Sunday, June 26, 2011

Sebulan sudah...

Semalam 25 jun genaplah sebulan kami kat sini, ada lagi sebulan lebih sebelum balik Malaysia. Harap2 jangan laa ada penangguhan macam yang sebelum2 ni, ngeri pulak memikirkan nak kena puasa kat sini, haha. Maghrib sekarang masuk pukul 10malam, subuh pukul 3pagi, 5jam saja untuk makan, so buka puasa dengan sahur tu boleh satukan terus. Bukan taknak puasa kat sini sebab takut tak larat ka hapa ka, kat sini nama je summer tapi tak panas pun, suhu sekitar belas2, nyaman. Cuma rasanya mungkin akan extra letih sebab tengah pregnant dan ada 2heroes nak kena uruskan saban hari. Mak kata try laa puasa, nak tengok sapa yang letih. I kata depa ni nak letih hapa, depa makan non-stop. Mak kata nanti depa letih kena penampaq dengan hang laa, hakhakhak, ish mak ni, tak lawak hokey!

Have been thinking a lot especially about our future since we come here. Mentang2 ada tasik belakang rumah, suka laa beristirehat sambil merenung masa depan pada keindahan alam ni, ewah. Kalau sebelum ni pernah berangan2 nak merasa hidup di Eropah pulak selepas Nihong,(kes berat hati nak balik Malaysia), but now I must say I kena fikir 44kali untuk buat keputusan tu. It's not that I tak suka Europe or whatnot, Europe memang best kalau datang melancong, tapi untuk stay bina life ermmm entahlah, I'm afraid I tak boleh sesuaikan diri. Ok enough, nanti2 maybe boleh buat entry khas tentang ni, mesti ada yang tertanya2 kenapa laa I takut sangat tak boleh 'hidup' kat sini, hihi...

Life is good, alhamdulillah, cuma lately agak membosankan. Weekdays myLove busy dengan kerja, weekends pun dah back to our common weekends(macam kat Nihong), I hate that! Anak2 pun dah mula sebut ajak balik Malaysia, haha, Rafiqh hari tu tengok kapal terbang kat langit, tiba2 dia cakap "onichan nak balik Malaysia, nak duk rumah tokma, tinggal mama dengan ayah", he keeps saying nak balik Malaysia setiap kali ambil beg dan kemas toys, hadoiii laa, mungkin dah terbiasa berbulan2 enjoy life kat Malaysia, tiap2 hari naik kereta, tiap2 hari main kat laman, tiap2 hari happy je macam2 aktiviti, jumpa orang itu ini tapi sekarang tiap2 hari balik2 buat benda yang sama, boring laa tu. Hal ni pun buat mama banyak berfikir hingga serabut otak, macammana laa agaknya life balik Nihong nanti, both 2R dah besar, makin depa besar makin banyak benda nak kena bagi depa explore in order to feed their curiosity. Terasa depa makin nakal, kadang2 I hilang arah taktau macammana nak handle. Ya, I tau benda ni normal especially for boys, dulu hadap kenakalan Rafiqh sorang saja, sekarang dah berdua(tak lama lagi bertiga?! pengsan! :-p)...

My mood swing is getting worst, sesiapa yang kenal I personally mesti tau I bukan jenis orang yang bawa2 emosi dalam urusan lain, kalau marah seseorang/sesuatu, I tak babitkan hal lain, I tak hangin tak tentu pasal, agak mudah rasional dalam mengurus emosi tapi sekarang ni pelik, bila moody tu boleh berlarut2 entah hapa2. This pregnancy imbalance hormones is driving me crazy, huh! Untuk legakan keserabutan ni I kena fikir benda2 yang best je, perbanyakkan berangan, hehe. So apa yang best selain making money dan perabih duit kan? hahaha, so sekarang dah mula buat list untuk souvenir, ngeeee. Banyaklah pulak benda yang nak dibeli, jangan tak muat beg sudah!

2 comments:

Ina said...

kehidupan di europe walaupun maybe maju nk dibandingkan dgn msia tp pembangunan peribadi insan dh teruk sgt. kt holland tu boleh hisap dadah legal kan? sesiapa atas 18thn boleh bli dadah. kehidupan seks bebas tu xyah ckp la kan. sdgkan msia negara islam pn ramai anak2 muda yg rosak. kalau europe lg susah kot kalau anak tu xde jati diri yg kuat. apatah lg byk sgt unsur2 luar nk hasut. kan?

Fith said...

Ina,
betul2,betullllll sgt!
selain isu masalah anak2,byk lg isu lain.mcm2 yg memeningkan.tp ada sstgh tu simple prob aje,cuma fith rasa benda tu besar,haha,cth mcm bhn mentah,susah nak dpt ikan,dok sebulan sini sekali pun tak jumpa ikan.pastu sayur2 tak sama msia/nihong,tak reti nak masak apa,ish mcm2 laa,huhu...