Friday, June 17, 2011

Spagetti mama pelik?!

Sejak dijamu spagetti untuk breakfast ahad lepas masa kat London(kami menumpang kat rumah kawan2 myLove), si Rafiqh tak sudah2 sebut nak makan spagetti. Memang favourite 2R laa adik-beradik suku-sakat spagetti, udon, soba, mee, bihun dll, suka sungguh2, dah lama tak dapat makan, ketagih laa gamaknya...

Rabu lepas dah pi beli spagetti dah, so semalam for lunch mama masak spagetti. Tak beli pun tomato puree atau paste tomato tu, ganti dengan fresh tomato dan sos tomato saja. Letak daging dan apple slice baki dari makan tak habis hari sebelumnya tu, haha mama 2R memang suka merapu, itu perkara biasa...



Bila tengok spagetti mama dah siap, Rafiqh kata kat Raziqh "spagetti mama pelik kan?!", mama pun tanya "aiks, tang mana yang peliknya?". Tersengih2 dua2 orang, taktau pulak dia nak jawab, hish. Tapi bila dah makan pandai pulak dua2 cakap oishi(=sedap), nasib baik pandai memuji, ahaks. Pelik2 pun tak cukup lunch, dinner pun hangpa demands spagetti jugak, alahaiiiilaa anak. Tapi mama tak buatkan pun, pujuk dan paksa depa makan nasi jugak2, hehe...


Untuk dinner buat daging masak tomyam, cincai habis! Bahan2 tomyam langsung tak lengkap, serai takdak, lengkuas takdak, daun limau purut takdak, sayur2 pun tarak, argghhh nak tunggu serba-serbi tu ada memang tak makan hapa laa kami jawabnya. Belasah ja laa ala-kadar, asalkan ada rasa tomyam udah, kan kan?!




Menu kedua ialah salad with chicken and omelet. Ayam di-slice nipis2, perap dengan garam, lada sulah dan serbuk lada hitam, kemudiannya bakar dengan mayonis. Baki minyak ayam dan mayonis tu tak buang, buat goreng telur pulak, aromanya marvellous! Hancur2kan telur dan biarkan ayam dan telur sejuk sebelum susun atas salad, dressing pakai mayonis saja, simple!




Hari ni lunch makan spagetti lagi. Untuk dinner taktau lagi nak masak apa, ermmmm...

2 comments:

Heartilyina said...

hihi xpela pelik pun kalau rasa sedap n ada org nk mkn no worries la kan. dlm xcukup bhn pn mmg nmpk sedap mskan fith. especially salad ayam telur tu nnt boleh la cuba jugak hihi

Fith said...

ina,
haha tuh laa,taktau tang mana yg pelik.diorg ni skrg kuat mengarut,ada je benda nak buat lawak yg kdg2 lawak tu mama tensyen,haha.
belasah je masak,nak tunggu lengkap brg mmg tak mkn laa kan,hehe.alah,ina pun terer jugak masak,cuma lama tak tayang je tu..