26minggu sudah... Lebih kurang 6bulan dah, lagi 3bulan boleh peluk-cium newborn, best2! Yang tak berapa best-nya, maybe selepas baby ni kami akan 'rest' lama, nak jarakkan jauh sikit, 3-4years maybe, yang pasti insyaAllah kami plan sebolehnya biarlah pregnant no. 4 tu lepas dah balik Malaysia for good dah. Apapun, kita hanya merancang kan, selebihnya perancangan Allah adalah yang terbaik. Moga2 baby ni baby girl lah, baru aman damai hati ni nak 'berehat'. Selagi tak dapat girl, rasa macam tidur tapi mata tak pejam rapat, hakhakhak, boleh pulak gitu kan?! Well, I guess sapa2 yang senasib dengan kami ni akan ada 'rasa' yang sama, betul tak?! Haa sat lagi ada yang tanya, so kalau yang ni pun boy jugak macammana?! Errr wallahua'lam(malas nak fikir, keh3)...
Dah sebulan kami kat sini, sepatutnya minggu ni kena pi check up, tapi tak buat apa2 keputusan pun lagi. So far semuanya rasa ok, baby punya movement pun bagus, aktif sentiasa. Ada jugak tanya doktor2, kalau tak gi check up tak apa ka?! Most of them jawab, pada peringkat ni kalau pi check up depa cuma monitor urine, kedudukan baby, kedudukan plasenta dll. Kiranya depa banyak scan laa sebab time ni dah boleh check gender. In most cases, kalau rasa stabil, no vaginal discharge yang pelik2, baby movements pun ok, insyaAllah should be fine. Hari tu before datang sini dah minta gynae tengokkan plasenta, alhamdulillah plasenta berada kat atas. Hopefully semuanya ok2 saja in case kami tak dapat nak pi check up. Tapi tu lah, ramai jugak suruh pi check, boleh tau baby boy/girl, hihi. Sabar ye, kalau dah tau nanti insyaAllah I akan cerita...
Sekarang ni rasanya dia dah berpusing, but not so sure betul ka tak arah pusingannya tu, jangan kaki kat bawah udah lah yer. Sebabnya dah mula boleh rasa kehadirannya di bahagian bawah, geli2 gitu, sedikit kurang selesa bila dia terlalu aktif, kena ulang-alik pi toilet. Pergerakan lainnya banyak di bahagian atas dan tengah perut, bila ditepuk2 dia akan beri respons. Kadang2 tu bila dengar 2R menjerit2 pun boleh rasa dia tersentak2 kat dalam, terkejut agaknya kan...
Lately jugak makin mudah rasa mengah. Kadang2 tu tengah tak buat apa2 pun boleh tercungap2 mengah, biasanya berlaku waktu malam laa, perut pun sedang mula belajar mengeras, macam tak cukup oksigen dibuatnya, aduhhh. Time mengah2 ni selalunya I tak ada mood nak melayan 2R especially si Raziqh yang suka nak berkuntau bila tengok mamanya baring. Kesian jugak bila kena 'tolak' depa jauh2, tapi nak buat apa lagi, dah mama pun tak cukup nafas nak bernyawa, sat lagi semput teruk haa tak pasai2 masuk hospital...
Masalah paling teruk dialami kehamilan kali ni ialah angin. Ni angin dalam badan tu ye, angin yang satu lagi tu pun yer jugak, hihi. Masa pregnant sebelum2 ni memang selalu angin pun, tapi tak seteruk yang ni. Awal2 hari tu memang dasyhat sungguh, tahap sampai muntah2 untuk keluarkan angin. Muntah keluar isi dengan muntah keluar angin is totally different, sapa pernah rasa dia tau laa seksa tara mana bila muntah angin ni, perghhh boleh tarik segala urat2 badan, sungguh2 sakit. Sampai sekarang ni tak boleh salah makan, kalau mai anginnya tu hadoiiii taktau nak cakap laa, nasib tak muntah saja laa...
Ops, kena stop sini dulu, nanti2 update lagi...
Tuesday, June 28, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
kiter kalau boleh next baby mengharap boy lagi, boleh? sebab nak cukupkan 3 boys. lepas tu baru fikir girls plak. tapi xkisah mana2 pun. bila tgk org ada baby girl best jugak geram kan boleh pakai baju pinky2 comel2. wah berangan ye. pregnant pn belum haha. kita masa pregnant 'abid angin teruk tp xdela smpi muntah. cuma pedih hulu hati sgt2. slalu kita cuba mkn kerap2 tp sikit2 supaya perut xkosong. kalau g mkn sushi mmg pulun mkn tsukemono (betul ke?) halia tu. sedap pn ye. blk rmh asyik burp! hihi
Ina,
fith nak stop kejap lps no 3,sbb tu menghrp yg ni girl,kalau boy lg,mesti rasa nak pregnant cepat2 lg nanti,huhu.
haa mgkn masa pregnant b4 ni dok pulun makan halia sushi,tu yg tak angin teruk kot.kali ni sekali pun tak jumpa lg,mmg teruk sgt2 anginnya.tp fith mmg keturunan ada angin pun,hehe...
fith,mai nih no.3 pon tak lagi..ramai geng seangkatan dah menambah baby..syioknyer kalau pregnant sekali sama2..boleh share2 cite..mai pulak lps nih bimyou bila nk pregnant lagi...hopefully pregnancy fith berjalan lancar n selamat..xsabar nk tau gender baby..tp betul la..kalau boleh nk dpt baby girl sorang..tp lps tu boy lg pon xpe..girl nak sorang je ..ehhehehe..suka2 order ek.doa2!
walaupun syadza baru 2 bulan,klong jeles tgk kak umi,angah n alang peggy,rasa mcm nk mengandung lg..bole??abg pun dh gataii panggil kakak dekat syadza..hihihi..
Mai,
betul2,kalau boleh biar laa ada sorg girl,nak jugak merasa ada geng kan?
takpe mai,dah klau ada rezeki tu mesti terus preggy,mmg dah nak sgt2 pun kan,maybe lps blk nihong ka?hehe.
Kaklong,
haha abg mmg bengong,mereng tak hbs2.preggy mmg best,nak2 time tayang perut tu kan,ada baby kecik pun best jugak.semua nikmat2 yg tak terkata.
haa boleh laa kaklong,tunggu syadza setahun,pastu preggy saing dgn nab ka,hihi
lagi 3bulan je lagi fith,kejapnya! mmg bestlah pregnant:) moga2 fith dapat baby girl, mesti comel lote:)
Take care & moga lancar semuanya. Amin.
sekap je kan...alhamdulilla..moga2 semua dipermudahkan..arap2 dpt girl pulak ..insyaALLAh..
fith harapkan girl, kami ni harapkan boy pulak..hahahahaha...tp tulah la aida tu besar sikit..hihi..
ok take care fith..:D
Yott,
kan kan?best betul time preggy ni,hehe.
thanks!moga2 girl lah pulak,amin...
Aisha,
haa moga2 korg nanti dpr boy pulak yer.tungu setahun je lg,boleh try conceive lg,hehe.klau dpt girl lg,kita tukar nak?hahaha...
hye fith.., lama rasanya tak baca betul2 blog fith..! baca sekali imbas je.. ehehehehe.. sibuk sikit laa.., nie baru lega cikit nak bernafas..! erm mmg pun kan fith.., kalau boleh nak gak laa rasa baby gurl.., sorang je pun ckup laa..! zura pun plan lepas nie jarak sikit kot.. mayb 3thn kot..! bagi relax sikit.. tp bile tgok baju bdak2 pempuan tu rase geram pun ada..! tu mcm tak tau plan tu menjadi ke tak.. hahahaa.. ape pun zura doa kan semoga semuanya selamat k.. jage kesihatan bebaik yer
Post a Comment