Wednesday, June 29, 2011

Sambungan - Of week 26

Semalam tak sempat nak habis menaip ada gangguan pulak, meh nak sambung sikit lagi...

Sambung cerita angin lagi, angin ni penyakit keturunan dah kot. Abah memang agak teruk anginnya kalau salah makan, adik-beradik I pun ramai yang ada masalah ni, I pulak kalau tak preggy tak obvious sangat, mungkin sebab pemakanan I yang jenis sukakan halia. Cuma bila preggy, macam tak boleh nak tolerate, memang senang kena sampai sengkak2 dibuatnya. Selain jaga pemakanan, I suka jugak sapu losyen mustajab halia tu, awal2 pregnant hari tu memang tiap2 malam kena sapu losyen, kalau tak, alamatnya berjam laa baru boleh nak lelap. Maklumlah 'tukang urut' terpisah jauh, tak bolehlah nak minta tolong gosok2. Habis sebotol losyen tu pi beli lagi, try losyen halia Yusmira pulak, mak aihhh panaih nak mampuih, baru pakai 2kali, serik dah rasa, ish awat yang panas sangat taktau, eh bukan panas, macam pedas, tak tahan cheq!

26minggu usia kandungan dan mama masih boleh tidur meniarap, 1 pencapaian yang mengejutkan(for me at least), haha. Dulu2 pernah terbaca orang preggy tidur meniarap even dah 7months++ dan sangat2 terkejut tak dapat nak bayangkan. Tapi sekarang bila sendiri yang rasa, ermmm takdak laa pelik sangat pun. Perut tak besar sangat, memang boleh laa nak tidur meniarap, ops tapi ni bukan meniarap yang betul2 tertiarap tu tau. Ni meniarap yang almost 80% of your body berada pada posisi terlangkup, and make sure dilapik bantal dibawah bahagian perut dan paha. Memang kalau tak preggy pun I suka tidur meniarap, nak2 kalau penat sangat, rasa sedap sungguh tang bahu, macam release je segala tekanan2 yang ada. Well, I know tidur meniarap ni tak bagus dalam islam, the best position is mengiring, cumanya kalau kadang2 dapat meniarap tu waduh2 syok woo!

Ada 1 lagi common problem I setiap kali hamil iaitu kurang zat besi/iron yang menyebabkan rasa berpinar2 nak pitam. Mana2 gynae pun(Nihong/Msia) selalu komplen tang tahap hemoglobin dalam darah, selalunya dok bawah paras normal, walaupun tak teruk sangat tapi sebab pregnant so kena consider sebagai merbahaya, especially bila tiba masa nak deliver baby. Masa Rafiqh dan Raziqh, I kena ambil pil zat besi ni berasingan dari supplement maternity, try jugak minum air sayur yang bermacam2 jenis kat pasaran Nihong nun, tu pun tak jalan2 jugak. Bila balik Malaysia tunggu nak melahirkan, mak pulun laa jamu makan macam2 nak tambah darah, hehe, lawak pulak bila ingat2. Tapi alhamdulillah untuk pregnancy kali ni takdak problem tu dah. Walaupun mabuk teruk tapi mungkin sebab selera makan tak jatuh, I memang banyak makan ulam2 mentah sampai sekarang ni, makanya so far tak ada lagi datang rasa pinar2 tu. Hari tu check darah pun, hemoglobin dalam paras normal, walla bukan senang woo nak dapat angka 12++ g/dL ni...

Sekarang ni dok makan supplement yang gynae bagi - pramilet, calcium, neurogainPB dan acid folic. Selama ni dok makan obimin tapi dah doc bagi pramilet pulak, stop sat obimin, nanti2 sambung balik. Madu dan kurma jugak makanan wajib ketika hamil ni, tapi kat sini sebab tak bawa kurma dan madu, I cuma amal makan kismis saja. Selain supplements yang dok hadap hari2 ni, ada 1 lagi supplement yang I makan tapi jarang2 iaitu Arinamin EX plus, beli kat nihong, gabungan pelbagai vitamin B. Alhamdulillah rasa selesa dengan vitamin ni especially bila rasa penat amat2 tu, senang je hilangkan segala keletihan, both of us memang makan vitamin ni bila badan rasa lemah atau penat. Oosusume(=recommend) untuk ibu2 kat Nihong, try laa cari yang halal kat pasaran, memang best sangat utuk recover energy, baik jugak untuk ibu hamil dan menyusu anak...


Ok dah, tu je kot...

No comments: