Sunday, June 26, 2011

Rutin harian...

Rutin harian kat sini simple saja, in fact sangat2 simple!

Bangun pagi pukul 3.30 untuk subuh, tidur balik dan bangun pukul 6 terus masak nasi, sediakan breakfast dan masak nasi goreng untuk bento(=lunch pack) myLove. Breakfast selalunya makan roti saja, untuk mama dan 2R akan makan cornflakes+freshmilk dulu, lepas tu lewat2 sikit bedal roti dan biskut pulak...

Lepas ayah depa pi kerja, mandikan 2R dan basuh kain-baju. Kemudiannya mama hadap laptop jawab email2 customers, message dan merewang2 dalam internet. Budak2 ni main je laa, nak buat apa lagi kan...

Pukul 11 lebih baru sediakan lunch. Lunch kadang2 nasi goreng, kadang2 spagetti. Senang amat! Kalau tanya 2R nak makan apa, jawapan depa mesti spagetti/udon. Udon tarak kat sini, tapi sebenarnya depa maksudkan spagetti tu. Kalau kat Jepun memang 2-3kali seminggu makan udon, kat sini spagetti je laa, pun begitu, mama 2R tak reti masak spagetti lain selain guna base tomato, kat Jepun dipanggil naporitan spagetti, tiap2 hari makan spagetti tomato, tu pun budak2 ni tak reti nak jemu, kesian kat hangpa, hihi. Nanti2 laa mama belajar masak spagetti jenama lain pulak eh. Sat lagi masak pelik2 hangpa tak reti nak telan pulak kot...

Ni spagetti ka mee goreng?! hehe...



Lepas lunch, makan dessert pulak, selalunya yogurt laa. Kat sini macam2 jenis yogurt ada, yang pekat, yang cair, yang pack kecik2, yang dalam kotak 1liter, etc etc. Murah2, rasa yogurt sini lebih kurang macam Nihong jugak, tak masam sangat...

Chocolate&vanilla yogurt with strawberry...


Pukul 2~4petang budak2 ni tidur. Haa sejak mai sini, almost setiap petang I tidur, hahaha. Kalau sebelum2 ni punyalah seksa mata nak lelap siang2 tapi sekarang senang lah pulak. Mungkin sebab malam2 tidur lewat, tunggu settle solat dulu baru tidur, bangun awal macam biasa so agak 'kurang' tidur sikit compare to masa kat Nihong dan Malaysia, kat sana pukul 9 dah hanyutttt...

Bangun petang kami selalunya makan ringan2 dan minum susu. Budak2 ni sambung berkuntau sampai pukul 5lebih I akan bagi depa keluar kalau tak hujan. Jalan2 kat area sini saja, pi mai pi mai seround 2, balik! Pukul 7 masak dinner...

Yang ni menu bila entah, nasi + sup ayam + sambal ayam + ulam timun saja. Sempoi habis menu harian kami kat sini. Dalam gambar tu nasi 2R, buh sup ayam dan kicap saja, kalau makan sayur mentah mesti letak mayonis...



Ni timun kat sini, rupa bentuk dan warna macam Nihong punya timun tapi saiz gemuknya dan rupa dalam macam timun Malaysia. Harga 0.68euro sebiji...


Sebelum pukul 8 biasanya dah dinner, pukul 8 baru mandikan 2R dan get ready untuk tidur. Masa tidur dah berganjak sedikit, pukul 9 baru depa lelap...


Agak santai jadual hidup kat sini tapi tetap rasa penat setiap hari...

6 comments:

Unaizah said...

Kerja-kerja rumah tak kisah la di tempat mana pun kita memang tak penah habis. Penat tak yah cakap la ye...tp tengok muka anak-anak terubat hati.

Heartilyina said...

fith suka makan mayonis ek. sbb slalu tgk mesti ada letak mayonis. nasi goreng la mee goreng la hihi :D

Sitisifir10 said...

Baru nak tegur pasal mayonis...ptg karang nk buat mi goreng letak mayonis sikitlah...hehe

tUtyRAhiZa said...

Fith,
macam mane boleh ade kat holland lak ni?? last time b4 confinement, baca blog ada kat msia..tetiba dari nihon ke holland..sudah kompius..

bila berpantang, memang terputus dengan dunia luar..sori ya

Fith said...

kak unaizah,
penat kerja rumah tak seberapa,penat dgn anak2 yg lbh2 tu agaknya,hehe.biasalah kan,budak tgh membesar,boys pulak tu...

Ina,
aah suka gak laa.esp mayonis nihong,mayonis sini mcm nihong jugak.kalau buat bihun goreng,kdg2 tumis pakai mayonis,sedap jugak,hehe.

Fith said...

Kak fizah,
uish sedap tu,mee goreng mayonis.anak2 akak sure suka kan...

Tuty,
congrates 4 the newborn...
fith ikut hubby dtg kursus kat sini.tak lama pun 2bulan aje,lps ni blk msia semula.dah hbs pantang blk nihong blk,hidup org nomad,hehe...