Friday, June 3, 2011

Jumpa kawan baru...

Semalam adalah cuti umum kat Holland, so myLove tak kerja. Kami tak ke mana2 pun sebabnya menurut kawan2 ofis myLove kalau kat sini bila public holidays kedai2 even supermarket besar semua tak buka, hadoiii bosan aih! Biasanya time2 cuti laa nak keluar beli2 barang kan, tapi tak buka pulak kedai2nya, pelik sungguh...

Makanya dok laa melepak kat rumah berperang dengan 2budak ni, cet, tensyen mak depa, stress! Dah seminggu kat sini, somehow I managed to set their daily schedule, dah cun dah timing morning nap, timing for lunch/dinner, timing tidur malam and such tapi bila ayah depa cuti habis kucar-kacir. Dulu2 masa kat Nihong pun gini jugak, at last I laa yang sakit jiwa. Macammana tak geram, bila dah terlalu penat dan mengantuk, Raziqh selalunya akan buat hal, jadi serba tak kena, asyik nak merengek meragam. I pulak jenis tak boleh dengar budak menangis tak ada sebab ni, panas je rasa. So semalam adalah my moody day, the whole day rasa nak naik hangin je, huhu...

Kami tak ke mana2 semalam pun ada sebabnya jugak, selain taktau nak merayap ke mana, kami ada tamu petang semalam. Senior tempat kerja myLove cakap dia nak datang rumah, nak bawa anaknya yang sebaya Raziqh untuk jumpa dan main2 dengan 2R. Rupa2nya dah jadi budaya orang kat sini kalau ada anak berusia 2tahun++ depa akan bawa anak2 berkumpul untuk bergaul, 1 of the way to develop their communication skill, nice eh!

Pukul 4 petang tetamu sampai, dia datang sendirian dengan anaknya while his wife kerja. Sangatlah terkejut tengok anaknya sebab umur baru 2tahun 1bulan tapi sudah 15kg! Badannya mak aih semangat, besaq dari Rafiqh, hahaha sasuga anak mat saleh. Menurut ayahnya dia ni anak tunggal dan merupakan cucu tunggal in both families. Bila mommy dia kerja, grandmoms yang jaga. So dia tak ada kawan or cousins yang sebaya dengannya untuk main sama2. Bila dia masuk rumah, takdak laa peghak pun, macam budak2 biasa jugak, in fact dia conquer suasana dalam rumah ni. 2R yang biasanya aktif dan ramah terus jadi pasif, kuang3, agaknya terkejut kot sebab ni 1st time depa berdepan dengan anak mat saleh. Unlike Rafiqh yang terus diam, Raziqh nampak lebih berani nak mulakan langkah, dia cuba hulur toys dan beberapa kali pergi dekat. After half an hour baru laa depa duk main sama2, kids are soo cute, aight?! Elok je tengok depa main even though masing2 tak faham bahasa masing2. Amazing, they don't need language to communicate, but still having fun playing together...

Dalam sejam je depa datang sembang2, then sebelum balik ayahnya cakap nanti nak invite kami ke rumahnya pulak, since depa ni ada bela kuda so boleh laa 2R merasa 'naik' kuda, hehe...


Ralit bermain...


Besar kan?! Tak macam umur 2tahun pun...

8 comments:

eug|ena said...

aah la fith..besarnye..
2 taun = 15kg? uh mak aih..

oh ye, mizot mintak permisi link blog fith ek..

btw, 3rd baby ni boy ke gal? :)

Fith said...

hai mizot,congrates ye dah jd mommy.nanti fith link-kan blog mizot jugak ek,boleh?

aah besar kan,kalau anak fith 15kg,mau rebeh bahu mak dia,haha.

3rd baby ni taktau lg boy/girl,suspen2,nanti dah tau,insyaAllah akan tulis di blog,hehe...

Heartilyina said...

2r tekejut la tgk awat lain sgt kwn depa ni. tgk2 gmbr je terus rasa nk gelak. yelah obvious sgt tambah2 tang rambut hihi. tp mmg semangat kan. dh nama pn mat saleh. diorg tgk kiter mesti ckp tomeynyaa org msia ni hihi.

teringat kwn citer dlu dia skolah rendah kt oversea. 1 hari cikgu2 dtg rmh nk bncg dgn parents sbb abg dia kecik sgt. ingatkan ada masalah ke apa ke. buka2 pintu rumah tgk2 ayah nyer pun dh mmg kecik. mmg la anak2 kecik haha. sudahnya cikgu dia xsempat bncg dh tau jwpan kpd kekecilan depa adik beradik.

eh melalut plak. citer la byk2 lagi ye life fith n family kt sana. seronok baca :D

Mrs Li - Faeeza Yusoff said...

rambut die!! haha! so adam ni category besau jgk la.br nk msk stahun 5bln berat dh dekat 12kelos.keke!

sy pun suspen ni boy ke gurl kak. tp asyik mimpi dpt boy je tau!papa nye sukee la.mama nye suke gak tp kalo gurl laagii suke!nk spasang kanns.tp kalo rejeki tu boy sy stil happy redha je :D!keke.

mysara said...

seronoknyer 2R...mai tgk pon dah dpt rasa seronok..nnti naik kuda jgn lupa suruh mama amek gmbr banyak2 naa..mama tak bley naik kuda kan?? hik3...rindu la kat fith!!hehehe..tetiba lak!

Asmara said...

Hi Fith, seronok la 2R dah dapat geng. Tak try tumpang sekolah kejap ke kat sana? Tapi duk rumah pun ok jugak melayan diorang eh. hehe.. dah jumpa msian lain ke kat sana? Gambate!

Fith said...

Ina,
agaknya sbb tu diorg terkesima kot,lain bebenor makhluk ni,tak pernah tgk lg hahaha...

lawak laa pulak kan citer kwn ina tu,tp boleh bayangkan mesti mat saleh pelik tgk kita kecik2 sptmana kita pelik tgk diorg yg besaq2,hehe.

Faeeza,
haa adam pun besar laa tu.cuba tgk nanti dia 2tahun brp kg beratnye,hehe.

kalau girl boleh laa stop kejap,kalau akak laa.kalau boy lg,adehhh tak ter-stop kot,haha.apapun,mana2 pun ok kan.tak salah menghrp dan berdoa.moga kita dpt girl lah pulak yer...

Fith said...

mai,
mamanya takleh naik kuda,kuda tak larat dah nak bawa,hahaha...
nampak diorg happy tp still takut2 hehe,mgkn tak biasa kot,tgk pelik sgt orgnya.
fith pun rindu kat korg,sempat ker tak nak jumpa ni,blk nanti dah ramadhan,pastu nak bersalin pulak,huhu...

kak As,
kalau ada sekolah,mmg nak sgt hantar diorg,penat aih berperang,haha.
takde jumpa msian pun kak,indon ramai laa.tak reti nak cari,try google pun tak jumpa2 lg...