Saturday, June 18, 2011

Pukul berapa datuk harimau?!

Semalam pukul 11 lebih baru cik abangku itu balik dari ofis, malam ni pukul berapa lah pulak agaknya?! Sejak lastweek myLove dah mula busy dengan kerjanya, minggu lepas kena kerja under shift so ada beberapa hari pi kerja petang dan balik malam. Minggu ni tak kerja shift dah tapi almost everyday balik lambat. Semalam adalah rekod paling lewat, mata ni dah ngantuk2 menunggu, anak2 dah tidoq lama dah, kesian depa tunggu ayah tak balik2...

Sesungguhnya balik lambat tu adalah perkara biasa sebenarnya, kat nihong pun bukan tak pernah dia tak balik langsung kalau time tengah kerja berlambak2 tapi ku sangkakan bila kerja dengan company europe ni tidaklah 'segagah serajin' orang2 jepun dah, tapi nak buat macammana, orang europe memang tak rajin mana, laki hang saja yang dah terbiasa kerja dalam environment jepun yang gila kerja so terbawa2 jugak laa sifat tu ke sini. I ada jugak tanya2 tentang cara bekerja kat sini, biasa2 saja cara depa bekerja, simple, releks and steady gitu, tak laa macam kat Nihong yang memang mementingkan etika bekerja kuat demi syarikat...

MyLove ni sort of workaholic person jugaklah. Dah 6tahun lebih hidup dengannya, dah faham sangat perangai dia. Kalau dah ralit bekerja boleh sampai lupa nak makan, selagi kerja tak siap selagi tu dia akan pulun buat, sanggup tak tidur, that's him! Awal2 kahwin dulu hangin jugaklah dengannya, kita penat2 masak dia buat derk je, tapi la ni tak ambil hal dah. Cuti dia berlambak2, punya payah nak ambil cuti sampai boss kena paksa suruh cuti, ish3. Tu tak masuk bab mc laa kan, boleh kira dengan jari berapa hari sangatlah dia tak pi kerja sebab sakit. Takat sakit sikit2 tu memang gagahkan jugak diri pi kerja, baguih sungguh, pekerja contoh! hehe...

Dalam diam I kagum sebenarnya dengan orang2 melayu kita yang boleh bertahan bekerja di Nihong. Bukan mudah nak 'masuk' dalam mentaliti kerja masyarakat negara matahari terbit ni. Sebab tu tak ramai yang mampu dok sana kerja bertahun2, selalunya after 1 or 2years mesti cabut balik Malaysia. Kalau nak ikutkan, kerja mana2 pun ada stress-nya. Sebab tu I tak pernah kesah pun myLove nak kerja kat mana, suka hati dia laa. Kalau dia rasa nak balik Malaysia for good pun, I tak kesah, ikut je laa, sebab dia yang menanggung segalanya, as long as dia happy, I pun akan happy jugak...

Semalam hujan punyalah lebat, guruh berdentum-dentam sampai gegar2 rumah kami. 2R dah cuak2 dah, lagi ler suka mama mengusik, sakit perut gelakkan depa. Dah penat takut2kan depa, tunggu ayah pun tak balik2, depa pun tertidur depan tv. I melayan movie sorang2 sambil makan coklat, mujur laa kat sini tiap2 malam ada movie in english, kalau dak, mau sangap dibuatnya. Hati ni dah tak senang dah bila lebih pukul 10 myLove tak balik2. Risau sungguh dan mula laa fikir bukan2. Kalau kat nihong I dah bantai tidoq dah, tapi kat sini rasa takut laa pulak, tak terlelap mata ni haa. Tak biasa kena tinggal lewat2 kat tempat asing ni, kalau apa2 jadi taktau nak buat apa, phone pun takdak. Rasa macam nak je komplen kat myLove, minta jangan balik lambat sangat tapi bila tengok dia balik penat, tak sampai hati la pulak nak cakap. Takpa laa, insyaAllah moga kami sentiasa dalam perlindungan Allah...


Esok sabtu, sepatutnya every weekends nak keluar jalan2 tapi nampak gaya minggu ni kena terperap dalam rumah je laa. Maybe esok pun myLove kena kerja, huhu. Alah macam tak biasa pun kan, heh!

4 comments:

indah-chan said...

sangat understanding.. bagus2.. gud to ready to learn about the spouse.. sy sgt kagum.. seb baik ade 2R menemankan kak fith.. :)

dayot said...

Fith,ganbare!!
Dayot skarang bila dah dok rumah, barulah terasa kalau hubby balik lambat.Pukul8 tak balik dah resah gelisah. Padahal dulu sendiri pon balik lambat jugak;)

Takpa fith ada 2hero dok teman. and si comel kat dalam tu:)

Ina said...

baguslah fith dh biasa kan. hihi kiter plak sgt bersyukur company hubby ni jarang2 la org kena stay kerja sampai xbalik rumah. kalau balik lewat tu ada lah jugak kalau kerja urgent apa semua kan. tapi tu pun xpernah lagi lah sampai tgh2 mlm. kalau kiter mesti susah nk terima kalau hubby asyik blk lewat. tp tula kena phm juga kdg2 para suami ni xde pilihan n terpaksa jugak blk lewat disebabkan tuntutan kerja n persekitaran kerja tu sndiri. pdhal dia sndiri pun xsuka nk blk lewat2. dah la penat kan. xtaula akan dtg mcm mana plak cara dia kerja kt msia tu. harap2 maintain jela. apap2 pun yg penting kena sokong dia kan dr blakang.

Fith said...

indah-chan,
thank you!
aah sib baik ada 2org ni,kalau tak,lg ler rasa sunyi dan takut,hehe.

Dayot,
betul2,bila dah jd housewife,tiap2 hari perkara yg ditunggu2 ialah kepulangan suami kan.bila lewat sket dari biasa mula laa resah2,hehe.yott pun takpe,shafi chumel tu kan ada...

Ina,
kat msia klau company nihong ada laa sket2 lg kot tempias kena kerah kerja,tp tak seteruk klau kat nihong rasanya sbb environment yg berbeza kan.
tu lah blk penat2 esoknya nak sambung pi kerja lg,kesian tgk,haihhh...