Monday, June 20, 2011

Weaning off Raziqh Takeshi

Raziqh dah selamat graduated dari dunia penyusuan susu ibu secara rasminya ketika berusia 1tahun 8bulan, ketika itu usia kandungan baru 14minggu, dan hanya 4bulan saja lagi untuk complete-kan 2tahun penyusuan susu ibu. Kali ni pun tewas untuk penyusuan lengkap 2tahun, cuma ok sikit laa dari Rafiqh, Rafiqh cuma dapat menyusu untuk 1tahun 4bulan, kira ada peningkatan laa kan, hahaha, boleh pulak gitu?! Cover2!

Kali ni pun sama jugak macam Rafiqh dulu2, I belum pun bersedia nak wean off Raziqh, terasa sukarnya tu melebihi ketika dengan Rafiqh dulu. Punca utamanya ialah sebab Raziqh ni dirasakan manjanya melebih2, dia tak macam Rafiqh yang lebih independent dan matured. Raziqh ni walaupun dah setahun lebih tapi still macam baby lagi, sebab tu laa I jadi sangat tak sampai hati walaupun hanya untuk memikirkan tentang wean off ni. Tak nak bayangkan betapa kami nak kena struggle untuk proses tu. Ish rasa macam susah sangat2 laa. So bila orang tanya bila nak stop breastfeeding(bf-ing) Raziqh, I memang taktau nak jawab apa, cuma mampu kata "tengok laa macammana nanti". Hati jadi berbelah-bagi, at 1 side I rasa macam nak gamble je menyusu, at another side rasa macam nak stop-kan before baby lahir, sebab memikirkan "kesan2" positif dari wean off ni...

Awal2 tu I cuba pendekatan bercakap dengan dia "boleh tak kalau Raziqh wean off sebab Raziqh dah big boy, mou sugu onichan ni naru yo(=tak lama lagi nak jadi abang) bla3", keep saying benda yang sama ulang2 sambil kurangkan sesi penyusuan pada waktu siang. Proses mengurangkan sesi ni agak mudah sebab kami kat Malaysia, dia lebih sibuk nak main dan keadaan mama yang mabuk teruk buatkan dia makin kurang menempel kat mama so somehow dia cuma cari mama bila nak tidur saja. Malam2 memang tak boleh buat apa laa, asal terjaga mesti demand nak bf. I pun malas nak distract or whatnot, just go on with the flow, hanya waktu malam dapat rest betul2 so takmau stress-kan diri...

Kami balik Malaysia awal februari, dalam awal mac tu Raziqh dah tak menyusu siang selain untuk tidur. Susu pun dah makin berkurang, dia lagi banyak minum susu dalam cup, bf hanya bila nak lelap saja. Bila tengok dia dah boleh adapted, so we slowly switched to the next step "no bf before sleep", yang ni memang susah especially bagi yang fully direct bf since baby. I ambil pendekatan yang sama macam Rafiqh dulu, belikan dia feeding bottle, haha, anak orang lain umur ni dah nak stop botol, I pulak baru terhegeh2 nak on, arghhh lantaklah, ada haku kesah?! Awal2 tu dia tak reti pun guna botol susu ni, haiyaaa jenuh pulak nak mengajarnya, tapi tak lama pun, selepas 3hari bergelak-ketawa dengan aksi2 jakun dia, akhirnya dia pandai jugak minum pakai botol. Cumanya sampai saat ni pun still tak reti minum sambil baring, dia tonggang sambil berjalan, adehhh...

Pun begitu, botol susu bukanlah jalan penyelesaian untuk operasi tidur tanpa bf ni, tak macam Rafiqh, dia tak pandai menyusu botol sampai tertidur. Selalunya dia habiskan susu dulu, lepas tu kena pulun ulit2 untuk tidurkan dia. And again, I was so lucky, masa ni my sis-ateh dan my bro-adik banyak membantu, depa yang akan tolong tidurkan Raziqh, phewww just after few days dia boleh tidur without bf...

Next, misi bercerai susu pada waktu malam. Honestly part ni memang mencabar, mesti ramai ibu2 yang setuju kan?! Kalau dia terjaga waktu malam, botol susu bukan solution untuk dia kembali tidur so I cuma boleh "bercakap2" je supaya tak menyusu lagi. Alhamdulillah proses ni tak sesusah yang I jangkakan, dia boleh terima dengan mudah, sehari dua saja diperlukan, bila dia merengek2 tu I just peluk2, tepuk2 dan bercakap. Purata keseluruhannya, dalam 2minggu gitu dia dah fully stop bf siang dan malam...

Meragam?! Of course ada! Lepas settle semua misi2 ni, ada 1 hari tu dia buat hal, asyik meragam. Walaupun I tahu dia boleh calm down dengan bf, tapi I tak reverse balik. Just let him buat hal tapi geram laa jugak. The next day pun dia still buat perangai, serba tak kena jadinya so bila mak kata bagi laa dia menyusu, ketagih kot, kesian kat dia. Sebab dah tak sanggup dengar dia merengek2 so I pun bagi laa dengan 1 statement "ni last ok, no more bf!". "Ok mommy, fine!", hahaha agaknya tu laa yang dia jawab kot, sebab lepas tu dia dah tak minta dah, kuang3. Maka berakhirlah sudah kisah penyusuan susu ibu mama dan Raziqh...

Kali ni tak rasa sedih-syahdu-ralat-emosi-meruntun-jiwa macam masa Rafiqh, mungkin sebab dah ada pengalaman dan dia pun dah besar sikit(compared to Rafiqh dulu). Malah ada semacam perasaan lega pulak sebab sesenang ini nak wean off-kan dia. Seperti yang I mentioned awal2 entry ni tadi, ada "kesan2" positif jugak sebenarnya di sebalik wean off ni, nanti tulis dalam entry lain yer insyaAllah...

Konklusinya, walau apa sekalipun, never underestimated your baby eh, keh3. Kadang2 yang tak mampu tu mak-nya tapi anak pulak dipersalahkan...

Ni 2 entry pernah I tulis tentang weaning off...
How do I wean?
Pengalaman wean off Rafiqh -> Weaning

10 comments:

Unknown said...

alala..cian raziqh..takpe2 demi adiknya mesti dia sanggup berkorban macam rafiqh dulu..ehe..tp seriously tini pun rasa sangat nak ada baby kecik jugak..huhu~~

Raudhah anje said...

waktu die bangun malam masih belum berjaya lagi fith..cuba jugak lengah2kan bagi b dengan harapan die tidur balik. Tapi tak sudah2 die mintak jugak...makin kuat merengek ada la.Nak ajar tidur tanpa menyusu pun kemain susah lagi.Sekarang pun masih tanya lagi setiap malam sebelum tidur.. Jenuh duk bagi macam-macam alasan :(

Ina said...

kiter pn dh berfikir2 tentang soal ni. selain sbb nk pindah msia ada lagi beberapa sbb lain yg buat kiter pk skrg ni masa yg 'selesa' utk wean. tp berbelah bagi samada nk start wean skrg or lps blk msia nnt. rasa syg sbb lg 2 bln je nk cukup 2 thn. tp dlm masa yg sama kalau lps blk msia masa tu br pindah. so situasi n keadaan semuanya sgt baru. dgn nk dkt puasa n raya lagi. so takut jugak jd kelam kabut mana nk deal dgn anak n dgn mcm2 hal lagi. sbb kiter rasa ihsan ni mcm susah je nk wean huhu. xtaula kan. papepun harapnya dipermudahkan.

Fith said...

Tini,
itu lah,kesiannn.org ckp takat itu je rezeki dia,sebagaimana dia 'redha',si ibu pun kena redha,kalau tak,mau sakit jiwa jugak fikirkan rasa bersalah tu,hehe.
ish tini,nak baby ek,cepat2 laa.takde halangan pun kan?hihi

Fith said...

Anje,
mmg benda ni depends on budak2 tu jugak kan.kira anje punya pengalaman tak horror mcm sesetgh ibu tu kan,dah berjaya utk siang dah kan,mlm2 mmg susah sket,that's normal.perlukan sikit masa je lg nak bg yaya tu rasa selesa n bersedia nak wean,insyaAllah.haa skrg dah preggy kan,boleh pakai alasan baby pulak kot,hehe.
sabar ek,tak lama dah tu.gambatte ne!

Fith said...

Ina,
oh ihsan masih bf yer?good2!lg 2bulan dah complete,ii ne!
bab wean off ni sgt bergantung pd kita n baby,bila rasa dah bersedia n it's the right time,just do it.pedulikan apa org nak kata,hehe.
klau ikut fith pun both tak bersedia sgt,slowly je masuk phase tu,tp bila nampak ada jalan je terus buat.alhamdulillah so far senang2.
gambatte ne,moga dipermudahkan jugak!

oajsamid said...

betul tu fith, mmg bab2 weaning off ni depends pd ibu, baby n the condition waktu tu. masa anak first, mmg alasannya sebab tgh pregnen anak seken . tp bila tiba anak seken, mmg xde alasan lain yg cukup kuat nk wean kan dia. mcm fith juga, sgt berat nk `melepaskan` momen2 indah tu. the bonding, etc.huhu.

but then, berbalik pd kita nk hentikan bila. so akak ambik birthday dia yg kedua sbg "Kikkake", sbb akak xyakin akan cukup `kuat` nk wean kan dia selepas dri itu, while sendiri rs dah tak larat nk layan kehendak dia menyusu. hari esoknya terus start proses weaning n terus berjaya (?). haha. tp melalak tetap melalak. haru lah juga..

tp tu pon dah buat step by step sblm dia 2 thn lg. mmg kena buat hati kering sikit n sabar nk pujuk utk tak beri susu kita. huhu...
alhamdulillah, igai to smooth datta. kita pon rela, anak pon redha. hihi..

sebagaimana mencabarnya mula bf, proses tuh tetap penuh cabaran hingga ke `titisan susu terakhir`. :p yg pntg kita dh cuba yg terbaik menunaikan haknya sbg anak kan. hehehe..
seronok fith, lps ni boleh smbg bf anak third pulak ;)

Fith said...

kak oja,
dah settle laa ye yg 2nd pun,alhamdulillah.mmg akan ada drama sket2 kan,betul2,kena hati kering sikit,kalau tak,dok asyik main tarik tali je laa,huhu...

tu lah kak,ni tgh 'rest' kejap b4 sambung kat 3rd baby pulak,phewww,haha...

Dinda Boutique said...

haa, unlike akak nye kesah, adam nye ni lagi spesel.sy xde niat pun nak weanoff die infact nk je cont smpai baby lahir.tapi die sdr yg xnk!so 1 tahun 5 bulan berakhirla journey bfeeding die.

xtau nk ckp sdih ke x sbb sy xpakse die pun mmg die sdr xnk kak.sy ade bc2 gak ade org kate susu ibu rs lain bile pregy.so myb sbb 2 adam xnk kut.gud thin is sbb sy xyah fenin2 cemane nk cerai susu.tp bad thin susu ade lagi ms 2 tp die yg xnk :( so sy pun redha saje lah :)

Fith said...

Faeeza,
takpe,yg tu lg senang.sama mcm rafiqh dulu,mmg susu ibu pd tri kedua rasa dah lain,sbb time tu kolustrum dihasilkan,ada kemungkinan anak yg nyusu time tu akan reject.
redha je laa,takat tu je rezeki dia.insyaAllah pasti ada hikmahnya kan...