Barang2 keperluan baby masa dalam pantang semuanya I tinggalkan kat rumah mak, cuma ada laa baju2 newborn yang orang hadiahkan kat Nihong ada kat sana. I dapat tahu yang I confirm pregnant pun lebih kurang 3hari before balik Malaysia hari tu so memang langsung tak sempat nak sentuh barang2 baby yang dah simpan lama dalam box. Lagipun kalau ikut planning asal, kami sepatutnya balik Nihong awal jun dan kembali ke Malaysia semula awal ogos untuk bersalin. Namun, ketentuan Allah mengatasi segalanya, anak2 dan I takkan kembali ke Nihong dah sampai laa habis berpantang nanti. Makanya barang2 baby yang kat Nihong tu tak dapat laa nak dipunggah, huhu, sedikit terkilan sebenarnya, rasa ralat pulak nak membeli barang2 baru sedangkan yang lama2 tu masih elok. Sebab taktau lagi baby ni girl or boy so tak membeli lagi pun baju2 untuknya, cuma beli keperluan dalam pantang je...
(1) Barut dan bekung baby
- Dulu dah tempah beberapa set barut baby dari kawan mak tapi untuk newborn tu dia salah jahit, kecik sangat. Dah sebab tertempah banyak, pakaikan je laa untuk 2R. Cumanya untuk baby baru ni saja je tempah lagi, tempah 2helai untuk saiz newborn dari my dear friend-Tini, sapa2 berminat nak tempah boleh tengok blog TinyTini, macam2 ada...
Kemudiannya tempah bedung baby jugak. Bedung baby dari kain kasa kat rumah mak cuma ada 2helai, tu sejak zaman kami kecik2 lagi mak dah guna, turun-temurun sampai laa ke cucu2 pulak. Kalau bedung pakai kain lain memang tak best, kena pakai kain tu jugak baru kemas dan tahan lama. Dah cakap2 kat mak, nanti kalau nak bersalin lagi I nak tempah lagi bedung baby so bila tau pregnant je terus laa menempah. Tempah sehelai dulu untuk testing, selalu dok tengok kat blog orang jual tapi taktau pun 'rupa' bedung tu macammana, so bila dah dapat yang Tini jahitkan ni owhhh sama laa macam yang I dok guna selama ni pun, macam kain bedung yang hospital dok guna tu. Rasanya cukup kot sehelai ni, campur 2 yang sedia ada dan beli uterus blanket lagi, memadai dah kan. Kalau tak silap kat pasar tani pun ada jual bedung baby ni, so kalau2 rasa nak beli lagi nanti boleh beli kat sana...
Barut dan bedung ni I dah selamat terima few days before datang sini, singgah rumah abang myLove di Kajang untuk ambil tempahan ni, sebab Tini ni berjiran dengan abang+kakak ipar I tu. I yang menempah tapi yang membayarnya my sil-Kak Ila, alahaiii baby tak lahir lagi tapi dah dapat present, thank you makngah!
(2) Cloth diapers(cds)
Lagi?!
Haaa dah lama tak menambah koleksi cds, last time beli masa bersalinkan si Raziqh, almost 2years ago. Cds 2R semua masih elok2, masih boleh digunapakai. Since now Rafiqh is no longer using his cds, so all his cds dah pass kepada Raziqh. While Raziqh pun dah tak lama dah nak say bye2 to cds so nanti semua2 tu nak bagi si baby pulak pakai. Atas dasar all the 22sets are still in good condition, I tak beli banyak sangat kali ni, walaupun dalam hati geram je tengok koleksi baru cds sekarang, super-duper cute!
Cds baru ni dah selamat ada kat rumah mak, beriya sungguh awal2 dah beli padahal lambat lagi nak guna, hihi. Kali ni tambah 4set saja dari jenama yang berbeza - babyland printed, QQ baby minky, rainbow bb dan sunny baby. Sangat puas hati melihatkan kualitinya, hopefully performance-nya pun bagus...
Kepada sesiapa yang berminat nak ber-cds tu boleh laa cuci mata kat sini ya, kedai kawan jugak QT Alami Shop.
Kalau baby ni girl, makanya akan ada banyaklah entry shopping barang baby ni, tapi kalau boy lagi, rasanya takdak apa sangat dah nak membeli, haha boleh pulak gitu kan?!
2 comments:
ha fith!taksabar plak nak tengok baby baru nanti..tini pun rasa nak baby gak..huhu~~
Tini,
on laa terus,nanti dapat baby 2012,hehe.
Post a Comment