As usual bila ada je peluang untuk kumpulkan kesemua adik-beradik(or at least most of us), kami akan plan for family dinner atau apa2 aktiviti keluarga. Kebetulannya malam myLove balik Malaysia dari Nihong tu kami semua ada kat KL, so set laa masa dan tempat untuk makan2. Kali ni buat surprise birthday celebration plus father's day celebration untuk our lovely abah. Ops, mother's day celebration pun tak cerita lagi, next entry lah, haiyaaa...
Pagi 23hb tu kami(mak, me&kids, ateh dan adik) meredah jam ke Sogo untuk shopping, hasratnya nak beli handbag+kasut mak, handbag for me dan present untuk abah. Setelah bertahun2 tak masuk KL, teruja sungguh dapat jalan2, rasa macam tak banyak pun berubah, 2R baru 1st time tengok KLCC, KL tower dan pusing2 KL, perghhh kesian kat hangpa noo. Tu pun nasib baik laa ada driver tok abah tolong bawa, kalau dak, memang tak ah! Berjam2 shopping, lepas lunch kami balik Seremban, sempat rest sekejap sebelum pi KLIA nak ambil myLove pulak. Sampai kat KLIA myLove dah lama dah sampai, selesaikan solat maghrib dulu baru bertolak ke restauran tasik dalam Uniten, dah janji dengan abanglong&family dan alang&hubby nak dinner kat situ, tapi malangnya restauran tu tutup, apakah?!
Bincang2 sat nak cari tempat makan, decided untuk pi makan kat restauran Tupai2. Restauran tu macam glamour sebab banyak kali masuk tv, tapi orang tak ramai sangat pun, makanan tu tak laa sesedap mana pun, tapi servis ok laa, boleh ler. Habis makan baru keluarkan hadiah2 dan kek. Mak hadiahkan kemeja kasual untuk abah, kami 6beradik pun share belikan kemeja, ateh&achik&adik belikan perfume(hadiah father's day), abanglong&me&alang sponsor kek. Kek tu my bil-Shahril yang tolong tempahkan a day before, nak cover line punya pasal kan, kek sangat sedap, SecretRecipe punya, I loike! Tak puas makan, nanti balik boleh beli lagi, hihi...
Sebenarnya birthday abah jatuh pada 30mei dan hari bapa jugak lambat lagi nak sambut, tapi dah kebetulan semua ada, tu yang kami sambut je terus. Bukan senang nak cari peluang macam ni, bila masing2 dah ada komitmen kerjaya dan keluarga, kenalah bijak guna kesempatan kan?!
Happy sangat bila dapat berkumpul ramai2, cuma malam tu achik sorang tak ada, huhu. Jangan sedih2 ye pakcik, lepas ni kita set birthday celebration 2S+2R pulak, kasi gempak sikit, kita buat pool party, weeee....
Ok, layan gambar lah pulak...
Mak bersama cucu gegurl sulongnya, ararara kawaiii ne...
Us...
Us...
Comel kan?! Headband bunga daisy besaq-gedabak tu hadiah dari paksunya. Berbulan2 paksu cari, before baby Syadza lahir lagi paksu pulun nak beli tapi baru jumpa pagi tu kat Sogo, suka kemain lagi paksu. Rindu kat Syadza, balik nanti mesti makin montel, 2R ni pun tiap2 hari buka iphone mama nak tengok pic Syadza, sayangggg Syadza yer...
HAPPY BIRTHDAY ABAH !
HAPPY FATHER'S DAY ABAH!
WE ALL LOVE U SO SO SO MUCH!!!
2 comments:
sweet nyer lah paksu bg headband bunga besarrr punya utk syadza hihi. bestnya berkumpul ramai2 adik beradik :)
ina,
paksu tu sentimental sikit jiwanya,hehe...
aah sgt seronok bila dpt kumpul gini,rasa tambah erat kasih-sayang,esp bila buat 'projek2' rahsia ni,hehe
Post a Comment