Setibanya kat station, misi mencari toilet, nak salin diapers 2R. Jumpa babyroom tapi terkejut tengok kotor sungguh, sampah melimpah-ruah. Nak masuk ke toilet ladies tu kena queue panjang, so depa ni dengan selamba badak tanpa segan-silu guna toilet untuk OKU/babyroom tu, errr 1 permandangan yang baru buat I. Dan taktau laa macammana boleh dipanggil babyroom sedangkan tak ada space pun untuk salin baby, I mean tak ada 'katil' atau pengalas untuk baringkan baby. In my case, I was lucky lah sebab both 2R dah toddler, depa pakai diaper jenis pants so tak payah nak baring2 boleh salin sambil berdiri, kalau tak, mau tensyen mama2R dibuatnya. Told myLove yang toilet situ kotor, sampah bersepah bla3, myLove tergelak and he said "ini bukan Nihong ok!". Owh okey, fine! Selesai bab diapers, pergi money-changer pulak tukar duit, settle! So next, mulakan langkah pusing2 London...
Kalau tengok forecast, hari sabtu tu akan hujan petangnya, masa kami sampai tu alhamdulillah cuaca sangat cerah, cantik! Tempat pertama kami tuju ialah London Bridge, naik train je untuk travel sekitar London. Since myLove dah pun pernah mai sini dulu, so segala urusan perlancongan serahkan saja kat dia, I ikutttt je. Kami cuma tengok London Bridge dari jauh, no point nak pi dekat2 sebab nanti nak ambil gambar kalau takat boleh nampak seketul 2 saja tiangnya, hapa kes kan?! Ambil dari jauh, baru nampak rupa bridge tu. Manusia berduyun2, London memang tak pernah sunyi dengan tourist, meriah!
2 gambar ni adalah the only family pictures we have in London, huhu. Tak berani nak minta orang ambilkan gambar, sebab semua pun nampak macam pelancong so ada ka yang kesah nak tolong ambilkan gambar orang lain kan?! Ni pun nasib baik ada mamat ni offer nak ambilkan. Guess what, dalam lautan manusia yang ada mamat jepun ni je yang sudi offer pertolongan.
Kami merantau jauh ke europe, tapi kami dipertemukan dengan 'samurai2' berhati baik dalam banyak kejadian, compare to mat2 saleh ni, so guys tell me, macammana ceq tak sayang kat nihong?! Ada kata I ni fanatik jepun, ermmm maybe, so what?! hahaha...
Habis bergambar sekitar kawasan tu kami ke London Eye pulak. Tak naik pun, mahal aih, orang pun ramai tak hingat, sesak!
Kemudiannya dari situ kami jalan kaki ke Parliment, bergambar dengan Parliment Clock Tower @ Big Ben...
Masa ni I dah mula rasa penat berjalan, tapi paksa diri pusing2 lagi sambil melihat berduyun2 manusia, bermacam2 gelagat, macam2 benda baru ditemui kat kota London ni, kenderaan yang pelbagai jenis dan pembangunan yang hebat, nice!
Pukul 7lebih kami naik train menuju ke rumah kawan myLove untuk kami menumpang bermalam kat situ. Both husband and wife were myLove's friends back in AAJ, sama batch. They have 4kids, dah setahun di London, Kak Ita sedang menyambung pengajian PHD-nya di Imperial College. Tak ada gambar kenangan pun yang diambil bersama tuan rumah, huhu, I ni segan sikit nak keluarkan camera bila kat rumah orang, hampeh betul kan, eh tapi tuan rumah ada ambil gambar. Mereka sangat peramah, baru je 1st time jumpa tapi rasa macam dah lamaaa kenal. Thank you so much for the warm hospitality. Kami menanti kehadiran mereka pulak ke Holland ni, takpun di Malaysia mahupun kat Nihong...
2 comments:
bestnya jalan2. tp nampaknya kalau dr segi kebersihan, masyarakat n etc mmg xleh lawan nihon la ye. tp no wonder lah siapa yg pernah dok nihon slalunya fanatik nihon kan. kita pn sama hihi :D
Ina,
betul2,selama duk nihong rasa mcm tak pernah nampak vandalisme,maybe ada kot kat bandar2 besar tp tak ketara.kat sini subhanallah,kagum tgk kreatif sgt depa ni mcm takde keje lain,hbs semua depa conteng.
bab2 ni nanti nak komen dlm 1 entry,haha mampuih org fanatik europe marah,kah3
Post a Comment