafiqh memang baik, tidur je tapi sebaik masuk maghrib dia berubah. Nenek I kata budak ni ada gangguan ni, so dia paksa abah bawa Rafiqh jumpa orang alim untuk berubat. Only then I told my parents what was in my mind. Mak kata abah ulang alik Penang-Ipoh tu memang melalui sebuah terowong yang agak "keras", selalu dengar cerita pelik2 pasal terowong tu. Mungkin laa ada "benda" ikut abah balik, ermmm mungkin jugak... Keesokan harinya abah terus buat appoinment dengan imam besar masjid negeri, tapi punya laa susah nak jumpa dia, since abah pun busy so abah cuma "hantar" wakil je. Dari apa yang diberitahu, katanya memang ada gangguan, so dia bagi satu botol air mineral yang dijampi, suruh bagi Rafiqh minum, sapukan pada badan Rafiqh dan juga sebagai air mandi. Rafiqh ni sejak kecil liat nak minum air selain susu, boleh sumbat je laa tapi dia tak hisap pun, yang masuk dalam mulut pun dia luah balik. Kami cuma boleh guna sebagai air sapu dan mandian je. Dengan kuasa Allah, sebaik saja mandikan Rafiqh dengan air tu, malam tu dia dah tak menangis lagi, hari2 berikutnya pun he was back to his ryhthm, alhamdulillah... Masa Rafiqh dok buat perangai tu, adakalanya I rasa stress laa jugak, stress dengan diri sendiri cause nothing I could do. Namun kata2 abah buat I sedar... "sabaq ja laa, ni laa asam garam nak besaqkan anak. sat2 depa baik, sat2 depa buat perangai. time depa buat perangai tu kita kena yakin hat tak elok tu tak lama, esok lusa ok balik. depa ni bermusim, nanti umoq 8bulan lebih tu dah senang nak jaga..."

Part bermusim tu laa I selalu jadikan sandaran bila si Rafiqh ni tiba2 taknak makan, tiba2 tidur malam tak nyenyak, tiba2 tidur siang susah, tiba2 mandi pun mengelak, haihhh macam2. Bila fikir2 yang semua kerenah tu tak kekal, sat saja, rasa hati ni lebih redha sebabnya I ni bukan jenis yang penyabar...

Apa jua kerenahnya sekarang, semoga bila besar nanti jadi anak yang soleh, anak yang baik dan taat, amin...

Wednesday, March 18, 2009

Siapa tahu sayur apakah ini?!

Adoi, penat sungguh. Penat tidur, hahaha...
Pagi tadi lepas Rafiqh bangun tidur lebih kurang pukul 10.40, I terus bersiap2 nak bawa Rafiqh ke klinik. Sejak masuk musim luruh tahun lepas, kulit Rafiqh jadi kering. Sejak dia lahir hinggalah dah besar, I memang tak pakaikan dia bedak powder atau losyen, dia cuma guna minyak zaiton je, multi-purpose! Kulit melecet ke hapa ke semua tibai sapu minyak zaiton, hehe. Awal2 kulit dia kering tu, I letak minyak zaiton, mula2 memang berkesan tapi lama2 kurang menjadi pulak, especially tang betis dia, jadi kasar2. Then, I tried to apply lotion baby pulak. Sama jugak, mula2 nampak improvement but after few weeks, back to before. I cuba pulak medical lotion, great, it's works! Tapi sejak 2-3hari lepas, kulit bahagian betis dan dada dia jadi merah2 dan gatal. Waktu siang kulit dia biasa je, tak ada merah2 cuma kasar yang sikit je, dia pun tak ada pulak tunjuk rasa tak selesa, tapi bila nak tidur malam tu je, dia mula menggaru dan gelisah. Nak kata panas, I ni sejuk tak hingat. Tak tau laa tang mana dia tak selesa tu... Kalau boleh bercakap kan senang, habaq mai senang nak buh ubat tapi cakap pun bahasa kuntau2, hadoi laa, mamanya nak tidur pun tak nyenyak, dok asyik kena gosok2 kaki dan badannya. Sebab dah 2-3hari I tak cukup tidur, so tadi pagi bawa pi jumpa doktor. Doktor bagi ubat sapu je pun, katanya musim bunga ni banyak elergic tumbuhan/debunga, so kena extra careful dengan bakteria2. Part tak bestnya tu, bila siang kulit dia ok je, tak nampak apa2 pun, I nak jumpa doktor pun naik segan, kang doktor tu kata over pulak mak budak ni, hehe. Tapi dah myLove insist jugak2, takleh derhaka laa kan. Alah, myLove tu memang gitu, dia kuat belek anak dia. Kot kalau bercalar sikit pun dia akan tanya I kenapa anak dia itu ini. Sayang sangat anak dia tu, cet!

Lepas settle hal klinik, I pergi beli barang sikit kat supermarket then terus ke Daiso 100yen shop. Bila sampai kat supermarket, both of us dah lapar tahap gaban dah, mau taknya, dah pukul 11.30, time kami lunch dah pun. Sebab ada lagi tempat nak pergi, so I beli makizushi je laa, buat alas perut sebelum makan nasi kat rumah. Settle semua2 kerja terus balik rumah. Penat nak mampuih dukung pakcik 10kg ni naik tangga dengan barang2, termengah2 tercungap2 jugak laa sementara nak sampai atas. Rafiqh ni setakat 5-10 anak tangga dia boleh laa panjat, tapi punya laa lambat, yang baki 50++ tu dia takmau dah, terpaksa maknya dukung.

Lepas lunch tu, I dah sengkak makan banyak sangat plus penat lagi, terus terbongkang tidur dengan Rafiqh. Pukul 1 tidur, 3.40petang baru bangun, hahaha tak senonoh langsung. eh tak pe laa kan, sekali-sekala, qada tidur beberapa malam yang tak cukup tu, hihi...

Habis dah cerita sampingan, mai nak masuk topik entry atas tu...
Setiap minggu pasti ada saja orang bagi sayur laa, buah laa, hapa laa... Alhamdulillah murah rezeki. Tapi yang buat I risau setiap kali nampak myLove bawa balik beg plastik putih ni ialah sayur apa pulak laa yang cik abang ni dapat... Ya betul, saya tak kenal sayur okey! Kadang2 tu bukan setakat tak tahu nama, tengok pun tak pernah. Dah tu, lagu mana cheq nak masak, cheq taktau!

Kalau dapat buah memang best laa, sebab buah2 orang bagi ni kualitinya yang bagus2, biasanya harganya mahal2... Kalau dapat banyak sangat sampai tak larat makan, I akan potong2 dan campak je dalam mixer, buah jus buah, takpun bagi kat junior2. Tapi kalau dapat sayur ni memang lemah sikit, sebabnya junior2 I pun tak reti nak masak/tak suka makan sayur2 tu. Kalau basic sayur macam bawang ker, kobis ker, karot ker, kentang ker, keledek ker, no hal laa, kita memang selalu guna pun kan. Tapi kalau dapat yang pelik2 atau jarang makan macam lobak putih, kekacang dll tu, hadoi laa, kalau sikit2 tu I mampu lagi paksa2 diri suruh telan, tapi selalunya diorang ni bagi banyak sungguh... Sayang tengok sayur2 tu masuk plastik sampah...

Ni sayur yang 3minggu I kumpul, hehe. Disebabkan bungkus elok2 kemas2 dalam fridge, sayur2 tahan lama, tak layu pun... Haa bawah ni sayur apa? I selalu tengok orang jepun pakai sayur ni buh dalam nabe(steamboot) je. Depa takpa laa, memang makan nabe kerap pun time2 sejuk ni tapi kami ni makan masakan melayu, tak reti aih nak buat apa.

Sayur bawah ni yang belah kiri tu I tahu, yang kanan tu tak tahu. Nak kata lobak putih, rasanya yang bulat tu orang jepun panggil かぶ(kabu), yang panjang tu tak tau laa pulak, tapi apa ek dalam bahasa melayu? Nak masak hapa pun tak tau, tu yang dok perap lama2 tu, ish!

Brestfeeding and Myths...

Hari ni jadual I agak penuh, banyak benda nak kena uruskan. Kalau sempat petang nanti I post another entry, kalau tak sempat, esok2 saja laa... Untuk hari ni, I ulang-tayang entry lama yang I ambil dari flickr...

Salah satu asas utama untuk berjaya dalam penyusuan susu ibu ialah ILMU, ianya adalah kayu ukur yang menilai sejauh mana seorang ibu itu faham dengan apa yang dia sedang lakukan. Alah, ilmu tu kan basic setiap perkara, Rasulullah sendiri memberi penekanan tentang kepentingan ilmu dalam segala aspek kehidupan. Memang diakui, ada jugak ibu2 yang menyusu membuta tuli dan berjaya capai targetnya, tapi berapa kerat sangatlah kan. Lagipun adakah mereka benar2 berpuas hati dengan hasilnya?! Berbeza dengan ibu2 yang menyusu berbekalkan pengetahuan, mereka faham konsep susu ibu dan ianya memudahkan mereka untuk mengatasi sebarang masalah yang datang... Informasi2 berkaitan breastfeed ni perlulah disokong dengan kajian yang terbukti ye, bukan dari cakap2 orang semata. So, we must know which is the fact and which is the myth...

Dipanggil mitos kerana kepercayaan ini langsung tak berasas dan telah dibuktikan oleh sains bahawa ianya karut semata... Adakalanya mitos2 ini menjadi satu beban kepada mom-to-be and even mom pun, sebab ianya melemahkan semangat mereka untuk breastfeed. So, please, before you believe it, do a research, try to find out the truth! So, ni I senaraikan apa yang I pernah dengar dan terbaca, maybe ada banyak lagi... *you guys boleh tambah...*

1. Mommy tak datang haid sebab darah tu jadi susu
- Eeiii geli tau! Actually, period ni it's depends on few factors such as hormone and etc. Kalau berminat nak tahu details, boleh tanya or google je laa! I malas nak described berjela2.

2. Menghalang pregnancy
- Once dah datang haid, anytime you can get pregnant! Right?!

3. If your mom failed to breastfeed, you have the posibility to fail too
- Nope, basically, ALL women CAN breastfeed, unless she has health problems or she has no breasts!

4. Baby boy minum lebih dari girl
- No, tiada bukti sains atau kajian menunjukkan kesahihannya. So jangan terpedaya kalau ada orang kata, "oh baby boy yer? minum banyak ni, mesti tak cukup susu kau, campur2 laa dengan formula milk" atau "oh baby girl ya? minum sikit2 jer ni, nanti cepat laa susu kau kering!" itu semua tipu semata!

5. If mommy do not breastfeed her baby in 24hours, susu tu akan BASI
- hahaha, lawak sungguh. How could susu dalam badan boleh basi?! aiyaa, tak logik, tak logik!

6. Anak hanya boleh disusukan hingga usia 2tahun. Kalau more than 2 years, anak tu minum darah!
- What?! Dalam Al-Quran disebutkan penyusuan 2tahun, itu adalah saranan, sebaik2nya 2tahun. Tapi bukanlah beerti 2tahun je, mesti stop. NO!

7. Right breast is rice and left is water
- both breasts have exactly the same function, so they produce SAME milk, no different at all ok!

8. Pregnant mommy should not breastfeed sebab susu tu kepunyaan anak yang dalam kandungan
- NO! susu tu hak baby dalam kandungan hanya bila dia dah lahir! Dan tak salah pun kalau nak susukan 2@3 orang anak satu masa, dengan syarat susu memang cukup, and the youngest membesar dengan baik.

9. Breastfed baby tak akan sakit
- diakui susu ibu adalah makanan terbaik bayi, lengkap segala mala nutrisi yang diperlukan, tapi ia bukanlah jaminan yang anak tu tak akan sakit langsung! Manusia biasa, akan sakit laa juga. Baby yang minum susu ibu bukan superman atau ultraman, hahaha...

10. When a baby or mommy is sick, it is better not to breastfeed
- Nope! Sebaliknya, when a baby or mommy is sick, breastfeeding is more important than ever. Let say mommy tu demam, she needs to take medication, don't worry that the drugs will harm the baby because most drugs come out into the milk in such tiny quantities that it is extremely unlikely to be clinically significant for the baby. Consult laa dengan doctors.

11. Baby perlu diberi air masak sebab dia dahaga, tak boleh laa asyik bagi minum susu saja
- yang ni pun satu hal jugak, dah kalau dicampur2 benda lain, tak nama exclusive breastfeed dah laa. Jangan terkejut kalau jumpa parents yang anak umur sehari dah suap bubur dll, lapar katanya, sorry to say, BODOH!!! Allah ciptakan baby bila lahir jer dia mampu hidup minum sikit2 je susu ibunya (sebab breasts biasanya perlukan few days before produce milk).

Honestly, I dulu pun ada jugak terpercaya dengan mitos ni especially yang nombor 1, 2, 3, 4 dan 8. Tapi tak laa sampai percaya yang darah haid jadi susu, tu dah mengarut sangat. Nonsense! Dulu I selalu dengar orang kata breastfeeding ni satu cara untuk merancang kehamilan, kononnya bila breastfeed tak boleh pregnant laa, hehe. Dungu jugak I ni yer! kahkahkah... Eh tapi at least I have opened my mind to learn, better than mommies out there yang terus give up!

Hey girls (whether you are mommy or not, nevermind, one day you will be a mom, insyaAllah) lets fight for our babies' right! They deserve the BEST milk, it is our breastmilk! The milk is a SPECIAL GIFT from Allah to our babies... Faito, faito!

Tuesday, March 17, 2009

Masak2...

Ni menu hari ahad dan kelmarin... Bila asyik dok upload entry foods ni, terasa diri ni over sangat bab makan, kang gemuk gedempol baru padan muka! Ish risau pulak dibuatnya, dah laa lama tak timbang, la ni pulak dah start musim "lapar sepanjang masa", sungguh bahaya ni. Lepas ni kena sediakan stok buah, sayur, kismis dan yogurt banyak2 balik, buat bahan kudapan. Coklat, aiskrim dan junkfoods dilarang makan, kadang2 je takpa, hahaha...

Ahad lepas masak ayam 3rasa dan sayur campur masak air je untuk lunch. Simple...
Ayam 3 rasa
Bahan2:
ayam dipotong kecil2 dan digoreng separuh masak
minyak untuk menumis
*bawang merah/bawang besar
*bawang putih
*halia
*serai
*cili padi/cili hidup
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos thai
3 sudu besar pes tomyam
garam,gula
daun limau perut
daun ketumbar
bahan bertanda * dikisar halus
Cara2:
1. panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
2. masukkan sos cili, sos thai dan pes tomyam
3. masukkan ayam, garam dan gula
4. setelah hampir masak potong daun limau perut dan daun ketumbar untuk ditabur
Sayur ni tibai ja segala hapa ada dalam fridge, campak ja semua2, senang kan... I buat sayur air tak tumis, cuma masukkan bawang putih dan bawang besar yang dimayang halus, then bubuh perasa dan sayur2 ikut step mana yang lambat empuk masuk dahulu... Boleh buh ikan bilis, udang kering atau telur jugak, siap!
Hidangan petang dan malam kelmarin...
Lepas lunch kelmarin terasa nak makan kuih sagu, godek2 myResepi jumpa laa resepinya, terus pi buat, 2jam lepas tu dah ngap... Tak jadi sangat pun kuih sagu ni, ni first time buat, sebelum ni tengok mak je buat, tak pernah try walaupun suka sangat makan, haa hambik, dulu takmau belajar, sekali bila buat terlembik pulak. Setakat tekak Rafiqh dan mamanya, memang boleh laa nak telan, dah habis dah pun buat breakfast pagi tadi... Kat sini tak ada kelapa parut fresh so bantai pakai kelapa parut kering tu. Oleh kerana kuih ni tak jadi, taknak laa buh resepi, hehe...


Disebabkan encik suami tak makan kuih sagu, terpaksa laa puan isteri menggulung tuna roll untuk minum petang. Pakai tuna baki nasi goreng Rafiqh, dapatlah 8ketul ni.

Tuna roll
Bahan2:
2keping roti Jepun(dibuang bahagian tepi, slice supaya nipis jadi 2keping, canai supaya padat) - kalau roti Malaysia 4keping
tuna yang dicampur mayonis dan serbuk lada hitam(boleh buh cili padi kalau mau pedas)
timun, karot - di potong panjang+nipis
air - fungsi sebagai gam

minyak - untuk menggoreng
telur - dipukul dengan sedikit garam
serbuk roti(masa kat Malaysia dulu, I pakai roti 4segi yang dihancur2kan)

Cara2:
1. roti yang dah nipis dicanai tu diletakkan tuna, timun dan karot, digulung dan dilekatkan dengan air pada hujungnya
2. sebiji tu boleh potong 2(macam dalam gambar)
3. celup dalam telur dan golekkan dalam serbuk roti
4. goreng dalam minyak yang agak banyak


Ni pulak menu dinner, buat acar telur dan ayam tandoori. Malam2 I jarang lalu makan nasi, selalunya makan buah, roti dan susu je, tapi tergoda dengan tandoori, makan laa tandoori dibalut salad cicah mayonis, nasi tak makan pun...

Ayam tandoori
Bahan2:
sekeping dada ayam-dikelar atau dicucuk dengan garfu
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar plain-yogurt
1 sudu besar rempah tandoori
1 sudu besar minyak masak

gula

Cara2:
1. perap ayam dengan semua bahan2 tu sejam atau lebih
2. bakar dalam oven hingga garing, boleh jugak digoreng