Wednesday, June 15, 2011

Jalan2 pi kedai...


Kalau tanya Rafiqh, "Rafiqh nak pi mana?", dia pasti jawab "nak pi shopping", hamboi2 mentang2 laa mak hang asyik dok sebut nak pi shopping nak pi shopping, dia ingat takdak benda lain dah nak buat kat luar nun selain shopping, hihi. Selama kat sini selalu jugak laa dia tanya bila nak pi kedai, huihhh kalau kedai tu depan rumah ja tiap2 hari mama pi ceq oii...

Dah dekat 3minggu kami kat sini tapi kami belum explore sepenuhnya lagi kawasan perumahan tempat kami tinggal ni. Takat jalan2 dalam taman perumahan ni ada laa tapi belum pernah keluar jauh lagi. Kat sini minimarket paling dekat pun agak jauhlah jugak, malasnya laa nak menapak, hehe. Tapi hari ni gagahkan diri jugak pergi sebab nak beli barang. Kedai2 kat sini tutup awal, so selalunya myLove yang singgah belikan barang2 dapur on the way balik dari kerja. Hari ni terlebih rajin pulak nak keluar, cuaca pun nampak best je, makanya angkut laa 2R naik stroller...

Keluar rumah pukul 9.30pagi, berjalan dekat 25minit baru sampai minimarket SPAR ni. Kecik je kedainya tapi agak lengkap laa dengan barang keperluan harian. Pakai stroller yang company myLove pinjamkan tu, patutnya untuk sorang ja tapi sumbat pi laa dua2 sekali, muat je pun, hahaha...


Kat Holland ni depa pakai matawang euro. 1 euro = RM4.20(+-RM4), 100yen = RM3.80(+-RM4), kiranya boleh anggap 1 euro = 100yen. Barang2 kat sini boleh di-consider murah laa kalau ikut nilai duit depa, kalau convert ke RM memang laa rasa mahal kan. Sebab tu orang kata kalau pi oversea especially ready food jangan convert harga ke RM, memang kita takkan mau beli apa2 sebab rasa mak datuk mahai nak mampuih. Kena laa consider 'taraf hidup' negara tersebut, contoh macam Jepun dan Holland, taraf hidup tinggi, kadarnya hampir 3 atau 4 kali ganda dari Malaysia, bermakna kalau convert harga sesuatu barang kita akan dapati mahalnya 3 atau 4kali ganda lah! Oleh itu, untuk memudahkan pengiraan, kita tetapkan kadar persamaan nilai, sebagai contoh kalau kat sini dengan 1 euro tu boleh beli setin air coke, kat Malaysia setin coke boleh dibeli dengan RM1, makanya anggaplah 1 euro tu nilainya kat sini sama seperti RM1 kat Malaysia, lebih kurang gitu ler...

Pun begitu, walaupun taraf hidup sini tinggi dan nilai wang sini besar, tapi hakikatnya kos sara hidup kat sini dan Jepun jauh lagi murah compare to Malaysia. Maksudnya kita cuba bandingkan dengan nilai duit yang sama antara 3 negara ni boleh tak kita beli barang yang sama. Kos sara hidup kat Malaysia terlalu amat tinggi, harga barang keperluan tu mahal tak hingat. Sapa2 yang pernah duk oversea sure akan bersetuju dengan statement I ni. Buktinya tadi I pi kedai beli barang2 dapur - 3biji apple, 6biji tomato, sebiji salad, sebotol 750gm sos tomato, 500gm spagetti, 1kg tepung, 400gm yogurt, 375gm kismis, sebungkus chocolate Mini Mars dan sekotak aiskrim, 10barang kesemuanya dengan harga 10.44euro sahaja! Kat Malaysia agak2 boleh ka beli barang2 ni dengan RM10? hahaha, mimpi ja laaa kan?! That's why I kata harga barang kat Malaysia melampau2 mahalnya, saban hari melambung naik, tak putus2 dengar berita pasal kenaikan harga barang yang mana kalau kat Jepun memang susah sangat nak naik harga, especially kalau barang tu barang keperluan harian yang kengkonon kat Malaysia kita panggil barang harga kawalan, terkawallah sangat, cet! Ops, terkutuk pulak, kuang3. Apapun, tu lah hakikat hidup di negara terchenta Malaysia, suka tak suka kena telan jugak...

Dah separuh jalan balik rumah baru teringat, eh, niatnya pi kedai tadi sebenar2nya nak pi beli sabun basuh baju tapi boleh pulak terlupa, benda lain yang dibelinya, adehhh, nyanyuk dah mama 2R ni, ish3...

12 comments:

Heartilyina said...

sgt2 setuju! mmg mahal kos hidup kt msia. 1st time blk msia dlu tertanya2 mana duit cepat sgt habis sbb xnmpk habis kt mana. pdhal hbs utk keperluan asas je. sembang2 dgn hubby ritu kt nihon harga bentou xpernah naik drpd zaman dia blaja. kt msia nasi goreng sepinggan kt restoran biasa dh cecah rm7. kalau sedap, byk isi, servis tiptop n restoran cantik sgt tu xkisahlah kan.
tp tulah hakikatnya...

tintabiru said...

1st time ni nak komen..eceh..gitu pulak kan..hehe..

saya setuju jugak dgn harga barang tu!!

suasana pun best..walaupun kedai tutup awal and hari ahad tak bukak plus cuti umum..lagi laa tak bukak..

walaupun tak dapat kluar cari kedai makan, order, and take away..kalau kena hari malas masak..haha!!

yanti said...

setuju fith..mmg kat mesia cepat sgt abis duit..brg2 keperluan mahal x hingat..
minyak pun asyik dok naik ja padahal kita pun negara pengeluar jugak..yg peliknya..pengeluar kereta kat jepun kat uk ka us kat boleh jual kereta depa murah2..boleh beli cash lg..tp kereta buatan mesia jual di mesia sndri mahal..jual kat negera luar boleh pulak jual murah n dgr kata kualiti lg better dr yg dijual di dlm mesia sndri..wallahualam..akibatnya rakyat terpaksa wat loan n hutang keliling pinggang..gaji ciput je..huhu

Unaizah said...

Harga brg & servis asyik naik je.....payah benar nak turun. Yg lebih seksa, gaji lambat bebeno naik. Kadang tu naik tp alahai sikit je naiknya.

Fith said...

Ina,
tu lah ina,kalau pi supa msia bawa rm50 tu takat beli pampers sepeket je laa,kalau kat nihong 5000yen tu penuh se-troli kan,hadoiii sabaq ja laa...
kat nihong brg naik harga sket rakyat diorg dah bising marah2,padahal dah berpuluh tahun tak naik.but at least ada kawalan.tp kita ni in a year ntah brp kali laa naik harga kan,bising2 pun tak guna,takdak apa tindakan pun,sedih2...

tintabiru,
aa ker?hehe
ckp bab environment mmg selalunya seronok laa kan.walaupun byk kekurangan lain tp still byk jugak kelebihan2nya...

ojasamid said...

hanya org yg `selesa` dgn pemerintahan sekarang je kot yg boleh `redha` dgn kenaikan cost of living in malaysia ni. :(
kita yg balik skali skala pon dh rasa peritnya, lebih kesian dgn rakyat yg hidupnya sememangnya susah kan. tu pun `pemimpin` masih boleh kata "rakyat perlu berjimat cermat bla bla bla...". sedey kan?

huhu..bertambah susah hati lah bila pk yg someday kita akan back for good. haih...

Fith said...

yanti,
mmg mahal sgt2,duk ceruk mana pun terasa jugak.kita yg sederhana ni pun sesak nafas,kalau org susah tu taktau nak kata apa kan...
psl kereta isu berpuluh2 tahun,byk je alasan diorg.mmg susah dah kot nak ubah msia ni.unless kita jd org kaya raya,baru boleh bernafas tenang kat bumi sndr kot...

kak unaizah,
tu lah kak,gajinya ciput je naik.barang plak naik mendadak2.adehhh,yg tak blk msia lg ni pun terasa dah,taktau laa blk nanti lagu mana...

Fith said...

Kak oja,
setuju2!
fith pun mmg dok risau part tu sbnrnya,selain tntg masalah membesarkan anak2.
kerajaan dok asyik suh compare harga brg bila convert,mmg ler kat oversea mahai kan,tp tgk ler gaji depa bila convert jugak,sama ker dgn apa yg org kat msia dpt.

Asmara said...

setuju betul sangat la Fith. kesian kat golongan pndaptan rendah. org kaya mmg la x kisah, tp kat msia tu yg kaya boleh dibilang. ikut hati nak je duk lama2 kat negara org kan. hehe.. tp tula hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, suka x suka kene telan jugak batu negara sendiri. ;)

Fith said...

Kak As,
haha telan batu ek?!hadoiii...
yg sgt terasa bezanya ialah org2 yg pernah duk luar msia,boleh buat perbandingan yg jelas n nyata kan.tp bila kita ckp lebih2,org kata kita tak sedar diuntung pulak,asyik kondem negara sndr,haihhh.masih terfikir2 solution utk prob ni sblm kena blk for good nanti...

indah-chan said...

sangat stuju walau xpernah hidup d luar msia... duit mcm air, kalo masuk kedai runcit, mahu nk habes 50 hinggit beli barang xseberapa :(

larat lg ek dgn sarat menolak 2R tu berjalan 25menet.. kental sungguh semangat :)

Fith said...

indah-chan,
tu laa,kalau pi pasar malam pun kakfith dah rasa sesak dah,beli foods sket2 je tp hbs puluh2 ringgit,huhu.
eh belum sarat lagi dik,masih boleh merayap dgn jayanya,haha